Showing posts with label burger bakar abang burn. Show all posts
Showing posts with label burger bakar abang burn. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

BURGER BAKAR ABANG BURN #2014

hyee,


aku ni macam tiap-tiap tahun jee makan kat BBAB ken. nak wat gano dah beger beliau sedap. kene dengan tekak aku yang tak berape gemar dengan beger-beger ni. hehe.



sebetulnya, makcik aku dari KL datang JB. petang tu dorang se family berjalan-jalan kat Hello Kitty. aku pon tak p lagi kat situ. ahh sudah, kalau aku masuk hello kitty takut taknak balik je pulak. haha. lepas magrib cemtu makcik aku dah sampai ruma, makcik aku yang di sapa sebagai Acik dulu kami semua panggil Mak Itam. lepas die dah kawen ke sebelum kawen ek terus tuko name gelaran jadi Acik. kalau tak laki die harusla ku panggil Pak Itam. tak boleh terima. walaupun memang agak gelap sikit orangnya. hahaha mampuih aku kalau Acik bace perenggan ni! :p



so, Acik aku ni dari tahun sebelum ni asyik la cakap nak makan beger bako. macam la kat keyL tu takdo kan. keyL tu ape je yang takdo? semua ado. kan kan kan. taknak gebang banyak, mohla kite decided untuk ke BBAB je. senang. kat Mewah Cafe tu pon macam-macam ado bukan takat BBAB je. ko nak makan mee rebus pon ade. sedapp uolz mee rebus dorang. plus satay dorang pon perghh superb delisiouss. gituw. ohh oh korang tak tahu Mewah Cafe kat mana? Mewah Cafe ni terletak di Today's Mall, Masai JDT.



aku datang pon main terjah je. kalau tak bukak naya aku! haha. tapi dalam pale plan B dah ade. gilos banyak plan dalam pale otak aku ni. kikikiki. kami sampai Mewah cafe jam 9.30 malam cemtu. pergi 2 kereta tak hengat. sebab makcik aku yang duduk depan rumah aku ni pon nak join sama. ate, mohlah meramaikan jemaah. hehehee. 12 orang sekali segerombolan datang Mewah Cafe. wahhh!

info : BBAB kat Johor buka dari jam 5.00 petang hingga 12.30 malam. 



mat idan. anak kedua Acik. memandangkan die paling kecik, maka die la yang paling femes malam tu. ehehe


femly AF. sebab anak-anak makcik aku semua bermula dengan huruf A dan F.  mak nye Fauziah. bapaknye Azman. ahh sudahhh semua name anak nak di letak A dan F gituw..


Acik + Cik Zam. Mak itam + Pak itam. hehehee. Cik Zam aku orang kedah dah gila bola. sila bergaduh pasal bola dengan die.


Aliah Fasihah anak AF tu, adik die Asilah Fasihah, Amirul Fahmi, Arisah Fasihah. gituw. ellehh nanti anak aku pon nak letak cemtu gak. macam anak-anak Acik aku. Syasya Zukrina, Suhail Zaydan sebab Acik Aku Siti Khadijah + Zam.. zam apetah aku tak ingat. haha kejam!. bende ni pon aku nak cakap! nonsen tau! gasakk situuu.


mat idan pon makan burger tau!!


kiterorang order 8 biji beger ok malam tu. ade chicken and beef. plus meatball, sosej lagi. siap suruh dorang bahagi dua. makan sorang satu tak habis. so berkongsi bagi mengelakan pembaziran. 

alkisahh tak cukup. sedap punya pasal. order lagi 2 biji. puas hati tengok orang gembira!!. phewww misi aku berjaya. haha. eh eh lupe nak cakap tapau 2 biji. satu hosmet punya satu lagi tok wan aku nak. ko tengok sampai nenek aku pon suka tauuu 2 kali die makan sini!. hehe



mat idan suka bege!!



LICIN!!... Idan makan sorang. haha nipu je...



korang kalau ade masa terluang boleh rujuk belah kanan uolz tu ade "best for sharing" ha kat situ adelah gambar yang proper dan elok sikit pasal BBAB. 

untuk maklumat lanjut sila layari website BBAB di sini




bai~

Friday, August 16, 2013

REVIEW BURGER BAKAR ABANG BURN : AL-LAZAT!

hai salam jumaat penuh barakah..

hari ni nak buat review pasal salah satu Burger Bakar Abang Burn (BBAB) yang hanya di jual di bulan ramadhan tapi telah dilanjutkan sehingga bulan syawal. sudah tentu namanya penuh kelazatan. hehe burger Al-Lazat nama di beri.


nak pergi masa bulan ramadhan memang tak sempat la. nak-nak dari taman molek ke masai tu punyalah jauh kononye... T__T. sebelum ni aku ade review jugak pasal BBAB ni sehingga mendapat perhatian page BBAB. wakaka. boleh la rujuk side belah kanan u olz k.




so, kali ni nak buat la review bebetol sikit. kemas dan sudah semestinya mantop. sanggup dahku ketepikan program diet semata demi nak pekena menu baru Al-Lazat tu... haha




sesudah sampai Today's Market jam 09.30 malam. datang dua kreta kau tahu!. nak ke Today's Market ni senang sangat-sangat. ikut jalan masai lama. sampai la nampak kuil belah kanan, petronas belah kiri. kat trafic light-kiri-trafic light lagi-kiri. dari jauh dah nampak TODAY's tu bercahaya-cahaya omak ai....



