Showing posts with label kalendar akademik pjj. Show all posts
Showing posts with label kalendar akademik pjj. Show all posts

Wednesday, August 23, 2017

DAH DAFTAR SUBJEK KE SIBUK DENGAN SEA GAMES?

hai.. 


Good Morning!


as we know (kalau tahu la...) jadual semester baru dah pon keluar! 16/9/2017 dah mula kelas pertama. untuk campus Johor... Shah Alam pon same rasanya sebab ternampak updated status kawan aku. hehe. 


memang rasa sangat sem ni begitu punya cepat mula kelas. penat sem lepas pon tak habis lagi. dah tu untuk sem akan datang ni banyak gila subjek FIN yang tinggal. kalau tak silap aku dah 2 sem jugak aku tak ambil subjek FIN. satu sebab jadual clash dua sebab code tak sesuai untuk di ambil. 


macam biasa. bila NFU dah keluarkan jadual dan subjek apa yang perlu di ambil. aku pon laju-laju download PYQ untuk code yang bakal di ambil tu. kat situ je cara untuk tahu bentuk soalan, mainan perasaan, mainan politik dan sebagainya. haha. harap korang pon buat perkara yang samala. memang kite belum pernah belajar tapi bila tengok soalan tu kan macam dah boleh agak-agak la tahap kesukaran dan kecabaran (hahahaha ade ke ayat ni!) untuk subjek-subjek tu.


macam pernah di janjikan dahulu. sem ni aku bertegas nak ambil 3 subjek je. dah pon usulkan pada nfu. dan beliau pon setuju. Alhamdulillah. 


malam tadi dah bersembang dengan senior-senior yang dah ambil paper FIN. dah puas tanya macam-macam. belajarnya apa, tahap kesukaran macam mana, dan yang paling utama siapa lecturer nya. haha. fuhh peluh-peluh dan penuh debaran. salah satu FIN yang aku ambil tu adalah killer paper among FIN yang lain. nak tahu code yang mana???


nantikan episod seterusnya...


HAHAHAHA




Wednesday, March 16, 2016

PJJ/PLK LIFE: TARIK MINAT UNTUK BELAJAR!

hey...kau,


aku ni takla dalam kategori ulat buku. macam yang pernah aku beritahu dulu. nak PJJ kau terpaksa jadi ulat buku. aku pun manusia biasa jugak kadang ade mood kadang takde mood nak bukak buku. ingat dulu sem 1 agak kucar kacir hidup aku. dari segi masa dan notes memang tak terurus. last minit nak final exam masetu baru gelabah cari semua notes. hehehehe. bila dah semakin bijak dalam manage masa barula nampak apa yang perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan.



set up meja study leklok untuk tarik mood sem baru ni. memo board tu beli kat ikea, meja pon beli kat ikea. notebook kaison.


aku suka study pakai meja duduk kat bawah je. meja jepun orang panggil. duduk atas kusyen empuk. hehehe. meja untuk study je sampai 3 aku beli. gila tak gila la. satu untuk laptop. dua lagi untuk menulis. kadang guna untuk meja makan jugak. hahaha.


pergi kelas bawak 2 pensil box.

aku pesen kalau tak de kelengkapan alat tulis memang tak syiokk nak study. jadi semua bende aku ade. tak suka pinjam-pinjam orang lain punya. nanti aku susah hati bila guna barang orang lain. tak tahu orang tu suka ke tidak kalau kita pinjam barang die. so elok sendiri ade senang. misal kate time buat notes tu takde pen merah terus ilang nak sambung buat hehehe.



mind map!.
suka buat mind map. percayalah bende ni sangat berguna tau untuk PJJ. sangat-sangat membantu. taklah meriah pon mind map aku. dulu iyalah siap buat doodles bagai. sekarang idokla tak de kuasa kau. janji input lengkap dah puas.




bila tengok gambar ni wahhh my life is completed!! rase macam bijaknye pale otak kau azi. bahahahahaha


bermula dari sem 2 aku dah didik diri aku menyintai notes. hahaha aneh pulak bunyinya. tapi betul!. dapat je slide dari lect printout terus tebuk masuk setiap section. lama-lama makin tebal. jadi taklah rasa macam hilang notes sebab tak tahu selit mana. tips nya dapat je note dari lect terus tebuk masuk dalam setiap section. haaa so takde la hujung-hujung kelas nanti cakap takdapat notes la ape la, padahal ade je selit memane tu kan kan kann. hehehehee. percayalah bila dah makin tebal mesti kau akan suka nak belek-belek je. belek dan bace la uolz! jangan dibuat frame pulok.. haiihhh..


untuk soalan past sem pon aku buat camtu. asingkan setiap subjek pastu tebuk. asingkan juga notes dan PYQ sebab biasanya lect akan ajar based on PYQ. bila kita separatekan jadi senang nak selak-selak.


so ok tak korang? ade tak idea yang best-best lagi untuk tarik minat nak bukak buku ni? meh kongsi kat sini!



