Monday, September 23, 2013

PASAL SABTU AHAD JE PON....


hai hai hai happy monday bluess..

hari ni nak story pasal 'apekejadahnyekaubuatdihujungminggu' besama cik azi.


SABTU

aku selalu sangat balik kampung rumah atok ki dan atok wan aku. selalu sangat balik sampaikan ini kali pertama aku masuk kebun untuk tahun 2013. haha. aku bukan jenis suka beno masuk kebun. berbeza pulak dengan kakak. die memang suke bebeeno masuk kebun. aku kalau masuk kebun, nyamuk-nyamuk kebun semua berkumpul untuk membuat satu rompakan darah atas diriku. kihkihkih. lepastu mula bebintat satu badan. bintat nye pulak nah kau sebosa duit syiling 0.50sen! tiap satu. kesimpulannya, kalau balik kampung boleh kene sumpah nyamuk kalau masuk kebun. jadi toksah la nak amik risiko. toksahlah nak konon-konon bajet bando sangat sampai tak geti nak masuk kebun langsung azi oii!. hakikatnya aku hanya la insan lemah bila berhdapan dengan nyamuk. aku trauma betul kalau dengan nyamuk. sebab tu sampai sekarang ni, kemana je pergi mesti bawak ridsect. nak-nak kalau tido kat kampung-kampung. statment aku ni memang mintak makan maki orang je. haha


ok, tu cerita dula la. sekarang ni ade la keberanian sikit nak masuk kebun. dek kerana tak menahan nak makan buah pulasan melambai-lambai tu ha panggil aku suruh makan die. aku suruh kakak aku ambil kan, tapi die tak layan pon. die kate aku mengade-ngade. barangkali die terlupa tentang sumpahan nyamuk pade diriku. kihkihkih.





sekali petik dapat 4 bag. muai sungguh buah ni tak habis di petik. makin petik makin banyak pulok. :) . sebelum ni musim durian, takde napsu langsung nak p kutip kat kebun. tahu makan je. siap order. "pokde tak kutip durian ke?". hahaa. seram ok nak kutip durian. kalau manggis ke tak pe la. manggis?? cakap pasal manggis lupe pulak nak pergi tengok kot-kot dah bebuah. tapi nak sampai ke pokok manggis tu agak adventure sikit la macam nak pegi jungle tracking kekdahnye. melintas pokok betik, pokok buah naga, pokok derian, pokok ape lagi ek.. :p


dah alang-alang masuk kebun. singgahlah taman sekitar rumah atok. mengimbau nostalgia lama main pondok-pondok. main petik-petik bunga atok sebab nak mandi bunga mase tu. kalau balik kampung jumpe sepupu sepupu mesti nak main mandi bunga. mandi kat bilik air luar mase tu. kalau mandi kat bilik air dalam kene bebel dengan makcik-makcik huh!. bila atok nampak kat longkang bunga die betepek-tepek otometik atok jadi tarzan. wakaka. tah pape je mase tu. kanak-kanak nobs!. sekarang kalau pergi kat bilik air luar tu macam lalu kawasan rumah hantu pulak. gila penakut. bukan jauh na pon. bukan tandas papan pon. tah ape la. haha. padahal dulu kiteorang main mandi-mandi kat kawasan luar tu sampai kene ngendap dengan anak jiran atok siap kene gelakkan lagi sebab mandi dalam besen dalam baldi. lepastu buat takungan air pakai baju-baju feeling-feeling kolam la khonon. cis! ape la hiba nya zaman kanak-kanak aku tu. hohooo

bila lalu kat laluan biasa main sorok-sorok, gelak kecil je. seronoknya jadi kanak-kanak. sekarang laluan tu ade lagi. masih sama macam dulu. mase aku budak-budak dulu, aku memang kuat main, sanggup main tengah-tengah panas, ade je bende yang boleh di buat main. ibu cakap aku dah macam jantan dulu tak geti duduk diam! stakat kene rotan kaki tu alaaa ape la sangat. wakaka. dah la kuat main, kuat buli jugak. well, i kan cucu sulung. ala tetiba touching pulak bila mengimbau kenangan lalu. ihik!







