Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

KETAGIHAN.

Hai..


Aku tak tahu la korang percaye ke tidak yang aku ni tak active langsung dalam facebook dah hampir 4 tahun. Pernah sekali tu nak log-in lupa pakai emel ape. Kahkahkah. Password tetap ingat sebab gabungan tarikh lahir aku dengan ex-bf aku dulu. Ewah sampai sekarang tak tukar. Nampak tak sape yang tak move on sekarang ni. haha. Ok tutup.


Aku tak aktiv jugak kat instagram. Buat instagram semata demi menjadi stalker. Dari asia sampai barat sana aku stalk. Kahkahkah.


Twitter? Ape tu..tak pernah dengar. Bhahaha. Dulu aku adela seketul akaun bersama twitter ni. well, menjadi kelaziman ya manusia kalau dengar je bende baru mesti laju jee nak jugak ade nak jugak try. Lepastu aku dah delete sebab tak reti guna dan malas nak belajo sebab takut ketagih hahaha. Vodo je alasan tu.


Nak cerita pasal ketagih media social ni. aku antara beribu mungkin jutaan manusia yang ketagih facebook satu ketika dahulu. Memang gila ketagih aku ni sampai tak tidor malam dok scroll, update status tah pape je dulu. Memang aktiviti tak sehat langsung!. Lepastu tah mana datang keinsafan, aku pon mentabahkan diri. Uninstall apps facebook. Buang internet. Hapus kan laptop. Ok tu tipu. Susah oke nak hilangkan ketagihan facebook ni. bila aku dah Berjaya membuang facebook dari hidup aku, maka aku pon hidup bahagia. Banyak je aktiviti sehat yang boleh aku buat. Banyak je masa terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau tidak dulu zaman ketagih. Bukak je mata hadap facebook, up gambar tah ape-ape je, up status tah merepek-repek. Haha sedar-sedar dah jam 1, 2 tegahari. Kang nanti dah mandi hadap FB lagi. kang makan hadap FB lagi. kang dok tengok tv hadap FB. Begitula kehidupanku zaman budak baru nak UP. Syukur Ya Robb aku dah Berjaya menghilangkan ketagihan FB yang melampau!. Sekarang ni adela bukak tapi jarang sangat lah. Sampai kekadang tu macam tersedar wow dah lame tak bukak FB. Haa cemtu. Kekawan aku selalu stress. bila dorang tag nama aku kononnye nak ajak conversation la kan tapi aku tak sedor akan tag tersebut. Bila aku kata aku tak de apps FB tidoknye percaya pulak. Haaa tengok ado ke tidokk. Tak ado oke. Aku dah merdeka dari FB.


Tak de FB tak bermakna tak tahu bende-bende viral oke. Aku layan je B.Nara. ohbulan dan macam-macam lagi blog gossip hahahahahahaha. Jadi ketagih kalau tak bukak blog gossip satu hari. Tetiap hari naik je ofic, bukak PC, terus taip huruf B menunjukkan B ialah Bangnara. hahaha Dah tu  cane kekdah nak hilangkan ketagih bukak blog gossip ni wei!. Ketagihan bende baru ni. tapi tak lah sampai komen hentak-hentak jari jadi keyboard warriors tu. Aku bace je lepastu ignore..boolayan lahh. elehh macam korang tak pernah layan.

Ok dah la macam story perangai-perangai buruk pulak.


Bai lah..


Tuesday, February 2, 2016

LEPASKAN AKU!.


Haritukan aku borak dengan bff aku. Lama tak borak dari hati ke hati. Tehehehe. Die nak kawen dah bulan 5 ni. tetibe je rasa lonely nya idup. -_-


Cembese la asal jumpe mesti die tanya aku dah ade boifren ke, tak tingin ke nak kawen. Gila ko tak tingin. Dah aku bilang azam tahun baru aku nak kawen tahun ni muehehee. Dah tu aku takot pulak nak wujudkan hubungan yang serius ntah kenape la pangai aku ni. masuk kali ni, dah dua kali aku kecewakan lelaki bhahahaha. Aku rasa ni balasan la sebab aku memain. Eh bukanla memain. Cuma aku mintak tunggu. So kenela tunggu masanya akan tiba. Tapi belum tiba lagi masanya kau dah jalan dulu. Nak buat macam mana, itu bukan hal aku bukan hal aku. Mintak mahap melerett tetibe.


Aku rasa aku ni trauma la. Eh silap! aku cakap  dengan bff aku, aku kene sumpahan lol!.
 Lupa nak google aku dalam kelompok pobia mana. Haha.

Trauma nak wujudkan hubungan serius. Tak tahula nape. Asal orang tu nak serius je mesti aku rasa macam nak tinggalkan die. Kahkahkahh sedorla nampak macam kejam. Memang kejam pun. Aku tak tahula kenapa. Aku rasa aku kene pergi berubat ni. lol


Asal cakap hubungan serius je terus dada aku berdebar-debar rasa nak gugur rasa nak lari je. rasa nak marah-marah, rasa nak menerajang je. tak tahu kenep penyakit sawan aku ni tetibe menyerang bila orang cakap nak serius-serius dengan aku. Ate cemana nak kawen nyee. Parah betul penyakit aku ni. kene buat hypnosis aku ni barangkali.


Aku pun ngadula dengan bff aku dari hati ke hati. Kenapa aku jadi lagu tu. Bff aku ni kira pakor juga la dalam hal nasehat menasehati aku rajen gak mintak nasehat die. 20 tahun berkawan tu. Hehee


Setelah menceritakan masaloh ni, Bff aku pun buat lah keputusan. Die cakapkan aku kene lepaskan. I is what?. Lepaskan ape ye. Blur konon-konon. 'kau mungkin ade simpan sedikit harapan pada seseorang'. OMG. Cemana die tahu ni. bhahaha. merah padam muka. Konon-konon la nak belakon cakap je TIDAK. Lepastu yes mengakula. Adelah sikit. Betul-betul sikit je perasaan macam tu dekat seseorang. Susah memang nak lepaskan. Samada aku atau dia yang taknak lepaskan. Aku boleh je lepaskan perasaan tu tapi die tu kene lepaskan aku kene tinggalkan semuanyaaaa, kena lupakan aku, jangan ingat langsung pasal aku. Cewahh nak salahkan die pulak. Herm. Mesti kene salahkan die sebab die selalu menghantui hidup aku. Dah bertahun ni berlalu masihla wujud dalam mimpi aku. Orang kate kalau kita mimpi orang tu, orang tu ingatkan kite. Haa Nampak tak permainan die. Aku tak pikir langsung pasal die adalah dalam dua tahun aku cuba lupakan die. Aku redho je semua ni. lepastu die tetap juga muncul di setiap malam ku. Silakan muntah. :p


