Friday, May 19, 2017

HELLO WORLD!

hai.


apekelamebeno tak update blog. rasa keberdosaan getew. haha!


aku ade je ni. masih bernyawa. sihat. alhamdulillah. 


cembiasa aku kalau sign-in blog terus je carik Statistic bhahahha tamak viewers walaupun tak selalu update perangai ape tah!


second, aku cek comment. walaupun tak sebanyak korang.. tapi ada la manusia-manusia yang masih memerlukan kite. hiks!


aku taklah membalas comment korang. sorry sangat! dah nama pon aku view ajer. nak reply sesatu memang masa sangat terhad. ni pon aku nyambil print notes. haah notes la korang. korang jangan lupe aku kan student separuh mase.. esok ade kelas. malam ni baru print. tah bila nak baca dulu sebelum masuk kelas pon aku tak tahu la.


sem ni aku cabar diri ambil 4 subjek teori. rasa best ke? kahkahkah hazab ko! aku minggu kedua datang kelas terus rasa nak drop satu paper. siap jumpe coordinator ngadu nak drop paper. gile pompuan ni kan. bhahaha. tu nantilah aku story kenapa aku menggila sampai begitu sekali.


so, ok. just a quick update jek!


tata!




Tuesday, March 14, 2017

HOMESICK.

hai hello..


aku ni baru je tukar kerja baru. masuk company baru la gamaknya. masuk dua minggu aku kat situ. homesick teruk gila!. 



memang satu masalah aku dari zaman sekolah. eh bukan! zaman kekecik lagi dah homesick. dulukan kekecik suka nak tinggal dengan atok dua tiga hari time cuti sekolah. siang elok jek. bila malam mulala melalak lalak cari omma. ape ke sedih beno masetu. dah apak aku terpaksa ambil bawak balik rumah malam tu jugak.



dalam aku tiga beradik perempuan ni. macam aku je sorang yang ceyngeng (gembeng/penyedih). kakak dengan ceknab tu dorang lepas UPSR dah duduk asrama terus sampai la kerja. mane ade nak lama-lama duduk bawak ketiak parents. macam aku ni memang 24 jam la bawak ketiak je sampai la masuk politeknik umur 18. kat poli pon sama homesick jugak. cuma seminggu tu teruk orentasi tak sempat ingat rumah. lepas orentasi baru nak sesedih. nasib baik roomate sangat membantu. susah tau nak kawal perasaan sakit rumah ni.



bila dah kerja. aku kan lama sikit nak dapat kerja. so memang sepanjang takdapat kerja tu duduk lagi bawah ketiak omma. dapat je kerja duduk dengan mokde. duduk dengan mokde ni macam family sendiri means macam omma kite sendiri. so taklah penyedih sangat. light-light jek la kalau sedih pon. bila nak balik rumah sewa mesti dua atau tiga hari jugak aku nak pulihkan semangat aku dari homesick ni. kesian kat diri sendiri :( bertahun-tahun homesick.



now kat tempat kerja baru. new environment new frends etc. homesick teruk gila. pergi balik kerja nanges tak berhenti-henti. tengah buat kerja bila teringat omma mesti sroottsrooott. teruk weii sesejak umur nak masuk twenty 9 tahun ni. baru tahun ni aku rasa gileeee rinduuuu sangat kat omma kite. sebenarnya boleh je nak ulang alik kmpung ke tempat kerja, jauh la jugak. tapi aku taknak ajar diri aku cemtu. aku kene belajar untuk melalui kehidupan seterusnya dengan bahagia, bak kate yun.



so sepanjang aku homesick ni memang aku cari bff aku jela ngadu. sampai pening kepale die nak setel kan problem aku ni. yun pon aku jadikan kaunter aduan jugak. sampai die pon terikut-ikut homesick. haha!



kalau takat sedih takde air mata tu oke lagi. ni dah tahap nanges siap sedu sedu hingus semua keluar. kau rase ni homesick atau gedik?? :p



susah tau nak explain orang yang ade homesick ni. dade pedih je sentiasa. makan pon tak lalu. terukk. memang dalam sejarah riwayat hidup aku. ni la homesick yang paling teruk sekali!