sesampai je kat dalam Mewah Cafe terus meluru ke arah kedai makan BBAB ni ha. lantas buat order dengan tamaknye. wakaka.


cuma kali ni, aku yang beria-ia menerangkan menu-menu yang ade kat situ kat sepupu sepapat aku dah macam gaya aku pekerja situ pulak :p. sampai staff BBAB tak terkata. ini lah hasil study aku kat page BBAB selama berbulan-bulan. stalker u olz..haha



sementara menungguh order siap. pergi la order air pulak. pilihan yang terbaik adalah air limau suam. kalau dah makan bende-bende yang heavy+cheese+mayo etc etc. elok la basuh tekak dengan air limau. petua mokcik aku ni. ade pekdahnye jugak. idokla rase loya-loya geli-geli tekak u olz.



kurang 5 minit, terpacak la burge-burger ni semua depan mate.

2 beef burger 
1 chicken burger 
1 Al-Lazat burger+cheese


ni la rupa Al-Lazat. aku siap bedah siasat rupe dalam. bagi tersekse sikit mata memandang. mehehee. komen: sedap sangat-sangat sampai tak tahu nak describe macam mane. mehehe. isi ayam yang lembuuttttt sangat, takde pon tulang. dah name pon burger kan ape kejadahnya kalau ade tulang :p. sos yang sedap super delisooss. sedap dan sedap! memang sedap gilo. aku paling suka isi ayam percik super sedap! betul ni tak main-main! :p




memang tak soh kalau tak hoder meatball yang berpuaka ni. termimpi-mimpi lepas makan. dah la sedap memang berasa la daging+blackpaper etc etc. :)




cheesy wedges die yang umphhhhh~~~~~....aku yang tengok ni pon terasa nak lagi...nak lagiiii!!!




ini la dia kawasan jajahan BBAB Masai, Johor!. dari pintu masuk dah nampak dah. so tak payah la pakai GPS untuk mencari beliau. :p. kawasannya luas. nak duduk kat mane-mane pon boleh. ade surau, tandas, buai pon ade. lagi tivi pon hado. eh memang strategik la!





aku kenalkan dengan brade yang selalu mentepek muka depan kaunter. bagus layan. A++ lagi aku bagi 5 bintang. memang betul bagai di kata, tak sampai 5 minit order dah sampai. mase ni buat order untuk bungkus bawak balik rumah...... dah la makan bungkus lagi pulakkkk!!!




nah tepekan terakhir! mai datang sebelum syawal menutup tirai!!!!!!



selamat mencube~ :)


Thursday, May 2, 2013

BURGER BAKAR ABANG BURN

salam,


alhamdulillah hajat aku nak makan bege abang burn tercapai sudah...

almost 2 weeks jugak aku study jalan ke masai, johor tu lepastu terpaku depan page abang burn yang menghidangkan gambar-gambar yang gilo meleleh.satu hari aku memperuntukan 30 minit untuk page abang burn sahaja..hahaaa kalau 2 minggu?? heheee


lepas magrib aku kerah housemate aku untuk join sekali...memang kene la dengan masa sebab semua dah gaji..haha


naik kereta terus pecut ke masai, then, aku cari punye cari todays mall tu macam orang gila. mulut aku pulak tak benti-benti doa di mudahkan pejalanan aku cari bege abang burn. gitu sekali taksub aku. hahaa

lepastuuuu co-pilot aku plak cakap "weiiii, todays mall belah kiri kite je ni!"

aku pulakk "omaigoooddd...." cepat-cepat bagi singal kiri. padahal aku kat lorong kanan (niat nak u-turn). dah kene horn...malu tu tolak tepi janji dapat jumpe bege abang burn. dasat stori aku ni. 

sesampai jeee...terus cari  wehhh mane mewah cafe... kompius sebab tapak parking die punya la besar kan...besar ke?.

then, membe plak cakap "oii depan mate kau je ni hah!"

kiteorang segera je meluru ke kaunter..haha lawak...tak plan sangat mase tu nak makan ape.. aku cume aim meatball yang tersohor katenye...

order meatball siap dengan wedges. buger ayam suppremo..wakakaaaa tamak siap sosej 3 batang ok... 
makan dan senyum sampai telinge..sebab puas hati!!!



boleh pegi di jajahan abang burn kat masai, johor ni ....weee~



waaaaa....order meatball satu je...kongsi ramai2...yang lain-lain order bege yang same jugak.. lepastu x habis..tangki kecik...ape lagi bungkos besok buat bfast..heeeheeee


komen : meatball yang terbaik..sedap gilo..rasa 100% daging, siap sos lada hitam yang superb...meatball die pon besoo weiii...lembut dan sedapp memang berbaloi.. RM9.90 siap wedges lagi... 
service terbaik...segera je sampai kurang 10 minit dah terpacak kat meja. (padahal mase tu x pilih lagi nak duduk kat meja mana..haha) kebersihan 1st class..seronokk sangatt tauuuuu! nanti nak bawak adik2 datang lagi sini...weeee~~~



aku simpan gambar ni siap-siap dalam komputer aku. dengan niat nak hoder yang ini.. tapi apekan daya, napsu makan tu kecik je..tak mampu nak hoder yang besar gabak gini...hahaa..hoder yang kecik poonnn tak ngabesss...adoii~