Thursday, November 21, 2013

BILE KAU NAK MATI?



sebenarnya adalah sikit bosan dan sikit rasa terhina bila mendapati soalan yang kerap di tubi kearah aku berupa begini yang agak serius memerli.


"zi bile nak kawen ni?"
"zi bile nak makan nasi minyak ko pulak?"
"ko tengok kazen ko bawah ko tu da betunang da, ko bile pulak?"


soalan-soalan ini dari mulut penyoal yang aku kategorikan sebagai kurang ugamenye. kurang membaca. kurang mendekati ceramah-ceramah ilmu berunsur agama. apetah lagi mahu menonton rancangan tanyalah ustaz atau tanyalah ustazah ataupun apa sahaja rancangan berunsurkan ilmu, agama, akidah, akhlak, ibadah, munakahat etc. pastu aku cuba la ambil positif, cuba untuk positif kan diri jugak..padahal dalam hati macam nak maki-maki je budak ni. macam nak maki-maki je orang tua ni. :p. well, kita ni manusia biasa, bukan macam Nabi yang maksum.


aku agak kesal dengan sesetengah manusia yang suka menjaga tepi kain orang sedang kain sendiri terkoyak rabak. nak cakap kau laku? nak cakap kau kawen muda? nak cakap kau kawen 2 3 tahun dah?. bende ni semua tak menjejaskan apa-apa pon pade aku. tu rumahtangga kau kan. lain la kalau laki kau aku kebas! 


sibuk sangat dengan perihal orang. baiklah kau berdoa je untuk aku dari tanya soalan-soalan yang aku sendiri tak tahu nak menjawab. letih! betul la kate orang mulut tempayan tu boleh la jugak di tutup even beso mane pon mulut tempayan tu. mulut manusia ni di tutup pon still keluar lagi bunyik-bunyik. 


buat apa kita sibuk nak tanya perihal RAHSIA ALLAH?. jodoh, rezeki, maut semua tu rahsia-NYA. 


dulu bile di asak dengan soalan yang macam ni, aku a bit stress la.


sekarang orang tanye aku bile nak kawen?


aku tanye balik...



"bile kau nak mati?"





haha.

No comments :