Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

Gigi korang cantek tak tu...

21:35

Hailu....

Waktu-waktu camni biasenye aku baru keluar dari office haha.  Tapi harini aku balik awal sikit la sebab dah dua hari OT wei rabak dah... Lately cepat naw naw mase berlalu kan.  Aku rase baru je tarik napas setel closing account April tetibe dah closing lagik pheww...

Just a quick update jek.. Sambil layan mata nak tido,  layan music kat joox (ade lagi ke yang layan music kat joox atau aku jeπŸ˜‚)

Actually aku nak share macam mana aku jaga kebersihan gigi..  Aku tak sure orang lain macam mana tapi ini cara aku la simple je.. First of all,  aku memang tersangat menitik beratkan hal kebersihan gigi dan kuku.  Mak aku pon tahu,  aku kalau scan orang,  aku tengok gigi dgn kuku dulu πŸ˜‚. Aku tak kesah gigih simpang siur ni janji bersih jek..  Samala macam kuku... Takda kuku pon takpe janji bersih Hehehe.

Ini rutin aku jaga gigi :-
1. Sebelum tido wajeb gosok gigi. Kalau dah berus tapi lepastu aku termakan anggur sebutir.. Wajeb memberus balikπŸ˜‚
2. Bangun tido walaupon tak mandi, gosok juga gigi. πŸ˜†
3. Tengahari lepas makan and sebelom solat zohor,  gosok lagi gigi πŸ˜€ (ini ikutla kalau haritu aku takat makan roti aku besenye tak memberus,  tapi kalau dah melantak kari kamben al-wajibul la memberus πŸ˜‚)
4. Setahun sekali wajeb cek & scaling gigi.

Memberus gigi tu bukan takat kau gosok gosok kumur kumur buang.  πŸ˜› ikutla teknik berusan dengan betul...

So far,  alhamdulillah tiap kali cek gigi and scaling doctor akan cakap gigi aku A.  πŸ˜‡ aku ade tanam impian nak putehkan gigi macam artis.  Sekali aku tanya harga dia mak aii satu pelaburan yang tak masuk akal haha!! Baiklah aku jaga je leklok gigi ni seadanya kan. .(pujuk hatiπŸ˜‚)

Aku paling takot sakit gigi atau kene  tampal gigi,  sakit yang seangkatan dengan gigi ni memang aku gerun. Aku takde pengalaman sakit gigi atau tampal gigi. Tapi aku tahu memang sakit die bukan boleh bawak gurau😁 gigi ni bila dah start problem perghh macam myvi😁

Okla aku update ni sebab dua hari ni gusi aku bengkak sebab haritu aku terodok berus gigi kat gusi...Pergh sakit die rase nak sepak pintu jiran sebelah hahaha.. Now,  dalam kepala aku dok pikir pasal gusi ni sakitnya kang boleh melarat sampai ke gigi ke ape. Kekejap tengok gigi kekejap tengok gusi.. Haha! !

Okla bai


Sunday, August 14, 2016

ALOVERA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING?

Hai helloo...


Sambil layan infinite challenge sambil taip entry baru. Buat mase ni aku up la story yang tengah hits kat blog aku ni untuk merancakkan lagi jumlah viewer *ambil kesempatan :p. Antara pencarian yang terpaling hits ialah TIPS MELEBATKAN BULU MATA/KENING. Boleh dikatakan hari-hari jugak orang ramai membuat pencarian tentang tips begini. Ingat aku sorang je yang ade masalah bulu kekekeke.


Last entry mengenai bulu ni, aku ade cerita kening aku dah mula bebulu dah nampak anak-anak bulu yang baru nak timbul. BUT, Tak lama lepastu bulu dah takde tambah-tambah kat hujung kening tu ha botak ahhh senang cerita. Tak tahu aku kenape. Mungkin sebab aku pakai produk-produk kulit yang boleh menjejaskan pertumbuhan bulu tersebut??


This time aku gigih balik nak buat kekdah natural je. Pakai alovera. Dulu aku pernah juga buat pakai alovera tapi tak menjadi. Now buat balik dengan harapan umur-umur cemni serasi la gamaknye hahaha.