Walaupun ada masa die tak datang dalam mimpi, nanti aku tetibe je jadi rindu lepastu ase nak tampar pipi tolongla berpijak dibumi yang nyata. Tak mungkin la kami akan bersama. Tsk sangat! Aku jadi bedosanye ade perasaan macam tu walhal aku sedang dalam mewujudkan hubungan dengan orang lain. Aku pun tak suka hati jadi berbelah bagi. Aku kawan dengan orang lain tapi hati dekat dia. Itu kejam sangat. itu benar-benar drama melayu!. Jadi dikesempatan ini aku menyeru kau insan yang menghantui hidup aku, supaya tinggalkanla aku lepaskanla semuanya mengenai kita. Sebab kita tak mungkin akan bersatu. Takkan aku nak tunggu kau sampai gigi ranap. Sampai kepala putih. Aku pun layak la untuk bahagia. Bahagia yang aku cipta sendiri yang penting bukan dengan kau. Sekian monolog episode 1.



Lepas dengar nasihat bff aku tu, Aku kene belajar untuk menerima yang ada didepan mata!. Aku patut menghargai apa yang ada kat depan mata!. 


kau layak untuk BAHAGIA azi!




Wednesday, April 1, 2015

SUKA BAKING!

aku sebenarnya suka baking. suka buat kek, muffin etc. bende-bende yang melibatkan aktiviti memasak tu memang suka. suka gila. lepastu aku kuat berangan. asal pengang sudip je tetibe je jadi chef wan, asal membaking je tetibe jadi dr. fazley. memang aku ngakulah aku kuat berangat. tu korang belum tengok aku ngemas rumah. tetibe je jadi eric leong. bahahaha. macam-macam watak sebenarnya aku boleh bawak. cuma pengarah je belom berani kasi aku watak heroin. takot filem tak laku. kahkahkahkah. ok dah stop merepek.


sementara aku tunggu kain benti berpusing. aku nak siapkan assigmnt LAW. next 2 weeks ade presentation. lemah pale lutut bab nak bentang-bentang ni. dah lah solo. dah la subjek Law. elak aku terberangan jadi lurwyer je kang. manelah tahu kan tetibe tersampuk dek setan pangkat peguam. haha. kate kuat berangan. lol.


bestnye sem ni, sebab macam rilek je wei. aku hari-hari bukak iclass untuk cek kotlah ade excersise ke amende ke. pelik la sebab takde. sem lepas hazab nauzubillah. pantang bukak selambak bertepek-tepek soalan bertalu talu. mimpi ngeri tido malam. siap ngigau pakej kencing malam die punya tahap trauma tengok soalan selambak menguntum ranum kat iclass. bahahaha. sem ni lect baik hati barangkali. mungkin tak sempat??. pikir positif je la. ade pekdahnya juga takde soalan bertubi-tubi.


aku sebenarnya malas nak sentuh pasal GST. semua dah besar panjang kan. study elok-elok bende ni sebelum mandai-mandai keluar fakta sendiri, reka sendiri fakta yang tidak-tidak. elakkan diri jadi bodoh dan diperbodohkan. marilah kita mengeluarkan sesuatu input yang nampak bijak. jangan terima sesuatu input tu tanpa study. yang aku sure sangat..... dalam subjek Taxation II aku nanti mesti ade penambahan bab ni. hahaha. baik aku sediakan payung sebelum panas tering bebahang melecur muka. :p


rase macam tajuk dan isi sangat lari. hahaha lantak kau situ.

rindunya nak gathering cam ni lagi...rinduww T__T. rindunya nak kepoh-kepoh grup pompuan gila. haha! tah ape ye aku dengan ika dok happy sangat tu uhuuuu


bai!


Tuesday, December 23, 2014

KITA INI HAMBA ALLAH.



Hey, rentetan post yang lepas. 

Aku stress kat tempat kerja sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Beremosi yang tak stabil. Nak exam lagi ni semua ni menyumbang kadar peratusan stress aku. Tak tahu la kenapa, aku terlalu stress dengan sorang staff baru ni pun iya. Aku terlalu expect die boleh ikut cara aku bekerja. Boleh bekerja dengan pantas dan tekun.

Aku silap besar.

Aku terlalu berharap die jadi macam aku. MANE MUNGKIN!. Tak mungkin orang boleh jadi macam aku. Sama juga aku, aku tak boleh jadi macam orang lain. Yes! Aku silap. Aku terlalu beharap die dapat bekerja dengan begitu expert dan efficient. Atau mungkin aku terlalu pentingkan kerja, pentingkan kualiti kerja, semua.  sebab tu aku jadi stress. Bila aku stress, period tak setabil :p. lepastu selera makan jadi tinggi maka potensi untuk gemuk adalah besar :p. eh memang aku stress banyak makan. Ade orang stress tak makan. Terbalik!

Petang semalam aku terbukak radio ikim. And u know what. Air mate aku menitik laju. Entah kenapa kata-kata penceramah jemputan dalam radio ikim tu sungguh menyentak perasaan aku. Aku tak tahu siapa. Sebab tak dengar dari mula. Ape yang aku paling paling ingat.

Bila kita dalam keadaan sukar, stress, bila di timpa musibah samada dari segi fizikal atau mental, katakan pada diri sendiri. Wahai _____nama sendiri sesungguhnya aku hamba Allah.
Katakan katakannn lah. Jadi aku pun berkata dalam hati untuk melihat sendiri keajaiban itu.

Wahai azi, sesungguhnya aku hanyalah seorang  hamba Allah.
Perghh die punya menusuk kelbu Allah je yang tahu. Begitu syahdu yang teramat kalah cerita Nad balik umrah. Perasaan yang ganjil. Tak tahu lah kenapa. Walaupun dalam doa aku sering titipkan ayat ni. :aku serahkan hidup ku, rezki ku, jodohku, dah seluruh hidupku hanya kepada-MU: tapi kali ni memang makan dalam. Sampai semua stress, kecelaruan hati aku hilang serta merta.

