Saturday, December 6, 2014

PJJ/PLK STUDENT LIFE : FINAL EXAM DEC 2014 - JAN 2015.

hai korang..

tahu tak final exam is around the kohner?

gile ah.
begini rupanya kehidupan sebagai seorang pjj student ya. masuk kelas-menguap-makan-balik. tup-tup dah final. baru 5 kali pergi kelas dah final exam? ko bia betul? masih tak nampak lagi ni. samar-samar ni. ibarat pejam mate--celik. terus jawab pekse. ha gituw. ape aku mengarut ni.

sekejap bebenor nak exam dah oi. aku rase macam banyak je lagi silibus tak abes di ajar. aku rasa macam banyak je la benda yang belum belajar. memang hebat ya jiwa sebagai seorang pjj ni. kagum aku sape yang dah konvo as a student pjj. tepuk tangan laju-laju.
aku ni pun bakal melakar sejarah juga ni. ehehe impian beso. baru sem 1. dah feefeeling nak konvo. yela sekarangkan musim orang konvo-konvo. sepupu aku minggu lepas pon konvo gak. tadika 4 tahun la tapinye :p. orang sekarang ek tadika konvo, abes sekolah agama darjah 6 dan darjah khas (sek. agama johor) pun ade konvo. zaman hakak non-ade ok. jeles tau. ni yang latest ni, orang khatam quran kat rumah jiran pun nak di konvo kan jugak. dah kenape.


ni jadual yang paling latest la. yang paling logik pun iya. sebelum ni draft memanjang dah tu, kod subjek pun pakai kod yang lame. ko tak rase nak ngamuk?. kali ok nampak macam guna versi yang ni je. plz la tak payah tukar lagi. tengok jadual pekse je dah gigil tahu.
tarikh pun cun. walaupun 31/12 tu orang sibuk nak sambut tahun baru, bercuti, pergi dataran nak tengok bunga api kan. takpela aku redho kalau itu takdirnya. cewah cerita melayu sangat ni.


jangan puji aku hebat sangat ambil 5 subjek sem ni. dah ku bilang kat entry lepas aku tersilap daftar subjek. CTU (TITAS), patut sem 2 karang baru ambil. oleh sebab
dah daftar dan malas nak drop course,
 kelas pon dah masuk,
dah pun beramah mesra dengan lect.
CTU pun subjek yang mudah dan santai.
maka aku teruskan ajer. aku percaya terselit hikmahnya nanti.

walaupun (lagi) dalam kelas CTU ramai senior sem 2.
aku jek sem 1.
memang rasa janggal yang amat. tapi takpe, aku pikir datang kelas 7 kali je sepanjang 1 sem. bukan hari-hari jadi tak la rase vengang sangat.
walaupun (lagi dan lagi) bakal ada presentation sorang-sorang. lame tak berucap depan rakyat jelata. aku gagahkan juga. tak kan ku sia-siakan peluang ini. cewah.

eh tapi serius la korang. aku rasa sape yang nak ambil CTU untuk sem 1 sila la ambil. sebab sem 1 ni bukan berat sangat subjeknya yang kita belajar. semua asas-asas jek. dan CTU ni pula tak payah beriya-riya study buku. logik akal dan fakta yang aku rasa korang pun tahu benda tu. ha camtu. last test CTU aku boleh jawab dengan jayanya alhamdulillah. bukan bangga ya, sebab hari yang sama test FAR aku kecundang--rasa down giler. kira CTU ni pengubat duka lara ku. hopefully CTU dapat menyumbang pointer ku nanti. :p

jadual aku jugak. tapi Kak Tim buatkan versi comel. baik sangat kak tim ni offer diri nak buatkan. terharu bebeno rasenya. kak tim dengan kak sue kawan baik tau dorang selalu berkepit je. sama-sama dah kawen dah ade anak-anak pun. tapi dorang baik sangat la, dan sangat memahami orangnya. seronok la satu kelas dan satu group assignment dengan dorang! sem depan tak dapat la nak satu kelas lagi.


ok la kat sini aku nak kasi tahu juga antara subjek yang paling aku gerun. hope sangat tak repeat paper ni tau! MACRO. oi takut sangat subjek ni. aku kalau study macro kene 2 hari. die aje. tokleh kacau subjek lain. nampak macam mudah. bila buat latihan dah rase pening pelik, tah pape je rasenya. banyak formula GDP GNP MPC la etc semua tu. kalau salah masuk akan menjejaskan soalan-soalan berikutnya. kira ni berantai punya soalan. sape dah ambil macro ni die tahu la. dalam kelas aku ramai repeater. eee takot-takoot!. aku tak terel macam korang. :(


subjek kedua takot. FAR. ni memamng kategori wajib takot. tapi tak sekiller MACRO. ramai yang takot oi. sem ni fakulti siap buat satu kelas khas untuk repeaters sahaja. kau rasa? tapi oleh sebab aku memang minat akaun. need more exercise azi!


ENT dan MGT sopak ok. subjek menghafal je ni. sonok memang hafal-hafal ni. T__T. aku try buat soalan past-past sem keliru noks. soalan ni mintak ape, rase nak maki je. putar satu alam sekali nak bende yang simple je. miahahahaa. need moredoubledoubleplusplus exercise!!.

pheewww!!!

gigil pale lulut la. kang lepas exam gigil jugak pale lulut tunggu result. cukup tahun tanggal kepale lutut aku! kerja nak gigil je mane tak longgar alignment tulang tu. kekekee


macam mana gemuk tu senang. macam tula aku harapkan untuk final exam ni! :pp




No comments :