Alovera ni aku ambil kat rumah atokwan aku. Actually atok aku yang potong hahaha. Aku mane boleh masuk kebun! :p. Balik dari rumah atokwan, ibu pulak tolong siang kan. Huntung ke tidokkk. Senang masuk dalam bekas nak guna nanti cedok sesikit. Teksture alovera ni macam yang korang tahu memang sebijik macam hing*& kenn. Hihiiii. Geli juga tapi aku seronok ah buat main bende ni liat-liat. Nak siang alovera ni ko kena hati-hati sebab licin. Aku tak berani nak buat. Tengok ibu aku buat pon aku ngeri takot tesiat tangan kang tak sedo. Lagi satu tips, kulit alovera yang hijau tu kalau boleh kasi bersih ilang terus sebab itu penyebab gatal dan miang. Lepas dah bersihkan, ko gunting-gunting je dalam bekas sampai keluar lendir die tu. Kalau pakai pisau macam susah pulak sebab licin.


Kali ni alovera aku adun sebati dengan minyak zaitun untuk sapu dekat kening dan bulu mata-bajet nak lebat agagaga. Jadi ayuh sesama kita cuba k berjaya ke tidak kali ni. Kekdah tradisional cemni ko kene try and error tak semua jadi kat kita, kadang orang lain buat mujarab time kite yang buat jadi hampagas dan sia-sia—paham aku perasaan macam ni. Maklomla aku banyakkkk dah try and error semua kekdah tradisional dan masih lagi terus terusan mencari ape lagi kekdah yang boleh digunakan atau ditambah baikkan. So korang tak payah nak memarah aku cakap tips ni kolotla poyolah hekeleh betul. Hahaha. Kecik ati aku bace komen korang. Tapi nak buat macam mana, blogger memang salu kene hantam eh tetibe luah perasaan. ekekekekee


Selamat mencube! Baiii..



Wednesday, February 17, 2016

WARNA LIPSTICK YANG SESUAI UNTUK WANITA BERUMUR.

salam and haii..


Harini mari berborak mengenai lipstick. Aku antara berjuta rakyat Malaysia yang menggemari lipstick. Kalau keluar rumah tak pakai lipstick rasa kurang confident nak bercakap dengan orang. Rasa macam muka buruk beno. Cemtu sekali.


Zaman sekolah dulu memang bangga bawak lip balm kehulu kehilir, lepas solat kat surau sekolah wajeb ni keluarkan lip balm sesambil nak tunjuk kat geng lain yang kami ni geng bibir basah. Bhahaha keji pangai zaman sekolah ye.


Bila dah bekerja dan berkerjaya lagi menginjak dewasa ni baru berani nak pakai lipstick yang berwarna merah, pink, nude etc. Tapi belum lagi tahap tergamak nak pakai lipstick kaler purple. Rasa macam bedosa dengan diri sendiri sebab bukan kategori fashionista kang kene nista dengan orang sekeliling ade yang kene pulau keluarga aku nanti.




Ni antara lipstick fav aku. Selalu pakai. Tak payah guna ‘antara’ kat situ hakikatnya memang ade 3 bijik ni je ha. Mungkin sebab aku bukan jenis kalau Nampak lipstick terus meroyan nak beli atau mungkin aku bukan jenis wajeb beli tetiap bulan selepas dapat gaji. Aku mengaku dalam kumpulan wanita yang berinovasi. Beli 3 jenis kaler lepastu kite mix and match kan, tambah blusher tambah eye shadow letak sedikit foundation haaaa tak ke jadi warna-warna baru. Aku pun baru dapat idea ni sesaat yang lepas. Boleh tahan bernas otak aku ni muaahaha. Lepasni kite sesame cuba k!. Jimat dan menjimat kan dengan keadaan ekonomi tak menentu sekarang ni. Aku merasa zaman kaya raya masa jadi full time student jek. Kaya raya dengan PTPTN, takde kelas je merayap g Melaka Parade sane, soping kasut soping baju macam hari-hari hari gaji. Kalah pak menteri olz. Zaman sekarang aku tak tahula, katanya student pun tak cukup makan. Yeke? adik aku tak minjam PTPTN jadi die kene mengemis dengan femly. Kejii ayat mengemis tu. Dulu masa belajar boleh dikatakan hehariiii makan kfc, mcd tu je nak diulang-ulang. Tetengah malam kalau tekak tingin nak kfc laju je kaki sewa kereta pergi jasin semataaa sangat!. Sekarang dah kerja baru tahu susahnya nak keluarkan duit sendiri kan. Kalau tingin kfc tetengah malam terus solat tobat. Muhaahaa. Ok dah melalut. Aku kalau melalut boleh tahan panjang lebar.



