Monday, July 29, 2013

REVIEW : IFTAR DI GRAND PARAGON HOTEL, JOHOR BAHRU MALAYSIA

hai, hello..

hari jumaat yang lepas aku dapat undangan majlis buka puasa bersama rakyat jelata. biasalah kehidupan sebagai Puteri di Istana. mihhmihhmihhh




hotel Grand Paragon yang terletak di pinggir jalan setaman dengan Taman Century. untuk mencari hotel ini bukanlah susah cuma menguji kesabar sedikit dek kerana cermin mata yang tertinggal di dalam beg lagi satu. di tambah pula hujan renyai-ranyai sepoi-sepoi berdondang sayang. di tambah lagi dugaan dengan nama hotel yang kecil dan berwarna kelam. pergi bertiga. tak sorang pon perasan hotel ni mase mula-mula. :p. mohon lepasni pihak GP tepek la signB tu besor kaler meroh ke, hijo kee. :p.


kalau korang dari Lebuh Raya Utara Selatan. exit pandan-terus je sampai la jumpa 5 trafic light, sepanjang jalan tu akan terjumpa hotel crystal crown, so dah dekat la. pastikan berada di lorong kanan untuk membelok ke kanan. berhadapan dengan plaza pelangi, belakang Petron.


sesampai je jam 06.30 petang. awal tersangat-sangat pulak :p. lepastu dok melepak kat lobi sementara menunggu ahlil kerabat yang lain. sebenarnya bagus jugak datang awal. dapat petak parking dengan senang dan lapang. jadi boleh la 'memarking' sambil tersenyum lebar!. ade 3 tingkat basement parking. gerun banyak!





kawasan lobi besar dan luas. ade lebih dari 1 set sofa yang gila empok. duduk terbenam kompom tak mampu nak bangun sendiri. macam tu sekali aku nak gambarkan. hehe




makan secara bufet ramadhan. dikatakan RM100 sekepala. bufet ramadhan ni dibuat di dalam cafe hotel berkenaan. dimana nama cafe tersebut adalah Cafe Para-Para!. bersesuaian dengan puteri di istana berangan menjadi si pari-pari. :p. tinggat 2 (atas Cafe Para-Para) adalah Restoran Jepun!. 日本のカフェ terus je nak 話す jepun~


kawasan dalam Cafe Para-Para ni sebenarnya luas. dek kerana sambutan 'booking' for buffet ramadhan ni sangat menggalakkan. maka keadaannya menjadi sempit. banyak sangat table yang telah di booking. tapi masih boleh lagi ambil makanan macam biasa.


makanan dah tentulah banyak dan semua cantik-cantik. aku tak snap pulak gambar bahagian makanan. sebab orang ramai tengah berpusu-pusu mengambil, mencedok, merembat, men-smis. dah rupa main badminton gamaknya. :p



oleh kerana bahagian makanan berat sangat pack dengan manusia. so, aku mulakan mengisi perut dengan dessert and appetizers. dari mula masuk ke cafe tu sampai lah ke hujung cafe memang macam-macam-macam hidangan. hoi dah la presentation lawa kemain lagi hati membentak mahu angkut semua. pakkal je watak puteri di istana tu perlu di teruskan. :p. dari makanan melayu segala macam sampai la ke western sampaila ke jemput-jemput ikan bilis sampaila ke buah pisang sampaila ke aiskrem sampaila ke choc fountain. semua nampak menyelerakan



ini adalah hidangan ke dua atau ketiga?. tak pasti. yang kedua mungkin buah-buahan. puteri di istana tu pemalu. jadi perlu bertenang sebelum menyerbu di bahagian makanan berat. :p.

untuk hidangan yang ni, aku ambil makaroni, dan mencuba makanan adventure ni kerabu perut dan paru. juga sekeping daging ikan tuna mentah. kalau ada ikan salmon sudah tentu puteri di istana itu melompat kegirangan. :p dan paling seronok adalah durian goreng. omaihhadd! sedap kemain!



