Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

MIMPI ANEH.




Hai..


Bulan puasa ni ade yang kate tidur tak cukup. Eh betul la tu. Aku le tu yang kate. Tah nape di jadikan alasan cenggitu. Dasar manusia aku ni. Kat meja opis depan computer pon aku bantai tidur tersengguk-sengguk. Teringat dulu masa praktikal. Aku tetidur sebelah bos T__T aku tak perasan bos duduk sebelah meja aku mase tu. bahahahaha lawak gila.



Lepas balik kerja aku bergegas masak juadah berbuka. Biasenya masak yang simple je. Macam sup ke tomyam. Kalau malas masak aku beli kat bazaar tapi amatlah jarang sekali aku berjalan di bazaar. Kononnya aku berazam taknak jejak kaki ke bazaar sebab aku tak mampu kawal napsu. Heee. Kalau aku bosan makan nasi, aku buat lempeng ke jejemput je. Time aku buka yang ringan-ringan macam tu, time tula ibu call. Cakap alooolooo kesiannya…makan lempeng je ke, sahur beskut???. Gituww. Bhahaha. Masalahnya takde selera. Berbeza zaman muda mudi remaja dulu, makan buka harus banyak menu…pelahap. Pastu siap ulang-ulang makan. Sekarang ni zaman dah berubah. Peralihan usia katenye wakakaka. Makan sekali tu je. Pastu tak koser nak korek dapur. Same goes with my sibling except dak nab. Hehehe. Eh kakak aku pun same. Suka makan ulang tayang. Dorang takpela badan selim melim. Aku tokkleh. Nanti raye tak  muat baju. pakai baju kelawo kang dorang taknak jalan same aku. Heeee



Biasanya lepas isya’ aku bantai study. lassstttt peyyyperrrr ahad ni!! Yahuu tak zabar nak merdekaraya. 1230 macam tu baru tidur. Kang 430 bangkit sahur. Kadang tu tak sedo. Sesedo dah kol 630. Satu hari puasa tanpa sahur. Nasib baik siang tu tak lapo, ade yang buka. Ngeee!!



Lepas subuh 540 macam tu. Aku wajeb tidor. Aku ni kene tidor cukup. Memang perkara wajeb. Kekeke. Lepastu bangkit 730. Tu pun ya rabb liat nak bangun weiii. Sumpah liat! Postpone sampai jam 745. Pitam aku.



Nak cerita mimpi lepas subuh ni aneh-aneh betul la. 

Pagi tadi aku mimpi hanto. 
Mimpi pindah rumah baru. Lepastu rumah tu berantu. Lepastu kat bilik aku tu (dalam mimpi) tergantung plestik air milo ikat tepi 2 bungkos zaman tokkadok. Wakakaka. 

Malam sebelum ni aku mimpi gigi aku banyak gila patah. Gigi dan gusi aku lembut. So gigi tu senang tanggal. Aku kumur-kumur giginya pon terkeluar sama. Banyak nak mampos. 2 telapak tangan penuh. Sampai tertelan gigi aku sendiri. Berasa kat tekak dalam mimpi tu. Takot.. aku dahlah mementingkan kesihatan gigi. tapi yang paling peliknya gigi aku tak habis-habis. 
Walaupun patah banyak gilaaa..ade je, patah tumbuh. Patah tumbuh. Bahahahaha. 

Mimpi nilah paling jelas terang dan paling ingat. Orang kate mimpi patah gigi petanda tak baik. No-no-no aku taknak percaya nanti sirik. Lagi pun ni mimpi lepas subuh kot. Emmm aku pun tak sure ni mimpi sebelum subuh ke selepas subuh. Behehehee..yang penting mimpi ni menghantui hidup aku. Ase nak muntah pulak teringat tertelan gigi dalam mimpi tu!

pokoknya jangan tidur lepas subuh!!!

