Monday, March 3, 2014

WANIE KAWEN.

hai,


entry basi, baru nak up. hehehe..


raye cina haritu, kazen aku kawen. kira anak sedara abah aku lah. adik badik aku ni lain pesen sikit, kalau sedara mara sepupu sepapat belah abah, memang tak rapat. berbeza pula dengan belah ibu. kimia antara sepupu sepupu belah ibu ni rapattt sangattt!


oklah meh la tengok orang johor punya tradisi kawen. besok ko nak kawen dengan gadis johor wajib la bace entry ni. ehehehee


jumaat dan sabtu aku stay Felda Lok Heng, Kota Tinggi Johor. rumah adik ayah. kengkonon nak rewang (gotong-royong) mane yang patut. kiteorang sampai pun dah malam, malam tu wanie nikah.



 aku sampai rumah wanie magrib, tengok makcik dengan kazen-kazen aku sedang menggunting bunga-bunga ni. buat bunga rampai. lepas nikah ade mejlis berinai katenye..



lepastu, aku skodeng pelamin si wanie ni. ringkas je. aku suka. tapi sebelum ambil gambar ni aku tak betulkan dulu kedudukan kipas tangan tu. :p bebudak buat main ni. 


dalam jam 09.48 camtu, sah dah zikry ni jadi suami pada wanie. dengan sekali lafaz. hooii muka zikry lepas akad, sangat lah lega tanpa berselindungggg. sangat gembira beliau melafazkan akad dengan sekali lafaz. aku teringat ayat spontan beliau "SELAMAT AKUUUUU..." sambil urut dade. hahaha lawakkss tahu!


yang ni lafaz ta'liq suami kepada isteri kepada suami.. part ni ade macam lawak sikit kalau kene dengan pale otak aku lah. sebab aku ni bukan pokus dengan maksud ta'liq tersebut. aku lagi pokus dengan kekanda berjanji kepada adinda. wakakaka aku rase kekanda adinda tu sangat menggeletek hati. besok aku punye aku nak tuko jadi I and You. kahkahkah #azitakpernahpandangseriusbendani


lafaz sakinah antara ibu dan anak perempuan. lafaz sakinah ni kalau kita tak nak buat pon tak pe. makcik aku tak nak buat, nanti banjir felda! hahaha. besok aku kawen aku nak buat lafaz sakinah ni. #kuatdrama


selesai sesi sarung cincin masing-masing, salam dengan semua tetamu yang hadir. aku tak dapat nak tangkap gambo dorang sarung cincin. sesak napas ramai orang dok kerumun.


baju nikah wanie rekaan sendiri katanya. aku ingat-ingat lupa. yang penting warna tu lawa!


aku sebenonye tak berape gemar dengan chandelier kat belakang tu. 



elok di padam aje. baru nampak cun melecun cemtu. hehe

masa ni, majlis berinai. ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan letak inai dekat tangan pengantin. lepas ibu bapa, adik beradik dan sesape je yang kepingin nak letak inai kat tangan pengantin. dapat yang kaki dengki, letak kat hidung, pipi etc. haha. kalau ikut belah ibu aku takde majlis malam beriani, lepas nikah makan-rewang-tido. hehe. nasib baik juga belah abah ade buat majlis berinai ni, merasa lah juga hakak!


kendian, tukar-tukar baju. dari jawa sampai ke jepun. banyak baju dorang tukar. aku dah lapoo mase ni. sempat ambil 2 baju ke. gambo dari camera capuk aku pon tak lawa mana. segan dengan potograper punya camra digital tahap lensa sampai hidong pantin! hihihii :p


baju jepun ngko!!

malam tu memang tido lambat!. siap makcik aku ajak mentong (supper spesis ulang makan). tapi aku tak larat dah. nak sorong bantal dah kepala ni. cecepat cop tempat melepak. rumah makcik aku malam tu ramai kott. kang lambat takde space. tido engko kat luar kang. hehee. tapi kan kan kan makcik-makcik aku ni dorang pesen tahan mate sampai subuh. doh beborak beborak sampai pagi ilek je. dapat aku memang idok la, jam 12 tu macam dah 3 4 pagi. mustahil lah kalau aku turut serta! :p


pagi-pagi lepas subuh kat dapur sibuk buat sarapan. aku tolong mane yang patut je. :p. ehhh copp banyak juga aku buat kkk. aku tolong goreng mee, goreng nasi, goreng karipap. euuuhh semua bergoreng. mane tak bambamm hakak ko ni!


