hai salam.
hari ni nak share resepi. resepi yang kudus. hekhekhek
resepi yang diberi nama atas dasar kerakusan semasa memotong buah oren ni. teheheee.. panjang gila nama semua aku nak letak kat situ. ni baru bagi nama resepi, kalau bagi nama anak entah dari JB sampai Kluang kot panjang namenye nanti.. bahaha. *nonsen.
hari sabtu lepas terajin pulak nak share step by step buat jus oren ni. dah alang-alang semua bahan ade kan. kalau tak dibuatnya jus oren ni tah sape la pulak nak makan buah oren tu. lame dah terperap di zaman bapak ku buat open house dulu-dulu-dulu raya tuu...
persembahan memang tak lawa la. mengaku siap-siap. aku sambar aje ape ade. gelas ni dah lebih 20 tahun ok. khazanah keluarga ni. haha
ok, bahan-bahan untuk resepi jus oren versi cik azi nur :
8 biji buah orange
3 sudu besar madu
1 scop aiskrim vanila+choclate mat kool
1 sudu kecil stoberi jem keluaran Al-Mashoor. hahaa tu pon nak mention!
air suam
ni bahan wajib ade. selain melazatkan minuman ianya juga memberi 1001 khosiat. elok la gantikan gula dengan madu. amalkan makan madu sewaktu perut kosong pagi-pagi ye adik-adik.
dah ptong semua buah oren tu dengan kesabaran maka letak la madu dan sedikit sahaja air. air suam kalau boleh.
dengan kelajuan nombor satu. biarkan ianya memusing, memintal dan melantun-lantun umpama mesin basuh pulak.
maka ini lah hasilnya. campuran buah oren+madu+air suam
kemudian letak ais ketul beberapa ketul dalam gelas di ikuti dengan jus oren yang telah dikisar tu tadi. kalau terasa pekat sangat tuang air sikit. jangan banyak-banyak nanti melepas feeling minum macam air twister. mehehehe. lepastu scopkan aiskrim dan letakkan jem stoberi sebagai penutup tirai. maka bolehlah minum sambil-sambil layan industan.
selamat mencube~ baii
thanks Philips Blander 2 in 1 yang super oohsemmm. u make my routin easy mennnn...
No comments :
Post a Comment