Berbalik cerita lipstick. Wanita ni bila dah menginjak ke usia semakin emas dan menawan (ayat sedap) tak lagi gemar pakai makeup yang dasyat-dasyat mereka memilih untuk solek nipis. Macam aku ni takla dalam kumpulan emas. Tapi dah hampir mencecah 30 suka solek nipis je. Lepastu kalau boleh bab lipstick tu yang paling ditekankan. Jadi warna lipstick apa yang Nampak  natural untuk wanita berumur?. Mungkin kita boleh suggestkan ibu ke makcik-makcik kita. Macam aku sendiri, risau tengok ibu tak pakai lipstick. Ibu kate leceh dan tak kena. Sapa kata wanita berusia tak layak pakai lipstick. Wanita berusia ramai kot yang bekerja. Lets tengok warna lipstick natural yang sesuai untuk mereka!







Beige / Natural
Coklat cair atau beige antara pilihan favourite ramai wanita berumur yang bekerjaya.  Sangat-sangat sesuai dipakai untuk ke pejabat nampak classy, confident bila bertemu client.





Light Peach matte
Lipstick sejenis matte sekarang memang tengah in. Aku sendiri menggunakannya. Seronok sebab  warna tahan sampai petang even malam pon. Warna light peach matte misalnya, memang nampak natural dan ceria abes sebab matte ni nampak bibir kita soft dan suci tanpa dosa. Getew.






Pink matte
Kalau  nak nampak lebih natural warna bibir, dicadangkan menggunakan warna pink matte. Selain nampak lembut bila dipandang pun takla suram je. Adela semangat sikit bila dipandang. Hehee







Light Red + Purple
Warna ni bagi aku sesuai untuk pergi dinner dengan kawan-kawan atau dengan keluarga. Nampak elegan dan keterlaluan sangat warnanya. Dipadankan dengan pakaian dari rona hitam sudah tentu menarik lagi tertarik! Dah tentu suami semakin sayang. Tetibe.

Pengenaan lipstick yang sesuai dengan usia sering kali mudah mencuri pandangan orang sekeliling. Sesetengah wanita suka ber experimentasi dengan makeup.

Bagi aku dengan secalit lipstick mampu menaikan seri wajah bagi menampakan imej yang confident, ceria dan bahagia. Ingat bukan sahaja bibir kene Nampak lawa. Mulut pun kena wangi. Baru boleh join group pompuan mulut cantek. Kekeke.

Ok korang berjumpa lagi di lain topic!!


Tuesday, October 8, 2013

NAK CERITA PASAL TIPS MELEBATKAN BULU KENING.

hello~

aku nak cerita ni. mase aku kecik-kecik dulu, bulu kening aku ni memang kurang membiak. berbanding pulak dengan rambut. rambut aku lebat kemain mase budak-budak dulu. kepale da la kecik penuh rambut je. haha. bulu kening aku pulak tak subur la senang cakap. haha.

lepastu mak ngah, mak uda, mak utih aku sibuk jugak la cari kekdah macam mane nak suburkan bulu kening anak sedare die ni.

ade lagi story!.

mase aku tingkatan 2. aku ingat sangat mase ni aku kene panggil dengan ustazah Mahani. sebab aku di tuduh mencukur bulu kening. mase tu tahun 2002. hoot pasal disiplin budak sekolah petang (tingkatan 1 dan 2). kira teruk la. petama, kain singkat. kedua, bentuk kening a.k.a cukur kening ketiga, bentuk dagu pakai syiling panas konon-konon nak dagu terbelah. keempat, bentuk kuku jari tangan. kelima enam tah ape tak ingat!

aku di panggil Ustazah atas dua kesalahan disiplin. petama, cukur bulu kening dan kedua, bentuk dagu!. ustazah mahu aku pulang ke pangkal jalan katenye. ape aku ade muke budak terjal ke. aku ni muke bajet baik tahu!. mihmihmih

susah sebenarnya nak explain dengan ustazah bahawa kening dan dagu aku adalah bersifat original!. bulu kening aku sangat sikit i tell u. aku paling sadis la cikgu tak percaya yang bulu kening aku memang original sikit. aku pon hampir bergaduh jugak la dengan cikgu. aku cakap dengan cikgu,


