*entry yang di autometik kan dek masa yang terbiar... :p
hello....eira syazira, abang aeron aziz, abang fahrin ahmad...haii, eh macam justin timberlake je tuuu...meheeehe
u-know what raya is around the corner. setakat ni persiapan raya ahlil jemaah keluarga hanya 40%. aku rasa adik beradik kurang eksited berbanding tahun lepas. nampak gaya graf ke-exited-tan raya dorang makin menurun. ini menunjukan prestasi yang tidak bagus ye. kebarangkalian membeli belah dimalam raya adalah sangat tinggi. -kata aku sebagai pengkaji ekonomi sosial keluarga
aktiviti mengemas, mengemop, menyusun atur, mengelap perabot, tingkap, sliding door, kipas, vacum, gulung karpet dan mengubah kedudukan meja, kerusi dan bunga di ruang tamu yang terletak di seksyen 1 hanya mampu di lakukan sebanyak 40% berjaya di lakukan pada ahad yang lepas. tidak termasuk di bahagian ruang santai menonton tv di syeksen 2 dan ruang tertutup para tetamu di seksyen 3 yang tidak lagi terusik. ditambah langsir dan sarung kusyen. di jangka malam raya rumah akan menjadi seperti ini (__)(----). tiada kata digambarkan.
keadaan bertambah stress bilamana adik bongsu/anak bongsu ahlil jemaah menghantar mesej kepada seluruh adik beradik, ibu dan abah berupa ugutan.
mulai saat itu, tiada ayam dan ikan. hanya telur. bagi menghormati beliau yang jauh lah sangat di BP. dek kerana jiwanya dah kat kampung jadi kami adik beradik sepakat menyerahkan tugas mengemas seksyen 2 kepada dia. kihkihkih.
sekian sahaja laporan persiapan raya yang terbengkalai. dijangka akan terus terbengkalai sehingga malam 8hb Ogos. sama-sama la kita nantikan laporan selanjutnya.
kemon arr....
1 comment :
hahhaa..aduhhh..
Post a Comment