Saturday, November 29, 2014

GOOGLE KATE KANSER.


hey. hello..


bulan november ni bulan yang tough, sehinggakan saraf-saraf aku sering menunjukan perkara-perkara aneh lagi menghairankan. Antaranya.

1. Jari kelingking bergerak sendiri keatas ke bawah kekiri kekanan. – peliks
2. Otot peha ku tetibe je begego sendiri. Macam ikan keli kene sembelih tapi still begerak-gerak. – aneh
3. Ibu jari kaki kiri secara memvavi buta lenguh-lenguh. – hairan.
4. bila tidur malam, kerap kena simpul biawak ke buaya gitu la. hoii orang noreh getah pon tak macam aku punya nerakah dunia.

Walau hairan dengan tingkah laku tersebut, aku tak pergi cek kat spital pon. Aku anggap bende ni normal untuk gadis seperti ku. Muntah!. Oleh sebab bende ni kerap berlaku, maka....

Aku pon mengambil keputusan untuk buat medical checkup. Tak jauh. Dalam google je. Aku pasti ramai doktor-doktor pakar disitu sudi membantu.

Aku pon taip la. “kenapa ibu jari kaki saya sakit secara tiba-tiba

Nah kau begitu ramai ya 'doktor' nak jawab persoalan aku tu. 'Doktor' petama kata. Aku mungkin terkene buatan orang. Kalau ibu jari kaki kiri sakit berdenyut-denyut maknanya ada orang hantar 'bende' bla bla bla bla. Sampai la kepada 'doktor' yang ke doploh, beliau sahkan aku ade kanser saraf. Vodo je. Ke aku yang vodo. Terus tutup laptop. P ngoji. 

kau orang pernah tak jadi macam aku. nak selidik punya selidik dalam google pasal perkara aneh yang berlaku atas body kau... sampai satu tahap google kate kau ade kanser. :p 

tanye google sape suruh! 

Abes cerita.


Belumm. Belummm abes. 

Ibu dah banyak kali buat pesanan tanpa penaja. "Minum susu minum susu minum susuuu kau degil kenapa. Kurang vitamin. Kurang nom air. Kurang rehat. Jangan sampai kurang siuman lepas baca statement kat google. Boleh gila!. Mengarut". Masalahnya google yang kate bukan aku!.




Friday, November 28, 2014

PONTENG KELAS.


haiii...mood tengah baik ni. :))

entry ini ditaip pada jam 4:02PM. sajer nak nyembang. agak boleh tahan lama tak update. bulan ni aku terlalu sibuk. percayalah PM pon tak sesibuk aku. tolonglah percaya.

sebenarnya aku nak gtau yang aku bangga kerana akan ponteng kelas sabtu dan ahad ni. gila pompuan ni khen. tapi aku rasa sepanjang aku sekolah lepastu masuk poli. ni kali pertama aku ponteng kelas. nampak tak dulu aku student yang amat bagus!

aku memang dah sedia maklum kelas FAR hari sabtu batal. alang-alang satu kelas batal. ape kate kita batalkan je semua kelas-kelas-kelas-kelas yang ada. ha kan mudah cara tu?

amboi kemain azi kan. baru sem 1 dah besar kepala. lempor je muka die dengan selipor baru sedar diri -kata jessica snsd

aku bukan sajer-sajer nak ponteng. adelah dalam 3% sajerr nak ponteng bakinya 97% tu memang terpaksa ponteng. mihmihmihmih. aku nak ponteng kelas ni pun aku merujuk kepada orang-orang hebat dulu. 


nampak tak makcik-makcik aku faham situasi aku tu. mendapat sokongan mereka pun dah cukup. eh dah macam ponteng kelas ni satu bende yang mulia pulak! :p

ya, benar. ibuku sakit. lagian aku juga enggak sihat kok. dah kenapa intonasi nya harus indon. ni la makcik-makcik ku sayang...sayang dorang angat tau. kepala bigo!


walaupun kerja sekolah banyak hazab. aku list kan je dulu. bia die bederet-deret. TT__TT. duduk molek kat situ diam-diam.