menghirup coffee di waktu hujan renyai-renyai

pilihan air dari sejuk ke suam ke panas. dari berkaler putih ke gelap. tone warna air yang mencabar tahap keimanan korang. banyak pilihan!. boleh bangun ambil sendiri ye tuan puan. pelayan hanya menambah air suam sahaja di gelas. pantang luak sikit segera di tuang. tak sempat nak menikmati bahagian dasar. :p


untuk makanan seterusnya aku tak sempat pulak nak snap. kawan-kawan semua naik heran tengok aku kejap-kejap snap. seteres kawan tu. haha.  



habit baru hulubalang adalah mengambil segala macam makanan untuk di jadikan tatapan bukan santapan! :p


mase ni jam 09.15 malam dah. aku dah tak mampu nak menelan, mengunyah dan etc etc.


oh ye! tempat solat lupe nak share. menurut kata member ni, tempat solat perempuan ada 2 bilik. 1 ada tempat wuduk kat dalam, dan 1 lagi tak ada. ruang solat agak kecik. telekung tak pasti disediakan atau tidak. nak selamat bawak je senang. macam kawan ni aku pesan awal-awal bawak sendiri nanti tak la tunggu menunggu. untuk lelaki, cuma ada 1 bilik solat



mereka semua ni sangat sporting

aku perhatikan ramai jugak non-muslim yang turut sama memeriahkan suasana dalam Cafe Para-Para tu. siap makan bubur lambuk bermangkok-mangkok. :p



makan dah, borak dah, ketawa terbahak-bahak tu kureng. speaking je banyak. kalau nak dengar puteri di istana tu speaking boleh la buka u-tube. kihkihkihh...




kemudian, harusla tepek sikit muka kenyang! :p


jam 09.45 malam dah gerak keluar. bayar parking ticket siap diskaun dua hengget! ahlil kerabat yang lain tak puas hati kenapa group puteri di istana ni dapat diskaun. haha

kalau nak diskaun, tunjukkan tiket kat receptionist. nanti die tolak RM2 atas sebab makan buffet. :p. so, makan la buffet untuk diskaun parking!. hehe




FAKTA MENARIK TERTARIK:

1) doa buka puasa dan azan magrib berkumandang di dalam cafe dengan lantang direct dari speaker radio RMJB!
2) parking orang awam terletak di basement (bawah tanah) yang memerlukan keberanian yang tinggi untuk turun dan naik. sila berhati-hati! banyak kesan terseret kat dinding bawah tanah tu. dah la bawah tanah, rasa menjunam lagi pulak berselekoh. 
3) CHEF dari bahagian masing-masing akan turun padang untuk meninjau sendiri 'kelarisan' menu mereka. masa ni la dorang akan tanya komen secara rawak. emm menarik sangat!
4) gulai kawah tu betul-betul menarik hati, sebab di hidangkan di dalam kawah sebesar besar kawah. besar yang penting.
5) kelarisan kambing golek sehingga hulubalang tak mampu menahan napsu lalu menyerbu terus ke arah kambing gaya harimau mendapat kambing. kambing dan kambing segalanya kambing. siap sos lada hitam.
6) kelazatan dan kebesaran udang galah masak lada menambat hati sorang apek meja sebelah lalu meratah menggunakan jari jemari siap bersila. ternyata betul hoolio!
7) banyak sangat desert yang disajikan didalam 'gelas'. sungguh tergoda tetapi rasa yang hampa.
8) durian goreng sangat sedap. sampai rasa nak tanye resepi.
9) seorang pelayan telah membuat kejutan bila jug berisi air terlepas dari tangan. pohon kurma hiasan hampir tumbang dek kejutan melampau. 

banyak yang menarik dan tertarik. segalanya mungkin di :





darr~



lepasni nak review lagi satu tempat tak kurang hebatnya. sneak peek dulu~



teka sampai lebam



No comments :