"cikgu, kalau betul saya nak cukur bulu kening, baiklah saya cukur bagi bentuk cantik punya, ini bulu kening saya dah la gondol, bentuk pon takde. tak kan lah tergamak saya nak buat cengini???." sedih beno mase ni.

lepastu aku explain lagi pasal dagu. dagu aku memang original berlekuk a.k.a terbelah. aku pon tak minta jadi begini. aku siap suruh cikgu bandingkan dagu original berlekuk dengan yang di buat-buat. kalau dibuat-buat berlekuk ni, ade nampak garis hitam macam celak. sebab dorang pakai duit syiling panas pastu garis kat dagu dorang. tergamak kan.

fuhh lepas hukuman aku mase tu!


balik aku story mori la dengan makcik-makcik aku, atok, ibu abah semua la aku cerita pasal perkara ni. lepastu dorang pon sibuk la cari alternatif camno nak lebatkan bulu kening aku ni. nak bagi die tumbuh subur melebat. haha

maka, ini lah kekdah yang pernah aku gunakan. ape panjang sangat mukadimah aku kat atas tu!


1) MINYAK BUAH KERAS
- kekdah ni paling utama aku guna. sebab di katakan buah keras ni mampu melebatkan rambut. so, aku pon berani la cube kat kening. kening pon satu spesis rambut bukan?.

2) MINYAK LEMAK AYAM
- yang ni paling sedihlah. kau tergamak letak lemak ayam kat muka?. aku ikut je la kalau ini jalan yang mujarab. cara buat nya, letak lemak ayam kat atas periuk panas. nanti akan cair sehingga terhasil nye minyak. geli jangan cakap. atok aku siap buat stok banyak-banyak untuk cucu die ni. simpan dalam botol asam yang kecik tu. zaman dulu ade. zaman sekrang mcam tak nampak dah botol yang sebesar ibu jari tu.

3) LIDAH BUAYA
- kekdah ni jiran aku yang bagi. sebab die ade tanam pokok lidah buaya dan die pon suruh aku cuba letak lendiran lidah buaya ni kat kening aku. insyallah lebat katenye.

4) CELAK MEKKAH
- kekdah ni pulak aku paling suka la. sebab boleh kaler sendiri bentuk idaman kening yang cun-cun. haha drama sangat i olz.


antara ke empat-empat kekdah ni, aku tak pasti yang mana satu berkesan. kekdah pertama aku buat dulu lama la jugak tapi hasilnya idok la memuaskan hati iolz. kekdah kedua aku buat tak lame sangat kot, kira tak gigih la. sebab aku geli beno bau lemak ayam tu. aku rela main getah kat rumah jiran dari melayan kening aku. *budak-budak remaja yang takde cita-cita nak jadi retis masa ni!haha

lepastu aku guna kekdah lendiran lidah buaya. pon sama aku tak gigih sangat. sebab leceh. leceh nak motong leceh nak p amek kat rumah jiran. sebab nanti abang adam perli sampai tertusuk hati. innalillah abang adam dah meninggal. :'(.

kekdah celak ni paling lama la aku guna. guna pon time g skolah. sebab nak nampakkan bulu kening tu wujud. ala-ala priti zinta kau p skolah. kau hado??. mase ni timbul la angan-angan nak jadi retis. eh nak jadi model kate kau mase ni! ape la hiba sangat impian aku tuu!!

lepas tu aku dah takde guna apa-apa kekdah. kekdah moden ke kekdah tradisional ke aku malas dah nak amek port. kira biakan je la. nanti-nanti je pikio. lepastu selang beberapa minggu yang lepas. aku baru perasan yang bulu kening aku macam sedang membiak. hoiii bia betul. aku perasan mase aku sedang mentepek bedak kat muka dalam surau mase tu.

aku happy nak melompat terus gtau ibu. ibu siap tanye ape kau dah buat??. aku cakap la aku pakai lelemak ayam tahun 2002 tu. sebab kekdah tu paling aku geli wei. haha!

jadi aku rase kekdah aku yang bertahun yang lepas, baru jadi tahun ni. boleh gitu?



gambar ni memang paling abes aku zoom. sebab nak nampak kan bulu bulu baru tu muncul. wakaka aku happppppyyyy nak mampos mase niii!! mcam nak gtau satu donia pasal bulu kening ni! bialah takde shape bagai janji hakak hepi tau. kepoh kat group-group wassap mase ni. wakakakakaka


so, aku rasa salah satu tips aku tu berjaya. tak tahu yang mana satu. guna je la semua kekdah ye adik-adik.




haha.