ye...ye.ye aku sedar kerja sekolah tu banyak. tapi makan tetap makan. :p. sebenarnya aku nak cakap kat sini, merujuk kepada gambar di atas. si atiqa tu kurus kecik gils ok makan banyak mana pun still kurus kering. si tiqa ni memang makan banyakkk kau bela antu raya ke hape. haha habes ok die makan! licin!. aku cuma makan sushi 3 pinggan jek. amboi cakap pinggan tu dah macam membayangkan pinggan saiz dulang rumah pulak kan. ala piring kecik sushi tu la. cuma 3 ketul je aku makan. plus aiskrim plus air. bruppp tu je pun dah kenyang sangat-sangat. tu pun aku rase macam berat dan naik 100kilo!. 

nampak tak permainan die tu. 


Wednesday, November 5, 2014

LECTURER EXPECTATION.



Dah tiga kali aku datang kelas. 
kiranya dah boleh faham rentak setiap satu lecturers aku untuk semester ni. Oleh sebab aku ambil 5 subjek (hevat T__T) sem ni makanya aku bertemu dengan 5 orang lecturer lah kan.

Aku tak rasa lecturers kenal aku hehe. Sebab ramai kot dalam kelas. Mungkin ingat muka la, nama barangkali tak tahu. Atau mungkin kenal nama tapi muka tak kenal. Aku selalu tonjolkan diri dalam i-class. Kalau lecturers up topic discussion baru, aku mesti seboleh mungkin nak jadi nombor 1 yang jawab. Kahkahkah. Tapi bila dalam kelas syahdu, mendung, el-nino di hati :p. Tak berape nak menonjolkan diri. 

Berbeza masa zaman aku kat poli suatu ketika dahulu. terlalu menonjol sehingga berasa jengkel dengan diri sendiri kahkahkah. Well, aku kan pantes. Kalau lecturer tanye aku mesti nak jawab dengan pantes tolak tepi kalau bende tu betul ke tak betul. kalau tanya soalan bertubi-tubi. Aku memang dari zaman sekolah lagi suka duduk meja paling depan. aku ingat lagi masa tingkatan 5 subjek matematik. aku siap kene tempias ailio cekgu malik masetu tu. :p saksi adalah cik Ain. haha. kalau naik bas pun sama, nak duduk depan pintu bas sebab senang nak keluar. :p. suka duduk depan tiap kali attend course or any seminar. sebab aku rasa kalau tak aku yang duduk depan takde sape nak duduk depan. suka tengok tv depan-depan. semua nak kedepan je. ape jenis manusia aku ni. satu perkara aku suka duduk belakang - tengok wayang. patah leher engko kalau duduk depan. :')

pic taken : 2008 something... 
| bila duduk depan aku boleh curi gambar dorang dalam kelas. ade yang verangan nak kawen (Dilla) ade yang bergosip...kehkehkeh | 

Kali ni degree, aku jadi macam pendiam. taknak duduk depan. Mesti kawan kelas aku masa kat poli heran dengan pompuan ni :p. Sila la percaya ok. Aku jadi budak yang paling noiff, blur, tawaduqq, sopan santun bak gadis penyambut tetamu gituw dalam kelas. Tapi dalam i-class aku agresip. Sampaikan minggu lepas, ade sorang classmate tegur. “awak ke azinur?” ohh debo-debo terus dade kiteww awakk. Hahaa

Ok. Sekarang aku nak cerita pasal lecturer. Bukan mengumpat ya. Aku nak share sikit. Lecturer aku sem ni semua bagus bagus best-best hevat-hevat belako!!. Dorang ada cara tersendiri nak ngajo cemana. Dorang tak suka jalan ke dorang suka berjalan ke mase mengajar ha tu suka dorang la. Ikut la style beliau nak ngajo kan. Cuma ape yang lecturer korang harapkan dari korang? Means, cara dorang ‘beri’ sesuatu penyampaian tu. Eh cemana nak cakap ek. Contohnya macam ni,

