Thursday, November 7, 2013

RESEPI : KARI KERING KACANG KUDA ABAH STYLE

hai,


aku kalau datang rajennn nak buat entry ade la sampai 4 5 entry. lepastu auto-publish. kehkehkeh. tah mase ni aku tengah buat ape pon tak tahu... :p


walaupun aku ni tak geti nak masak ayam kari. ikan kari. sotong kari. etc yang melibatkan kari+lemak+santan bagai. namun, *namunnnn kauu sangattt aku geti la nak masak kari kacang kuda pebret abah yang sememangnya menjadi pebret abah sejak azali lagi. hahahaa ape ayat aku ni.


aku blaja masak ni dari ibu. abah style dah tentu selera abah. aku google tengok resepi abah ni same tak dengan blogger-blogger yang lain. nampak gaya takde yang same sebiji sebotol. kehkehkeh so, tu yang letak abah style!


asal aku rase semua resepi aku ade kene mengena dengan abah ni?



bahan yang di perlukan adalah seperti di atas.

ikan bilis
lada kering
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
kacang kuda
satu sudu besar serbuk kari -apa-apa brand pon ok je
garam
air
1 sudu kecil minyak masak




kekdah :

1. memula sekali goreng ikan bilis sampai garing, kemudian masukkan bawang dan lada kering sampai naik bau harum semerbak.
2. masuk kacang kuda yang dah siap rebus awal-awal.
3. masuk serbuk kari. kacau sebati.
4. masuk air dalam setengah cawan/ sampai kacang kuda tu nampak terendam sikit. dan tunggu sampai kering. jangan lupa masukkan garam. tunggu sampai kacang tu lembut. kalau kacang tu dah rebus lembut, tak payah letak air banyak-banyak.


SIAP!. memang sodap. 


kalau ikut pada resepi betul-betul orang india *tak silap mereka ade menggunakan biji sawi, dan daun kari bagi membangkitkan lagi aroma kari tu. oleh sebab ni abah style maka, ikut la abah aku punye resepi berani pulak aku nak derhaka!. haha



ok, selamat mencube!



1 comment :

MAT NOR said...

Macam sedap jer. My wife mesti suka resepi ni. Kacang kuda ada stok blhla cuba guna resepi ni