Tuesday, December 24, 2013

CERITA PASAL MELEBATKAN RAMBUT.

hello,


perempuan memang sangat menitik beratkan soal penjagaan rambut. ada yang sanggup berabis duit semata-mata untuk berjumpa dengan pakar, ada juga yang sanggup SMS ke Yun Nam Hair Care dek kerana terpengaruh dengan rancangan tv 'Belaian Jiwa' *haku lettew.

aku percaya ni bukan rambut sebenar...ehehee


hitam sangatkan rambut beliauuu. 

aku sangat-sangat-sangat suka dengan kelebatan, kecantikan dan kekilauan rambut Anzalna Nasir. siapa tak kenal, pelakon yang aku kategorikan SANGATTT CANTEK!!. die tu cantek gila kan. aku bekenan betui dengan pompuan tu. pompuan..... haha :p. aku ngaku la, aku antara follower Anzalna Nasir di IG. follow je komen idok. aku tak suke sebnonye nak follow-follow retis ni. aku dah cakap dah dengan jari aku jangannn...tekan button FOLLOW  ig Anzalna. tapi apakan daya, saraf-saraf dalam jari ni yang menekan button tersebut. :p


kalau korang tak caye moh terjah ig anzalnanasir88 kat situ pon ramai dok muji kecantekan rambut beliau. sekarang anzalna sedang bercuti bersama keluarga beliau. 2 hari lepas di Amsterdam. kecian si hanifzaki kena tinggal. nampak tak haku follower tegar beliau?


aku pon pompuan yang menhadapi masalah kekurangan rambut iaitu bahasa lainya gugur rambut. sampai trauma taknak sikat. beli sikat baru yang jenis 'gigi jarang' tu sebab bagi firasat aku mungkin boleh mengurangkan kuantiti rambut yang gugur. :(. ibu aku cakap kalau dah beranak nanti rambut lagi gugur banyak. aku yang tak beranak ni pon dah gugur banyak besok kalau beranak sure je botak kepale aku ni nanti. :p. banyak jugakla produk yang aku dah try. tapi semua tak jalan. syampo ni banyak bahan kimia. kadang tu kalau tak serasi kepala aku jadi gatal lepastu timbul ruam-ruam merah kat kulit kepala ade juga pimple. every week kalau balik mesti suruh ibu treatment rambut aku. sapu minyak zaitun kat kulit kepala. bila berlaku keguguran rambut, maka kuantiti rambut pon makin kurang. makin hari makin kurang. ade pulak jenis rambut baru tak nak tumbuh-tumbuh.


apa yang kita perlu jaga ialah liang rambut. bila ianya tersumbat lantas anak-anak rambut yang baru tak boleh tumbuh. sebab apa tersumbat? sebab adanya kelemumur atau plug yang menyebabkan keradangan. bukan aje gigi ade plug k. ehehe. oleh itu rajin la mencuci rambut. nak cari syampoo yang sesuai dengan kulit kepala pon satu hal kan. kadang tengok iklan model kemain sikat hari pertama sebelum pakai produk XX banyak gugur. hari ketujuh omakaiii 2 3 helai je. haku pulak day 1 - day 7 kuantiti gugur tu same je. stress. eh eh ehh stress juga penyebab rambut gugur tau. mungkin juga faktor usia?.


dulu aku rajin sapu minyak rambut herba hasil kajian bebudak UIA. minyak tu super busuk. tapi gigih juga nak letak kat rambut dek jaminan rambut kekal sihat+lebat. oleh sebab susah nak dapat produk tu maka aku berhentila pakai minyak tu. kesannya agak baik atau memang rambut aku lebat mase tu. aishh masa ibu beranak kan aku dulu rambut aku super lebat gile. lebat dan hitam. ni dah tua-tua asal macam makin sikit....kadang-kadang aku rasa aku ni kene penyakit kecelaruan hidop. ehehe


hal-hal remeh macam ni pun aku suke ngadu dengan ibu. ibu pon layan je. ibu yang sapu minyak zaitun lumur satu kepala. haha. lepastu ibu bagi idea yang pati santan juga mampu melebatkan rambut. wow! apa lagi terus la beli kelapa parut then perah sendiri. opps perah pulak kan..blander je dengan air panas sikit lepastu tuang kat tapis. tunggu 2 3 minit camtu. sudu pati santan yang kat bahagian atas tu. yang berbuih-buih tu la patinya.



*make sure santan yang kita dah perah tu, kita tapis berkali-kali bagi hampas kelapa tu betul-betul hilang. tak tak derita ko nak mencuci rambut. ehehe


lepastu lumur kan kulit kepala. mintak bantuan adik ke kakak ke. kalau semua taknak layan. uolz siram je atas kepala lepastu urut urut sikit kepala tu. biar masuk dalam liang-liang rambut tu.



bungkus kepala tu dengan towel dalam sejam.


kekdah tradisional ni kita sendiri kena rajin nak buat. bukan sekali buat terus lebat. kenalah konsisten buat dalam seminggu sekali ke. samada anda rajin atau tidak je. so far rambut dah makin ok lebat pon lebat cuma kene rajin lagi hari ke hari. sihat dan gemok rambutnye. kuantiti gugur pon dah kurang.


so, selamat mencuba.


2 comments :

Maharaja Kegelapan said...

Aku dh cuba, tapi aku rasa leceh. 2-3 kali je la

Maharaja Kegelapan said...

Aku dh cuba, tapi aku rasa leceh. 2-3 kali je la