Aku kan memang perangai dari dulu, cepat naik angin. Dan cepat muhasabah diri. And sekarang ni, aku takde la nak mara-mara je. Aku biakan je la. Lain orang, lain cara bekerja. Aku Cuma harap beliau boleh bagi komitmen dalam bekerja tu saja. Itu sahaja yang aku harap untuk menyenangkan kerja aku. Aku fikir, ini ujian untuk aku. Maka haruslah aku tempuh ujian ini. Terima kasih Allah kerana menyedarkan kesilapan aku!


*header baru pakai nama facebook. J

Saturday, May 24, 2014

TERPAKSA BERPISAH.

hai..hello..


kisahnye macam ni. lately badan suam-suam kuku je. haha. nak demam tak demam demam. ce datang demam tu, elok aku meluru laju gi klinik asia mintak mc. sabor je la kan.


kisahnye lagi. farah dah pun berenti kerja secara rasminya semalam. aduhai. memula aku taknaklah sesedih. aku kene blagak macho beb. miahahahaa. pastu aku tak tahan terus mesej Su. cakap dengan Su fara dah takde. means fara dah pon keluar rumah sewa semalam. angkat semua barang die. gitu. aku kengkonon tak nak sedih untuk kali kedua. pastu entoh cemana aku tersedih. eeeeeee ape bahase aku ni.


senang citer aku sedih sebenornye tapi ego sikit punya tinggi. tamo tunjuk aku sedih atas pemergian Fara. hahaha. dalam hati hoii sedihhnye nak nanges nak meraung. aku ade buat seperais untuk Fara semalam. tapi nanti la aku citer. harini nak citer bende sedih-sedih jek.


berkisahkan lagi ni. kisahnya pasal nab adik aku tu. die dah nak masuk Uitm minggu depan. pastu die kan belom lagi pergi. tapi aku dah feeling sesedih semacam dah kenape? macam sedih rindu ke ape ke gitu la. aku pon tak paham dengan emosi sendiri. ape umur makin banyak lagi beremosi ke ape?. dulu aku elok je blagak macho kalau orang sedih-sedih. sekarang takleh nak blagak. kalau kate sedih terus tersentap di hati lantas laju je mate ni bergenangan ayor. 


sebab tu la aku rase nak demam demam rase tak sihat rase tak berselera. ehcehcehh masih berselera lagi. eh lupe nak citer aku jumpe Mila dengan hubby die ari rabu lepas. nanti la citer. tengah sedih ni. 

syrooottttt *hembos hengos..


k. bai.


Monday, September 30, 2013

RESEPI BERGAMBAR : BIHUN HONG KONG DAN BEGEDIL KENTANG


automatic publish 

hari sabtu lepas adalah hari FREE sedonia aku. kahkahkah, memandangkan Jumaat tu aku cuti, sabtu senang lenang, ahad pon bersenang lenangan. jadi moh la kita ke dapur. lame gila TAK masuk dapur ibu. selalu pun kakak yang masak. aku kalau masak, jiran tetangga semua datang bawak pinggan. haha :p


ok, hari ni aku nak share  dua resepi iaitu, BIHUN HONG KONG atau di kenali juga sebagai MEE KUNGFU dan lain-lain nama timangan. dan juga resepi BEGEDIL KENTANG. 2 menu ni memang febret aku. kalau kat kedai mintak Kwetiau Hong Kong. :p




kombinasi antara Bihun/Mee Hong Kong dan Begedil. Begedil ni tak mesti kene makan dengan Mee Soto sahaja. ianya juga mampu makan bersama asam pedas, mee kari, ayam masak lomak etc. :p


ayuh la kita mulakan dengan Bihun Hong Kong yang Superb sodap bebenor edisi cik azi kite ni. :p

BIHUN HONG KONG


Bahan KUAH yang diperlukan :

1 sudu besar minyak masak
2 biji bawang putih di pecahkan
1 inci halia juga di pecahkan
udang, fishcake, ayam (ikut kehendak masing-masing)
air (ikut kehendak masing-masing)
sayur lobak, bunga kobis, jagunag dan tomato (juga ikut kehendak masing-masing)
2 sudu besar lada putih (pesen old skol :p)
1 kiub pati ayam (kalau rajin buat stock ayam/air rebusan ayam)
2 1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung gandum (resepi asal tepung jagung) sebab kat rumah takde tepung jagung, so guna je ape yang hader kat rumah


cara-cara:

1. tumis halia dan bawang putih sehingga kekuningan 
2. masukkan ayam -tunggu sehingga masak
3. masuk udang , fishcake , kuib pati ayam/air rebusan ayam dan *air jika guna kuib pati ayam -tunggu sehingga mendidih. sebab udang ni masak sekejapnye
*air ikut pada kita la, kalau nak kuah banyak letak banyak
4. masukkan sayuran+lada putih+sos tiram -tunggu mendidih
5. masukkan bancuhan tepung jagung/gandum -sambil kacau masukkan sedikit demi sedikit dan teruskan mengacau takut tepung berketul-ketul pulak. kalau kurang pekat, tambah lagi bancuhan tepung. 
6. SIAP!


lupe nak cakap letak garam sikit la. kalau kurang masin. biasanya kuib pati ayam dah masin. kalau ade sawi dah tentu berseri sikit kuah ni. :p


Bahan MEE yang di perlukan :


aku pakai bihun sebab cari kwetiau tak jumpe yang halal. mee kuning tak bagus untuk orang bediet :p. kalau bihun takde jugak, pakai mee spegoti pon boleh.


sekeping bihun -aku celur/rendam dengan air panas dulu
2 biji telur -kacau dengan sedikit garam
minyak


cara-caranya:

1. panaskan kuali dengan minyak sedikit.
2. ambil bihun yang dah di celur tadi tu sedikit letak dalam bancuhan telur tu tadi. yang ni kene pandai agak la, kalau nak telur tu nampak banyak, 2 biji telur untuk segengam bihun yang telah di celur.
3. goreng macam telur dadar tu.
4. SIAP!



presentation ni sehabis baik tau aku buat. hahaa

lupe nak cakap.. letak lado kecik bagi kesan lecur di bibir..muehehe



BEGEDIL KENTANG

begedil memang febret ibu aku, resepi mak ngah aku punye. cume aku derhaka sikit la, hantam pakai resepi buat sendiri gituw. sori mak ngahhh!


bahan yang di perlukan :

5 biji kentang -menghasilkan 9-10 biji begedil
daun sup
bawang goreng -gigih buat bawang goreng sebab taknak pakai yang segera punya :p
1 biji telur


cara-caranya:

1. kentang di potong dadu kemudian di goreng sampai kuning sedikit.
2. lecek kentang yang dah di goreng tu pakai lesung batu. kekdah orang kampung ni. kalau nak kekdah bando pakai la blander. :p
3. gaul kentang lecek tu dengan daun sup dan bawang goreng.
*kalau  rajin tumbuk kan sekali dengan udang kering/ayam goreng etc
4. kemudian boleh la di bentukan. nak bulat ke, 4 segi ke...


lupe nak cakap, letak garam sikit.


