Hey. Olz..
Dah tentu sekarang ini saat ini masing-masing sedang sibuk
mendaftar subjek untuk semester baru yang bakal bermula 21 mac depan. Begitu jugak
dengan junior yang baru mula sem 1, mac ini. Kekdahnya junior daptar dulu baru
senior dapat daftar. Pastu senior ketap-ketap bibor bile mana kelas yang di
buka Cuma mengambil bilangan student yang sedikit. Stress, ketap kuku jari,
ketap kuku kaki. Mehehee. Kalau di uitm shah alam tentu la seronok sebab banyak
jugak subjek yang dorang tawarkan. Cuma ade ke tidak rejki korang tu je. Dalam
pada kau dalam dilema nak pilih subjek ape sem depan. Meh la aku ajar sikit
tips cara memilih subjek untuk rakan-rakan pjj/plk sekalian mengikut kekdah aku. :))
1. Jangan tamak
a.
Jangan pikir kau mampu ambil banyak subjek
secara membabi buta dengan harapan kau boleh grad dengan cepat. Gituw. Pangai tamak
ni pangai saiton ya. Bila satu sem kau amek sampai 7 8 subjek (contohnya) tapi
lepastu kau rasa berat, kau rasa menyesal sebab subjek yang terlampau banyak,
sarat, nak pecah pale. Lepastu semput, lantas masuk sepital. Jam tu jugak kau menggelupur
nak drop 2 3 course kat sepital. Perlu la
di ingat, kita ni student separuh masa. Sepenuh masa adalah bekerja. Berapa banyak
masa kau hada untuk study?. Dah tentu kau taknak membazir dari segi kos, bayar
yuran subjek je dah berapa. 100/jam kredit tak kan kau berhasrat nak repeat
paper?. Tapi kalau kau jenis otak metrobijak tak payah belajar, terus exam lain
la cerita. hahaha
a.
Kita nak daftar subjek ni pun kene memilih sikit
la. Bukan pasal jodoh je kau nak memilih sangat. Eh? Tetibaa. Contohnya, subjek
pertama berat, subjek kedua separuh
berat, subjek ke tiga dan keempat carilah yang ringan dan santai. Subjek kelima
kau ambil 2 jam kredit.
b.
Ambillah 4/3 subjek 3 jam kredit , 1 subjek 2
jam kredit. Gituw. Jadi ianya balance. Contohnya masa aku sem 1, far and eco
dalam kategori disaster (3 jam kredit). Then, mgt dan ent kategori ombak-ombak
manjerr (3 jam kredit). Kendian ctu subjek paling ringan dan santai 2 jam
kredit je. Jadi balance. Masa kau study far dasat-dasat. At least, kau bukak
buku ctu kau rasa lapang dada. Ha paham tak?
c.
Kalau dapat 2 subjek kira-kira. Carilah subjek
yang teori pulak. Jangan ambil semua kira-kira sekali gus walaupun korang
memang suka gila nak mam subjek mengira.. Nanti sem berikutnya otak kau pasti
merana kerana yang tinggal subjek mengapal nazubillah. Tapi kalau korang jenis
terang hati Alhamdulillah.
a.
Ha yang ni paling berguna. Masa kau sem 1 haruzlah
kau dah beramah mesra dengan senior kan. Ke kau jenis sepi tak reti bergaul?. Ehehee.
Tanya-tanya la senior korang. Mintak advice dari dorang subjek ape yang dorang
dah ambil, cemna kekdah subjek tu, sapa lecturenya. Penting tu. Kalau subjek/kelas/group
tu lecture sendu kau pilih kelas/group lain. Gituww. Haha. Paling best kau bakal
dapat buku, notes dan lain-lain dari senior korang dengan harga kasih sayang. Haa
bijak tak aku. :p
b.
Kalau tak de kenalan dengan senior, ce google
subjek yang korang bakal daftar tu. Research sikit dapat bayangan pon jadi la. Jadi
korang dah bersedia mental dan fizikal. Tak pun korang dah boleh imagine subjek
yang korang bakal belajar tu. Korangkan bijak-bijak. Hehehe. Ingat, tak perlu
gopoh gapah dalam memilih subjek. Tips ini pun untuk aku jugak. Sem 2 nanti aku
boleh rancang jadual belajar yang lebih efisyen. Maklomla ko, siang kerja. Malam
je bukak buku. Tu pun berlawan dengan nyamuk sape tido dulu. :p
Student pjj/plk memang memang memang memang tough. See,
berapa banyak memang tu. Itu menggambarkan betapa ianya begitu tough. Nasihatnya
semoga korang gigih, korang kuat, kental, emosi dan fizikal!. Alhamdulillah aku
setel dah sem 1. Kalau nak di kira tahap penatnya berulang alik Johor-Shah Alam.