 

Monday, August 5, 2013

UNTUK MEREKA YANG PERNAH BERKONGSI BAHU

hai..hello.

hari ni seawal pagi dah publish new entry. nak share satu cerita yang enak di tatap. haha

diceritakan aku ni lame tak join budak-budak ex-form 6 mase kat sekolah Dato' dulu. ala aku sekolah Form 6 kejap je. sempatla pegang jawatan setiausaha Persatuan Pra-Universiti (PERUNI). haha. yang menarik nya, mase aku form 6 (sekejap) ada lebih dari 3 sekolah bergabung tahu?. sekolah menengah layang2, sekolah menengah simpang renggam, sekolah agama simpang renggam, sekolah Dato', renggam. semua berkumpul dalam satu sekolah iaitu di sekolah Dato'.


so, time ni la jumpe muka-muka baru. muka pelajar sekolah lain. haha. tapi aku ada lah kenal beberapa pelajar luar dari sekolah aku. sebabnya dulu aku aktiv la jugekkk mewakili sekolah untuk pertandingan yang macam-macam tu. tapi menang nye tidokk. wakaka.


selepas lebih dari 4 tahun baru jumpe balik dengan dorang ni. ada yang dah pernah jumpe mase jemputan kawan-kawan kawen. seronok la sebab dorang ingat lagi aku ni T__T. ade jugak yang susah nak ingat yang aku pernah wujud dalam kelas dorang. setap!.


walaupun aku sekolah form 6 sekejap. tapi banyak-banyak sangat-sangat kenangan aku dengan budak-budak ni. mungkin sebab dulu aku aktiv dengan persatuan kot tu yang banyak memori. belakon la, nyanyi la, berjual la, hahahaaa lawak la. semua tu kenangan yang tersangat indah. yang paling best rojak buah aku la paling larisssssss masa hari  usahawan. meheheeeheee!!. hoii cepatnye mase berlalu!


bile aku nak berhenti sekolah tu, rase sedih sangat pon ade. mase tu aku kelam kabut jugak la nak cari pengganti. nak yakinkan cikgu yang pengganti aku tu better then me!. sedih nak tinggal kan budak-budak kelas. nak-nak budak-budak yang suke menyakat. mesti rindu aku tu :p.



walaupun lame gile nak mamti tak jumpe, kemesraan tu jelas terasa. best jumpe dorang semua ni. semua sopan santun so, secara tak langsung aku pon sopan santun la. tetibe :p




tepek la barang dua keping. bagi menghargai mereka semua ni yang pernah mewarnai kanvas hidup aku. haha. sebenarnya tak tahu nak nak story ape. padahal tadi eksited terlebih-lebih nak story pasal bende ni.. meheheee



Monday, July 29, 2013

REVIEW : IFTAR DI GRAND PARAGON HOTEL, JOHOR BAHRU MALAYSIA

hai, hello..

hari jumaat yang lepas aku dapat undangan majlis buka puasa bersama rakyat jelata. biasalah kehidupan sebagai Puteri di Istana. mihhmihhmihhh




hotel Grand Paragon yang terletak di pinggir jalan setaman dengan Taman Century. untuk mencari hotel ini bukanlah susah cuma menguji kesabar sedikit dek kerana cermin mata yang tertinggal di dalam beg lagi satu. di tambah pula hujan renyai-ranyai sepoi-sepoi berdondang sayang. di tambah lagi dugaan dengan nama hotel yang kecil dan berwarna kelam. pergi bertiga. tak sorang pon perasan hotel ni mase mula-mula. :p. mohon lepasni pihak GP tepek la signB tu besor kaler meroh ke, hijo kee. :p.


kalau korang dari Lebuh Raya Utara Selatan. exit pandan-terus je sampai la jumpa 5 trafic light, sepanjang jalan tu akan terjumpa hotel crystal crown, so dah dekat la. pastikan berada di lorong kanan untuk membelok ke kanan. berhadapan dengan plaza pelangi, belakang Petron.


sesampai je jam 06.30 petang. awal tersangat-sangat pulak :p. lepastu dok melepak kat lobi sementara menunggu ahlil kerabat yang lain. sebenarnya bagus jugak datang awal. dapat petak parking dengan senang dan lapang. jadi boleh la 'memarking' sambil tersenyum lebar!. ade 3 tingkat basement parking. gerun banyak!





