Wednesday, December 11, 2013

RUMAH BERANGAN IDAMAN KELBU.

hai,

hari ni tarikh baanyakk cuonteq, hari ni che ta kita menikoh uolz. so 1st anniversary dorang next year adalah pada 11.12.14. hehehe


oleh sebab hari ni nombor cuonteq. harus la nak cerita bende-bende cuonteq je. adoihh lengoh bibier kite nak nyebot CUONTEQ tu. haha royan.


aku nak share pasal rumah idaman aku. ekeceli lebih kepada decorasi dalam rumah dan luar rumah. pilihan rumah aku kalau di izin Allah aku mahu jenis single storey. ade laman sendiri. ohoho. rumah jenis ni area JB sekitar 1M. uisshhh verangan tu tak salah. dah name pun berangan idaman kelbu :p


berkonsepkan moden+korea style.


kenapa aku memilih konsep korea house? sebab orang korea ni dalam rumah die simple-simple je pon. takde crowded dengan perabut etc. lagi pulak barang dalam dorang semua kiut-kiut omeimey. :))


yang penting laman nya.aku paling suka rumah ada laman/bahagian tepi rumah yang ade tanah sikit. mesti paling eksited nak mendeco ruang sebegitu. :p



ha sejuk je kan mata memandang. kat tepi-tepi rumah harus tanam tumbuhan hijau. penting tu. dek sekarang udara tak lagi segor tak lagi selamat. dengan menanam tumbuhan hijau macam ni dah tentu kita dapat menghirup udara segor. tumbuhan hijau ni sebenarnya membekalkan tenaga kepada kita manusia selain boleh membantu dalam peningkatan kualiti udara dan mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen. ha, ade macam cikgu sains tak. haha. dulu cikgu sains aku pernah cakap. kalau nampak orang merokok, cepat-cepat lari duduk bawah pokok. hehehe


wakaf/gazebo kalau boleh aku nak 1 je dah cukup. tak berape nak besar. cukup la kami sekeluarga bersantai-santai makan jempot-jempot ikan bilis dengan kopi petang-petang. :p



nak kecik-kecik. comel-comel je. tapi kalau laman tu besar, maka wakaf pon harus la besar sikit dari ni. lepastu tak payah la kain langsir. nanti hujan lencun lepastu bertahi lalat. aku ni bukan rajen nak menyental. so, kita buat ape yang kite rajin je. kehkehh


kalau macam ni pon ok jugak kot. siap berbantal empok-empok. tapi nanti laki aku taknak tido kat bilik pulak. iye dok. haha


sekarang marilah kita mendeco bilik utama terus. haha. part ni aku suka la. :p

BILIK UTAMA

aku mengimpikan bilik tidur yang sehabis ringkas. tidak sarat dengan perabut-perabut pencakar langit. ehehe. kadang-kadang wujud barang yang tak sepatutnya ada dalam bilik. kalau boleh dalam bilik tu cuma ada katil dan karpet bulu-bulu je. :p. anddd andd anddd sekuntum bunga rose merah dalam balang kaca tinggi kurus dalamnya ade air atas meja solek. hari-hari bunga baru. sila muntahh! :x


eh banyaknye. kite nak satu je.... :x

aku tak tahu la kenape mata aku tak boleh tengok perabut yang banyak-banyak ni. rase nak muntah pulak. hehe. tapi kan kan abah aku suka beli perabut. aku bosan tau. ibu pon same dengan aku tak suka rumah banyak perabot. kalau ade perabut yang ringkas pon dah ok. tak payah yang besar-besar gabak tu. macam meja tivi kat rumah tu. hoih angkat kena  4 orang! pengsan. kalau boleh perabut tu aku nak jenis yang simple minimalist!. biase tapi rekaan moden. sebab aku suke tukar-tukar kedudukan perabut tu nanti. kan ke jemu kalau sameeeeeeee jeeeeeee hari-hari atau minggu-minggu atau bulan-bulan?. ekceli perabot or perabut?....


so, yang ni boleh di katakan simple?. :p


pemilihan warna cat dinding pon penting tau. bagi menampakan ruang bilik tu luas, tak rasa macam sempit, tak rasa macam panas. pilihan warna cat dinding cadangan aku ialah dari warna-warna pastel. lembut-lembut gitu. kalau warna kuning terang tu rasa macam nak mengamuk je pulak bila masuk bilik. hahaha. dan sudah semestinya bukan dari warna yang cepat boring. boring. boring. warna boring aku ialah warna biru-biru pekat tu.