5. kemudian celupkan dalam telur yang telah di pukul. dan goreng sehingga kekuningan.



6. SIAP!


sebenarnya cara buat Begedil ni ade banyak kekdah. ada yang rebus dahulu kentangnya baru di lecek kemudian dibentuk. tapi pada aku yang pernah cube dulu, kalau di rebus dahulu tu macam susah pulak nak bentuk sebab kentang terlalu lembik. bile terlalu lembik maka di namakan pulak sebagai mashed potato. kihkihkih. ikut pada citarasa sendiri la. ade yang terel jadik tau. aku tak terel pon. kalau nak lagi mudah beli yang segera punya. tinggal goreng! pon booleh~ :p


bai, semoga bermanfaat~


Thursday, August 22, 2013

BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS

salam...


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu
dengan sedikit ketakutankelaparankekurangan hartajiwa dan buah-buahanDan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabariaitu orang-orang yang apabila ditimpamusibah 
mereka mengucapkan : 
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun”  [QS Al-Baqarah: 155 - 156]

ya Allah bersyukur sangat kita masih lagi bernyawa hari ni saat ini dan detik ini. siapa tahun takdir yang membawa lebih dari 37 penumpang bas ke Genting Highlands berakhir dengan tragedi yang sangat-sangat-sangat menyayat hati. menitik air mata baca berita pagi ni. 37 orang maut sekali gus. betapa besar jumlah yang meninggal dalam satu-satu masa yang singkat. Allah~

aku syukur sangat tarikh aku pergi ke GH masih tertunda. kalau ikut pada perancangan asal awal bulan 9. lagi beberapa hari je nak ke bulan 9 kan. alhamdulillah+syukur. sebenarnya ini kali pertama aku nak kesana. betul-betul pertama kali nak merasa sendiri berada di GH. 

malam tadi aku tak tengok berita. lebih kurang 8.15 malam ibu telepon. cakap pasal hal ini. sebab ibu tahu aku nak pergi bulan 9 ni. ibu siap nanges-nanges kecut perut gigil-gigil kaki lepas membayangkan aku pergi nanti naik bas. aduhaii T___T ibu ku ibu kuuu~

takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. ingat lah Allah menduga setiap hambanya mengikut kemampunya kita. jangan tidak kita menolak takdir yang telah tersurat. Al-Fatihah~


“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”  (QS Al Hadid: 22 - 23) 



Monday, November 21, 2011

berlapuk...habuk...hapak la kau!

gile lame bena tak update...banyak keje kene buat ni, mengelap selain mengemop selain mengecat dan macam macam selain...

kononye nak tukar header baru..konon je la kan...tp nak tepek kat sini dulu...haha




aku boleh je pinjam judul lagu k-pop Beast 'on rainy days ' tanpe rase besalah...owh! Beast saaaranggghae!!

Monday, October 10, 2011

Turqoise .

kesian blog. lame terbiar sepi...banyak dah sarang hae sarang hae kat sini...eh sarang hae pulok, sarang labah labah sebetulnye...


maklum la tuan blog ni pemalas, ...balik balik kerja terbongkang...


balik balik kerja terkujur....macam la kerja bawak bas...dreba dreba bas pon takde la gaye macam kau azi...


apoodah....sabaq na..sikit je lagi ni...tuan blog kene utamakan misi sebelum visi..wah gituu haha




ade orang tanye, berblog ni banyak syarat kan...tak boleh itu, tak boleh ini...tak boleh macam ni, tak boleh macam tu..kene macam ni, kene macam tu...


aku jawab senang aje, lantak engko la, blog engko...engko nak buh apo pon buh la...orang suka, suka...orang tak suka, ya enggak papa kok...

ye aku tau aku idok la pandai memberi jawapan yang baguih...dah tu p tanya sipu sipu yang len...haha



Sunday, July 3, 2011

♥ EMOSI ♥


Saturday, May 21, 2011

♥ selepas entry hari tu... ♥

hye..salam..


selepas entry hari tu.....


macam biase la aku akan hupdate entry malam...siang aku dipenuhi dengan jadual-jadual tidur...cuti-cuti ni ape lagi kau nak buat...tidurla...kalau keja dah sah-sah kau tak boleh tidur lepas subuh...astarfirullah hal azim...azi azi....anak dare pesen ape kau  ni azi..kau ingat rejki datang terus sumbat dalam lubang mulut kau ke azi...insaf~



pagi tidur dalam bilik...


tenghari tidur depan tv sambil tengok industan...fuyoo tidur sambil tgok industan~


petang tidur atas kosyen empuk...empuk la sangat...sakit badan aku...aku andaikan empuk je ...tak kan aku nak gtau kosyen ni dah layak lontar masuk dalam lori majlis-majlis bandaraye...

mood masih lagi berkabung...berkabung untuk tempoh yang lame aku kira....


sedihkan...


toksah sentap lelame la azi...nasik da jadik bubur.....so, padan muke kau le.....



kumbang bukan sekor....ye benar kumbang bukan sekor....tapi nak cari yang sekoor bukan main susah, ingat sambar pakai lidah je ke wei..ingat aku katak la....hihiii


see, aku dah boleh gelak sikit-sikit lepas nonton cerite chef wan..tingtangtingtang alexenderr...haa gitu...


okes...ape yang aku pelajari dari percintaan lampau..cewaahh geli pulak..ok..serius aku nak share...pengalaman lame memang tinggal kenangan la kan..tapi kite kene kutip pengalaman tu, kaji dan selidiki ape yang kurangnye pade diri kite ni..memang tak semua perangai kita boleh diterima...


cube...cube untuk memperbaiki lagi sipat-sipat mulia kau azi, untuk jadi lebih mulia..


kalau dulu kemain kau pelahap bedal apam balik sorang-sorang tak ngajak2 si die pon...cube next time, kau share cuap-cuap hidu-hidu kat lobang idung si die..ha tu la maksud aku...tak betul??ke pening??


aku sendiri lalok dan tak berape nak stabil......ok sekian...


azi...selamat maju jaye!! yeah!



ingat aku kesah la...orang nak cakap ape...


