Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

Monday, August 14, 2017

PJJ/PLK LIFE: HABIS EXAM TERUS PERGI BERAYA!



Ola!


Tahun ni aku rajin sikit nak merayap rumah kawan-kawan Poli. Yang rapat jela. Yang area Jb je… yang jejauh tu tak la dapat datang. Mostly kekawan aku ramai yang merantau. KL ado, paling jauh kat Sarawak. Andddd ramai je dah kawen beranak pinak. Aku je belum lagi. Insyallah masanya akan tiba kan..


Okes tutup cerita pasal kawen.. beranak.. mak emo sikit bab ni haha!

since paper pertama aku seminggu selepas raya, maka takdala sangat mood nak beraya. di tambah pula paper pertama OPM. haha tak boleh move on aku dengan paper ni!


Memula sekali beraya rumah Nanad. Ni memang geng paling best ajak melazer. Haha. Sesejak die dah duduk JB ni rajin jugak la aku datang rumah die dua tiga kali. Asal datang rumah die je mesti ajak aku mandi kat pool. Amenda la minah tu tak padan dah jadi bini orang kekeke. Mase beraya rumah die lagi best. die pack semua makanan ajak makan tepi pool. Pening la aku layan minah tu kahkahkahkah


Next! Pergi rumah diela pon rapat jugak ni. Kami kan mase duduk asrama poli, 4 sekawan duduk sebelah-sebelah bilik hehe. Lucula bila teringat kenangan lama. Memang kami plan taknak duduk sama-sama bilik. Means satu bilik 2 orang je. Kami memang tanak duduk sesamala. Pastu masing-masing tunggu roommate masing-masing masuk. Kami masatu bolehla dikatakan senior juga. Dah sem 5 tak silap aku. Balik dari praktikal 6 bulan terus belagak jadi senior haha..


Kat rumah dila ni paling best sebab die tunaikan semua permintaan aku. Ayam guring dengan brownies. Siap anak dila, Umairah nyanyi lagu birthday oh may! Terharu sangatt tapi cembiasa muka kenala buat macam biasa-biasa hahah dalam hati berbunga-bunga uols!


Balik dari rumah dila dia bekal kan lagi lontong dengan brownies. Ya ampun sedap sangat lontong die. Mase mengimbau zaman duduk beborak dekat asrama kan, masing-masing cakap tak reti masak. Tuptup dah berkeluarga automatic jadi GETI MASAK ekekeke. Ayam guring die siap pakai bread crumb tolongla terlajak rajin ngikut resepi bulat-bulat ni hahaha keji ayat aku. Eh idokla.. aku ni takla tahap rajin macam dila. Hihihi


Next!!


Rumah miela. Ni pon kira rapat jugak. Bukan duduk sebelah bilik masa kat asrama. Die gang group lain hehehe. Group ayong ni. Biasalah zaman belajar ade group konon nyampah betul bila teringat balik. Dorang duduk rumah sewa masa belajar dulu. Aku tak merasa duduk rumah sewa rejki dapat asrama sampai sem akhir. Aku and the gang! Tapi sampai sem 5 je. Last sem ni geng aku dah berpecah separuh duduk rumah sewa separuh dapat asrama. Tak dapat la nak duduk sebelah sebelah bilik macam sem sebelumnya.


Mase jumpa miela. Omg! Tengah pregnant anak no. 3. Jam tu jugak aku rasa tua gila aku ni ke ape. Siap belek-belek kat cermin tengok rupa sendiri. Selamatt masih anggun muda belia. Hahahaha
Kat rumah aku ni memang takdela nak dengar suara budak-budak main la, melalak etc. Bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni dengan suara mak dan anak berlawan-lawan. Para somi-somi idokla meng kekekkee macam mak-mak haha. Ape Bahasa aku tu. Meng kekekekeke Maksudnya ketawa terbahak-bahak.


Aku perasanla kan kekawan aku yang dah kawen ni. Personality terus berubah. Terus macam mak-mak. Hahahahahahahaha risau aku nnt kawen terus kene cap mak-mak.


Okla korang meh layan gambar!