Wednesday, December 2, 2015

KALENDAR AKADEMIK DAN JADUAL KELAS.

Q&A : Kalendar akademik. Jadual kelas.


Baik tak aku punyala nak dapatkan gambaran sebenar belajar pjj ni cane. Siap share jadual kelas. Haha. Mungkin entry ni khos untuk maz. Harap lepasni maz clear.



kelendar akademik biasa ined akan update awal sebelum start semester baru. contohnya macam kat atas tu kelendar akademik untuk semester ni. dah ade tarikh-tarikh keramat sesiap.


Biasanya seminar schedule pulak akan keluar sebulan awal sebelum mula kelas. Masa ni student perlu buat study plan sendiri nak ambil subjek apa terutama student uitm shah alam. Kalau kat johor iaitu di tanah tumpah Negara ku. Coordinator akan buatkan study plan untuk kita, jadi tetiap sem tak payah pening nak ambil subjek ape, sebab coordinator NFU yang sangat baik hati plan kan untuk kita hehe. Kalau kat shah alam, korang sebenarnya boleh mintak pandangan dengan coordinator korang. Coordinator ni macam PA (Penasihat Akademik) kita ah masa kat poli dulu. Nak tanya pape boleh je direct call mereka. Sangat membantu don’t wory k.


Seminar schedule biasanya akan keluar sekali dengan jadual kelas sepanjang sem dan ianya di panggil SEMINAR. Seminar /kelas/pertemuan sama maksud. Heee. Kalau orang kate nak jumpa next kelas means nak jumpa next seminar. Haaa paham tak ek. So dari seminar 1 – 7 sepanjang sem dan ade tarikh. Kalau orang tanya aku berapa kali kelas sebulan?. Susah nak jawab soalan tu. Sebab kadang sebulan 2 kali je jumpa. Kadang sekali kadang 3 kali. Jadi aku anggarkan lebih kurang 2 minggu sekali ah pertemuan. Sini aku ade bagi jadual seminar aku.




ok ni contoh jadual seminar beserta tarikh sesiap untuk student kat shah alam. baik tak kakak siap bagi contoh shah alam punya. hehee. sebab dulu masa aku sem 1 tak pandai guna jadual ni cane. poyo ek



ni jadual aku kat johor. pon ade 5/7 kali pertemuan. coordinator dah tulis sesiap kelas mane yang ade 5/7 kali pertemuan. senang nak tengok kan. hehe


Untuk subjek membaca means teori, biasanya 5 kali pertemuan which mean 5 seminar je. Kalau kelas yang melibatkan perkiraan 7 kali pertemuan iaitu 7 seminar. Dan kebiasaanya jugak, 5 kali pertemuan tu memang tak cukupla sebab tu ade lect tambah kelas iaitu tambah seminar. Ko banyakla sirik hazab belajar dengan lect sepantas kilat kadnag lect sirik pon cakap saya rasa macam tak ajar ape-ape. :p betul pon. Sebenarnya ikut pada cara bagaimana lect tu ngajar. Ade yang straight je masuk terus bab-bab baru. Ade yang ngajar based on past sem question. Sambil ajar satu bab sambil tengok PYQ. So senang la jugak nak maham. Ade gak lect cerita je kesimpulan terus dari semua bab. Hahaha. Ikut pada kretiviti dan perbincangan dekat kelas cane. Korang jangan risaula. Lect sangat membantu. Macam aku dah 3 sem ni, banyak dah Nampak style lect ngajar cane. Ade yang ilek-ilek je. Santai-santai ade yang seriusss. Lect statistic aku sem lepas lagi best ajar yang rasa-rasa masuk final je hehehe. Kalau keluar bab yang tak diajar haa padan muka. Seb baik allllll issss welllll. Hehehee



So korang aku harap clear la bab jadual seminar. Nasihat aku dapat je jadual seminar, korang boleh plan bende yang lain lari dari tarikh seminar tu. Kalau boleh attend ah kelas jangan tak datang. Aku penah ponteng kelas sehari iaitu 5 subjek punya kelas, rasa nyesal ade gak. Sebab banyak bende rasa tetinggal. Rasa macam dah tetinggal 100 bab. Hahaha.




Okla korang Kalau tak jelas ce komen sket nanti aku tambah mana patut. Kalau korang emel or wasep tanya soalan baru aku up entry sebab aku tak tahu ape yang korang nak tahu sebenarnya. Insyallah la aku share pengalaman aku eaa. Ok.. darrr