Showing posts with label tips lebat bulu kening. Show all posts
Showing posts with label tips lebat bulu kening. Show all posts

Sunday, August 14, 2016

ALOVERA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING?

Hai helloo...


Sambil layan infinite challenge sambil taip entry baru. Buat mase ni aku up la story yang tengah hits kat blog aku ni untuk merancakkan lagi jumlah viewer *ambil kesempatan :p. Antara pencarian yang terpaling hits ialah TIPS MELEBATKAN BULU MATA/KENING. Boleh dikatakan hari-hari jugak orang ramai membuat pencarian tentang tips begini. Ingat aku sorang je yang ade masalah bulu kekekeke.


Last entry mengenai bulu ni, aku ade cerita kening aku dah mula bebulu dah nampak anak-anak bulu yang baru nak timbul. BUT, Tak lama lepastu bulu dah takde tambah-tambah kat hujung kening tu ha botak ahhh senang cerita. Tak tahu aku kenape. Mungkin sebab aku pakai produk-produk kulit yang boleh menjejaskan pertumbuhan bulu tersebut??


This time aku gigih balik nak buat kekdah natural je. Pakai alovera. Dulu aku pernah juga buat pakai alovera tapi tak menjadi. Now buat balik dengan harapan umur-umur cemni serasi la gamaknye hahaha.



Alovera ni aku ambil kat rumah atokwan aku. Actually atok aku yang potong hahaha. Aku mane boleh masuk kebun! :p. Balik dari rumah atokwan, ibu pulak tolong siang kan. Huntung ke tidokkk. Senang masuk dalam bekas nak guna nanti cedok sesikit. Teksture alovera ni macam yang korang tahu memang sebijik macam hing*& kenn. Hihiiii. Geli juga tapi aku seronok ah buat main bende ni liat-liat. Nak siang alovera ni ko kena hati-hati sebab licin. Aku tak berani nak buat. Tengok ibu aku buat pon aku ngeri takot tesiat tangan kang tak sedo. Lagi satu tips, kulit alovera yang hijau tu kalau boleh kasi bersih ilang terus sebab itu penyebab gatal dan miang. Lepas dah bersihkan, ko gunting-gunting je dalam bekas sampai keluar lendir die tu. Kalau pakai pisau macam susah pulak sebab licin.


Kali ni alovera aku adun sebati dengan minyak zaitun untuk sapu dekat kening dan bulu mata-bajet nak lebat agagaga. Jadi ayuh sesama kita cuba k berjaya ke tidak kali ni. Kekdah tradisional cemni ko kene try and error tak semua jadi kat kita, kadang orang lain buat mujarab time kite yang buat jadi hampagas dan sia-sia—paham aku perasaan macam ni. Maklomla aku banyakkkk dah try and error semua kekdah tradisional dan masih lagi terus terusan mencari ape lagi kekdah yang boleh digunakan atau ditambah baikkan. So korang tak payah nak memarah aku cakap tips ni kolotla poyolah hekeleh betul. Hahaha. Kecik ati aku bace komen korang. Tapi nak buat macam mana, blogger memang salu kene hantam eh tetibe luah perasaan. ekekekekee


Selamat mencube! Baiii..



Friday, March 18, 2016

MAKE UP HARIAN.

hye hallu...



harini macam terpanggil nak story pasal daily makeup aku hehari pergi kerja. dulu tak gigih pun nak solek bagai. tipu. tehehehee


sesejak dah reti lukis kening ni rasa macam wow layak dah kau azi bukak kedai andaman. kahkahkahkah. kalau ingat la post aku yang lepas mengenai warna lipstik, aku adelah letak sipi-sipi muka aku. ecehwah malu lew lame tak tepek muku sirik dalam blog sirik *mate keatas


well harini siap awal-awal lepastu kumpul barang makeup yang wajeb tepek kat muka setiap hari isnin sampai sabtu. ahad bebas makeup bagi kulit berehat *muntah. macam hebat je cakap 'barang-barang make up' padahal bende biasa je. aku kan simple je orangnye. so, lets la tengok ape yang aku ade dan selalu guna.



tu dia, ni adalah bende biasa kau tengok kat tetepi jalan ade jual, dalam mall dalam tesco ruangan alat solek yang takde pintu kaca berkunci tu. tehehehee. aku pesen nampak lawa dan rasa layak dengan harga untuk dibeli dan diguna, aku sebat jek. tidak menitik beratkan brand etc etc. konsep aku mudah sahajorkan. aku memang peminat tegar silky girl & garnier dari zaman sekolah lagi peminat nombol 1. sehingga kini masih lagi suka. lipstik dorang pon dah banyak upgrade setanding jenama-jenama yang berjenama.