-totally worst-

#cubauntuktabah






Tuesday, February 21, 2017

SEDIKIT GAMBARAN SUBJEK SEMESTER 5!

Hai.. 



seperti yang dijanjikan harini update mengenai code course yang aku ambil sem 5. Daripada 4 subjek hanya 3 je yang masuk exam hall. Heee. Cembiasa TMC memang takde final. Paper yang lain macam QMT, MGT dan ELC ade paper final. So meh mulakan dengan paper TMC451 (mandarin level II) yang takde final paper.



TMC 451 – MANDARIN LEVEL II



Masa level 1 belajar self introduction, cara bertegur sapa, pekerjaan semua tu kan. Level 2 ni upgrade banyak. Macam perbualan sambut perayaan seperti tahun baru.. hari raya… thaipusam.. deepavali.. and belajar jugak perbualan mengenai makanan, melawat orang sakit, membeli belah. Seronok la. Banyak aku praktik kan bila pergi pasar. Pahamla serba sedikit kalau terdengar conversation dalam mandarin. Setakat jumlah barang dalam Ringgit Malaysia semua tu okela lagi paham. Mandarin ni bestnye bila dapat praktik terus.. kalau kerja dengan kelompok ramai Chinese memang best. Siap slang sekali kau terikut-ikut. Macam aku banyak dengar lagu-lagu mandarin jek la. Lepastukan macam senang la nak ingat!. Tak tahula korang pesen nak ingat cemana. Kalau aku kan, asal bende baru dengar je mesti rasa interesting lepastu poyo-poyo nak sebut je ulang-ulang dengan amak aku kat rumah. Siap ajo amak aku hahahaha.




Ni la sebahagian nota kaki yang dok ulang alik ulang alik bukak tutup bukak tutup hehari. Nak pitam rasanya. Cara aku hapal hanzi ni senang je. Imagine gerak kungfu dan tarian idol k-pop :p. 


Walaupun kedengaran aneh. Ce cuba ko bayangkan mesti dapat punya. Kadang siap jadikan cerita dan relate kan dengan bende-bende yang biasa Nampak. Kalau ikutkan tulisan setiap karakter cina ni ada cerita di sebalinya. Contoh. Zaoshang means pagi. Matahari naik di ufuk timur. Susah nak explain just korang imagine la ekekeke. Kalau aku senang je. Contoh. Jin. kalau kita tengok jin ini ada satu je mata. So bila jumpa karakter ni terus ingat oh jin! Oke ni mesti guna untuk jintian means harini!. Haaaaaaa getew kekdahnya. Yang lain-lain pepandailah korang imagine sendiri. Memanglah agak kemenyampahan tapi lelama okela. Mase test baca hanzi ade 5 point kena baca tau. Jujurlah cakap aku Cuma dapat baca 3 jek dengan yakin betul. Yang lagi 2 tu berlegar-legar kat kepala otak aku sikit lagi nak termuntah. :p


Overall. Tmc level 2 memang best! Dapat B pon syukurrr benoo asal bukan C dah la. Tak sabo nak ambil tmc level 3 bahahahahaha




ELC 500 – ENGLISH FOR ACADEMIC READING



Subjek ni 2 jam kredit jek. Belajar pon santai siap terlelap terlelap :p. Kene beli buku teks harga rm40. Siap cakap harga berapa. Haha. Subjek ni kene banyak bagi tumpuan dalam kelas. Sebab kalau belajar sendiri macam tak paham sangat. Contohnya soalan banyak suruh kita infer petikan, implied main idea dari petikan dan bagi maksud lain juga dari petikan. Pendek kata semua soalan adalah berpandukan petikan. Ade part yang senang macam kena kelaskan statement yang diberi tu opinion atau fact. Kadang keliru jugak boleh jadi strong opinion seakan-akan fact. Ha nii yang kene belajar bebetul.


Final paper takde buat essay. Just ade 2 soalan teks. Semua jawapan ade dalam teks. Cuma pandai tak pandai jek nak carik. Nampak mudah tapi hakikatnya agak kritikal jugak.