Monday, May 6, 2013

Tips : Segarkan Muka

hye hari ni rajen sangat hupdate blog pepagi..haha...

ok, nak share something yang best...

last month aku ade beli satu bende yang bagus dari Ganier iaitu Self-Heating Sauna Mask.... lepastu baru semalam aku guna. sebab aku sedikit stress...sedikit ye tuan puan..haha


dapat 2 dose dalam 1 pack.. ok la kot...siap beli nose pack sebab jualan muroh..wakaka


ok, kalau biase orang guna mask yang macam topeng tu kan..erk? agak pelik ayat tu.. haha . ok yang ni die sejenis krim. yang sangat best time sapu sendiri kat muka. krim nya lembut dan dalam masa yang sama ianya panas...macam bersauna tu...tapi ni sauna tang muka..ha gitu..tapi tak la panas melocot..just nice je..ok la untuk kulit muka yang sensitif ni...

mase sapu kat muka tu bace-bace la selawat ke, surah-surah untuk naik seri muka..gitu...hehee




lumur kat satu muka..ok, jujurnya bukan aku yang sapu sendiri... tapi roomate aku yang buat...wakaka...die sangat suke ok bende-bende yang macam ni...so percaye je la kat die... mase die sapu ni, aku sibuk cakap "woii panas----panas----panas". haha die pulak "kau boleh diam-diam tak"...haha lawak miss u beb!


kalau ikutkan cume 3 minit je...aku bantai setengah jam..haha...konon-konon bia la lame sikit, tanggal segala kuman-kuman...(kuman?)


ok, lepas setengah jam tu aku rase tak selesa, sebab time tu la gatal kat hedong, gatal kat kelopak mate, gatal semua muka..kannn...stress aku...tadi-tadi tak nak gatal..haha..


cepat-cepat basuh...time basuh pulak yang bestnyeeeee kan...kulit ni terase lemboooootttt sangat u olzz...lembut gila i tell u..wahh kepoohhh...


sampai aku rase, macam basuh tak bersih ke..padahal dah sental dengan sabun daia.. hahaa...gitu sekali
hilang stress aku 1 hari tu...happy sebab tidur pon selesa...wee~



ok, lepasni boleh cari produk untuk hilangkan kedutan bawah mata... haha -___-! ..... *aku banyak pikir ni tu yang bekedut sebelum usia...statement kau azii....hihiii





Thursday, July 28, 2011

korean style shoes...adore .

zaman sekarang memang demam k-pop....aku turut samela terjebak dengan semua ini...

bermule dengan suke-suke..sampai la jadi gila...haha


dari segi pakaian mahupun kasut mahupun rambut mahupun...ape saje,...semua nak macam artis-artis korea...kihkihkihhh....


satunye...kasut kasut yang mereka gayakan sangat comel dan comel .. berbunga , reben atau labuci labuci sikit, kalau tak pun bertali...just simple but nice!



sebagai contoh, ni kasut aku pergi kerja..pergi pasar..pergi Giant, pergi Tesco, malah pergi beli apam balik pon aku melangkah dengan penuh gaya bersepatu kan ini...


*******


tak kisahla style ape yang kita bawak, yang penting kita selesa...dan yang paling penting tidak menyeksa kaki untuk melangkah....


aku memang giler heels, sesiape yang giler heels mesti tahu nak jage kaki dan care untuk terapikan kaki sendiri...almaklum, kaki nak pakai lame wook!!


aku nak kongsi, care aku pilih heels!


1) jangan pilih kasut yang bahagian depan nya terlalu runcing...pilih la yang yang bulat dan sesuai dengan bentuk kaki kita..

2) pilih kasut yang diperbuat daripada mikrofibre dimana strukturnya sangat lembut dan selesa disarung..kalau tak, akibatnya mudah melecet!

3) seeloknya pilih la yang jenis wedges...jadi risiko untuk sakit bahagian tendon tu kurang la..

4) jangan paksa kaki untuk terima semua jenis kasut!