oh ye!. gambar kat atas ni, aku tolong makcik aku cucuk bunga manggor (mangar) kat betik. aku ni tangan dahlah tak berseni, tak pape jadi nye. makcik aku repair balik. :p



jam 11.00 tengahari orang jemputan dah mula ramai. 
menu : daging masak kicap, ayam masak merah dah lain-lain. ade tofu colorful, siap panggil orang putu piring bukak kedai kat sini. hehe. putu piring pemes dekat felda air tawar 1 kot. 


berkat wajib ade. bahagian-bahagian ni aku tak tahu. makcik aku ni banyak sagat goodies bag untuk A B C D E F. aku pon tak paham. hehee


ibu bapak pengantin. makcik ku terpejam mata. dan pakcik ku En. Mazlan. ape lah yang kak yan (baju hijo) tengah buatt tu??


ni kazen aku paling vogue. hoii umur rahsia.. tapi aku nak beritahu jugak umur kak lina 40-an tau. OOTD  beliau haritu #hidupJDT :). sikembar anak kak yan sedap tido. elok kak lina jaga duit salam kerok (orang  johor panggil salam kerok means berisi la kot maksudnya macam duit sumbangan ke gitu)


lawo baju pantin. wanie duduk dan kerja dekat KL. so beliau memang up-to-date dan lawa gila babas punya baju. 


aku duduk kat pelamin. wajib duduk kat pelamin muka aku ni. :p. pasal nak jadi TOLL GATE GURL. wakaka. korang yang luar dari  johor pn mesti tahu kan. orang johor ni banyak toll sebelum sampai pelamin. ekceli benda ni just joke. suka suki je. yang mane terlebih extreemm tuuu makkk ponn takott. aku dapat singgit standard le tuu tapi yang penting sampul JDT. ranap dah sampol aku tu kene makan dengan 'pirana'. hahahaa


no, money no bini. hahaha *joke!. biasanya pihak lelaki memang dah standby bende-bende gini. tu belom yang berlawan pantun dengan mak andam. aku yang kat bawah ni sipi-sipi je nak kene ai lio dorang. #sabojela



wanie & zikry


selesai majlis belah perempuan!




seminggu lepas tu, majlis belah lelaki pulak. kalau ikut orang johor, pasangan pengantin ni jalan same-sama menuju ke pelamin. takde tol-tol bagai belah laki ni. kikikiki, orang jawa panggil ngundur menantu. eh betul ke orang jawa yang panggil??


kompang-kepish-kompang-kepish. hehe
ade sesetengah tempat siap barongan or  kuda kepang. ade juga yang zapin.


sebelum dorang terus ke pelaminan, duduk sebentar di bawah pintu gerbang asmaradana tu, untuk menyaksikan persembahan silat dari tetamu yang berminat plus paluan kompang tak kan berhenti sampailah pengantin duduk kat pelamin. kebanyakan lagu yang dorang main lagu-lagu rakyat berunsur tauladan lagu yang mengusik pon ade juga. tapi, ade pengantin kesah? hehee



pelamin belah laki buat kat luar rumah. aku rasa better kot. idok la semua rombongan nak masuk dalam rumah. hehee

yang kecoh-kecoh depan pengantin tu, aktiviti cempak duit dan gula-gula. mase ni aku blur gila. ape bende dok terbang sane sini.. dasar gila aku ni. haha. sepatutnya bukan pengantin ke yang baling?? ni mak andam kot yang baling. :p



ibu aku sibuk suruh ambil gambar bumbung canopy ni, lawo dan cantik katenye. sekali orang rewang tu cakap canopy camni 11k!. fengsan akuuu.. tak kawen la aku gamaknye kalau ibu aku nak cengitu. #sayangduit




ni lah pintu gerbang asmaradana yang aku cakap tu.. red carpet engkoooo. 


kalau nak ikutkan tradisi sebeno orang johor bukan camni lah. ni kira beberapa peratus je. yang lain-lain peratus macam berarak dengan kain batik di ikat di pinggang pengantin perempuan dan lelaki. dan sebagainya. aku pon tak paham sangat maksud-maksud orang-orang lame ni. rasanya ramai dah tak buat. arwah nenek aku dulu ade buat dekat anak die. so, sekarang dah takde sape nak sambung tradisi tu. :)


pokoknya, biarlah majlis itu penuh dengan keberkatan. 

sekian.

ok, abes dah. panjang lebarnyeee entry kali ni. letih aku. lepas ni update cerita miela kawen pulak!


curi gambar kat fb wanie. hehe. SELAMAT PENGANTIN BARU WANIE. sebulan sudah. hehe



No comments :