Friday, January 23, 2015

PJJ/PLK LIFE : PERNAH TERFIKIR NAK GIVE-UP!

Hai olz...

Aktiviti cuti semester ni aku banyak habiskan dengan tido, shopping, tengok wayang, tengok movie yang tertunggak, tengok running man episode tertunggak. Harharharr. cuti sem kenapa sekejap jee. Sebulan je ngko. Ade dua tiga orang jugak wasep aku Tanya cane ek pjj? Semua nak pencerahan.. aku sokong je sapa-sapa nak cont blaja. Aku jujur je ape yang aku rasa. Ade yang jadikan semangat, ade jugak rasa takootnya nak pjj.. Eh jangan salah anggap. Aku cerita ikut pengalaman sendiri jew awakkk. aku kira pengalaman seseorang tu boleh dijadikan inspirasi, rujukan dan tauladan. 


Aku kelaskan student pjj ni kental. Kental korbankan masa hujung minggu. Punyai semangat juang yang tinggi. Rajin. Cekap dan cerdas. Aku pertengahan sem, ase nak giveup dah. Seriously wei. Memang rase nak stop!. Tapi ibu aku la bagi semangat. Ibu selalu cakap. Degree ni cita-cita aku. Kenapa aku mulakan langkah tapi tak akhirinya. Kenapa kenapa…why why whyy...uhuuu!


After muhasabah, barulah macam ade aura semangat. Aku list kan kebaikan. Ternyata banyak manis dari pahit. Memang ini yang aku mahu sedari dulu lagi. Aku berperang dengan perasaan sendiri masa tu. Ecehwah. Nak-nak bila di hujung-hujung sem aku dapat khabar buruk. Ibu aku diagnosis cancer!. Its breast cancer!. Kau rasa? Dugaan bertubi juga untuk femly besar aku akhir tahun 2014 macam-macam dugaan panjang ni kalau nak list kan. yang penting kami semua—reda dan pasrah. Sebab tu  aku mane nak suka-suka sangat tahun baru ni. Focus more untuk ibu and femly je kalau boleh. Mana tak aku rase nak giveup study? Ok la tutup la citer pasal ibu. Nanti banjir JB. Kakakakaa


Dalam pada pikir-pikir nak giveup nak stop blaja. Akhirnya aku ter datang exam. Teheheheee Final exam pulak tu. Haha. Kawan-kawan la yang banyak gila bagi sokongan. Pandai dorang pujuk hatiku. Cakap exam dah nak dekat, sem pon dah nak abes dah. Sayangnyaa kalau nak benti. Yang tak menahan tu, jadikan carry marks aku sebagai semangat. Adelah 3 subjek CM aku tinggi jugak. Satu subjek paling tinggi dalam kelas. Kau rasa?? Mana tak aku berperang dengan perasaan mase tu? Kanan ibu-- kiri degree. Aku suka belajar. Mata keatas*. Ibu aku takde pun cakap suruh aku stop belajar ke ape. Malah ibu aku sentiasa positif tau!. Memang ibu inspirasi aku sangattt T__T. Cuma aku je over. Ye la korang… bila tahu mak engkorang ade kanser. Tak kesah la stage berape pon…mestila korang rase nak dekaattt je dengan mak engkorangkan. Nak bagi sepenuh perhatian gituw. Aku masa memula terima berita ni. Terus je rase nak stop belajar. Nak benti kerja. Nak pindah balik kampong. Hahaha! Derama melayu ke idokk. Eh tengah sedih-sedih ni kau nak bergelak ketawe fulaks! :p



Tup-tup selamat dah chapter sem 1 aku. So, sem 2 ni cane? Aku ade lebih kurang 9-10 sem lagi!. Berangan jugaklah aku nak ambil 2 subjek je sem 2 nanti jadi masa aku tak lah padat noh nak hadap buku macam sem ni, 5 subjek aku amek mane tak rabak urat kentot ko?. Datang pulak syaiton menghasut, kalau amek sikit bila masanya kau nak abes blajo? Tak guna tol saiton ni. Cepat ke lambat ke yang penting kau nak tak degree tu azi?!

nak tanak ni???

No comments :