paling aku suka guna ialah eyebrow crayon takde jenama lupa beli kat mana. ade dua bahagian (2 in 1). satu untuk eyebrow/eyeliner dan satu lagi concealer. mudah, practikal dan seronok bila menggunakannya. rase nak lompat bintang je. yang kedua of course aku suka matte lipstik dari silky girl. trust me best gila oke. warna pon wow sangat. kengkawan aku suka tau ngecek lipstik aku. :p



silky white dari silky girl tu actually BB 2-way powder+foundation code 01 light. keadaanya agak berat sikit kalau sapu kat muka. tapi kau mesti suka sebab die menutup cela-cela yang tersembunyi. rasa kulit nampak gebu dan wow silky sangat. biasanya lepas aku sapu silky white aku akan ratakan balik dengan compact powder dari garnier code ivory. sapu nipis untuk menutup kepalsuan yang ketara. kahakahkah kepalsuan ayat apakah itu.



dan ini adalah hasilnya. setelah berhempas pulas selama kurang 30 minit untuk make up sahaja. pakai tudung 5 saat je dah setel. tehehehehee





belah kiri ni gambar dari rumah, siap je terus selfie tu yang rase macam bajet je muka kau azi senyum macam tu. ni kalau tunjuk kat mak aku mesti dah muntah hijau. hahaha


sebenonye bila plan nak letak gambar dalam blog terus je jadi tak reti bergambar lepastu rasa lukis kening pon macam non-jadi. kalau sebelum ni elok je pulak. penyakit betul la. setelah 50 keping maka aku pilih je la yang terbaik tu. ade yang kurang elok siap jelir lidah takot kang kene kecam. hahaha.


gambar belah kanan masa kat ofis. sampai je terus selfie dengan harapan jadila barang sekeping yang elok sikit. lawak betul la. rasa awkward nak letak gambar sirik dalam blog. muahahahahahaa. perasaan betul!





dan ini ialah barang yang wajeb bawak pergi opis untuk touch up lepas solat. beg zip tu pemberian mokde. sebelum ni buat isi earphone. mokde mesti suka ni kalau tengok aku memanfaatkan barang pemberian olehnye. kekekekee


eyebrow shadow tu wajeb la bawak uolz. aku pesen tak confident nak bercakap dengan orang kalau tak tepek bende tu. rasa botak je. maklomla kening aku tak berapa nak merimbun. nak buat kekdah yang aku pernah share dulu pun memang idok rajen la. kekdah tu pokoknye kene rajen buat baru nampak hasil.


kebiasaanye jugak, pagi pakai matte lipstik. bila petang dah cuci cuci muka. pakai je lipcolor balm dari silky girl jugekk la korang dah tu je jenama fav. aku kan. tengokla nanti kalau aku dah jumpe jenama yang lain lagi serasi aku share oke~





thanks for reading this entry!! :))


Tuesday, October 8, 2013

NAK CERITA PASAL TIPS MELEBATKAN BULU KENING.

hello~

aku nak cerita ni. mase aku kecik-kecik dulu, bulu kening aku ni memang kurang membiak. berbanding pulak dengan rambut. rambut aku lebat kemain mase budak-budak dulu. kepale da la kecik penuh rambut je. haha. bulu kening aku pulak tak subur la senang cakap. haha.

lepastu mak ngah, mak uda, mak utih aku sibuk jugak la cari kekdah macam mane nak suburkan bulu kening anak sedare die ni.

ade lagi story!.

mase aku tingkatan 2. aku ingat sangat mase ni aku kene panggil dengan ustazah Mahani. sebab aku di tuduh mencukur bulu kening. mase tu tahun 2002. hoot pasal disiplin budak sekolah petang (tingkatan 1 dan 2). kira teruk la. petama, kain singkat. kedua, bentuk kening a.k.a cukur kening ketiga, bentuk dagu pakai syiling panas konon-konon nak dagu terbelah. keempat, bentuk kuku jari tangan. kelima enam tah ape tak ingat!

aku di panggil Ustazah atas dua kesalahan disiplin. petama, cukur bulu kening dan kedua, bentuk dagu!. ustazah mahu aku pulang ke pangkal jalan katenye. ape aku ade muke budak terjal ke. aku ni muke bajet baik tahu!. mihmihmih

susah sebenarnya nak explain dengan ustazah bahawa kening dan dagu aku adalah bersifat original!. bulu kening aku sangat sikit i tell u. aku paling sadis la cikgu tak percaya yang bulu kening aku memang original sikit. aku pon hampir bergaduh jugak la dengan cikgu. aku cakap dengan cikgu,