Oh paper ni boleh bawak English-English dictionary ya. Guna time nak cari maksud lain bagi sesetengah perkataan yang di beri. Contohnya imperil = endanger/harm/put a risk  kat sini pun korang kena tahu kalau soalan dalam bentuk verb korang kene jawab dalam bentuk verb jugak. Kalau past tense ke present tense ke semua kene jawab dalam bentuk yang sama.


Dari segi assessment. Takde sangat sebab sir best bagi semua jawapan dalam buku teks sesiap hehehee. Tapi adelah test. Macam reading responsive (written response), test, oral responsive (pair work) Oklah tak susah mana. Cuma oral response tu cari bahan/isi sendiri untuk dibentang kat depan kelas bersama partner. Macam acah-acah debat la. Daripada teks yang diberi tu samada kita sokong atau partner tak sokong. Lepastu sila explain kenapa sokong kenape tak sokong. Aku dapat tajuk agak rare dan susah nak cari isi pasal organ. Kekawan lain ade je yang ulang-ulang pakai teks yang sama. Tak fair tau sir! Ehehehe




MGT 420 - PRINCIPLE AND PRACTICE OF MANAGEMENT 






Sebenarnya MGT420 ni same macam aku ambil masa sem 1 MGT400. Cuma tak dapat pc ke ape tah. Kene ambil lagi. Kan aku dulu sem 1 course AC. Bila sem 5 ni kan dah jadi BM. Still jugak kene ambil subjek ni. Memula macam erghh tak rela jek sebab aku tahu susah gila kot subjek mgt ni. Aku ingat dulu jawab exam kat Dewan Raja Muda Musa (Shah Alam) aku keluar awal tau sebab macam krikkkrikk jek jawab. Sekali result keluar dapat B+. hahaha. Kali ni ambil dapat A-. not bad la kan. Hehe


Subjek ni pasal management in organization lah of course. Dalam organization tu ape yang perlu ada.. PLOC.. iaitu planning, leading, organizing and controlling. Semua di jelaskan dalam bab-bab yang tertentu dan saling berkait antara satu sama lain. Kite jugak akan belajar communication, SHRM, mgt dari Islamic perspective, TQM (total quality management).


Kaedah belajar nya, pakai PYQ. Contohnya bab communication. Cari soalan mengenai communication 5 semester kebelakang. Lepastu jawab dan sila hantar. So setiap kali seminar memang akan ade je assessment yang kene hantar. Korang jangan malas-malas hantar assessment. Memang la kadang penat balik kerja. Kerja menimbun. Aku paham. Aku pon kerja jugak. Tapi assessment ni penting tau. Aku tak pernah pandang sepi carry marks. Sebab aku tahu carry marks je yang boleh tolong kita. Sebab tu kalau boleh kejarlah markah yang baik untuk carry marks (continuous assessment marks). Lets say final nanti ko takleh jawab dengan baik, carry maks la yang akan bantu tauu. So sila ambil perhatian. Aku cakap gini bukan ape sebab perasan a few classmate macam banyak tak puas hati bila banyak kene  buat latihan, assignment semua tu. So aku nasihatkan buat la dengan se ikhlas hati. Jangan asal siap jek k! J




QMT425 – QUANTITATIVE BUSINESS ANALYSIS / QUANTITATIVE TECHNIQUES





Oke subjek ni dah tentu subjek mengira. Tak sempat mengantuk!


Mengenai method of solving problem yang di guna pakai dalam industry biasanya decision-maker yang akan buat keputusan sebab dorang kena tahu kaedah mana yang terbaik untuk dapatkan nilai yang optimal. Kalau korang ingat masa semester 2 aku ade ambil STA (statistic) siapa ambil statistic tu macam bonus jugakla sebab kalau ade basic dalam probability and calculus mesti lagi mudah sikit nak faham.


Subjek ni cover how to use decision analysis using decision tree, inventory management, linear programming, transportation, project management (PERT/CPM) and simulation.


