Hai, hello..
Kalau sebelum ni aku banyak dengar orang cakap buat PJJ kene
banyak sabar, positive mind, positive thinking semua tu. Tapi aku bangkang
kata-kata dorang yang negative. Aku cakap aku boleh punya. What a small piece. Orang
cakap susah. Aku bengkes kata-kata negative tu, mana mungkin aku boleh
kecundang. Mana mungkin aku boleh tewas. Mana mungkin aku mengalah sebelum
berjuang. Mana mungkin...mana mungkinnnn..... jerit batin ku...
Nah!
Orang tua kata jangan kau membongkak dalam berkata!
Sekarang dah jadi kat diri sendiri barulah dahku fahami
bahawa PJJ bukan satu perkara yang mudah! Bukan satu perkara yang remeh!. Ianya
adalah satu perkara yang penuh dramatik, horror, action, disaster, tsunami, dan segala macam hal.
Honestly. PJJ memang tough! Memang kena kebal hati perosaan.
Kau kena ketepikan segala macam hal peribadi, hal kenduri kendara, hal boifen,
gifen, hal pejabat, hal kerja pejabat yang tak pernah abes, hal jiran tetangga
yang suka bertanya bila majlis?, hal sedara mara bila tanya bila tarikh kawen?,
semua tu kena kebal untuk di satu kan dalam istilah PJJ. Kental kah kamu wahai
azi? Aku hampir juga nak give-up satu hari tu.. aku tak tahan benar . Tapi bila
dah tanam satu prinsip dalam serebrum selebrum, makanya aku kena kental. Aku kena
sudahkan apa yang aku mulakan! Itu prinsipnya.
Aku rasa nak give up time bila tau?
Time mengalami kesesakkan lalu lintas di federal higway. Itu
paling aku tak boleh tahan. Boleh kena demam panas! Migrin! Muntah angin! Gout!
Dan sama erti denganya.
Aku dari Johor pergi
Kajang duduk rumah acik. So, dari Kajang-ShahAlam 30km around 20minit dengan
kelajuan 130km/j. Paling lambat aku keluar pon jam 740 pagi. Sampai Uitm dalam
810 pagi cemtu. Eh tak laju. Hening pagi cemtu jalan kosong. Makanya boleh
melenjan dengan hati yang gembira. Balik dari Uitm tu yang disaster! Kira
menguji kesobaran. Menguji keimanan. Disinilah keimanan ku di uji. Sangat dasyat
kau tahu!. Kelas aku abes jam 6 petang. Sampai Kajang jam 830 malam. Kau rasa
ni kategori disaster atau sweet memori yang boleh di abadi dalam ‘my biodata’. No
ok. Ini adalah mimpi ngeri yang bertalu-talu. Sampai aku balik JB dia punya
trauma bila nampak sigbord KL tu boleh muntah kacep patimah.
Memang la ko cakap ahhh biase letteww....orang KL Selangor
ilek je hadap semua tu. Kerek ar ko azi!. ehh aku tak biasa ok. Aku tak biasa
jem di jalanan sampai 2 jam lebih. Tu memang aku tak biasa. Kat JB paling koman
jem yang pernah aku alami Cuma 30 minit jek kot. tu pun amattt jarangg sekali
aku hadap. Bila di situasi yang penuh dramatik tu aku jadi ilang sobar. Dah le
aku ni memang tak sobar orangnya. Nasib baik kereta auto kalau manual mahu aku
angkot kereta tu jalan kaki. Hahahaha. auto pon die punya letih nak tetanggal
kepala lutut. Sampai kebas kaki. tak rase kaki ko tahu die punya puaka tu. T___T.
Macam mane member yang dari Pahang, Perak, Melaka tu? Ape perosaan dorang ek. Kene
tebiu dorang la. Ke aku je yang over kemain. haha
Pasal jalan je aku nak mengadu. Aku spesis dah tak kuat la
nak hadap jalan raya. Nak hadap jem. Dulu masa mula-mula bawak kereta kat jb. Perkara
paling ditunggu ialah Jammed!. Heran aku kenapa perangai camtu. Kalau tak jumpa
jam. Aku rela beratur kat lorong tol tunai. Padahal mase tu aku ada T&G. Kenapa
dulu perangai tah ape-ape. Budak baru nak up. Camtula kann?
kelas aku minggu lepas padat gila! dari 8.30 – 6.00. gap
setegah jam tu pun nak solat. Balik kelas jam 6 tu dengan hujan lagi, dengan Running Man datang Mesia lagi, pasal event itu ini lagi. memang bonos dapat di jalanan.
Perut lapar lagi. Letih lagi. Bau badan lagi. Eh? :p. Makan memang idok. Kebuluq!
Sepatutnya kelas abes jam 11.30 pagi sambung jam 2 petang. oleh sebab ade kelas
ganti makanya tak sempat nak berbuat apa-apa. dengan kuiz test saimen submit. Semua
tu jadi tekanan jiwa. Pulak tu masa dalam kelas staff kat opis tepon tanye
pasal projek report, seminar GST, pasal daptar GST pasal GST semuaaaaaa pasal
GST. Pasal pos laju pon nak tanye aku. Begitu penting sekali peranan aku di
pejabat ok. Hahahaha verasannnn. Dah la lect ngajo laju cam
ribot. Ko bayangkan satu hari cover sampai 2 3 4 topik. Die punya tumpuan tu
kena maksima!. Kene bagi sepenuh jiwa. Kaw kaw. Tak sempat nak menguap. Tak sempat
nak kelip mata. Cewahh aku bab nambah cerita memang hevat!. Tup-tup sebulan
lagi aku nak final exam dah. hampir terjojol bijik mata. Pikir pakai contact
lens je mase tu. :ppp
Kesimpulanya, nak buat PJJ hati kene SADO!
No comments :
Post a Comment