dapat katil yang nice-nice camni cukup dah. aku tak mengimpikan katil 4 tiang tu. besar sangat macam tak layak nak tidur kat katil gitu. :p. lepastu nanti satu keja nak ngelap tiang-tiang tu. kalau malas nak ngelap nanti spider buat sarang  antara satu tiang ke satu tiang. dah pulak jadi langsir ala-ala kain lace dari air liur spider. eheheee :x jadi, katil macam tu tak layak untuk aku yang kaki pemalas ni. :p


dah kawen kang mane boleh bilik kaler pink-pink uolz. macam ni lawa tau. ringkas sangat. taknak keluar bilik la acamni! 


yang ni ok. ade cermin yang boleh nampak pemandangan luar. tapi kalau boleh toksahla ngadap matahari. kang aku nak tido lepas subuh silau-silau nanti. :p. lepastukan tetibe ade lampu bawah kepale?.motip??.. takpayah tunggu matahari muncul kat luar. sebab matahari sentiasa ada atas kepale. :x


macam ni pun aku suka. tapi bukan bilik sendiri la. bilik pinjam ke bilik sewa ke bilik kat resort/hotel etc. kalau bilik ni wujud dalam rumah aku, nampak macam tak tahan lame je kan. :x


tu bilik sendiri. kalau bilik tetamu dan bilik anak-anak nanti aku pikirkan. :p


tapi ade lah google jugak.. sikit je tak banyak. :p


ni bilik anak lelaki aku. :p. comel kan. geram je. tapi bagi aku jenis set kids bedroom macam ni ade rasa macam membazir pulak. budak-budak kan cepat besar, cepat tinggi. lepas 7 tahun kene beli katil lain meja study lain. hoih kalau mommy kau ni banyak duit opkos boleh je kite tukar-tukar. T__T


ni pulak bilik anak dara aku. kembar katenye. :p. simple camni pon dah nampak kiut!. tapi macam yang aku cakap, lepas 7 atau 12 tahun kene beli katil baru T__T.





ok, 2 gambar ni milik anak lelaki kembar. hoih ramai anak-anak kau azi. alaa dah name pon berangannnnnn bace tu tajuk entry bebtol. BERANGAN. kikiki 


nak selamat. deco je macam ni. sampai umur-umur cukup matang nak kawen baru tukar katil lain perabut lain. wawawawa


aloloo omeinye! ni dengan mommy nye tumpang sekaki.


bilik anak bujang ni lawa. cita-cita astronaut. 

tengok bilik budak-budak kat ikea sampai berpinar bijik mata aku. adoii lawa-lawa sangattt lah!


ok, tutup cerita pasal bilik-bilik. kalau ikut napsu aku sampai ke bilik air pon aku nak citer. hehe. kite shortkan je la. memandangkan entry ni pon dah cukup panjangkan.. :p


DAPUR

oleh sebab hobi aku memasak. aku memerlukan dapur yang sangat best!. tak payah ruang besar-besar nanti penat aku bermarathon dalam dapur. nak ambil senduk sikit punya jauh. nak pegi singki kene redah kuali periuk esbox. hahahaha. so, kecik-kecik je dapur tu. kecik tapi lengkap! :)



ha macam ni pon ok la. cuma bab periuk tu baik la letak dalam kabinet. aku kalau susun periuk macam cun pulak kan. tu baru susun belum bab nak ambil periuk bertingket-tingket tu kompom riuh satu taman dengor kot. haha. tapi kalau boleh dapur masak dengan singki tu sebelah-sebelah. sebab aku kalau masak memang wajib kene percikan minyak panas etc. so, kene segera berdezup ke singki. :p. tapi *berapa banyak tapi da macam bahaya tau kaler putih camni. tengok memang lawa suci tanpa noda. tapi lepas aku masak kari telor, asam pedas, rempeyek, kopok lekor. datang pulak laki suka makan siput sedut nah kau merayap satu dapur! apakah ianya masih lagi suci tanpa noda?


eh! macam ni cun tau. cuma warna kabinet tu kite kasi tukar. warna hijau lembut+garang cun tau. aku nak dapur ala-ala taman astakona cepwan. sambil masak sambil berangan. elok la tu!


wah kauu!. aku kalau dapat dapur macam ni. terus mohon satu slot rancangan kat chanel AFC. :p



dapur macam ni terlalu bergemerlapan. lawa sangat. kalau dapat macam ni. sah-sah aku tak masak. kerjanya mengelap, mengemop je. hoihh sanyang nak masak kat dapur cengini. kalau masak pon rebus telor je kot. sebab terlalu bergemerlapan macam kepala abang jebo. kiki :p


ok la, kite stop sampai bahagian dapur dulu. bab living room tu terlalu banyak idea. aku nak muntah dah hadap pc lelame. hahaha. 


CREDIT : IKEA, GOOGLE.COM

1 comment :

Han Hanni said...

Comel rumah dan hiasannya..
I suka yg simple dan less furniture