Memang boleh gila sape yang tak kuat semangat. Hahaa. Alhamdulillah Allah bagi
kesempatan dekat aku untuk berjihad. Memang ade segelintir pihak yang
menganggap aku pjj jauh nun beribu batu kerja sia-sia. (macm takde tempat lain
nk sambung) dah rejki aku kat situ. Allah dah tulis pun kan. Kau nak berjuang
atau tidak. Tu je ceritanya. Ade je yang memperkecilkan usaha aku, cakap kite
ni dah terlambat nak grab peluang yang cerah, macam mereka semua dah berada di
atas. Eh kau tak payah makan hati dengan orang macam tu, orang macam tu
biasanya pathetic, kesepian, tak de kawan, takde sape suka die bahahahaha.
Think positive and positive things will happen. Tu je
kuncinya. Walau payah macam mana pun aku macam tak sangka aku dapat habiskan
sem 1 tau. Sungguh tak sangka. Ngenangkan aku terpaksa cuti Jumaat setiap kali
ade kelas. Pergi KL naik bas dengan backpack, beg tepi, beg atas, beg bawah,
beg roda, beg seret hahahaha macam orang
gila. Tahan kencing sebab banyak beg bawak sape nak jage?? miahahaha. Naik pulak
komuter ke kajang. Dari kajang menempuh perjalanan ke uitm Shah Alam. Kang balik
dari kelas hadap jem nauzbillah maha dasat kau tahu je la. Sampai rumah dah
malam. Esok ahadnya gigih lagi pergi kelas. Kang balik kelas bekejar naik
komuter dari kajang ke TBS. kang bekejar lagi menapak, berlari-lari anak cari
platform takot nama kene announced satu TBS dengo hahaha. Lepastu sampai Kluang
dah jam 8 9 10 tak tentu. Sampai rumah dah kol 11. Sesampai je rumah setel kain
baju esok (isnin) drive pulak balik JB g kerja. Isnin malamnya terbongkang tak
bukak buku pasal meranah bernanah nanah die punya letih tuh. Sakitnya tuh disini.
Hahaha.
Bila semua tu dah berlalu, aku macam rindu pulak nak hadap
semua tu balik. Dulu kemain merungut. Hehehee. Tapi rungut dengan korang ajer. Dalam hati
ikhlos ni mengejar elmu. Kate ibu, kalau kita ikhlas Allah mudahkan urusan
kita. Alhamdulillah semua keringat aku berbayar. Result haritu keluar memang
mencapai target. CTU dengan ENT dapat A+. sape tak suka. Yang lain okla B..B+ Hahahaha.
walaupun ramai jugak classmate aku repeat beberapa paper ade yang dismiss, aku harap dorang tak
patah semangat. Kegagalan dan kesilapan lalu tu adalah bukti bahawa kamu dah
berusaha. maka teruskan usaha, rezeki, laluan, onak dan ranjau setiap manusia adalah berbeda-beda ya. janji teruskan semangat jangan pernah malap!
Ok la korang ingat pesan aku tau. Jangan tamak dan pilih la
subjek yang balance dengan masa, tenaga dan kemampuan korang. Aku share mana
yang terlintas dalam pale je ni, next time kalau ade lagi bende mustahak aku
update dari masa ke masa Ok bebeh. Bai!
10 comments :
Boleh ke nak tanya if semua kelas kat sesi I tapi ada satu je kelas kat sesi II, boleh ke drop satu subject Tu. and ambik another subject yg sama sesi?
boleh no probs. kita yang buat jadual sendiri. makesure tak bertindan dengan kelas. yuran dah bayar? kalau dah bayar call ined bahagian finance, mintak die refund balik duit kita untuk subjek yang nak drop tu. sebelum 15/03 kene setel, kalau tak dorang anggap awak sedekah. hehehe.
Ada masalah dengan yuran i...
I mean problem since registration
Masa pergi daftar mmg tak boleh view bill
Alhamdulilah semalam baru boleh after a week call uitm... Gigih even i segan gila
I dari penang so mcm agak takut la coz tak bayar yuran lg.
Dulu kelas u kat mana? And how u pergi kelas and ething?
Kalau register subjek ikut plan program yang uitm bagi tu boleh ke?
ishhh.. nervous pulak nak daftar subjek ni.. takut salah daftar jee.. =(
emylia
boleh je asalkan satu semester tak lebih 16 jam kredit. kalau nk mintak lebih jam kredit kene surat menyurat pulak...
Sy baru je dftr utk uitm melaka harini..tp sy ikot based pd jadual yg diberikan uitm..sy nak amik 13 kredit tp sy mcm xyakin hahaha..tp okay kan just amij 11jam kredit je
Boleh je. You nak amik 2 subjek pon boleh depands on what you plan. .Kalau amik sikit sikit nanti lambat abis. Tapi kalau amik banyak banyak takot xleh score lepastu kene extend sem pulak. Amik ikut daya ketahahan diri. Getew..
Saya nak tanya , kalau saya dah register subj sesi III , and saya drop salah satu subj sesi III akan hilang ke or tak ?
Post a Comment