JANGAN pakai kasut tumit tinggi terlalu kerap, ini akan mengakibatkan, sebahagian kulit kaki akan mengeras akibat pergeseran antara kasut dan kulit..



ok..baibaii~




Tuesday, June 7, 2011

♥ BERFESHION ikutlah SELERA! ♥

perempuan dan gaya...

bergayela segaye mane...bergaye dengan selesa...mengape bergaye kalau tak selesa..eh ape aku meraban nih!




sesekali mengenakan warna selain PINK..nampak meletup...kehkehkeh...

sekarang aku lebih suke fabrik yang tak sarat dengan bunge-bunge....but, my mistake pakai shawl yang plain jugak kan...

aku rase shawl yang bercorak lagi buat muke aku jadi lebar kot..dah la memang lebaaarr koot...



jadi aku pakai je la shawl yang seakan-akan warna baju nun..dah jadi kebiasaan aku nak semua sama..so amek kau!..satu set kaler same, kalau tak dengan inner skali aku bantai warne same..haha ini namenye buta fesyen...ehh eh ehh ok la ni kan kan..agak-agak lepas tak jadi bini farid kamil..ahaks!...




perempuan memang suke macam ni....jangan ambil hati....hihii


Friday, June 3, 2011

♥ Air Mate NORA DANISH! ♥

sick!

seminggu ni staff semua bermuka tegang...jelas kesibukan terpancar dimuke masing-masing...terpancar la sangat...

nak bercakap pon sekarang semua pasal kerja...sane kerja sini kerja...dan aku...aku juge sibuk....sibuk nak bernafas pon terase ganjil..eh ganjil??


dan dah berape malam jugak tidur aku tak lena...kesannye, 231 juta kali aku menguap dalam sesaat..

giler gebang!

mase potostat pon aku sempat terlelap...bukan aku merindu pade yang pergi, cume aku fikir, dengan menyibuk kan diri macam ni..boleh la melupakan!

ternyate cobaan ku GAGAL! dan GAGAL seterusnye GAGAL...


lagi pure-pure sibuk, lagi buat kite sakit..peritnye hidup dalam serbe kepuraan...ape bahase kau azi!




ooiii dah dah..jangan felling lelebih la azi! geli...fullstop!





meh kiter lupekan sekijap pasal PINK...





bercakap pasal tajuk entry....AIR MATE NORA DANISH merujuk kepade tudung yang aku pakai nun, dulu la....orang ramai dok panggil tudung ni, tudung air mate nora danish kau!..

 SEBAB!
sebab mase tu tudung ni keluar saing dengan berite hoott pasal nora becerai dengan jejai...gitu...oleh kerane kononnye batu-batu tu berjuntai juntai ala-ala air mate...make dipanggilnye air mate nora danish...lain-lain name gelaran aku tak tahu la pulak..kalau tau meh share...



ye..ye..ye disaat orang ramai sibuk mengayekan shawl belit sane sini, aku pulak bergaye dengan tudung bawal...satu sebab, aku mungkin la dah bosan kot nak pakai shawl...satu sebab lagi aku rindu nak pakai gaye macam ni...carca merba a.k.a serabuut..



close-up sikit...bersinar-sinar kau..kalah gigi pelsu omak den...kahkahkah 
omak ampun!!




insyallah nanti aku buat la tutorial atau full pic untuk lipatan yang macam tu...yang ni aku tak lipat...yang ni aku over...innocent gile..sekian..



Monday, May 30, 2011

♥ cantek! dan kretip! ♥


yang dulu aku pernah setory pasal tudung bawal boleh gunapakai jadik shawl kat sini..




my God statement berani mati!


kali ni aku nak habaq mai...care lagi cantek boleh kiter pelbagaikan dengan memakai tudung bawal sahaje..

ekceli care ni agak kuno...but  dont care la...aku rindu gaye macam ni..dulu time pergi kelas...memang gaye ni lerkk aku buat...tak caye tanye lecture cukai aku...haha



tuu dia...susun susun lipat lipat..lepastu pin..mudah kan..

nak tutorial ke??? 

macam biase....kau cari la kat Youtube...u know what, Youtube sigu yang hebat! yang baikk boleh diikut yang jahat coii buang tepi..





wahh ropol-ropol segale..kau nak pergi kerje ke kau nak melawo azi!...





dek kerane aku bosan tahap gaban melihat koleksi shawl aku yang dah kire kerap benar aku pakai...nak beli yang baru...tett lebih baik aku recyle aje bende-bende lame ni...jadi aku amekla langkah dangerous dengan memakai tudung bawal..haha dangeres lerk sangat pempuan!



jum cobe!! yeahh selamat berjaye.....


