Saturday, December 14, 2013

RESEPI: MINI PAVLOVA



hai,


sape terel buat pavlova selain aku? haha soalan mintak penampa.


pavlova ni kan paling asas kita kene tahu ialah cara nak buat meringue die tu.  penuh dengan kesabaran tau. kalau meringue tak jadi alamat ke tong sampah la jadiknye. :)


BAHAN 

4 biji telur (putih telur sahaja)
3/4 cawan gula kaster *resepi asal 1 cawan tapi sebab manis sangat jadi pakai 3/4 cawan je
1/2 sudu kecil vanilla esen
1 sudu kecil cuka makan
1/2 sudu makan tepung jagung
magkuk kertas


CARA 

1. panaskan oven 30 minit suhu 140'c

2. pukul putih telur sampai setengah kembang (berbuih-buih) kelajuan mixer nombor-2

3.masukan gula kaster sedikit demi sedikit sambil sampai gula dan telur tu kembang likat kilat dan             bertanduk. kelajuan mixer maximum. kalau mixer aku nombor 5. pukul ikut arah jam. kalau boleh satu hala je.
 *tanda meringue kita tu da jadi : kalau kita telongkopkan bekas tu meringue tak jatuh, bertanduk tu maknanya, meringue kita kalau di tarik-tarik ke atas die akan kejung tak jatuh macam tanduk badak tu. 

yang ni aku try libas. ambil sudu plastik skopkan sedikit lepastu try hentak-hentak sekuat hati. tengok jatuh tak.

4. masuk vanila dan pukul lagi.

5. masuk cuka dan tepung jagung, kaup balik dengan menggunakan spatula perlahan-lahan

6. masukan meringue tadi tu dalam piping bag. dan masukan dalam paper cup. tak payah penuh-penuh. setengah sahaja.

harus warna pink dot-dot disitu.

7. bakar selama 45 minit. letak dalam rak tengah. lepas masukan meringue, turunkan suhu kepada 110'c


nampak tak ianya mengembang dengan jayanya. lepas oven berbunyi 'TING'. kita jangan terus buka pintu oven tu besar-besar. biarkan ia sejuk di dalam oven dalam 30 minit macam tu.



siap. ready untuk letak cream!. 

BAHAN CREAM

1/2 cawan whipping cream 
1 sudu makan gula icing 
1/2 sudu makan esen vanilla

CARA

satukan semua bahan dalam 1 bekas dan pukul sampai kental. 


kalau nak letak kaler pon boleh. ceria sikit. tapi jangan letak banyak-banyak. 1/2 titik je. sebab lepas pavlova ni masuk dalam peti sejuk warna die akan jadi lagi pekat. so just nice je.


lasssttt sekali. haruslah ade buah-buahan yang mahal ni. pavlova ni buah die je yang buat die lagi mahal. letak buah-buah yang masam supaya rasa manis meringue tu boleh saling menyeimbangi dengan rasa masam buah.


nak buat meringue ni kesabaran palinggggg sabar adalah mengasingkan putih dan kuning telor. yang ni kene sabar banyak-banyak. ada yang menggunakan cara yang macam ni:





credit : GOOGLE

dan cara aku yang paling mudah ialah. sejukan dulu telor tu letak dalam peti sejuk semalaman. bila sejuk, kuning telur tu jadi macam keras sedikit. jadi senang nak asingkan putih dan kuning. ada juga yang menggunakan botol mineral. ade juga yang mengelek-gelek telur tu dulu baru di pecahkan. semua ni ikut pada kehandalan masing-masing. aku tak handal. aku pecahkan telur kat mangkuk lepastu tuang kat mangkuk lain dengan SANGAT berhati-hatinye. -_-!.





selamat mencube!


5 comments :

Norzaemah naim said...

Nak tnya,kalau guna oven yang besar suhu tu tetap sama ke?dn dia pakai suhu atas dn bawah atau mcm mana ye?

Norzaemah naim said...

Nak tnya,kalau guna oven yang besar suhu tu tetap sama ke?dn dia pakai suhu atas dn bawah atau mcm mana ye?

Eve said...

kenapa pavlova perlukan cuka ya?jika tak guna cuka bila buat pavlova bole tak?

Unknown said...

Klu lepas bunyi ting oven tu kita terus buka Besar2 pintu oven apa jadi pd pavlova kita tu??

Unknown said...

Terima kasihh penulis