bunga ni sangat cantik kan. macam burung sekawan. aku tanye ibu ni pokok ape? ibu cakap pokok bunga sekawan burung. aku pulak ?????? gituw. ya benar kok bu?. aku pon tak tanye lanjut. kalau tanye atok mesti jawapan lain. kalau di usulkan lagi dekat pakcik aku, lagi la lain jawapanya siap bagi formula sains kimia fizik segala. sampailah kepada pokok di kawenkan la la la bla bla bla panjang jawapan. pakcik aku yang sememangnya orang landskap. huhuhuuu




subahanAllah subahanAllah subahanAllah! indah sangat ciptaanNYA. banyak sangat-sangat bunga-bunga yang cantik. warna yang menarik. rupa yang uh masyaAllah sangat indah. sangat tenang bila tengok keindahan yang macam ni tau. hilang stress 1 hari. lupa semua kekusutan. betul tenang! jadi lepasni kalau balik kampung harus la raje ye azi. rajin mentelaah pokok-pokok bunga kat taman atok bagi mendapat ketenangan hati katenyeeee. haha



AHAD


kalau ikutkan ahad dah tentula mase rehat sepuasnya kat rumah. tido depan tivi sebelum tu layan cerita tamil kat tv2. aku peminat setia cerita tamil ok. :). nak-nak musim panas ni. bukak kipas paling maximum. bukak ekon lagi. hoi elak terbang je baju kelawar aku. jadahh tak mandi dah tengahari ni??...haha. ok, cukupcukupcukup.


sebetulnya ahad tu aku harusla bekerja ok. aku kalau duk kat rumah, jadi la macam statment kat perenggan satu. bujangan katenye. jadi untuk mengelakan aku jadi mak lampir berbaju kelawar terbengkalai di tepi lautan karpet depan tivi maka aku perlu keluar mencari port strategik untuk bekerja. 


port yang terbaik adelah di opis kazen sepermainan ku main mandi bunga mase kecik-kecik tu. gigih ni pergi opis die di hari ahad. so, ok la. ade la member ajak beborak. masalahnya kami kalau dah JUMPEEEE hoiiii beborak aje pulak. dah tu bilanye aku nak stat kerja?. hahaaa


siap bawa bekalan dengan alasan malas nak keluar untuk mencari makan. disitu dah jimat RM50++. hik!

Ika ni antara kazen yang paling rapat dengan aku. rapat la. kalau jumpe ade je cerita. kalau tak jumpe wassap la pulak sampai lebam. banyak sangat bende nak di-share-kan. segala macam rahsia semua die tahu macam tu jugak dengan aku. so, masing-masing pegang rahsia masing-masing la ni. kalau gaduh siap ugut "nanti aku pecahkan rahsia kau!". bhahaha

sebab kami banyak sangat bende berkongsi bersama. dari pengalaman kanak-kanak yang nobs, sampaila zaman bercinta masing-masing, zaman belajar, zaman bekerja ni pon ade aje topik nak di borak kan. aku sayang kazen aku ni tau. sebab die sekepala dengan aku. walaupun die ade je hal yang menyusahkan aku, tapi ok la aku sayang die jugak. sampai tak reti nak benci die. gituw. haha


beborak punya beborak dapat la jugak aku buat 60++ brooch ni. gigih ni buat 2 box. sampai tergeliat jari jemari i olz.. mihmihmih. 

balik rumah pun da petang. sampai rumah terus layan industan pulak. hritik rohsan kau! gila tak tengokkkk..bhaha


so, tu je la cerita hujung minggu aku~


bai~

2 comments :

ezy.fia said...

pulasan tu rase mcm rmbutan x?
kikiki.. kite jakun.. xprnh mkn pulasan..

azi nur said...

pulasan ni isi die macam buah rambutan tu. cume isi die tebal sikit dan kalau di gigit kulit kat biji tu x ikut sama macam rambutan. rasa nya pon sooodapp... kalau dekat kite dah bagi sebakul...hehee