Subjek ni pon kene beli buku teks RM40. Hehe! Buku teks ni lecturer yang keluarkan siap bagi skema jawapan final exam. Best gila oke. Lepastu banyak tutorial yang kite boleh buat. Siap bagi jawapan jugak. Sebab tu kalau tak dapat A subjek ni sila meninggal. Dah di sorongkan bantal ha terang-terang hahahaa..


Dalam banyak-banyak bab tu, aku paling lemah bab transportation model. Entah kenapa banyak kali buat latihan mesti jawapan aku aneh-aneh je dapat. Sampailah masa final exam haritu. Jadual aku tak optimal oke. Boleh ade sebijik je negative kat unoccupied tu. Padahal soalan dalam minimize cost. Kalau soalan dalam minimize jawapan kene ade zero dan positif baru optimal. Lenni ade seketul negative. Bila buat jadual yang ke 3 ahh sudahhh semua keluar negative bahahaha. Oke takpe. Buat je sampai jadual 2 then kira terus cost transportation berapa. Kekdah aku, walau cemana blur sekali pun buat je sampai habis. Jangan tinggal separuh jalan. Manalah tahukann ade markah kesiann ke ape hehehehehe.




Baiklah sekian sahaja entry panjang kalini. Harap dapatlah sedikit gambaran kat korang yang tertanya-tanya cemana bentuk subjek yang bakal korang ambil nanti!


Harap sem depan bersama-samalah kite score dan focus tahap maksima!!


Gud luck xx










Sunday, February 19, 2017

BEST KE SHARE RESULT EXAM?

Hai.. hellooo…

Tahniahh korang untuk result exam yang baru baru je ni keluar. Tak la baru sangat. Hehe 17hb haritu. Sape tunggu sampai mata bengkak angkat tangan! Haha kite geng! Aku bukan takat tunggu malah sampai salah-salah hari. Tak patut betul aku beria tunggu 12hb sampai yun pon terjebak sekali! Tak patut tak patut tak patut haha!


11.55 malam pada 16hb tu aku dah start refresh gmail namratus kali. Tak jugak kunjung tiba at the end tido je la. Jam 3 pagi tersedar cek email scroll gear lima terus. Alhamdulillah. Tah kenapa ek gigil semacam tunggu result. Pertama dah tentu tak dapat jawab mgt dengan baik. Kedua seram dengan tmc sebab ramai dah tahu dorang akan fail sebelum keluar result sebab lecturer awal-awal dah beritahu “u sem depan ambil lagi subjek ni”. Ngerii sangat! Walaupun aku takde dalam kelompok tu tapi ape je boleh jadi kann. sebolehnya aku memang elak sangat dapat C. kalau dapat C ni automatic ganggu pointer kite even subjek yang lain dapat A. haa seramm!



Walaupun aku redo je dengan apa sahaja bentuk result aku nanti. Tapi sedikit sebanyak kacau emosi jugak. Kadang tu aku siap positif kan diri. Takpe kalau tak perform dengan baik sem ni which is tak dapat 3.5 and above. Takpela untuk satu sem ni. Ingat senang ke belaja 3 bulan untuk dapat pointer bagus. Haa tak mudah dan tak mustahil. Nfu pernah beritahu, takpe kalau fail as long as kite cuba sebab degree PJJ is tough. Kite dah tempuh satu sem sampai seat final exam pon dah kira hebat tau! Aku selalu ingat kata-kata beliau yang sangat memberi moivasi.



And here my Gpa for sem 5 ---3.5! maintain pointer sama macam sem lepas tapi CGPA adela turun sikit. sedih but masih lagi above 3.5 takpe aku cuba sem 6 nanti untuk naik kan CGPA! Korang pon sama tau.. biala kita sesame menempuh kehidupan sebagai pjj student ni dengan success. Hehe!