Kat rumah nad je  takde gambar. Syokk sangat beborak sampai lupa nak bergambar.. dah tetua ni kan kurang sikit la nak bergambar. Zaman dulu kala memang muka pantang hala. Orang tak hala pon terhegeh-hegeh suruhh hehehe. Rindunya zaman belajar kat Poli!


mintak maafla kualiti gambar kurang memuaskan. maklomla dah mak-mak tak kesah sangat pasal lighting hohoho


muka berminyak gila sengan je duduk sebelah pengguna dan penjual perlashine!



okla korang. doakan kami ukhwah ini semakin erat dan wangi je sampai syurga... insyallah tahun depan kalau masih rajin boleh lagi merayap. thaks korang kesayangan hamba yang mendoakan aku supaya tahun depan datang dengan pasangan haha walaupun agak kelakar. tapi I suka doa-doa yang macam ni.. hihi


amin..



Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA.

hai salam..


sebelum aku berambos balik kampung petang karang lepas ofice hour, adalah lebih baik aku up sebijik entry hari raya. waakaka. kang hari raye mesti aku malas nak hadap lappy. korang pon mesti cemtukan.



persiapan raya korang cemana. tadi aku baru ambil baju dari taylor ku a.k.a mokde aku je pun. tazabar nak pakai. kompius ni nak pakai kaler hijo ke kaler purple dulu. hehee. baju raya checked. biskut raya checked. biskut raya tahun ni aku beli. sama macam tahun sesebelumnya. aku kan agen biskut rayo muahaha. tahun ni je tak. sebab sibuk exam. tak koser nak pomosi bagai. tetibe tahun ni nab nak buat biskut cornflakes madu hahaha. sila percaya ok. :p


tetibe semalam dapat wasep ni dari nab pakai phone ibu hahaha. jadi koo die buat. cam tak caye jek. 2 box besarrr ok die buat. mesti balik ni aku pitam tengok kakakaka.


ibu awal-awal dah pesan jangan beli kuih raya bebanyak. nanti terlajak membazir sampai ke raya cino. hahaha. ok baik ibuku. aku beli pon dengan dak opis aku je. die jual memurah ko. murah gila. jauh bebeza dari biskut raye yang aku jual tahun lepas hahaa. tu belum aku plus plus upah bagai-bagai tu. hehehe..


almond london RM20 jek. tart RM16 jek. pastu sedap nak mam. rase fresh keluar dari oven tau. orang kampung memang terbaikk!


oleh sebab nab tu macam rajen je nak buat biskut raye kan. aku pon hoder la dengan nab. buat sekali biskut mazola dengan coklat chip. ngee pebret ever forever eberrr love tu. muahahaha.

 hah! dah kemas rumah belum!!. sape pernah duduk V2 tahun 2006/2007 mesti ingat bear ni. pelik aku kenapa sampai sekarang aku simpan lagi. hahahahaa


ok kita beralih pule ke topik bonus rayaa. yeah semalam baru dapat bonos ko. rase macam terlambat khen. sebab bos aku tu macam nak taknak bagi bonos. tak paham aku kenape. kakaka. bonos masuk je aku terus booking date untuk service kereta. nak jalan raya ni kereta kena tiptop ko. dah la time major service amek ko bil dekat RM500. pitam aku. mr. tan pon satu ade ke patut anta reta aku buat balancing n aligmnt kat kedai service ford. pitam aku doploh kali. mane tak bil banyak...ko sajer je kan apekk. gelap masadepan aku rasenya. haha. sekejapan je rase bonos tu luak banyak hahahaha. dah la tak berape nak banyak ni. :p dasar kedekut aku ni.



duit raya pun aku tak tukar lagi. pergi cimb dengan maybank semua tak terima dah. sentap aku. kesudahnya aku tahun ni cuma dapat keluarkan sampul raya je. duit takdakkk. mahahahahaa naseb korang la. kalau ade pun mungkin 3 4 keping sampul je yang bersisi. sape dapat die banyak untong wooo.



tinggal dua hari nak raya ni aku bizi gak buat apoimnt dengan cikgu-cikgu yang wajeb datang rumah beliau time raya. haruslah booking. memang tetiap tahun aku je laaa organizer nye. aku la yang kene halo-halo cikgu-ckgu ni. lepastu buat undian nak pergi raya keberapa. undi pergi. undi tak pergi. rombongan kateko. haruslah kepoh-kepoh. nak-nak memasing dah berlaki dan beranak pinak. pitam aku aku jadi organizer ni. hahaha. diam tak diam dah 15+ tahun gak aku pegang jawatan ni. bebudak ni pon dah terbiasa. asal nak pergi beraye je mesti hala kan kat aku dulu. matila nak. takpe aku paham korang semua sibuk dengan laki. dengan anak-anak. dengan emosi berkecamuk morning sickness. dengan tengah tunggu hari nak beranak nye. padanlah jodoh aku belum sampai lagi, sebab nak nguruskan korang-korang ni rupanya. cewahh bajet-bajett ni aku ni. kakakaa

