E-MAIL

88azinur@gmail.com

Tuesday, October 1, 2013

REVIEW : AIR HITAM, BATU PAHAT JOHOR DT


auto publish

Pasar Air Hitam, Batu Pahat Johor memang cukup dikenali di serata Malaysia. kalau datang ke Batu Pahat, Johor, wajibul singgah di Air Hitam. kebiasaannya ramai pengunjung dari Singapura. selain terkenal dengan Pasarnya yang memang beraneka macam. Air Hitam, Batu Pahat ini juga turut terkenal dengan kuih Putu Bambu Juriah yang sangat sedap. tahu tak kuih putu bambu tu macam mana?




sumber : google

memang berbaris kalau nak beli. sedap tau sampai tak tahu nak cakap ape, sebab terlalu sedap lemak berkrim uolz. :p selain itu juga, asam pedas ikan baung yang terletak di jalan ke Kluang turut mendapat sambutan hangat. sedap memang sedap sehingga kering kuah di pinggan. terliur sekarang ni. Johor sememangnya terkenal dengan asam pedas. boleh bandingkan asam pedas Johor dan Melaka. masing-masing ada keistimewaan tersendiri. :p




pasar Air Hitam, Batu Pahat ni dulu memang sangat-sangat meriah dengan manusia. lambakan manusia sama banyak dengan lambakan kereta-kereta. sekarang ni kemeriahnya semakin berkurangan. tak tahu kenapa. sebab mungkin ramai yang sudah berpindah ke kawasan bangunan baru. tapi, meriah tetap meriah juga la. Air Hitam ni memang terkenal dengan RASA. banyak sangat buah-buahan boleh di rasa sehingga kenyang. :p. kerepek-kerepek, bunga hiasan, karpet, tembikar, bantal, dan macam-macam lagi. dari buah-buah, ubi-ubian, kerepek-kerepek, aksesori hiasan dalaman rumah sampai lah ke tembikar, pasu etc. semuanya dengan harga yang sangat berpatutan. tawar menawar yang paling penting dalam urusan jual beli. kalau bantal harga RM38 tawar la sehingga dapat harga RM15. mampu??




aku kalau ke Batu pahat, wajib singgah di Pasar Air Hitam ni sebab kat sini ade Yong TouFu yang sedap!. kalau lalu higway memang tak merasa la. selain tu, aku suka dodol kat sini. kalau kat tempat lain tu macam tak berkenan la. kalau beli kat sini, kene pandai pilih sebab kebanyakannya barang dah lama. tak la expired. tapi mungkin kalau beli kerepek ke etc bau ade 'tengik' sikit. 'tengik' tu sebutnya macam ni 'te : ek '. 'tengik' ni bahasa jawa. maksudnya kalau makan tu rasa macam dah tak sedap, bau pon kurang masyuk la. so, kene la pandai cari. sebab kat sini banyakkkkkkk sangat penjual kerepek.



Air Hitam ni jugak terkenal dengan tembikar. macam-macam jenis dan rupa bentuk tembikar boleh di dapati di sini. ade rupa katak, rupa tong gas pon ade. semua tembikar ni kebiasaannya untuk di jadikan hadiah dalam majlis perkahwinan atau sebagai tabung atau juga sebagai hadiah hari-hari istimewa cotohnya hari jadi, hari guru atau hari perpisahan. so, boleh datang dan tengok sendiri lambakan tembikar di sini. memang banyak dan meriah. semua harga yang berpatutan. kalau zaman aku sekolah dulu, kami cari cawan tembikar kat sini, lepastu lukis dan tulis kat cawan tu untuk di beri pada guru atau kekasih eh?. bende ni boleh buat duit tahu?. :)


kat sini aku nak bagi tips berbelanja di Air Hitam.

1. kalau nak beli sesuatu barang, make sure survey dahalu satu persatu kedai. sebab kebanyakan kedai kat sini jual barang yang sama tapi harga berlainan. kan bagus kalau dapat lagi murah bukan?
2. sistem tawar menawar semasa membeli ni memang wajib ade. contoh nak beli karpet atau bunga, make sure tawar la sehingga dapat harga runtuh. kihkihkih
3. untuk parking kereta (sesiapa yang datang dengan kereta) make sure dalam kereta tu kurang dengan barang sebab nanti nak isi barang hasil tangkapan semasa shoping yang banyak. haha
4. kalau boleh pakai la baju yang selesa dan kasut yang selesa. sebab kalau tengahari tu panas sangat-sangat. panas dan penuh dengan manusia. ce banyangkan.


kalau datang ke sini, wajib beli oleh-oleh tau! ok, semoga bermanfaat!




bai~


1 comment :

Puan Ezy said...

mase kursus kat jhor taon lps, kite prnh la snggah cni.. best.. mcm2 beli kat cni.. hehe