Saturday, May 7, 2011

♥ cube jaye: How stlye ur HIJAB ♥

ku ucapkan salam sejahtera....hari ni paaaaaaaaaaaaaaaaaaaanaaaaaaaaaaaaass sangat kan kat Johor la...arini aku balik kampung means umah mak bapakk..perjalanan memakan mase 1 jam kalau jem mau nye 38 jam..haha tipu tipu...aircond kerete aku dah buke full punye...tapi makk aii bahang panas tu boleh tembus masuk dalam krete yamaha hybrid aku ni....hahaaa ade ke ade ke...


esok hari ibu kan kan...that's y aku balik...nak sambut dengan ibu ku tersinta..muahhh. nak belanje sate..cukup la tu...nak belanje apam balik...OMayGoddd stop cerite pasal apam balik..aku sangat berkecil hati ni T___T...


aku dah sponsor sate 30 batang...pandai-pandaila kakak dan adiks adiks ku menambah menu hidangan...aku kompom sangat nak pakse bapakk beli lobster, ikan kerapu, ikan kekek ikan duyung kalau boleh satu laut tu aku nak suruh bapakk tangkap.....haha lepastu makan ramai-ramai...


nak melepak makan kat luar dah tentula immposible..my mum tak sukoo gamoknye makan kat luo. takde praibesi katenye nak cuap-cuap laki bini..adusss! aku menambah ok..


esyeli aku nak habaq mai...u know what, tudung bawal pun boleh buat shawl..eh cop!, aku tau dah lame uke..cume baru nak try test pakai pegi opis semalam...aku sukee la..aku dah khatam segale macam tutorial kat youtube...dan akhirnye...






uhh dah macam penantin...tu sulaman tepi tudung bawal letak atas pale...

lepastu belit tang tung tang tung kedebak kedebuk...


maka terhasila macam ni...






ha...gitu la gamoknye...



gambar sisi pulok...tak la serabai kan kan...kalau tau sorok bahagian yang serabai tu maka cun la ...nak aku buat care pakai ke??


ahh cari cirik kat youtube la...haha aku kan pemalas.......tau makan, tiduun, makan tidun..okk bobyee!!


Tuesday, April 5, 2011

♥ canteknye berTATU?? ♥

pertame, die memang cantek!


sape yang tak kenal Taylor Swift...baru-baru ni beliau menerima 4 anugerah pade Majlis Anugerah Akademi Muzik Country di Las Vegas..



aku suke die sebab die cantek..myb...huhu


cantek??


alololo...cun nye.....



ala busuk-busuk...comel kut...cobe kalau aku buat..dah sebijik macam tutt yang binatang punggung kaler merah tu..tapi comel juge ape..ngee!




ok dah puas tengok yang cun, cantek menarik meletop??






meh aku bawak korang tengok something yang dalam kategori cantek juge la...











ibu-ibu, bapak-bapak yang mengandung diminta jangan nontonn!! pelish...












ngiahaa bapak-bapak tak ngandung sih! aduhh amet-amet jambang bait...










hye...my name Maria Jose Cristerna..just call me MUJER VAMPIRO (Pontianak Wanita)











mau lebih lagi??










lagi??









ok...cukup ngeri...







MUJER VAMPIRO seorang perempuan...beliau adelah artis tatu Mexico!





istilah CANTEK sangat kompleks dan unik........



istilah korang pule macam mane?? tepuk dade tanye selere...
 
 
ump! amboi berselere nampak..hehe...



Friday, December 10, 2010

♥ cuci mate...suke sebb die pink... ♥

xde bende nak setoly moly....saje wat penuh2 n3 bubuh pic yang sopan...
copycate je ni...musti u orang dah pnh tgk...

pemes rupenye pic2 ni...tersebar luas sudah...tp try cr website die xku jumpe...byk lagi yang cun...antare beratus2 yg ni jela dpt dikongsi.....hihiii



suke 1


suke 2


suke 3



suke 4



suke 5