Wednesday, January 15, 2014

MOVIE : DEVIL's DUE

hye,


hari ni baru nak up pasal movie Devil's Due. untuk movie pembukaan tahun 2014, movie ni la yang paling hambar. paling bosan. paling memeningkan kepala. paling menyakitkan tekak terasa nak muntoh. coii sangat tau cerita ni. tengok iklan kat tv macam gud-gud je kan. sekali hadap..mak aiii 20 minit pertama tu aku dah nak termuntah. hoii aku sarankan tak payah le uolz tengok. sebab memang sangat memeningkan kepala. filem yang berdasarkan rakaman sendiri. macam kita merakam video keluarga kekdahnye, orang putih kate found-footage horror movie. tu yang bergoyang-goyang terhuyung hayang. pening ko kepale aku. kalau aku tahu cengini, tak tengok  :p.


mase nak beli tiket tu je pon kiteorang dah kene sound. ade ke patot si mamat jaga kaunter tiket tu tak cayo weolz dah 24-1+3. hahaha lawak nak mampos siap kuar mykad bagai. cis! takut weolz terpengaruh lettew dengan isi-isi kandungan dalam filem tu nanti. bhahaha plzz la.


stori-mori : meh la aku citer sikit pasal filem ni. mengenai newlywed (sam dan zach) pergi honeymoon kat negara luar.
pula tu, kat sana mereka ni di bawa oleh seorang pemandu teksi untuk pergi ke satu tempat yang di katekan 'best'. rupanya sebuah bar dalam tanah kot.
so, dorang ni minum sampai mabuk. tau-tau je pompuan ni (sam) dah kene buat pemujaan dalam satu lingkaran 'tanda saiton' katenye. tup-tup mengandung pula tu.
dalam mase mengandung tu banyak la tanda-tanda pelik yang berlaku pada sam antaranya sam makan daging mentah kat pasaraya sedangkan beliau seorang vegetarian.
zach ni pon syak la ade sesuatu yang menggangu mereka sekeluarga. zach pon siasat punya siasat, rupanya si pemandu teksi dan kuncu-kuncunye. *kuncu or kunco or koncu??.
si sam ni pula kat rumah dah macam orang kene histeria siap dah bunuh kakak zach si suzie tu. rumah dah porak peranda. haha porak peranda disitu. keliling rumah dorang ni, ada beberapa orang siap berjaga tunggu masa sam ni beranak kan si baby devil tu. kononye. maka, lahirkan baby tersebut selepas sam membelah perut beliau dengan pisau yang dia dapat masa parti baby shower.
baby tersebut telah di ambil oleh pengikut tah ape name yang pemandu teksi tu tadi. nak buat pemujaan lettew. sebab ramai newlywed yang pergi honeymoon kat negara asing menjadi mangsa pemandu teksi tu. kira nasib mereka sama seperti sam dan zach. ohh sadis la gamaknye.
akhirnya zach di tuduh membunuh isteri dan kakak beliau. sebab polis mane cayo bende-bende tahayol ni. abesnye gitu je...hekelehh...

panjang gilaaaaaaa ulasan aku tu!! 


rated : 1/2 stars! haha. kejam gila aku! :p


ok, tu je nak cakap :p


hosmate aku balik rumah muntah-muntah bagai. hahaaa 1st time die kate tengok wayang cengini punya disaster. :p


tepek gambo popcorn ni kalau tak entry ni macam bisu. wakaka :p



No comments :