Friday, March 25, 2011

♥ Sakit : tulun!! ♥

seminggu lebih dah aku sakit telinga...


berdenyut-denyut....sampai tak semena-mena air mate membasahi pipi (ceewahh...)...


tadi kat opis betul-betul sakit, nak bercakap pon dah tak boleh, ketawe apetah lagi...awal-awal aku dah bilang same opismate ''hari ni jangan cakap dengan saye, jangan buat lawak depan saye, jangan bagitau saye ape menu 'free', oh jangan korek pensel depan saye juge..."


''oh azi kenape..." - Sharul

"sakit telinga...sekian..." - Azi



ekceli dah 2 kali buat operation...tempat yang same...tapi sape sangke ianya berulang...ratusan hampir ribuan dah hilang semata menjage sepasang telinge...


selama ni aku buat-buat dengar jek..padahalll pekak badak..samar-samar....orang cakap lain aku dengar lain..kan bahaya tu...


dah tu tak mau pegi spital?? ayoo takoot la..nanti dokter bising-bising cakap telinga aku itu la ini la..siap nak masuk kan camera dalam telinga aku...ee yek sape nak tengok..kang hilang selere aku nak makan..(ceh padalah telinge sendiri!)




ape yang dokter kate, lubang telinga aku sangat la kecil macam tuan nye...(eecehcehh) lagi pulak taik telinge tu tak boleh nak keluar macam biase macam u olls slalu buat....aku siap ade alat khas nak kuarkan taik-taik tu keluar..siap ubat titik 2 kali sehari...kalau tak, tersimpan la ia didalam menjadi arang...


sekarang sakit datang balik...uhh sakit nye Ya Allah rase macam nak gigit orang...bia orang tahu rase sakitnye...


biasela bila dah sakit, mesti moody~ jadinye sepanjang hari la aku moody...moody moody moody sampai kene marah dengan sorang client india ni...perghh skali die cakap 3 bahase da....tamil ade, cina ade..malay ade...ayooo aku pun naik pusingg...diam aje la...tak cukup kene dengan client...'naib pengerusi kepoh' pulakk berbakul-bakul bagi nasehat bla bla blaaa..dah tu aku gtau la aku tak sehat....so, die tak la kijam sangat...


untuk pertame kalinye rase budus yang amat... padahal tersalah runding harge je akibat salah kefahaman almaklum pekak badak,...eeitt menci la!



lepas tu larik masuk bilik fail...nages-nages gembeng...cehh lepas tu lapar...lepas tu makan big apple En.Arip kasi....lepas tu larik lagi masuk bilik fail...nages-nages sambil makan....macam berdose...nasib baikk hari jumaat...nasib baik tengah sakit...nasib baik pakai baju lep-lep.....urhh!


uhh ceksi nye aku...siap pinjam erra pajira ramboot pelsu lagi tu...hohoo tipu-tipu



boss kasi RM100 suruh pergi klinik cek...alamak! tapi dah tergune beli cendol...tak menahan napsu nampak cendol tepi jalan nun..cendol derian lagi kau! tepi jalan pon tepi jalan le...




ok, besok pergi klinik...






p/s : 'sangat bahagie' sebab dapat saman parking pertame untuk tahun 2011 semata beli cendol...cendol baru RM3.00 saman RM30.00 wut the.......

Monday, March 21, 2011

ISNIN jembu~

salam pagi isnin . huahuahuaa lalok ape pagi-pagi subuh dah update ..


ok pagi ni nak terus terbang ke JB...rase sedih pulak...kenape? sebab ibu tinggal sorang-sorang lepas ni...aku ni haii rase sentap pula lepas bace entry abang Ben kiter tu...betui la aku sedih lepas ni..eh sekarang pon aku dah sedih...kang aku drive tak nampak jalan...nampak kolam air jek...


almaklum anak-anak semua dah besar...sorang kat US, sorang kat UK, sorang kat UM eh tipu tipu...memang semua dah besar panjang tapi tak sorang pon yang sudah menyumbang cucu...hahaaaa


kalau u olls nak tau bila semua (adik beradik) balik, pastinya ibu masak sedap-sedap, sorang-sorang punye pebret ibu masak...kalau aku cukupla kalau ade sambal tumis ikan bilis perghh siap bawak bekal ni...makan gitu je pooooon sodap...cecah ubi, lempeng, cekodok, roti, beskott eh semua aku bantai!



kejap lagi nak gerak dah...tapi tak madi lagi...atas nasihat semua, aku pakai juge baju kaler PINK...kali ni PINK kilat-kilat kau! ades pening abang-abang brade mat-mat yang tengok...silauu!




kepade IBU :
ibu suke kaler blue...sume baju IBU kaler blue

sob-sob belum cakap aku dah sedih, terima kasih atas masa yang diberi walaupun hanya 2 hari setengah anakmu di sini, walaupun semalam janji nak cari uban, tapi anakmu terlupa, tertidur terbongkang la anakmu di depan telibisen...mintak ampun...

kalau boleh eberi day nak balik...but, itu mustahil anakmu tak mahu mati di tengah jalan..anak mu ni kan raboon silau mane boleh dribe malam-malam...eh, lupa terima kasih ibu bekal kan sambal tumis ikan bilis...minggu depan buat lagi boleh? ok, jumaat ni anak mu balik...lepas kerja topat pukul 5 dah bedezuuppp...baibai ibu baibai abah baibai semua~





p/s: betul ke kat higway korang cume bawak 110km/j jek...ha jangan tipu bedose kang~

Saturday, March 19, 2011

♥ kita hanya mampu merancang!! ♥



ini adelah entry Print Screen...harap maklum...





mangsa kritikal adelah kawan aku, alhamdulillah selamat. aku panggil die Midah...kawan dari Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) lagi, kami berkongsi sekolah yang sama, klinik yang sama, balai polis yang sama, taman permainan yang sama, tempat lepak yang sama, beraya bersama...ekceli tak pernah mis daatang raye rumah die tau!...


berita ini dah lama berlalu 9 mac lepas...rase terkejut sangat-sangat bila kakak die post status kat FB


*gambar - amatur
*gambar - amatur



mak bapak Midah terus terbang ke Labuan....aku sendiri rasa macam tak percaya..padahal baru je borak-borak pasal satu majlis ni...tup tup besok nye aku dapat tau die tengah bertarung nyawa!


lepas beberapa hari dalam ICU...kini Midah di tempatkan dalam wad biasa...aku sempat jenguk Midah...jenguk dalam FB la...nak aku pergi Labuan itu adelah imposible...aku sangatla tattot naik kapal terbang berdezuupp...seyes aku gayat!


berbalik kepada cerita asal ... Midah kini masih lagi dalam pemantauan dokter...but sempat juga la Midah On9...entah bagaimana tu korang jangan tanye aku...