sampai cikgu pun ternanti-nanti wasep dari aku nak buat poiment katenyee. haha sabar je laa


tahun ni dah tentu raya femli aku belah ibu agak meriah dengan kehadiran cicit/cucu/anak sedoro.
kazen aku ika dah selamat bersalin beby girlz. sekaligus menjadikan makngah aku serta ibuku serta mokde mokteh makde dan acik jadi nenekla nanny, wanteh, tokcik la bagai. hokaloh. macam-macam nama. atok aku dah tentu jadi moyang. tapi taknak di panggil moyang. nak di panggil nenek. ah gasakk la. aku pon tak terkecuali. sebuk nak di panggil acikzi. hahaha. alaa rindu kat Azzra Zakira!


okla korang banyak dah membebel. ade lagi ni sebenonya. nanti sambung lepas raya. heeee
selamat hari raya korang maaf zahir batin kotla aku ade tersalah kata buat korang terasa. harap korang semua sihat di pagi syawal. kalau sakit, tekak pun sakit, dah merana takdapat merasa ketupat cicah dengan kuah kacang. hoii pebret aku tu. semoga perjalanan korang selamat tak kiralah kemana sekali pun. hati-hati memandu. ok tata!!



SELAMAT HARI RAYA!!!

Thursday, October 17, 2013

CERITA HARI RAYA KORBAN. LEMBU TAK LARI PUNYA.

hai, assalamualaikum..

salam hari raya haji yang ke tiga hari. hari ni baru naik kerja u olz. hoi cuti 5 hari liat sungguh nak bersiap pergi kerja. emang dasar pemalas. kihkihkih.

naik kerja kok terusan dapat memo kene pegi kursus. haku dengar perkataan kursus ni trauma betui. adeh takpe turuti aje.

sempena Raya Haji ni banyakkk sangat dapat berita gembira.... gembiraaaa beno. salah satunya berita dari ofis. alhamdulillah dapat tender baru buat Masjid. alhamdulillah sangat-sangat macam tahu-tahu je tahun depan aku nak bonus banyak-banyak. wakaka. insyallah semoga projek kali ni diberkati Allah. bos aku mesej malam raya suruh buat sujud syukur. gigih aku buat sesudah masak memasak. :)

aku pon taknak cakap banyak. kali ni entry penuh dengan gambar. raya Haji kali ni kami sekeluarga bersepakat beraya aje kat rumah. sebab abah banyak program korban kat masjid dan taman. so, we all bergotong royong la masak raya konon-konon.

as usual, bila di tanye dekat adik beradik 'raya ni nak masak ape?'. sorang nak daging kicap. abah nak ayam masak lomak. yang lain semua tak kisah. dan yang paling bestnye semua nak nasi putih taknak ketupat, nasi empit. hey! dorang ni tak tahu ke hari raya tu makan makanan raya ler. tensen aku. aku je yang bersemangat waja nak berayo. hahaa gile pompuan ni!

so, we all yang gegurl-gegurl ni pon masak la makanan raya edisi menu harian. gituewww..hokaloh!



ayam masak lomak request by abah. made by ibu+kakak


daging kicap request by afiq haziq. made by ibu+kakak


daging goreng kunyit request by abah jugak. made by ibu+kakak


aku tak tahu nak panggil lauk ni dengan name ape. sebab macam sambal goreng tapi macam pelik. yang penting request by abah. made by ibu+kakak


sayur campur -brokoli+bunga kobis+kacang pea+lobak+cendawan+kobis. 
request by me. made by me. haha. last minutes planing ni. sebab aku terperasan tak menyumbang ape-ape lauk pon. kahkahkah.


eh cop-cop aku urus menu dessert ok. oleh sebab, bukan senang adik beradik nak berkumpul, maka dessert aku nah kau macam nak bagi puaka makan. hahaa. takpe bawak bekal balik ke destinasi masing-masing ye. 


ice jelly+buah campur


puding laici siap dengan air laici. rajenn kak tonn. kalau nak nampak banyak tips die adelah, isi sikit-sikit dalam satu bekas. haha! dah name pon dessert kan ape hal kau nak makan banyak-banyak.


choc. moist cake sampai 2 bekas. permintaan tinggi ni. ehehe!


