Friday, October 25, 2013

BUNGA TANGAN SANG PENGANTIN SANGAT PENTING OK!

hai,


dari segala perincian tentang persiapan perkahwinan seperti pelamin, baju nikah, baju sanding etc. aku paling suka memikirkan bab BUNGA TANGAN atau HAND BOUQUET.


bunga tangan bagi aku punya daya penarik yang tersendiri yang mampu menaikkan seri pengantin. selain boleh membuatkan pengantin kurang rasa gementar, jambangan bunga tangan ni mampu menghidupkan suasana ceria sewaktu persandingan. sebab tu aku sangat menitik beratkan hal bunga tangan ni. hehe.


bunga tangan tidak perlu terlalu sarat dan besar. kalau besar dan sarat mampu menenggelamkan baju pengantin silap hari bulan, pengantin pon hilang dan perlu kena pada konsep perkahwinan. kalau Inggeris stail, rose dari warna putih dan hijau lembut atau warna-warna pastel sangat kene dengan aku sebab menampakkan kelembutan aku mase tu. hehe. kalau konsep santai, aku lebih suka bunga tulip, lili dan carnation *OMG aku suke sangat bunga carnation!! yang mempunyai pelbagai ton warna. dan yang pastinya bunga tangan itu hendaklah dari bunga-bunga segar. bunga-bunga segar ni boleh tahan sehingga 8 hari tau.



carnation flower ; scientific name Dianthus
sumber : google

dalam kepercayaan Inggeris, mereka percaya sesiapa (bujang) yang dapat menangkap bunga tangan yang di lemparkan oleh si pengantin, orang tu akan mendirikan rumah tangga selepas itu. :P






sumber : google

aku memang pengumpul gambar bunga tangan since belajar lagi. kalau takde kerja nak buat, mesti google bende alah ni sampai lebam! sebab aku sukaaaaa sangatttt tak tahu kenape. kalau pergi majlis perkawinan, bende pertama sekali aku pandang mesti bunga tangan.


sesetengah pengantin serah je bulat-bulat pada wedding planer atau mak andam. kadang tu aku perasan bunga tangan dorang siap berhabuk hapak segala. tak kisahla bunga plestik ke bunga kain ke bunga pelsu bagai, at least cantek la sikit, bersih dan spray sikit minyak wangi. kehkehkeh kau komplain memang nombo satu azi!. ade sekali tu aku siap lap pakai tisu basah tau bunga tangan member aku tu. kesian beno. tragik kalu di kenang jam tu jugak aku nak buat bisness bunga tangan. kahkahkahh.


tak boleh la salahkan pantin, pantin banyak bende nak pikir. stakat bunga tangan ni ape lah sangat, bende remeh temeh makan sambel blacan lagi bagus dari pikir bunge tangan. ahaha. tapi besok kalau aku kawen, bunga tangan ni paling nombo petame aku pikir. kahkahkah dassaaarr pompuan ni!



sumber : google

aku kalau nampak warna pink tetibe je kena sawan. bunga tangan kat atas ni cantek sangat-sangat. bekenan beno sebab ade pink. aku kagum gila tengok orang buat gubahan bunga tangan, gubahan hantaran. sebab dorang terlalu terel bermain dengan warna. bermain dengan ton-ton warna yangggggg memanggggg aku rase nak gigit satu-satu. :p. aku kalau nampak atok aku tengah menggubah bunga, rela hadap sampai siap. skill atok aku tu nurun jugak kat aku, dulu masa pertandingan gubahan kat skolah aku juara ok. gubah tuala mandi. gigih blaja dengan atok mase tu. jadi la bunga 5 kelopak. kahkahkah. sekarang suruh menggubah booleh la stakat tuala jadi kipas, jadi tilam, jadi sampan janji tuala. hehe


tapi zaman moden sekarang ni, ramai pengantin mengambil pendekatan untuk memodenkan bunga tangan ni. camne kekdah memodenkan bunga tangan?


mereka menggunakan kain felt bagi membentuk bunga. cantik pon cantik jugak. jom cikidaout!



sumber : google

dari segi material, ada yang menggunakan 100% kain felt lepastu di tambah dengan aksesori seperti butang, pin bunga, rama-rama etc. semua tu mengikut citarasa sang pengantin. ramai kot yang bisness bende ni antaranya sekocinorlie hasil tangan beliau sangat cantek dan tertarik hati iolz harga pulak setanding dengan gubahan kecantikan etc.. pendapat mereka, bunga tangan jenis moden ni boleh di simpan sebagai kenang-kenangan lagi pulak kalau bunga fresh flower tak boleh tahan lama.




cantik bukan???

kalau tanye aku nak fresh flower atau pelsu flower, aku pilih dua-dua. sebab aku tak boleh diberi pilihan. hahahahahahahahhaaaa..... jap aku verangan, fresh flower masa sanding je la kowtt. pelsu flower time outdoor photoshoot. panas-panas gitu nak fresh flower kang kuncup xlawo gambo kawen kau azi....*saitooonnn semua ni azi! bawak istirfar. jauh lagi pejalanan kau...mihmihmihhhh. eh, cop-cop hado pulak outdoor photoshoot bagaiiii??? bajet retis lettew~ :-x


pilihan, minat setiap manusia tu kan berbeza. kalau semua sama minat, alamat esok kau bukak album kawen aku tetibe nampak gambar kau yang bersanding padahal album kawen aku tu. paham x paham x..haha aku pon dah pening pasal bunga tangan ni. baru bunga tangan. ni belom bunga yang kat pelamin tu, bunga telor, bunga manggor, bunga gubahan kat dulang hantaran, bunga rampai, bunga kat meja makan, bunga kat meja makan damai, bunga kat meja potong kek, bunga kat pintu gerbang, bunga kat khemah, bunga orang rewang, bunga kat hadiah cabutan bertuah, bunga - bunga- bunga.... hoii banyak ghupernye nak kene pikir pasal bunga ni. sabo yo la!


haha.


No comments :