Midah tak dapat terima hakikat....konon nye Midah lah penyebab kawan die meninggal dunia...kalau aku kat tempat die..seyes aku jua mikir begitu dong! 


stress, penyesalan...rase bersalah berbakul-bakul...


aku dapat rasa apa yang Midah tanggung!




tapi aku tahu Midah sorang yang kuat!



kepade Midah :

aku mewakili rakan-rakan...TABIKA Kampung Tengah, SKPL, SMKLL (aku tau kau tak pernah sekolah sini...tapi ramai kawan kau kat sini kan kan) , SMKDHHY, para guru-guru, kakitangan sekolah, pembantu am sekolah, AJK kampung-kampung, AJK pekan-pekan, AJK bandar-bandar dan semua lah mendoakan Midah cepat sembuh dan kuat! menghadapi dugaan NYA!


sebelum berpisah meh aku tunjuk sipi-sipi je siape Midah



ini lah Midah...


aloorr aloorr malu-malu pulak..hiks!

Midah ni budak baik...pandai...bijak...tak lupa kawan-kawan...walaupon Midah cepat merajuk dan kadang-kadang kami suka membuli Midah...tapi Midah tetap sporting abes! cayalah! 

OMG aku paling suke kuih cakar ayam mak Midah buat!!




ini gambar jaman-jaman budak...tah tahun biler..aku penat dah cari pic terbaru bersame Midah...almaklumla banyak sangat album tak kuase pulak aku nak belek satu persatu...ngehngehh

*eeitt jembuu nye mudak pink tu..nyampah pulok!





 ok cerita Midah tamat disini...sekarang aku nak mulakan cerita aku pulak...ehehee...tak panjang...cikit je aku nak bagitahu....




life aku dah tak macam dulu kala jaman-jaman seronok dengan PTPTN a.k.a student IPTA...sekarang aku lebih tertumpu ape kerja...kalau tak sape nak bayoo PTPTN aku tuh!


ya aku tahu sorang blogger yang bijak tak akan mensia-siakan blog nyer...satu, kene rajin update. dua, kene slalu blogwalking...tapi kadang kale aku takde kesempatan nak berbuat demikian lantaran (ceewah) kesibukkan kerjo di opis...sampai jauh malam juga kadang-kadang tu...cian bos asyik kene belanje aku makan jek...hahaa



tapi dalam seminggu aku update jugak ape~kan kan...



aku tak meletakkan ape-ape syarat dalam blog ni suka hati korang la nak buat ape...hahaa tipu-tipu


some of blogger yang aku terjumpe mase  
'jalan-jalan' kate 'i hanya follow blog yang rajin update jek' alamak i terase u...hurmm WEV la...



pade yang follow blog ni sangat terima kasih...mintak aku follow balik...dah tentu aku follow...ape ade hal...yang penting tinggal kan link dengan betul...confirm-confirm aku follow balik u...huhuhuu tp lambat sikit ler boleh mmbak!













ape lagi nak bebel ekk....












ok abes da~












ok da da da da di di di du du du~




p/s : bercita-cita besar mau hupdate 2 entry dalam 1 hari...hoops!

Monday, March 7, 2011

♥ SALAH beliau dikatakan SALAH kiterr!! ♥

Rule no. 1
 Boss is always right!

Rule no. 2
  If Boss is wrong, see Rule no. 1!


ini adalah cerita realiti...bukan mentop bukan akademi pantasia...ini cerita aku...

malam tadi aku mimpi kene marah dengan boss! rupanya mimpi jadi kenyataan...pagi-pagi aku dah bengang...mane taknye pagi-pagi dah kene tanya itu ini!


IKUTI PERBUALN AKU DENGAN BELIAU!

BOSS  ::   "azi u tak ingat kan i ade nak hantar tender hari ni?"

AZI ::  "what? mr.XXX , i dah remind u last week...i siap dah bagi due date nye kat mr.XXX"

BOSS ::  "bile u bagitahu i?"

AZI  ::   "kames! i siap dah prepared bukak satu fail untuk u senang isi BQ kat dalam dokumen tender 2 dengan pendrive warne putih i letak atas fail biar u nampak..."(buat muke tak puas hati sikit....kerut-kerut dahi cebik-cebik bibir mughil...siap dalam hati kate ''ade yang kene ni..haa")

BOSS ::  mane u letak?

AZI :: atas meja i...macam biasa...

(sebelum ni memang aku taruk atas meja aku...biar die cirik yang ambil...die jugak yang kate meja die dah macam kedai jual ayam...bersepah..karang tercampur sane sini hilang!)


BOSS ::  u taruk atas meja u memang la i tak nampak!

AZI :: diammm....diammm....diamm...aku terus teringat rule-rule segala pasal boss, member aku cakap dulu mase blajar...ghuper nye aku terkena bebb!! padan muke aku! sekian!





aku ambil keputusan untuk diam jek dah banyak aku melawan..kang kalau aku melawan lagi tu dah kira biadap dengan die silap haribulan aku yang dihumban ke laut..eh dibuang kerjooo...dah tu sape nak sare anak tekak, anak perut aku ni?!



aku geram jugak...padahal aku siap tanye lagi ari khamis tu macam ni ala-ala santai :

AZI  ::  " hye ~~ mr.xxx bile nak isi BQ?? submit isnin depan 7hb tau!"


dah tu die kate 


BOSS ::  "azi, i blum ade mood la...later lah ok?"



bengang tak adik-adikkkkk kuu...kalau bukan dioo sapoo lagi yang ghuperrrnye sejebikk macam ekau tuh!



hurmm sedey berpanjangan la haku sepanjang hari tadi...tak lalu nak buat kerja...nak makan apetah lagi...tapi aku sempat juga la bedal mee goreng dengan ayam seketol plus milo taborr plus budak opis belanje cupcake..mane cukup satu beb! paling tak pon 2 3 bijik aku bedal..haha tipu tipu tipuuu...