buah campur+mayo. apple+pear+lai+stoberi


juga ice cream bertingket-tingket. magnum mini tak jadi rebutan pon. aku je yang over. cornetto mini tinggal seketol tergolek-golek takde sape nak makan. biasala bende kalau tinggal satu memang orang buat tak nampak je. cube kalau banyakk. berebut-rebut pulak. vanilla+choc aiskrim makan dengan kek coklat. syeedap. sampai lupa 'eh diet ek?!'


lepas solat raya dan sesi makan-makan. segera pulang ke kampung. sebab dah janji kan..ade korban 2 ekor lembu. so harus la nyebok kan diri. :p

sesampai rumah atok, harus membedal dulu. ayat membedal tu dah rupa pelahap pulak. eh, aku makan sikit je tau. dahayet ok!


mee bandung made by mokde femly fresh from JB. :))




sebenarnya nak cakap kereta jadi pasar. hehe

yang raya kat rumah atok, mokteh+acik+makdeq femly. so, makcik-makcik ni masak la menu raye. yeah! dapat jugak feeling raya dengan sambal goreng, sayur lodeh, kari ayam etc. *adik beradik aku kalau dapat kari time raya memang heaven. sebab ibu memang tak masak kari sebab kan kan kan abah tak makan kari. jadi secara otometik aku tak geti masak kari. muehehe mohon bakal laki tak suke kari. :p


ok, tutup cerita pasal makanan. sekarang beralih kepada ibadah korban lembu ye. tahun ni femly besar aku korbankan 2 ekor lembu. satu ekor 7 bahagian dan nama. sekali gus dengan akikah sepupu paling kecik Zaydan. name glamer Mat Idan. sebab beliau terlalu comel dan muke manis yang sentiasa tersenyum je macam retis pon ade gok. :)). 


mat idan yang cool



lembu-lembu ni dah selamat di sembelih di Sungai Linau, Simpang Renggam. siap dilapah dan dipotong beberapa bahagian besar di bawa pula pulang ke rumah Atok. tepat jam lepas zohor sampailah pakcik dan Atok aku kat rumah. yang kat rumah ni dah stanby siap-siap kanvas, tali, parang, kapak, semua dah ready! takde dah gosip pasal lembu pak haji Ayob lari lintang pukang. kihkihkihh


kemudian, aktiviti bermula. pakcik-pakcik, sepupu sepapat, adik beradik dan jiran (tok kamsan), juga beberapa budak indonesia yang laju giler buat kerja. hoii tak benapas tengok. gigih sangat!


 papa Mat Idan yang gigih! ''awat besaq sangat''-kedah slag 



amirul fahmi sepupu yang paling terel setakat ini.


Tok Kamsan yang standby dengan mesinnye. hewhewheww



anak beranak nyangkong! :p




atok ku nampak tua. macam mane ni, tak nyumbang cicit lagi. *tetibe




Mat Idan dengan lembu kekah nye..ala, rindu la kat Mat Idan!


yang ni rare!. Tok Kamsan ni kalau masuk Gelanggang Raja Lawak mesti nak duet dengan aku. haha



gigih buat kerja budak dua ni. cepat dan bersih gituew..


usai kerja-kerja pengagihan ni, mokde+acik+kakak dan beberapa pembantu yang lain gigih masak sup tulang. menu wajib kalau berkumpul! nak-nak tulang free-free depan mata. :))






gambar ni bukan gambar mase dorang masak ramai-ramai tu. tapi ni mase ibu masak kat rumah sehari sebelum raya. huhu berbuka sup tulang we allz.. tak nyempat la nak snap gambar masa 'merewang tulang' kat rumah atok tu :p


cuti raya pon satu hari je kan. so, malam tu rumah atok bizi mengemas. makcik-makcik semua nak balik KL, JB, Kluang. so, sebelum dorang balik rumah kene kasi clear. periuk belanga kasi telongkop. pinggan cawan kotor semua kene basuh. mop. atok pon kurang sihat plus sensetip kalau rumah berselerak. hehe.


