Tuesday, November 12, 2013

CARI RUMAH


hai..


aku sebenonya tengah cari rumah. rumah sewa je la kekdahnye. kira nak pindah dari rumah sewa A ke rumah sewa B. tapi rumah sewa B tak jumpe lagi. pening jugak nak cari rumah sewa kat JB especially area taman daya-taman molek ni. lagi pulak aku taknak dah duduk rumah pangsa. stress hakak duduk rumah cenggitu tu. :p


bukan nak pandang rendah dekat rumah pangsa ni. tapi blok aku tu kan kan kan kan kan nak citer ni...ade mat gian duduk bawah tangga yang iolz selalu naik tu. stakat duduk saje dengan khayalan die takpe, ni tak kadang-kadang mengacau jugak. dah lah tu satu-satunya tangga untuk naik ke rumah. blok lain aku tak pasti la. blok aku ni ha macam-macam drama swasta pernah wujud. yang gaduh laki bini baling-baling baju kebawah, yang gaduh berparang-parang, gaduh pakwe makwe, hoii seram kannn. aku takoott tau. majoriti yang duduk kat situ orang indonesia yang dah dapat PR kot. pastu ramai jugak perantau dari sabah sarawak. orang kelantan pon ramai sebab kalau pagi-pagi mesti dengar dikir barat hihiihii. budak-budak kecik kat situ pon aku tengok macam gangsters. aku pulak takot dengan dorang. haha


ade satu hari tu, aku dengan hosmet tengah main badminton kat court badminton. datang dua orang budak dalam lingkungan 8-10 tahun ni asyik bising je mulut maki-maki aku tak geti main la itu la ini la. coii sangat!. kalau adik ke sepupu sepapat aku lame dah aku hempuk dengan raket sekor-sekor! haha. pakal je anak orang, pakal je aku tengok budak tu macam gangster tak jadi nak hempukk..kahkahkah dasarrr pengecut!


so, misi adalah mencari rumah taman. hoi nak cari rumah taman ni pulak punya lah leceh kan. mungkin takde rezeki lagi kot nak dapat rumah taman ni. mase mula-mula aku berhijrah kat JB ni adalah cuba cari rumah taman kira rumah pangsa ni last choice. tapi rege sewanya pulak sampai RM1k. kalau ada yang murah pon dalam RM700 tapi rumahnye pulak macam nak roboh plus paip poblem etc hehe. aku dapat rumah ni pun sebab rumah ni cleaner yang keje kat ofis aku tu yang punya. die taknak duduk situ sebab ade rumah len kat masai. rejeki aku dapat rumah die. murah pun murah RM350 je sebulan. poblemnye pulak singki, lubang air kat bilik mandi tu kerap tersumbat lantas mengeluarkan bau yang kurang enak. makin lama makin teruk, dah buat aduan pun still macam ni jugak takde tindakkan. kami jugak yang tak selesa, tu baru bab tersumbat, belum yang sekian-sekian tu #urutdada. aku harap sangat segera dapat rumah sewa lain sebelum tahun baru ni. #nekad ni!! :p


BELI RUMAH dalam perancangan lagi sebenarnya. hari tu konon-konon je tengok rumah dekat Austin samada nak beli atau tak. sebab BELI RUMAH takde pulak dalam wishlist aku. tu yang aku musykil tu apasal aku tak terniat langsung nak beli rumah. kene rombak balik ni wishlist aku. haha


rumah oh rumah berdampinglah kau bersama ku!!




1 comment :

Puan Ezy said...

gigih2! troskan misi cr umh sampai jumpe..