BAD MOOD itu la perkataan yang tertaampal di dahi, di pipi, malah di mulut jugak!


semua orang tak berani dah tegur aku..abes budak praktikal kena buli dengan haku...ehh aku mane jahat..baru hari ni aku suruh die potostat tah ape-ape dokumen...nasib baik die budak sangat baikk...sangat memahami jiwa sanubari haku yang sedey ni...sob-sob-sob... 
aku siap nagis-nagis lagi depan milah...siap die kate 


"zi, kau nagis-nagis segala ni dah macam orang mati laki, kau bajet kau budak kecik la" 


siut kau milah...siap kau esok! hahaa






kepade milah : 

oi milah buat-buat lupe duit minyak nampakkk hahaa.........
banyak cantek muke kau nak naik pree preee eberi month! huahahaaa 

**tak sampai hati nak cakpa macm tu....mane ade aku jahat...naik la milah stahun pon takpe...hehe**



 kepade kamu yang belum bekerja:

semoga tabah menempuh alam pekerjaan...sila la copy RULE tersebut...simpan dalam HD...dalam DVD ke..dalam Handphone lagi elok..B4 tidor bace...hekhekhekk



~~~~~~ sekiannn~~~~~

Sunday, March 6, 2011

♥ Terima Kasih! ♥

salam sunday...rasenye hari ni baru ade mase nak ngadap laptop nak ngadap blog...huhu itu pon kejap je kot sebab kejap lagi mahu keluar pergi tuttt..tettt trutt trutt! huahuaaa


untuk pertama kali nye aku meriahkan entry aku dengan warna-warna bagai...suke tak suke tak!



hari ni aku nak bercerita pasal TERIMA KASIH...


pade suatu petang yang mendung...aku singgah di GIANT untuk beli kelengkapan mandi yang hampir surut di bilik mandi...

nak hoott kan cerita dah seminggu aku tak syampoo...bukan aku pengotor laaaa aku tak sempat...aku sempat sental badan jek..tak de nye mase nak buat medicure ke pedicure macam kau orang...

aku tahu kau orang sangat cantik jelita tidak seperti aku kott...kesibukan punca utama kenapa seminggu ni aku jadi 'Kak Limah' semua bende jadi kusut...bilik jangan cakap la macam kapal lanun dilanda angin pusar...huaahhh berani aku memburukkan diri sendiri disini! haha


berbalik kepada cerita sebeno...aku sedang giat mencari syampoo yang terbaik untuk rambut jenis rontok sepesen macam aku ni...tiba-tiba dengan tidak tersengaja satu makluk ALLAH bernama
mamat terlanggar (aku andaikan 'ter' la kot padahal ruang sikit punya besar gajah pon boleh lalu!)..


lepas tu mestila barang die terjatuh...die beli bedak baby Johnson beb! hahaa...aku pon tersepontan tunduk lalu ambil barang tu...di ulang terSPONTAN!


aku terkezut jugak ingat same-same nak kutip barang tu ala macam drama melayu lepas tu terhantuk kepala lepas tu tot tet tot tettt...

ghuper-ghuper nye hareemmm jadah khayalan aku semata...si mamat boleh tercongok saje sebijik macam pak dato' yang belagak (ibarat mak datin) ya ampunn! seriuooss dengan muke-muke skali die tunjuk belagak macam aku ni pesalah yang nak kene hukum gantong!...aku yang berusaha keras mengutip barang die yang jatuh dihujung kasut beliau kasut polo kaler ceklat tak de tali aku agak-agak size 8 ke 9 ni...bapak! besar tapak gajah!


lepas tu aku hulur la barang die...die boleh rampas then blah!...tinggal kan aku sorang-sorang padahal ramai mate memandang ke arah kami dah macam tengah shooting! eeee maluuu maaluuuuu tapi sabau je la buat dengan iklas tanpe minta apa-apa balasan kan kan...abes ni dah kes belagak nak mam!




entah kenape rase macam bengang yang teramat sangat lahh! rase panas aje muka macam nak cepat lari cari ketiak mak nak nyorok!! rase kalau mase boleh diputar, dah kompom-kompom mase tu aku bertukar jadi sailormoonn dengan tagline dengan kuasa bulannn akan menghukumm mu!!!


bukan susah mane pon...cakap la TERIMA KASIH...kalau terase skema, cakapla Thanks je ke...Just Senyumm pon ok what!


dah sampai ke malam aku terase budus yang amat sangat...kalau kat depan mate dah tentu aku tak lepas kan peluang untuk tunjul kepalo die...paling kejam pon aku jotos ajek! tak pon aku rendam kaki die dalam mangkuk jamban! hahaaaa kalau tak cukup puas aku balik mercun katak kat bawah kelengkang die! huahuhuaaaaaa kejam kejam kejam!!




~the end~



terima kasih kekasih pade semuaaaaaaaaa yang follow blog yang dah jarang-jarang hupdate ni....

terima kasih juga yang puji memuji segala kate blog ni cute la cantik la huahuaaaa aku rase nak tukar header kot...muke 'baik' semacam aku pulak rase menyampah tengokk! keh keh kehhhh!



TERIMA KASIH KERANA MELENGKAPKAN HIDUP KU! (geli nye ayat ni!)







p/s: entah kenapa terase nak juga lukis bagaii....hahahaha DIAM! aku taula tak secantik kau orang punyer! hukhukhukk

Sunday, February 27, 2011

♥ pemilihan yang tak SERUPA PASTI!! ♥

sebarang keputusan mestilah dibuat dengan berhati-hati!

kata pepatah melayu johor (kenape johor?! huhu), terlajak perahu boleh di undur...terlajak kata badan binasa!

jangan sampai ketemu jalan BUNTU!

jangan biarkan diri berada dalam keadaan CELARU!

sebab itu sebarang kemusykilan, keraguan atau terlalu BANYAKKKKKKK (wahh banyakknye!)
sangat pilihan, kita sebagai umat islam disaran untuk melakukan SOLAT ISTIHAROH!

insyallah hati akan tenang dan sebarang keputusan yang dibuat pasti ade hikmah tersembunyi!

**mahu atau tidak mahu kau terime aje la aziii!






 BAIKLAH





intro yang penuh 'seruan!'


sebenarnya aku yang kebuntuan...aku gemuruh, gementar, gelora, segala 'GE' la...


keputusan yang bakal aku buat pastinya memberi kesan yang sangat besar pade negara..(sile muntah!)