Selasa tu memang lepak abes. penantnye bebenor. lagi pulak kene anta adik balik Batu Pahat. adoii aku dah jemu dah dengan BP tu. haha statment kau azi!. hope adik lepas SPM ni toksah la mintak UTHM. cari la Batu lain. hahaaa


sekurang-kurangnya Rabu tu aku cuti. so, rehat sepuas tidak. masak pon tak. ibu kate recycle je la lauk semalam. kehkehkeh. petang baru masak asam pedas. nyumnyumm~


hari ni kat ofis, bos suruh bawak balik daging lembu. tahun ni ofis buat korban tu yang agih kat staff. teanjat kite bukak icebox. daging sebanyak tidak. nasib baik aku tak beli eskrem. kalau tak, tak tahu nak sumbat tang mane. boleh jadi eskrem rase lembu moo--mooo--moo..huhuu


pastu terjumpe harta karun ni


ni tak lain, keje si azi lettew. makan tak abes. genap 6 hari dah. tak berani nak tengok isi dalam. takpe kasi kembang padu baru buang. kahkahkahh




ok, thanks for reading this berjela-jela entry!. :))





Thursday, September 5, 2013

OH! MEDIA :CONTEST AIDILFITRI MUSIM 2

hello monink~

hari ni nak review sikit pasal contest yang sedang hangat di news feed aku..hehe. sebab bersepah-sepah gambar raya yang super ohsem. aku memang suka tengok gambar raya. nak-nak bile kat gambar tu ramai ahli keluarga yang happening abes. mihmihmih..

so, u guys out there yang belom 'like' page Oh! Media boleh la sila-sila cuci mata...jadi liker pon hokey la just for fun di masa terluang.



click gambar untuk terus ke FB Oh! Media



hadia utama apple ipad mini hokey. stakat ni ade sorang peserta sudah dapat more than 10 ribu liker...pergh pergh pergh. nak tahu sape?


jemah sangat kan. omei-meiii

aku kalau gambar budak-budak suka sangat nak like. budak-budak kan, macam mana sekali pon ade yang sudi 'like'. budak-budak kan innocent je nobs sangat. hehehe


i like this one tooo~~

lagi satu gambar yang macam ni pon menarik minat i olz seisi keluarga..miahahaa



gambar femly reramai ahlil ni memang aku suka. plus yang sporting abes-abes tu...femly besar aku susah sangat nak jumpe. sesekali kalau jumpa harus ambil gambar cengini hoke...



tak dapat pakai baju sama pon takpe la. janji set satu hari tu jumpe then ambil gambar reramai. rare takkk...



ok, untuk more more and more picca boleh la ke page resmi Oh! Media...



credit pic : Oh! Media



Tuesday, August 27, 2013

CERITA PASAL KONVOI RAYA

well, hello...


hari ni nak share pasal konvoi hari raya yang ohsem!. sabtu lepas aku jadi driver kepada ibu abah pergi konvoi beraya ex-jemaah haji tahun 2009. sebanyak 6 kereta tau yang join. semangat padu semangat ukhwah yang sangat sangat sangat bagus di contohi. sejak balik dari mengerjakan haji tahun 2009 dulu, sampai lah sekarang ni tahun 2013, setiap tahun mesti buat konvoi beraya. seronok tau join konvoi golongan mak-mak bapak-bapak ni. selain menepati mase, takde pulak gaduh-gaduh tak jadi pergi la, tak jadi join tetibe la. tak cukup orang tak nak join la la la la la...kalau seusia aku ni, berjanji nak konvoi raya tapiiii harem jadahh last minit tak jadi, last minit cancel. bukan konvoi raye je segala macam konvoi+janji ponnn huh!. jadi perlu rasa malu ye dengan konvoi ex-jemaah haji 2009 ni. malu maluuu....


ade lebih kurang 10 rumah jugak diserbu. masuk satu rumah then, marhaban dulu baru menjamu selera, beborak, bergurau macam-macam la. seronok tau beborak dengan mak-mak ni. begurau pon boleh tahan..mihmihmih..kami yang muda-muda 3 ketul ni pon senyum je.



paling best beraya kat kampung-kampung felda-felda ni opkos la dapat makan durian, rambutan, dokong, betik, pisang, burung puyuh hoii air durian belanda, beras pon tanam sendiri. semua hasil titik kawan-kawan ibu abah ni.


nak di jadikan kebetulan, kawan-kawan sebilik masa ibuabah kat makkah-madinah semua orang johor dan semua area kluang-simpang renggam-air hitam. tu yang boleh datang bebila masa sesuke suki.


masa ibuabah buat umrah baru-baru ni pon dapat kawan-kawan area JB-kluang-batu pahat. rezeki kan. ade yang dapat kawan jauh-jauh. tapi bile dah dekat nak berdating je pulok..kehkehkehhh


ok, tutup cerita pasal konvoi raya ibu abah.