Kenape aku suka share result? Haha

Tak la cakap suka share result yang seciput jek ni. kan dah memang sejak azali lagi aku share. Kang korang ternanti-nanti kalau sem yang baru je lepasni aku tak share. Heeee. Yela ade orang kan macam berahsia getew. Aku amek inisiatif untuk share dengan korang sebab aku yang encourage korang untuk sambung belajar. So aku kene tunjuk kan contoh dan tauladan yang baik untuk bagi korang semangat yang membuak-buak getew. Sebab tu sedaya mungkin aku akan share cara aku study semua tu and final nya dah tentu result exam ianya macam satu kepuasan yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Memanglah tak hebat mana pon 3.5 jek haha! Tapi aku berusaha ni untuk share pengalaman dengan korang. and terpulang pada korang nak jadikan sebagai pembakar semangat atau sebaliknya. :)



Oklah aku harap result korang pon ok jugak. Jangan risau kalau pointer sikit. Aku kan dah bagi tips caner nak naikan pointer… ha cecuba tips aku tu. Kawan baik aku sendiri pun cuba juga. Alhamdulillah result die 3.7 lagi hebat dari aku haha! Nak tahu tipsnya.. Ha! Boleh scroll entry lepas atau pergi kat belah kanan korang bawah my journey as pjj student. Actually banyak je tips aku share.


Insyallah! Will update pasal subjek yang aku dah ambil sem lepas dalam masa terdekat ni. Jadual seminar untuk negeri johor kampus pasir gudang akan keluar pada 1/3 nanti ok take note guys! Untuk negeri lain boleh cek dengan KPP masing-masing oke! 


Darrr..


Sunday, February 5, 2017

DRAMA TAMIL.

hello!!!


korang buat ape hari ahad ni. boring nye duduk rumah. boring nye takde kerja sekolah ekekekeke. poyo je statement ituw!


aku tengah syok ni layan drama tamil TV 2. ROWTHIRAM.

kalau korang ingatlah kan :p aku memang peminat drama tamil. nanti time hero tamil tu bukak baju nak gaduh dengan kepala gangster aku mesti terjerit-jerit macam histeria. ya robb ketul ketul sangat tu. dahlah berketul-ketul, kilat pekat likat pulak warna beliau bhahahahaha. lepastu nanti amak aku istipar panjang sikit lagi nak menyumpah aku.......


hahahahahahahaha


hahahahahahahahaha


aku perah hantar e-mail kat RTM suruh tayangkan satu film tamil ni. tajuk die ARUNDATHI. tak silap aku tahun 2008 ke 2009. zaman e-mail je masetu. punyalah taksub dengan arundathi tu sampai sekarang tak boleh move on. 


HAHAHAHA


okla nak sambung berimaginasi kahkahkahkah!


Wednesday, January 25, 2017

DEWASA-DEWASA NI.

hai, hello...

malas nak taip entry baru, tengah kemas draft. mak ai banyak gak hasil nukilanku yang aku tak publish muahahaha. walaupun kekadang aku macam tak paham ape maksud yang cuba aku sampaikan, tapi lantokla. :p

so harini, lest share draft entry bertarikh 23/01/2015. fresh from draft box! 

xx

sekarang kalau terjumpa kawan-kawan gila lama tak jumpe. ayat pertama :

" eh kauu! "
" oi buat ape kat sini! "

kalau aku yang mula tegur la.

kalau orang tu yang tegur. aku macam eyk?? sapekah apekah?? kau sapa?? gituw.

aku ni walaupon kawan-kawan ramai gils kat kampung tu, tapi ade jugak yang aku tak cam bila umur dah banyak-banyakk ni :p.

contohnya macam ni, aku pergi kedai soon huat. tetibe ade orang tegur dari belakang " oii oii oii " aku tak syak pon die panggil aku. dah la oii oii je. pastu aku toleh la jugek kan nak tengok siape yang biadap noh tu panggil orang oii oii, dah la kuat oke. eh sekali..

la die panggil aku. aku dah vengang gak la. yang die tu dari jauh lagi dah sengih-sengih kerang vusuk. aku is like kau kenapaa? peminat aku sekarang semua jenis fanatik-fanatik ya. bahaya. teheeheeehee

"zie, ko ape citer?"

eh die kenal aku. oi ligat kepala hotak ni dok pikir bagi cam sapekah makhlok ni. dah sah sah die kenal aku khen. dah sah-sah jugakla kawan sekolah aku ni, kalau tak sekolah rendah mesti sekolah menengah! kang kecik ati kalau aku cakap aku tak kenal. so, aku pon kengkonon mesree le khen. bab belakon tu memang aku powerot sangat!.

borak punya borak. aku hampir nak cam dah sape, kawan sekolah menengah, budak felda ni. cuma tak sampai la sapekah die niiii! amaigadd sangat! dalam 15 minit dah berlalu, aku masih lagi tak cam kau ni sape?

di penghujung borak.