rajen atau malas aku gagahi jua untuk bangun di kala ayam belum berkokok berkais pagi...dipersukuan malam aku bangun...minta pertolongan minta petunjuk dari yang MAHA ESA!


tapi malam tadi aku tak mimpi 'sape-sape' pon...aku mimpi naik lif kain tersepit ado lah! apekahhhh~~~~


puas dah aku setady (study) buku-buku ilmiah, buku-buku motivasi...buku-buku pedoman...buku aku terima nikahnye...ehh?!...tapi masih lagikk kebuntuan sih!! oh! mas parjo! bawa aku ke lombok!


aku ghisaooo (risau) kalau aku dalam kebuntuan, kecelaruan...aku akan buat perkara-perkara #^&^#% (bukan perkara keji)

biasenya aku ::::-

1) MAKANN MAKANN MAKANNN ICE-CREAM SAMPAI TERASE BIBIR TEBAL DOPLAS INCI!
2) TENGOK CERITA TAMIL TANPE SARIKATE
3) PALING TERUK PON AKU BERANGAN SNAP SANE SINI...BAJET MACAM CUN *OH! ANNOYING! kau pedulik ape... wek wekk!








abess tu kadang-kadang semua orang ade tabiat masing-masing kan kan...

abess tu ape tabiat kau orang ha kalau kau orang di tempat kuh! oh my my my myyyyy GOD plezzz help me!







lagu ni best! MAHER ZAIN~

For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say







For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

 

Monday, February 21, 2011

♥ mencikk geli...gilooo kowtt!! ♥

ini adelah entry emosii tak setabil dengan muke monyok sejute!....


tersebut le satu kesah...so teruje jek nak setoly moly kat belog ibarat diari555 ni!! huuh! mencikk geramm geli semua bercampur baur dah macam gadoh-gadoh...ade tempe ade tahu ade kangkong aihh segala macam ade nih!


macam biase buat kerjala di opis...kira itu ini, kang supplier hantar barang kene cek benar ke idokk ke..cukup ke idokk ke...kang cop sane cop sini..turun naik tangge..gedebak gedebuk dah macam jantan dah keje aku tinggal lagi next time aku kene pakai seluar baru boleh lompat sane lompat sini hoho.....bukan ke aku kejenye buat akaun?! haisyy polikk!! tapi best haper baru advanture!


sedang aku khusuk tahap dewa ngadap komputer..tibe-tibe je satu suare garau menjerkah aku dari belakang! oh! mak engkau berak besepah! hah melatah ala-ala saripah jongang...sumpah aku terkejut...dan bila aku terkejut dah tentula dade aku berombak kencang macam tsunami macam nak jujur jantung...nasib baik takde sakit jantung beloobang kalau tak seminit lagi arwah aku! cian mak tak sempat tengok bakal menantu...aisyeh!

sekali aku toleh belakang....ghuper die...macho tu ade lah sikit..aku pasti beno la mase zaman mude belia die memang gile macho! walaupon die macho versi orang-orang tua...aku masih waras dan aku sangat arif la bab-bab meneka umur orang ni...aku taruk la die dalam 60-an..pasal umur aku tak pelik..lelaki memang nampak mudo walau sudah berusia..ehemm sila abaikan ayat yang di italic terime kasih!


aku ni memang la kaye dengan sifat-sifat mahmudah...baik...tak sombong..(muntah!)..tapi bila 'pakcik' ni dah mule nak meroyan dengan aku...mane aku boleh sabau wei..hataoiii gilo haper...ade ke patut die suruh aku panggil die ABANG!...ayoyoo....rase macam nak tombang...bukan suka..tapi nak terkeluar hingus aku ni jahh oiii....kalau aku terbersin..sah-sah aku ngadap muke die biar terkene sikit tampias 'minyak dagu' aku ni! giloo ahh..umur dah la dalam kategori sebaye dengan bapak aku pulak aku disuruh panggil ABANG! what the &^%$*& (bukan mencarut!) mati selere aku nak makan nasi beriani nanti lunch! silap-silap dalam kuah dal aku terbayang-bayang muko pakcik ni! ehhh silap-silap ari bulan aku terngigau bersanding dengan pakcik ni...nauzubillah!


entah syaitonn nirojim mane yang dah sampuk pakcik ni..asyik dok melekat kat meja aku...kejap-kejap main mate dengan aku...fuyoo meremang seyh! bulu tengkok aku yang tak berape nak lebat ni...rase macam nak buat perangai tak senonoh bia pakcik tu belah cepat dari situ...antara perangai yang dah aku set dalam pale otak aku ni macam sendawa kuat-kuat..haa buruk buruk buruk perangai..kalau tak berkesan...aku try kentot kuat-kuat haalamakk tak tergamak rasenye nak tunjuk keluar perangai tak senonoh tu..aku kan gadish semasa eh gadish ayu...penuh kesopanan dan ketatasusilaan...haisyemennn tensenn aku tak boleh buat kerja!


setelah lime belas minit setengah berlalu...pakcik tu hangkat kaki..nak berambus la tu...."syukur alhamdulillah Allah dengar doa ku!" rase selamat...rase ringan...rase nak lompat-lompat tikam..hekk!


sebelum die berhambus tu...sompatt lagikkk senyum-seyum simpul plus gatal plus miyang...tak boleh blah! alamak pakcikk kalau kau mudo mudi seusia seremaja sekepala dengan haku dah tentu-tentu aku balas cintann cintunn mu! mu tak offerr pon haku sanggup tampal no. tepon aku kat lengan baju mu...hukhukk gile, aku ke yang gatal!


tambahan: tak seusia pon takpe la...tua sikit jek dari aku pon boleh...bukan aku memilih pakcik...aku tidak mahu anak-anak 'kiterrrr' nanti kompius mahu panggil kau dady ke atoks ke yang (moyang) ke! sadis nanti aku mengenang nasib mu! (melalutttt!!)


sekiannn....semoga aku dijauhkan segala anasir-anasir roh-roh jembalang-jembalang yang jahat damping dengan aku malam ni...amin~


jaman sekarang ni....haiiittt macam-macam boleh jadi..so next time kalau die datang lagi..aku cadang nak bacekan talkin kat telinge die..huhu ayat kursi pon dah memadai lah! 

owh lagi satu aku tak mahu pakai baju kurung kuning lagi...ramai kate aku bersinar-sinar gemerlapan katenye ari ni macam ubat gigi fresh and white...aku kira itu pasal pakcik tu silau tengok aku! hahaaaaa