nak story pasal konvoi raya dengan budak-budak sekolah rendah+menengah dulu. tapi lain kali la kot. :p



sedapnye spegoti cikgu Jas. mase aku sekolah rendah Cikgu Jas ngajo BM. Cikgu Jas kalau cubit perghhh tersiat kulit. aku pernah cerita kat entry yang lepas-lepas jaman dulu. see, garang-garang pon setiap tahun tak pernah lepas nak datang berayo kat rumah cikgu. duduk pon setaman+sebaris dengan rumah aku. kau gile tak datang?? hahaa i lep u la cikgu~~






Monday, August 19, 2013

RENTETAN RAYA 2013

hai.... turn on mood raya!!! mehehe


macam mana kita perasaan cepatnya ramadhan berlalu, begitulah jugak dengan syawal. begitu pantas. beraya-raya-raya sakan sehingga tak terlayan dek noti yang membuak-buak. semua ni gare-gare raya yang tak sudah. insaf azi insaf~ uhuuu


hari ni dah doplas syawal. baru nak cerita pasal Raya. dek kerana persiapan raya yang banyak sangat tergendala. dengan  rumah, dengan baju segala. semua tak sempat nak siap. sebab mood raya di bulan ramadhan still off. ayoyoo



bile dah masuk syawal. mula lah gelabah. sampai pergi beraya hari-hari sebab rumah belum bersedia menerima tetamu. haha



sehingga kan ber-shoping raya semasa beraya. baru la sibuk nak beli karpet bai...si bai yang tonjang kau tengok pon mendongak sampai lenguh tengkuk. ni kalau buat laki ni bawah2 pinggang die je kot. hahaaa


beraya di Batu Pahat, Johor memang satu kesoronokan bagi aku. sebab sedare mara kaum kerabat ibu aku memang berlambak-lambakan di Batu Pahat. cakap aje Parit ape. beraya belah abah pon seronok jugak. ayah pon asal Ulu Tiram. jadi dari Ulu Tiram sampai la ke Kota Tinggi memang tak cukup 2 hari bejalan! hoii..


Candy ni zaman aku budak-budak tersangat la pames. sehinggakan gigi depan ku rongak gara-gara terlalu banyak makan bende alah ni. cuma zaman moden ni, bentuk pon opkos moden. bile aku nampak terus cakap.

"EHHH bentuk die macam SHARK!!"


lepastu abah pulak nyampuk


"CICAK laaaa!! haaaha"

membanyangkan cicak lembek-lembek gitu, terus je aku kansel nak makan. lepas sepluh minit ade la dalam 5 ke 6 ekor aku makan. napsu memberontak mase tu. jadi, persetankan cicak yang menggeletek dalam tekak. hahaa


yang paling best beraya kat rumah ayah angkat adik aku (gambar atas). merangkap sepupu bapak aku. best! sebab dapat makan doyan berkoyan-koyan. durian tembaga aku bedal sampai 2 bijik. bahahaaaaa sebab pakcik aku kate "dont worry, lepasni kite minum air cucian".


air cucian??? air cacian??? 



la ni ke air cucian yang di maksudkan.......sedap air ni, warne hijo lagi pulak tu. mase pakcik aku dok explain pasal air ni, aku tak pokus langsung sebab sibuk membancuh dan melahap sampai 2 cawan. kau memang gila azi. hahaaaaaaaaaaaaaa next time aku review pasal produk ni ok. janji ni janjiii :p



aku mungkin manusia separuh pelik perangainya. sebelum ni aku ade story pasal beli kasut 2 bijik kat summit sebab dapat diskaun birthday 50%-each. beli wadges dan satu flat. kesudah aku tak pakai langsung 2 kasut tu. ade lagi dalam kotak. lepastu yang aku sarung kasut 'kintang-kintung' ni. sebab kalau jalan 'jambul' depan tu bergolek-golek. mase nampak kasut ni setahun yang lepas sangat la unik. lagi pulak beli 1 dapat free lagi 1. kau gila tak nak?. meheheeeeeee. *kasut setahun yang lepas baru di pakai tahun ni..apekejadahnyela


aku rasa ni je la yang menarik hati i olz untuk di ceritakan. minggu ni beraya sakan lagi. kali ni dengan ex-school mate SKPL'00 , SMKLL'05 dan SMKDHHY'06. insyallah kalau jadi. sebab dah tertunda selama seminggu gamaknye :p. beraya-beraya jugak. pose 6 tu jangan di lupakann :)


ok, baik. last gambar sebelum menutup tirai..


selamat hari raya dari aku yang batak sebab da tengok Adnan Sempit 3 yang super lawak nak tuttt.... 10 bintang tolak 3. mehehee.



baii~