"petang ni jemput tau datang la uma aku, (bezday party anak) kau igat lagi tak jalan uma aku ni?"

ah sudah...masakkk..

"tahuuuu". jawab aku yakin as usualll... kahkahkahkahh dasarr pompuann tuttt sangat aku ni. :ppp

ringan je mulut cakap "tahu" kat situ.

balik dari kedai.... zassssss on wasepppppp. orang petama aku cari ialah ain rosli. ain rosli ni serupa memory card aku. banyak fungsi dak ain ni. kahkakah.. bagi je lakaran wajah dan maklumat yang aku tahu. zapp sepantas kilat ain bagitahu sape.

aku bukan buat-buat tak kenal. dah memang aku tak ingat kadang orang orang dah kawen, secara drastiknya berubah terus air muka, bukan air muka je ye. air ketuban, air mato, air mate air segala air berubah. acaner tu. tu belom yang dah beranak pinak. belom yang dulu kurus kering sekarang dah bulat-bulat. mampuih susah la aku nak cam. setakat setahun ke lima tahun kebelakang aku oke lagi. ni kalau dah masuk 20 tahun punya rupa acaner tu?. hehehee. ampunnnn!

cerita kedua.

untung tau ade kawan-kawan yang kerja bidang yang berbeza dari kiter.

1. member sorang ni baru je bukak satu cafe.

"kau nak makan ape pun datang je cafe aku. vvvvvip aku bagi spesial edition."


2. lama jugak tak berjumpa dengan member aku ni. nama die ieyka. perkara pertama di borakkan.

"kau kerja kat mana?"

ni soalan biasa laaa... ieyka ni photographer tapi part time la.
"kau kalau nak cari photog cari je aku tau, best service tip top meletop gituw"


3. eisya. die compny buat kaki palsu.

"kau, kalau nak pakai kaki pelsu, cari aku tau, best price i give u"

kau rasa?? kenapakah aku perlu kaki pelsu. nauzubillah minzalik. eisya ni pon tak perasan ayat die cenggitu. coi sangat tau.

urut dade aku!


xx




Monday, January 16, 2017

BEBELAN SELEPAS HABIS EXAM.

Hai... hello..


Finally end my final examination. Feel good. Feel free. counting days for the result!


Exam sem ni macam krikrikkrik betul. Sedih last paper haritu MGT takleh buat dengan sempurna. Dah la kite selalu kene highlight dekat kelas dengan lecturer sebab kononnye student rajen la, student contoh bhahaha. Oke sila redho geng. Aku tahu mesti dorang pon macam krikkrik jugak jawab haritu. Ewah confident tah-tah aku sorang je yang blur. Punyalah tak boleh move on dengan paper MGT haritu terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Terus ws geng, TAK BOLEH MOVE ON seh!.  Aku takboleh kalau lecturer bagi high expectation dekat aku. Mesti aku akan mengecewakan mereka. Sebab tu aku malas kalau lecturer puji-puji ni. kekejap nama naik. I is tak selesa. Lepastu classmate terus cop student kesayangan la, mesti lecturer bagi markah ok kat kami yang selalu kena highlight ni. ewah ewahh sentap tau mak. Ko hingat aku suka ke cenni. Aku tak suka ok!. Weird feeling tiap kali nak masuk kelas MGT. Nak eye contact dengan lecturer pon macam krikkkrik. Semua orang pon boleh je jadi rajin. Semua orang pon boleh je jadi bijak. Kau buat ape lecturer nak dan ikut point die, pasti nama ko mesti akan di sebut-sebut gak dalam kelas.