kawasan lobi besar dan luas. ade lebih dari 1 set sofa yang gila empok. duduk terbenam kompom tak mampu nak bangun sendiri. macam tu sekali aku nak gambarkan. hehe




makan secara bufet ramadhan. dikatakan RM100 sekepala. bufet ramadhan ni dibuat di dalam cafe hotel berkenaan. dimana nama cafe tersebut adalah Cafe Para-Para!. bersesuaian dengan puteri di istana berangan menjadi si pari-pari. :p. tinggat 2 (atas Cafe Para-Para) adalah Restoran Jepun!. 日本のカフェ terus je nak 話す jepun~


kawasan dalam Cafe Para-Para ni sebenarnya luas. dek kerana sambutan 'booking' for buffet ramadhan ni sangat menggalakkan. maka keadaannya menjadi sempit. banyak sangat table yang telah di booking. tapi masih boleh lagi ambil makanan macam biasa.


makanan dah tentulah banyak dan semua cantik-cantik. aku tak snap pulak gambar bahagian makanan. sebab orang ramai tengah berpusu-pusu mengambil, mencedok, merembat, men-smis. dah rupa main badminton gamaknya. :p



oleh kerana bahagian makanan berat sangat pack dengan manusia. so, aku mulakan mengisi perut dengan dessert and appetizers. dari mula masuk ke cafe tu sampai lah ke hujung cafe memang macam-macam-macam hidangan. hoi dah la presentation lawa kemain lagi hati membentak mahu angkut semua. pakkal je watak puteri di istana tu perlu di teruskan. :p. dari makanan melayu segala macam sampai la ke western sampaila ke jemput-jemput ikan bilis sampaila ke buah pisang sampaila ke aiskrem sampaila ke choc fountain. semua nampak menyelerakan



ini adalah hidangan ke dua atau ketiga?. tak pasti. yang kedua mungkin buah-buahan. puteri di istana tu pemalu. jadi perlu bertenang sebelum menyerbu di bahagian makanan berat. :p.

untuk hidangan yang ni, aku ambil makaroni, dan mencuba makanan adventure ni kerabu perut dan paru. juga sekeping daging ikan tuna mentah. kalau ada ikan salmon sudah tentu puteri di istana itu melompat kegirangan. :p dan paling seronok adalah durian goreng. omaihhadd! sedap kemain!



menghirup coffee di waktu hujan renyai-renyai

pilihan air dari sejuk ke suam ke panas. dari berkaler putih ke gelap. tone warna air yang mencabar tahap keimanan korang. banyak pilihan!. boleh bangun ambil sendiri ye tuan puan. pelayan hanya menambah air suam sahaja di gelas. pantang luak sikit segera di tuang. tak sempat nak menikmati bahagian dasar. :p


untuk makanan seterusnya aku tak sempat pulak nak snap. kawan-kawan semua naik heran tengok aku kejap-kejap snap. seteres kawan tu. haha.  



habit baru hulubalang adalah mengambil segala macam makanan untuk di jadikan tatapan bukan santapan! :p


mase ni jam 09.15 malam dah. aku dah tak mampu nak menelan, mengunyah dan etc etc.


oh ye! tempat solat lupe nak share. menurut kata member ni, tempat solat perempuan ada 2 bilik. 1 ada tempat wuduk kat dalam, dan 1 lagi tak ada. ruang solat agak kecik. telekung tak pasti disediakan atau tidak. nak selamat bawak je senang. macam kawan ni aku pesan awal-awal bawak sendiri nanti tak la tunggu menunggu. untuk lelaki, cuma ada 1 bilik solat



mereka semua ni sangat sporting

aku perhatikan ramai jugak non-muslim yang turut sama memeriahkan suasana dalam Cafe Para-Para tu. siap makan bubur lambuk bermangkok-mangkok. :p



makan dah, borak dah, ketawa terbahak-bahak tu kureng. speaking je banyak. kalau nak dengar puteri di istana tu speaking boleh la buka u-tube. kihkihkihh...




