Tuesday, November 26, 2013

RESEPI : BUBUR SOMSOM


hai,

hari ni nak share gano nak buat bubur somsom.....kalau nak makan yang paling sedap, tunggu orang buat kenduri kawen. esoknye pasti dapat bubur somsom ni. aku tak tahu la samada johor sahaja yang mengamalkan tradisi ni atau ada negeri-negeri lain turut sama berkongsi tradisi.


kenapa lepas kenduri kawen je dapat bubur somsom ni?.
kate ibu aku, sebab kesyukuran. terima kasih dekat orang kampung merewang (bergotong-royong) berhempas pulas nak setelkan majlis kawen kite tuu. satu lagi konon-konon sebagai pemanis atau pencuci mulut lepas makan-makan jemputan macam nasi minyak ke nasi beriani ke capati ke. ekehkehkeh.
tapi apasal nak tunggu satu hari baru nak bagi?.
soklan ni memang kene jawab dengan kaki.. yo la orang sibuk merewang, membungkus berkat, basuh pinggan itu ini. kau boleh pulak mintak bubur somsom. dapat memang dapat la.. dapat kaki! pasal aku pernah kaki sebelum dituju soalan......heheheheeeee


ok dari membebel tah ape-ape. marila belajar buat bubur somsom. aku pun lupe nak selidik apasal namenye somsom. rase negeri lain panggil bubur manis kot?. ke ape ek. nape somsom? nape bukan
sep-sep-sep-mi-mi-mi-tom-tom-tom-la-la-la...kenape kenape kenape......tu kena la bukak kamus asparagustimoskos. :p


berikut adalah bahan yang di perlukan.

bahan bubur :
1 cawan tepung beras
5 cawan santan segar
1/2 sudu teh garam
pewarna

air gula :
gula melaka
air
secubit garam



mula-mula kita buat air gula dulu. bubur somsom ni kene makan dengan gula melaka barula masyiokk!


gini kekdahnya :

1. masuk gula melaka yang dah di pecah belahkan. masukan air sikit dulu. nanti tawor kalau terbanyak.
2. masuk garam sikit.
3. kemudian letak atas dapur dengan api yang paling kecil. kalau dapur aku ni api tengah.
4. tunggu cair kemudian barulah di tapis.


barulah buat bubur. paling senang la....bubur lambuk tu lagi payah tau. bahan pon 3 bende je dengan menggunakan formula ini!:

formula nya macam ni.

1 cawan tepung beras + 5 cawan santan segar

kalau nak pakai senduk

1 senduk tepung beras + 5 senduk santan segar.


nak pakai besen ke etc formulanya tetap camtu. ha senangkan....idokla pakai formula kimia bagai...haha



1. masukan secawan tepung dalam periuk
2. bancuh tepung dengan santan. make sure jangan sampai bergentel. atau bahasa lainya berketul-ketul kalau berketul-ketul. kisar tepung+santan dalam pengisar dan tapis.
3. masuk garam. bancuh rata.



kalau boleh pakai periuk yang besar sikit. mudah nak mengodak atau bahasa lain nya kacau atau stir.


ok, bila dah kacau rata,
1. letak atas dapur dengan api sederhana.
2. teruskan mengacau untuk mengelakan bancuhan berketul-ketul.
adala ghuper buat dodol sikit.
3. masa ni bolehla letak pewarna. nak kaler meroh ke ijo pekat ke. aku suke hijau lembut-lembut gituwww...


lihat, bancuhan tadi menjadi pekat. teruskan mengacau dengan laju. hehe


macam mana nak tahu bubur tu dah masak?
1. keadaanya agak likat dan pekat.
2. nampak tak aku bulatkan kaler kuning tu?. ade letup-letup kat bubur tu tanda mendidih. dan tepung tu masak dahhh...


bila bubur tu dah masak. kene cepat-cepat letak dalam bekas. kalau tak nanti bubur ni cepat kejong. haha

alaaa comot pon takpe..aku namekannye Seni... bukan Selekeh. gigih kau tahu nak isi dalam bekas dadih ni. bile ibu cakap cepat-cepat aku pon bedezoooooopppppppppppp tau!!. . hehe



inilah hasilnya. aku suke makan sejuk-sejuk....


onomnom. gula tu ambil sikit je patutnya. sebab manissssss hoiii tanggal gigi!


ibu aku kate, dulu mase aku beby-beby suke kasi makan bubur somsom ni tapi lembutkan lagi. cara nak lembutkan lagi letak santan dalam 2 cawan lagi.



LICIN!! puas hatiiikuuuu!!!


info :

1. guna santan segar dari buah kelapa. rajin kan tangan untuk memerah kelapa ya. aku pakai blander je muahahaaa.
2. selain apam balik dan bubur somsom, aku paling suka juga makan taufu fa. kalau beli taufu fa mesti mintak yang taknak gula merah tu. sedap makan gitu je. hoi sedapnyeee la hai....feeling somsom ni taufu fa lerk...




ok. selamat mencube!


2 comments :

Hani Nabilia said...

eeemmm nyummyy! sedapnya hehehe

https://www.facebook.com/lifefoodtravel?ref=hl

Syliez.com said...

Sedapnya.. Suka sgt bubur som som ni