Monday, October 28, 2013

RESEPI : DAGING UNGKEP

hello,

hari tu aku ade share resepi ayam ungkep. kali ni nak ngajo step by step dek semangat yang kuat nak share kat blog. haha.

oleh kerana daging korban masih berbaki 2 3 plestik kat rumah ibu, maka aku dengan rela hati nak masak daging ungkep. ekceli femly aku kurang gemar bab daging-daging ni. aritu bos suruh aku bawak balik daging 2 plastik dalam 2kg+- aku terus je ngantor rumah makcik aku kat JB ni. pastu esoknye, makcik aku call suruh ambil daging dah siap masak. huntungg kauu azi makcik dok depan rumah pastu siap tolong masakkan lagi. mehehee



ini adalah bahan yang di perlukan untuk berat daging kurang dari 1kg mungkin dalam 600gram.


BAHAN

daging di potong nipis
*1 1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1/2 inci kunyit
*segenggam lada kecik -ikut suka pedas mana
*semua bahan di kisar halus.
sebatang serai
garam
minyak
air
asam keping


susunan 1 -> 2 -> 4 -> 3 -> 5 -> 6 -> 7


1. memula panaskan minyak dan mula menumis bahan kisar.
2. masukkan serai sejurus selepas masukkan mahan kisar tadi.
4. masukkan daging dan kacau sebati.
3. masukkan  air. air ni just untuk lembutkan daging. nanti air ni akan kering dan memekat. kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit. :)
5. oleh sebab kurang kuning dan menarik kaler daging aku ni, maka ibu pon melempar serbuk kunyit. kahkahkah.
6. masukkan garam.
7. tutup kuali dan tunggu sampai daging lembut kuah menjadi pekat.




macam aku cakap tadi, kalau nak berkuah, boleh letak air tu banyak sikit. pastu tengok daging da lembut belom. kalau da lembut boleh la masukkan asam keping kemudian tutup api. SIAP!.

pada entry resepi ayam ungkep yang lepas. aku ade gtau, kalau masakan jawa betol-betol dorang ada menggunakan jintan. kalau nak letak jintan boleh la letak sekali dengan bahan kisar tu. lepastu ibu aku cakap dorang tak guna lada pon. dan keadaannya kering macam rendang tu. oleh sebab sekrang dah moden, makanya resepi pon sama moden la. haha aku tak paham ape aku cakap ni. paham sirik la.



presentation kak toonn kene ade daun sop! haha


pastu boleh la penyek kan nasi satu sudu. satu sudu tu...okkk satu jeeee. diet kau tahu! kahkahkah


*kalau taknak tunggu lama. (dagingkan lambat lembut). hari ni rebus dulu daging, pastu esok baru masak. macam aku buat ni separuh lembut jadi tunggu pon tak lama. air rebusan daging tu boleh la simpan bagi menggantikan air kepada air rebusan daging. gituu rahsionyee~


oleh sebab aku masak ni terlalu sedap, maka tak sampai ke malam lauk ni dah licik. kembang monti.. aku memang ade penyakit, masak sirik-sirik puji. lebih kurang masuk bakul angkatlah kau sendiri! kahkahkah


selamat mencube!!!

1 comment :

Suhaila said...

Macam best.. resepi pn sonang ajo.. hehe.. tq