Lecture FAR aku, beliau ajar bagus! Itu yang aku suka sekali. Penyampaian die jelas dan mudah di pahami. Dan beliau selalu membantu dalam kelas. Selalu cakap gini dengan kami “i treated u tak macam student full time. Uolz semua nak degree sebb nak naik pangkat kan...?keh2” ha gitu. Means kita ni pekerja yang nak naik pangkat. Jadi die layan kita macam rakan sekerja gituw hehe. Kalau nak kasi kerja sekolah pon die jadi macam serbe salah. Die sendiri yang cakap gini “alamakkk puan, dahla banyak kerja kat office kena jawab soalan pulak..dengan anak lagi......” ha gitu.  Jadi beliau selalu membantu. Kalau kasi penerangan tu ringkas dan terang dan nyata. Aku suka subjek FAR sangat-sangat. Sampai aku rasa “eh tak payah study la far ni, sebab dalam kelas dah terlebih faham” gituw typical azi ;p 

Ada juga lecturer lain treated kita macam kita ni full time student. ade yang bagi assignment mengejut, test mengejut, ade yang mendesak kita suruh paham ape yang die ajor. hahaa dan suka bagi arahan like u knowwwww everything............. u must see from helicopter view...write something i dont knowww....not in my text book or my slide....use you own words!! remember! write something that i interesting...i dont know bla bla bla. Kahkahkah. Ni kalau mr. adlan bace mampos aku ni. Aku suka cara mr. adlan ngajo. Sempoi memang sempoi. Kalau die kasi case or question, die expect “student must answer the question with something that I DONT KNOW!”. Jadi, ape agaknya perosaan korang?. Aku rasa mr. adlan tahu semuaaaaa benda. Jadi apa yang die tak tahu ye? 

Last assignment, aku hantam buat ayat sendiri, lepastu aku tambah maggi cukup rasa, ehh tak sedap jugak, aku letak sos kimball pulak. Tambah pulak mayonis, tabor serbuk ikan bilis. Nah! dah jadi kari kacang dal. Di harap en adlan tak tahu resepi aku ni mampu menjadikan kari kacang dal thorbaik dalam mesia. Kau mampu? Haha

sekarang dalam semua perkara aku lihat dari pandangan roket. kita up sikit dari helikopter. muehehee. .

Sebenarnya aku tengah pening buat assignment ENT by mr. adlan. :')) Semoga aku A dalam subjek ni. Bukan susah pon. T___T


Seriously???




Tuesday, November 4, 2014

KELUH KESAH KAK ESAH.

Hai, hello..

Kalau sebelum ni aku banyak dengar orang cakap buat PJJ kene banyak sabar, positive mind, positive thinking semua tu. Tapi aku bangkang kata-kata dorang yang negative. Aku cakap aku boleh punya. What a small piece. Orang cakap susah. Aku bengkes kata-kata negative tu, mana mungkin aku boleh kecundang. Mana mungkin aku boleh tewas. Mana mungkin aku mengalah sebelum berjuang. Mana mungkin...mana mungkinnnn..... jerit batin ku...

Nah!

Orang tua kata jangan kau membongkak dalam berkata!
Sekarang dah jadi kat diri sendiri barulah dahku fahami bahawa PJJ bukan satu perkara yang mudah! Bukan satu perkara yang remeh!. Ianya adalah satu perkara yang penuh dramatik, horror, action, disaster, tsunami,  dan segala macam hal.

Honestly. PJJ memang tough! Memang kena kebal hati perosaan. Kau kena ketepikan segala macam hal peribadi, hal kenduri kendara, hal boifen, gifen, hal pejabat, hal kerja pejabat yang tak pernah abes, hal jiran tetangga yang suka bertanya bila majlis?, hal sedara mara bila tanya bila tarikh kawen?, semua tu kena kebal untuk di satu kan dalam istilah PJJ. Kental kah kamu wahai azi? Aku hampir juga nak give-up satu hari tu.. aku tak tahan benar . Tapi bila dah tanam satu prinsip dalam serebrum selebrum, makanya aku kena kental. Aku kena sudahkan apa yang aku mulakan! Itu prinsipnya.