"cikgu, kalau betul saya nak cukur bulu kening, baiklah saya cukur bagi bentuk cantik punya, ini bulu kening saya dah la gondol, bentuk pon takde. tak kan lah tergamak saya nak buat cengini???." sedih beno mase ni.

lepastu aku explain lagi pasal dagu. dagu aku memang original berlekuk a.k.a terbelah. aku pon tak minta jadi begini. aku siap suruh cikgu bandingkan dagu original berlekuk dengan yang di buat-buat. kalau dibuat-buat berlekuk ni, ade nampak garis hitam macam celak. sebab dorang pakai duit syiling panas pastu garis kat dagu dorang. tergamak kan.

fuhh lepas hukuman aku mase tu!


balik aku story mori la dengan makcik-makcik aku, atok, ibu abah semua la aku cerita pasal perkara ni. lepastu dorang pon sibuk la cari alternatif camno nak lebatkan bulu kening aku ni. nak bagi die tumbuh subur melebat. haha

maka, ini lah kekdah yang pernah aku gunakan. ape panjang sangat mukadimah aku kat atas tu!


1) MINYAK BUAH KERAS
- kekdah ni paling utama aku guna. sebab di katakan buah keras ni mampu melebatkan rambut. so, aku pon berani la cube kat kening. kening pon satu spesis rambut bukan?.

2) MINYAK LEMAK AYAM
- yang ni paling sedihlah. kau tergamak letak lemak ayam kat muka?. aku ikut je la kalau ini jalan yang mujarab. cara buat nya, letak lemak ayam kat atas periuk panas. nanti akan cair sehingga terhasil nye minyak. geli jangan cakap. atok aku siap buat stok banyak-banyak untuk cucu die ni. simpan dalam botol asam yang kecik tu. zaman dulu ade. zaman sekrang mcam tak nampak dah botol yang sebesar ibu jari tu.

3) LIDAH BUAYA
- kekdah ni jiran aku yang bagi. sebab die ade tanam pokok lidah buaya dan die pon suruh aku cuba letak lendiran lidah buaya ni kat kening aku. insyallah lebat katenye.

4) CELAK MEKKAH
- kekdah ni pulak aku paling suka la. sebab boleh kaler sendiri bentuk idaman kening yang cun-cun. haha drama sangat i olz.


antara ke empat-empat kekdah ni, aku tak pasti yang mana satu berkesan. kekdah pertama aku buat dulu lama la jugak tapi hasilnya idok la memuaskan hati iolz. kekdah kedua aku buat tak lame sangat kot, kira tak gigih la. sebab aku geli beno bau lemak ayam tu. aku rela main getah kat rumah jiran dari melayan kening aku. *budak-budak remaja yang takde cita-cita nak jadi retis masa ni!haha

lepastu aku guna kekdah lendiran lidah buaya. pon sama aku tak gigih sangat. sebab leceh. leceh nak motong leceh nak p amek kat rumah jiran. sebab nanti abang adam perli sampai tertusuk hati. innalillah abang adam dah meninggal. :'(.

kekdah celak ni paling lama la aku guna. guna pon time g skolah. sebab nak nampakkan bulu kening tu wujud. ala-ala priti zinta kau p skolah. kau hado??. mase ni timbul la angan-angan nak jadi retis. eh nak jadi model kate kau mase ni! ape la hiba sangat impian aku tuu!!

lepas tu aku dah takde guna apa-apa kekdah. kekdah moden ke kekdah tradisional ke aku malas dah nak amek port. kira biakan je la. nanti-nanti je pikio. lepastu selang beberapa minggu yang lepas. aku baru perasan yang bulu kening aku macam sedang membiak. hoiii bia betul. aku perasan mase aku sedang mentepek bedak kat muka dalam surau mase tu.

aku happy nak melompat terus gtau ibu. ibu siap tanye ape kau dah buat??. aku cakap la aku pakai lelemak ayam tahun 2002 tu. sebab kekdah tu paling aku geli wei. haha!

jadi aku rase kekdah aku yang bertahun yang lepas, baru jadi tahun ni. boleh gitu?



gambar ni memang paling abes aku zoom. sebab nak nampak kan bulu bulu baru tu muncul. wakaka aku happppppyyyy nak mampos mase niii!! mcam nak gtau satu donia pasal bulu kening ni! bialah takde shape bagai janji hakak hepi tau. kepoh kat group-group wassap mase ni. wakakakakaka


so, aku rasa salah satu tips aku tu berjaya. tak tahu yang mana satu. guna je la semua kekdah ye adik-adik.




haha.