Sebenarnya aku malas gak nak layan gosip cenni. Tapi terdengarlah juga few classmate cakap aku dengan dila duduk depan mesti la lect sayam. Hekeleh betul. Dah engko yang memilih untuk duduk. Aku ni memang dari sekolah rendah lagi memang memang memang suka duduk depan. Bukan takat kat kelas even pergi kursus mana-mana pon aku memang akan memilih duduk barisan hadapan. Beratur kat perhimpunan pun barisan hadapan. Dulu kat sekolah masuk perbarisan pun barisan paling depan iaitu pemegang sepanduk. Dalam panggung wayang pun pernah dapat sit paling hadapan tanpa di minta-minta. :pp


Ignore je la orang yang suka cakap-cakap belakang ni --pujuk hati sendiri. sebenonye baru sem ni aku ngelami situasi cenni. cuma tula masing-masing dah besarkann..


So ok, meh share gambar yang telah di collage kan. senang zapp satu gambar je upload ekeke


Pic pertama dah tentu swafoto teragung. Rase macam janggal nak juga swafoto ek. kena belaja biasakan. Heeee.



Actually pic semua ni kejadiaan a week before last exam haritu. Bosang bak hang ngapal. Aku pesen kalau ngapal takleh tengok running man. Macam tak fokus. Orang lain boleh ek dengar lagu sambil study. Aku pernah buat, tapi tak dapat nak adapt kekdah tu.


Selang 2 jam sekali baru layan RM. Heee. Hidup aku memang tak lengkap kalau satu hari tak bukak RM. Aku akan repeat hari-hari. See #diehardfan kennn


Next, study group dekat lib maseni subjek QMT. Satu hari suntuk study QMT rasanya 2 minggu sebelum start final exam. Subjek QMT ni kalau last minit korang baru nak  study memang gile pandai pale otak korang haha. Aku pesen lembs pale bab kira-kira ni. tapi bila orang tanye prefer subjek mengira atau membaca? Teruss laju jawab of course subjek mengira! Bhahaha. Paham jela, membaca ni hoi mengantuk die macam kene sumpahan.


Biasanya bile buat study group  ni. awal-awal dah pesan jumpa just nk buat revision semua bab. Bincang soalan yang tak clear atau tak tahu nak buat. Semua chapter kene sentuh laju-laju.

Aku suka bile buat study group uolz dah study dulu kat rumah. Nanti jumpa baru diskas mana tak faham. Jimat masa. Kalau time study group korang baru nak faham baru nak bukak buku. Ermm sila jangan study dengan aku. Nanti aku stress.. lepastu terus jadi mak tiri. Hehehe

So make sure do some homework before sit discussion w group member. Kalau satu-satu bab baru nak selak ermm tak cukup rasa satu hari kan?.
hari tu juga jumpa lecturer terus tanya soalan-soalan yang tak faham. Nasib baik kerajaan dengan swasta cuti tak sama. So boleh je terus jumpa lecturer hari ahad tu. Mudahhh.
Well, lain orang lain cara study... ikutla cara masing-masing. Kalau tanya aku gini la jawapannya sebab aku ni dalam kategori obses dengan study hahaha.


Next pic banyak gambar meja study aku je benonye heee. Before ni ade gak aku share. Tapi kalini dah tukar kedudukan segala. Dari dulu memang style aku belaja duduk bawah je. Tak banyak pun buku-buku. Maklomla rumah sewa je. Tapi ade 1 kotak sedang dan 1 beg sedang kat bilik tamu tu penuh buku-buku dari sem 2 sampai 4 ehehehe. Tah bila aku nak bawak balik kampung pindah dalam rak buku. Entohh lee


Last pic, muka purpel tu haha time study bosan-bosan gak. Tenyeh muka dengan floral mask. 2 tahun ade bendealah ni. tak expired pulak ek. Aku pon sedap je guna. Hiks!


Oklah, Gud nite!!




