Hai salam jumaat barakah..
Dulu aku tak reti makan Char kuey Teow. Sebab ibu
tak pernah ajar makan Char kuey Teow. Jadi patutkah di salahkan ibu yang mengandung?
Hehee
Seumur hidup aku ni belum pernah lagi aku
nampak ibu goreng Char kuey Teow, mee sanggul, spegoti etc. Balik balik mee kuning,
bihun, mee kuning, bihun. Syukurlah azi. Bihun goreng ibu aku adalah yang
paling terbaikkk sekali tau. Takde sape lagi mampu nak kalahkan ibu aku. Abah
kalau ade meeting jemaah mesjid ke, kumpulan kompang, krt, marhaban sekalipun,
mesti bihun goreng ibu aku jugak menjadi pilihan menu. Sekarang ibu dah tak
boleh nak masak bihun. Sebab baru lepas operate kan haritu. Nampak gayanya lama
lagi la aku nak merasa air tangan ibu. But, femlyku no worries ok. Segala ilmu
menggoreng bihun telah turun kat aku. Dah macam saka pulak. :p
Baru-baru ni aku telah terminat dengan Char kuey Teow kawah. Yang hanya terdapat di pasar-pasar malam, pasar tani. Kaler Char kuey Teow hitem dan sedap terangkat. Aku suka yang kering-kering makan pula bersama jeruk lado! Pergh nyegat bak hang. Kalau kat kampung, aku terpaling suka Char kuey Teow haji mahmadi. Oii terlalu sedap. Kalau ain dengan aku sama selera, suka
yang kerak-kerak bawah tu. Request lagi kuah jeruk lado tu.. sedap die jangan
cakap la. Bisu 24 hari. Terlalu sedap. Hehe.
Kalau kat JB ni aku belum jumpe yang sedap.
Pasar malam taman daya pun kureng, pasar malam desa harmoni pun kureng..semua
kureng.
Semalam aku berhajat nak goreng je sendiri Char kuey Teow. Terel tak terel tolak tepi. Buat-buat geti je. Aku syak rencah same je
macam masak bihun Cuma letak kicap je kot bagi kaler itam. Ngeee. Siap semua
bahan mentah aku beli. kuey Teow sekilo. Mak dato di belinya sekilo nak di bagi
makan satu taman ke ape. Sebab takde yang setengah kilo. Oleh sebab saiton
berjaya berbisik berupa hasutan. Maka beli je la sekilo tu. Sawi dalam 5
kuntum. Fishcake, fishball. Lagi ape ya? Togeh tolonggg katakan tidak. Kucai
pon cannot go. Kerang tak jumpa. Ahh belasah je ape yang ade. Dah terasa
lengkap semua bahan. Yakin benor ni nak masak. Sampai rumah, mandi solat semua
setel. Hosmet pon balik. Belum sempat bukak mulut nak cakap hari ni menu Char kuey Teow full love from china
to mesia. Gitu tajuk menunya. Sekali hosmet aku laju je cakap die nak masak Char kuey Teow jugakk.. siap aku tengok bahan die beli semua lengkap. Dengan kuey Teow, sawi, togeh, udang daun sup, tomato. Kau rasa?? Menjerit aku katakan tidakkk...
inikah yang dinamakan drama melayu?? Suratan atau kebetulan. Acaner taste aku
dengan hosmet boleh same at the same time, same places?? God! Eh macam drama
omputeh pulak.
Dengan kuey Teow sekilo aku tu. Hosmet aku
punya lagi kuey Teow setengah kilo. Jadi total kuey Teow yang berada di dalam
rumah adalah sekilo setengah!. Total ahli rumah ialah 2 ketul makhlok sahajor.
Inilah akibatnya tiada pelantikan ketua rumah. Kesudah kuey Teow sekilo aku tu kiv
dulu. Masak yang hosmet aku punya dulu. Sesak napas kalau ingat kejadian ni.
Sawii tu sawiii tu cane boleh die beli sawi. Aku beli sawi. Ekehkehkeh. Makan
sampai menangis ngenang kejadian petang tu.
Patut aku dengan hosmet masuk contest
telepaty. Confirm menang punya. Heheheee
Char kuey Teow kawah pasar malam taman daya.
Daun kucai pun aku tak suka tau. Kalau nampak
kat pasar aku rasa sayur tu macam lalang. Tekak memang tak boleh terima
langsung sayur kucai tu. Aku rasa pelik sangat rasa die. Pestime makan secara
terpaksa sampai menitis air mata sebab nak jaga perasaan acik mase tu. Acik
masak mee sanggul campur kucai. Kucainya mak datoo lagi banyak dari mee
sanggol. Nistis air mata. Salu dengar orang makan nitis airlio. Aku pulak nitis
air mata. Hehheehee
Char kuey Teow made by hosmet ku surainie bakri. Bakal
berkahwin olz. Sobbssobbss. Su kalau masak, wajib ya ade sosej bagai. Gila
sosej budak ni. Dalam esbok harus ada benda ni. Aku pulak kureng gemar
sebenarnya benda sosej sosej ni. Tapi orang dah masak kita makan je la.. aku
yang buang montot togeh tu. Sikit je aku siang. Lagi selambak tu aku simpan.
Kehkehkehkeh. Bijak takkk.
ha gitu makannya, semua kena asing!. Batang sawi, batang daun sup, batang daun bawang pon
sama tergolong dalam kelompok togeh.
Aku sedor yang togeh tu penyedap dalam masakan
berupa mee. Tapi aku sungguh sungguh tak boleh terima. Pernah paksa makan. Nitis
air mata sampai jadi koteow basah. Kalau tergigit pon camtu, sanggup muntah.
Kumur pakai colgate 2 kali. Macam hilang selera gitu. Korang kalau taknak aku
abeskan bekal korang masaklah pape jenis lauk letak togeh. Aku tak mintak
punya. :p
So guys, how u enjoy Char kuey Teow??
No comments :
Post a Comment