Aku rasa nak give up time bila tau?

Time mengalami kesesakkan lalu lintas di federal higway. Itu paling aku tak boleh tahan. Boleh kena demam panas! Migrin! Muntah angin! Gout! Dan sama erti denganya.

Aku dari Johor pergi Kajang duduk rumah acik. So, dari Kajang-ShahAlam 30km around 20minit dengan kelajuan 130km/j. Paling lambat aku keluar pon jam 740 pagi. Sampai Uitm dalam 810 pagi cemtu. Eh tak laju. Hening pagi cemtu jalan kosong. Makanya boleh melenjan dengan hati yang gembira. Balik dari Uitm tu yang disaster! Kira menguji kesobaran. Menguji keimanan. Disinilah keimanan ku di uji. Sangat dasyat kau tahu!. Kelas aku abes jam 6 petang. Sampai Kajang jam 830 malam. Kau rasa ni kategori disaster atau sweet memori yang boleh di abadi dalam ‘my biodata’. No ok. Ini adalah mimpi ngeri yang bertalu-talu. Sampai aku balik JB dia punya trauma bila nampak sigbord KL tu boleh muntah kacep patimah.

Memang la ko cakap ahhh biase letteww....orang KL Selangor ilek je hadap semua tu. Kerek ar ko azi!. ehh aku tak biasa ok. Aku tak biasa jem di jalanan sampai 2 jam lebih. Tu memang aku tak biasa. Kat JB paling koman jem yang pernah aku alami Cuma 30 minit jek kot. tu pun amattt jarangg sekali aku hadap. Bila di situasi yang penuh dramatik tu aku jadi ilang sobar. Dah le aku ni memang tak sobar orangnya. Nasib baik kereta auto kalau manual mahu aku angkot kereta tu jalan kaki. Hahahaha. auto pon die punya letih nak tetanggal kepala lutut. Sampai kebas kaki. tak rase kaki ko tahu die punya puaka tu. T___T. Macam mane member yang dari Pahang, Perak, Melaka tu? Ape perosaan dorang ek. Kene tebiu dorang la. Ke aku je yang over kemain. haha

Pasal jalan je aku nak mengadu. Aku spesis dah tak kuat la nak hadap jalan raya. Nak hadap jem. Dulu masa mula-mula bawak kereta kat jb. Perkara paling ditunggu ialah Jammed!. Heran aku kenapa perangai camtu. Kalau tak jumpa jam. Aku rela beratur kat lorong tol tunai. Padahal mase tu aku ada T&G. Kenapa dulu perangai tah ape-ape. Budak baru nak up. Camtula kann?

kelas aku minggu lepas padat gila! dari 8.30 – 6.00. gap setegah jam tu pun nak solat. Balik kelas jam 6 tu dengan hujan lagi, dengan Running Man datang Mesia lagi, pasal event itu ini lagi. memang bonos dapat di jalanan. Perut lapar lagi. Letih lagi. Bau badan lagi. Eh? :p. Makan memang idok. Kebuluq! Sepatutnya kelas abes jam 11.30 pagi sambung jam 2 petang. oleh sebab ade kelas ganti makanya tak sempat nak berbuat apa-apa. dengan kuiz test saimen submit. Semua tu jadi tekanan jiwa. Pulak tu masa dalam kelas staff kat opis tepon tanye pasal projek report, seminar GST, pasal daptar GST pasal GST semuaaaaaa pasal GST. Pasal pos laju pon nak tanye aku. Begitu penting sekali peranan aku di pejabat ok. Hahahaha verasannnn.  Dah la lect ngajo laju cam ribot. Ko bayangkan satu hari cover sampai 2 3 4 topik. Die punya tumpuan tu kena maksima!. Kene bagi sepenuh jiwa. Kaw kaw. Tak sempat nak menguap. Tak sempat nak kelip mata. Cewahh aku bab nambah cerita memang hevat!. Tup-tup sebulan lagi aku nak final exam dah. hampir terjojol bijik mata. Pikir pakai contact lens je mase tu. :ppp

Kesimpulanya, nak buat PJJ hati kene SADO!