Thursday, January 16, 2014

TEST DRIVE : PROTON SAGA FLX SV dan AKSESORIS BELIAU.

hai..

ni cerita basi lame duduk kat draft :p, tapi baru nak publish harini.


aku dah testtt drive pon saga sv. ok la same je rasenye tu. yang jadi tak same atmosphere nye je. ye la bawak kereta orang lain mane nak same macam bawak kereta sendiri ye dop?. 


ramailah yang dok tanye sini ape kekurangan sv kan kan kan. sini aku gitau dengan jujurnya. dari apa yang aku selongkar dekat kereta 'si pemilik kereta ni' *nama di rahsiakan.



Accessories yang TAK ADA

1. coil mats tu di ganti dengan carpet mat. 


yang ni kita panggil coil mats. kalau carpet mats tu die takde bulu-bulu tu. macam carpet. carpet yang biase tu. aku lupa nak ambil gambar carpet mats tu camna. ce korang google. yang gambar atas ni si pemilik kereta dah beli coil mats baru. 


2. first aid kid 

3. safety triangle 

4. luggage tray 


ha kosong cenggini kat dalam bonet tu.


5. door visor dan tinted window 


asalnya memang takde. tapi pasang sendiri la kat kedai. ni tinted tahap tak lepas JPJ. tapi ade warranty 5 years. kalau dapat saman g bagi kat kedai buat tinted ni. pepandaila die uruskan. yang penting surat saman tu simpan bagi kat kedai buat tinted tu. kite tak payah keluar sesen pon duit. katenye.  

6. trunk lid cover 


yang belah atas tu takda cover.

7. muffler cutter pun takda


dari segi Features yang ADA.

1. tilt steering

2. central door locking

3. alarm and keyless entry remote

4. front and rear power windows

5. reverse sensor

6. immobiliser 

7. audio system (radio cd, mp3 player) kalau  EXEC dan SE (radio cd, mp3, usb, aux player)

8. passenger's airbag

9. driver's airbag

yang TAK ADA pula.

1. ABS with EDB (kalau pasang dalam 1.5k tak silap) yang ni aku tak sure ade ke tak. sebab mase start enjin, aku tengok kat bahagian atas meter (dashboard) simbol ABS tu menyala. so, ade ke tak?

2. steering wheel with audio switches (button kat stereng tuuu)


macam kat stereng tu. 
ni aku gledah gambar lame pasal aku pergi mengundi tahun lepas. gambar pon tak full janji ado je la aku malas nak ambil gambar baru :p. belah kiri untuk button tukar mode kepada radio ke cd ke mp3 ke etc dan button 'next track or previous track' *sembarang je aku bagi name...janji engkorang paham. belah kanan pula button high and slow sound dan button mute
nampak tak petak 4 segi bawah stereng tu *refer gambar kabur tu.. ha tu la  electric door mirrors .  seperti gambar dibawah.


kalau kereta dari overseas bende ni kat pintu driver tu. 


3. electric door mirrors (button adjust cermin sisi)

4. rear spoiler (yang kat atas pintu bonet tu)


ni yang asal.



ni yang dah di letakan rear spoiler tu. bende ni kene tempah dalam seminggu camtu baru dapat. 

5. side protector moulding (ni yang kat pintu belah bawah)

6. front fog lamps (spotlight tu.. yang 2 ketul kat depan belah bawah)

dari segi chasis pula Tyre/Wheel size untuk SV 175/70R13-Steel sama macam FLX Standard kalau Executive 185/60E14-Alloy. kalau SE 195/50R15-Alloy

si pemilik kereta ni tukar terus semua jadi R15. haha ni kalau g service mau kau kena pasang yang asal dulu kot??



speaker depan pon takde. 'rumah' die ade tapi dalam kosong la. kene tambah sendiri. speaker belakang ado. 


ni cap dan model yang si pemilik kereta ni pakai


alang-alang semua nak di tukar. ape kate tukar sun visor jadi sun visor dvd player. gituw..


si pemilik kereta ni memang nak beli 'kereta kosong' sebab die nak modified itu ini. ni spesis duit berkoyan-koyan le ni. kalau aku tak koser nak layan semua ni. aku ni spesis tak rajen nak menghias kereta dalam/luar. dalam kereta aku 3 bende wajib je yang perlu ado. ambi pur/pewangi, smart tag dan tisu ekehkehh. kalau bab mendeco rumah tu aku rajen gileeeeeee-gileeee nak touch-up.

 eh, lupa lagi satu kad bonuslink kene letak dalam kereta kalau di pindah keluar, mau aku mengamuk mencari beliau sebab aku ni pelupa :p. aku isi minyak Shell. korang? barang-barang safety semua kat bonet. hehee
*ambi pur spesis spray tu seeloknya bawak keluar dari kereta katenye boleh jadi 'roket' kalau di biarkan dalam kereta -masa parking.


si pemilik kereta ni perempuan bukan lelaki ye. tapi mampoo ko nak me-modified cengini. hebat tau. total semua belanja untuk accessories plus yang lain-lain tu dalam RM 3,000+-. 


nak cerita pro and cons pasal tambah accesories ni aku tak berani nak cakap la. ade setengah tu cakap kalau usik bab wiring, nanti insurans tak cover or else. sape berani nak fight ok la. sediakan reason yang reasonable kikiki.


cerita pasal macam mana die beli kereta ni nanti aku kongsi tau tauuuu janji ni janjjii kalau rajen. meh la berdoa supaya aku rajen di kendian hari. :p


dar~


4 comments :

Unknown said...

Lagi 1 tayar belakang x boleh ejas...

Unknown said...

Sapa yg beli saga sv kena update sortware....kerana jika engine kereta mati mengecut time nk naik bukit bg yg manual....engine x dpt di hidupkn serta merta....

Pa'an Healers said...

Penah taw x cara nak pasang towing hook depan saga...??ngah men cari idea ni....

Unknown said...

Lepastu kalau enjin mati nak buat mcm mana?