kemudian, harusla tepek sikit muka kenyang! :p


jam 09.45 malam dah gerak keluar. bayar parking ticket siap diskaun dua hengget! ahlil kerabat yang lain tak puas hati kenapa group puteri di istana ni dapat diskaun. haha

kalau nak diskaun, tunjukkan tiket kat receptionist. nanti die tolak RM2 atas sebab makan buffet. :p. so, makan la buffet untuk diskaun parking!. hehe




FAKTA MENARIK TERTARIK:

1) doa buka puasa dan azan magrib berkumandang di dalam cafe dengan lantang direct dari speaker radio RMJB!
2) parking orang awam terletak di basement (bawah tanah) yang memerlukan keberanian yang tinggi untuk turun dan naik. sila berhati-hati! banyak kesan terseret kat dinding bawah tanah tu. dah la bawah tanah, rasa menjunam lagi pulak berselekoh. 
3) CHEF dari bahagian masing-masing akan turun padang untuk meninjau sendiri 'kelarisan' menu mereka. masa ni la dorang akan tanya komen secara rawak. emm menarik sangat!
4) gulai kawah tu betul-betul menarik hati, sebab di hidangkan di dalam kawah sebesar besar kawah. besar yang penting.
5) kelarisan kambing golek sehingga hulubalang tak mampu menahan napsu lalu menyerbu terus ke arah kambing gaya harimau mendapat kambing. kambing dan kambing segalanya kambing. siap sos lada hitam.
6) kelazatan dan kebesaran udang galah masak lada menambat hati sorang apek meja sebelah lalu meratah menggunakan jari jemari siap bersila. ternyata betul hoolio!
7) banyak sangat desert yang disajikan didalam 'gelas'. sungguh tergoda tetapi rasa yang hampa.
8) durian goreng sangat sedap. sampai rasa nak tanye resepi.
9) seorang pelayan telah membuat kejutan bila jug berisi air terlepas dari tangan. pohon kurma hiasan hampir tumbang dek kejutan melampau. 

banyak yang menarik dan tertarik. segalanya mungkin di :





darr~



lepasni nak review lagi satu tempat tak kurang hebatnya. sneak peek dulu~



teka sampai lebam



Tuesday, July 16, 2013

KALAU DAH TAKSUB DENGAN KUAH ASAM PEDAS....

hai-hai-hai..

hari ni rasa sejuk sangat kat opis. hampir sebulan kot air-cond rosak. sekse kau! pakai kipas syiling bawah kepala belum tentu rasa berangin. aku siap rembat kipas jemputan kawen tu ha buat kipas. begitu banyak dosa ke sampai kipas pon tak mampu nak mereda kan kepanasan aku ni?. T__T

semalam balik kerja terus seret beg lalu menghempas diri ke tilam lalu terlelap lah dahku selama 10 minit. bende ni dah jadi habit dah jadi kewajipan setiap kali balik kerja. T_T *saya cuba untuk berubah!! *semangat!. lepas bangun baru solat asar :p, mandi, kemas bilik, mop, renovate bilik la hape, lap cermin tingkap, sental tandas. itu semua dusta. mane pulak tenaga aku dapat nak buat semua tu. yang sebenar nya, aku sapu bilik dan bentang karpet. itu sahaja hakikat sebenar.

memandangkan bulan puasa. setiap petang harus la masak ye tuan puan. aku rasa bazar tu sesuai untuk aku cuci mate je. keinginan atau napsu nak beli tu kurang 10%. paling tak pon aku sambar kebab je. tu pon pikir nam ratos kali!.

semalam aku masak asam pedas ikan kembung. sayur kobis. since aku gile asam pedas, aku buat kuah die tu banyak-banyak. target sampai lah ke sahur. sanggup aku hirup kuah asam pedas tu tanpa rasa bersalah tanpa terpikir masalah yang bakal timbol!.

sahur tadi aku pon semangat meratah kuah asam pedas. nuget ramlee pon aku cecah dengan asam pedas. roti john hosmet aku pon aku bantai cecah dengan asam pedas. even beskot lemak pon aku cecah dengan asam pedas. begitu taksud aku dengan kuah asam pedas!


lepas 15 minit! nahh kauuu sila berlari lompat pagar ke jamban!


BIG CLAPPS FOR AZI!