Thursday, January 5, 2017

2K16 DITENDANG 2K17!

eh kembali lagi..


goshh cemana aku boleh lupa entry sebelum ni entry pertama tahun 2017. bhahahaha. patut bagila kata alu-aluan ke ape ek. ni tidok. baru up entry terus cerita dasyat jawab paper QMT. takde sipat kemanusiaan betul aku ni. tehehehe


well. hello 2017! hello new year!. 8 tahun gak dah bertapaknye blog aku ni. setiap tahun semakin merosot jumlah bilangan entry aku tuh!. boleh pulak 2015 dan 2016 43 entry dalam jumlah yang sama perghh macam di rancang-rancang. ok! aku taknak janji macam sebelum-sebelum ni, janji nak update dengan kerap. ahh dusta betul!.


hope tahun ni nuffnag dapat bagi kekayaan padaku.
dapat job entry pon jadilah. tahun lepas aku ingat job dengan zalora lepastu ape ek. hermm malas nak ingat. bukan banyak pun sampai nak lupa-lupa ni. hahahaha teruk daya pemikiran aku sekarang ni.



oh bab umur. eh tentula tahun baru penggantian (betul ke eja tu) umur juga berlaku. boleh engko nak sambut tahun baru tapi umur duduk di takuk lama. haaa toklehh. jangan memandai wishlist nak umur segitu je. sedo sikit. haha


01/01/2017 baru haritu aku tak buat ape pun. biasalah ngadap buku jela. tengok bunga api pon tak. padahal riuh rendah ha orang-orang kat sini. entah. takde mood nak tengok bunga api. esoknya kecoh bunga api jatuh dari langit. haa. ayokkk. seb baik aku tak tengok even tak berlaku kat Joho pon. kekwat betul minah ni heee. kawan ade gak ngajak pergi dataran masetu. seboleh tidak ngajak aku amende tah. aku takde napsu betul. kalau ngajak aku makan ayam guring hot crispy cecah cheeze ke, indulgent cake ke, haa laju-laju-laju jalan sampai tak jejak tanah tau. bhahaha


okla. semoga tahun 2017 banyak perkara sweet berlaku pada diriku. diri kamu juga!


darr..


DAH MULA EXAM KETTEW?.

hai korang..


ade yang dah start exam tak?
aku harini first paper. QMT 425. ade yang sama??
so cemana soalan sem ni? ok tak?
bhahaha. tanya sendiri jawapan sendiri :/


hah! ningdia...fresh from oven. baru keluar exam hall 3 jam yang lepas. ekekeke. baru 3 jam dah keroyok abih. :p

soalan QMT sem ni nak kata senang? boleh la dikatakan senang. sebab paper december ni selalunya la kan senang. berbeza paper jun. agak susah sikit. mudah-mudahkan paper seterusnya mudah lah. cuma yang tak best soalan NO. 5 PART B hekeleh betul tetibe je keluar soalan queueing method. ermmmm tibai je la tadi. kalau ikutkan soalan 6 sem lepas takde keluar queueing  method ni. boleh pulek sem ni die nak keluarkan. but okla satu je soalan yang aku blur. Ewah kemain satu soalan je blurrr bahahaha. Semua soalan ekceli boleh la jawab cuma tak tahula jawapan betul ke tak. Kang ade pulak yang cakap aku kerekk, over confident. Ko tak tahu… aku sedang memujuk hati.. :p


3 jam jawab tak cukup engko. 3 soalan terakhir tu memang teruk gila tulisan tapi masih boleh di baca. jadual pon tak buat elok-elok pakai pembaris. Laju-laju-laju kira crash time dengan variance macam orang gila. lepastu buat yang critical path tu lagi sedap. free hand je buat kotak-kotak. hahaha. ah persetankanla semua tu. Yang penting jawapan dan effort tu ade muehehe. dah selamat hantar pun. lega gila paper QMT ni dah selesai. aku ni bukan suka paper mengira-mengira ni. boleh gempa bumi kalau stress belajar hahaha. siap buat study group dengan lecturer. gigih kan!. kene la gigih ko. kat kelas paham gitu-gitu jela. balik kene belajar sendiri. Ws lecturer kalau tak paham. kadang tu macam banyak je nak tanya. tapi tu la soalan yang nak di tanya pon tak tahu amende. ekekeke


eh okla. banyak membebel. lagi 2 paper je lagi. mujur TMC takde final. tinggal ELC dan MGT. banyak nak ngapal woii mgt.


selamat menduduki peperiksaan uolz!