Monday, January 13, 2014

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE DAN KEBAB DAGING PALING SONANG DAN SEDAP hoii.

wehii, heloo...


jumaat lepas cek Nab kiter tu nak buat kek batik. OMG cek Nab masak ok. sila percaya!
sesampai sahaja aku kat rumah, cek Nab ajak beli barang buat kek batik ni. senang je gamaknye. bile aku tanye ade salin resepi??. beliau cakap ade dalam kepale.. fuyoooooo ngapal resepiii terkagom kejap aku. *padahal resepi senang jeee!. tu pon derhaka dengan resepi asal. hantam je sebab tak cukup sukatan. :p tapi menjadi juga la. sedappppp sangat!! big claps for cek Nab!!


KEK BATIK


BAHAN YANG DI PERLUKAN :


1 paket biskut marie yang besar. tak silap aku 200g
1 tin susu pekat
1 paket milo saiz kecik
2 cawan butter
1 sudu teh esen vanila



KEKDAH :

1. cairkan butter dalam kuali.
2. masukkan susu -sebati.


3. masukan milo. kacau sampai tak berketul-ketul. api tu sederhana sudah.


4. agak-agak dah sebati, matikan api!


5. masukan biskut. biskut ni ikut pada korang la nak pecahkan tahap berapa. cek Nab kita pecahkan 4 je. ade 4 ade 2. :p. aku rase kalu pecah tahap banyak-banyak tak berapa lawa pula corak kek batik korang kang.


6. mase mengaul ni, api dah mati tau.


7. masuk dalam bekas, dah tekan-tekan bagi mampattt! betul-betul punya menekan.
lagi satu. aku lupa nak alaskan dengan plastik or kertas minyak. sebab nak keluarkan die tu susah gila-gila. maka kena potong dalam Tupperware tu jugak. lepastu ibu ku menyingaaa "Tupperware hakuuuuuuuu abesla calo balooo". sabo je la hakuuuu -__-!~


SIAP!! masuk dalam icebox semalaman.



KEBAB DAGING 

kalau ikut tajuk entry, kebab daging paling sonang dan sedap. cuma tang gambar tu aku tak ambil step by step. 


meh la pakai resepi experiment aku ni. kira experiment success!. muehehe. ibu aku kate TAK PERCAYE SEDAP!!. saba lagi aku. -_-!



episod buat inti kebab ni la paling best dalam dunia. semua main cempak jew. :p

BAHAN :

3 keping daging burger cap RAMLI
1/2 biji timun -ikutsukasukihati
1/2 biji tomato -pon ikutsukasukihati
4 sudu besar sos berbeku hot&spicy jenama Knorr  -pon ikut sukasuki nak banyak ke sikit
secubit garam


KEKDAH :

1. goreng daging burger ni dalam pan leper macam kat kedai burger tuuu. pakai butter sedikit. goreng agak half cook gitu. kalau rajen boleh la grill.
daging tu di belah belah kecil. tak payah kecil sangat. sebab nanti dalam kuali kita nak cincang pakai sudip. *part ni macam pelik bunyinya. tapi cuba imagine. :p

2. timun di sagat.

3. tomato di potong dadu.

4. daging yang dah di potong kecik-kecik tu kita pindahkan pula dalam kuali. dengan api sederhana, masukan sos berbeku hot&spicy. kacau dengan sudip sambil tu kita cincang-cincang macam orang jual kebab kat pasor tu. haha. goreng sampai kering. ce rase sikit, kalau tak sedap bukan salah aku. :p

5. agak dah sebati daging+sos berbeku+garam. tutup api dan masukan timun juga tomato.

6. masukkan dalam roti pita yang boleh di dapati di pasaraya.

SIAP!!


mudah kan.. semudah ABC. :p


kebab memang fav. aku. actually semua makanan pon fav. aku. cuma aku ade satu sipat kepelikan, iaitu kalau sendiri yang masak aku macam tak berape nak hadap sangat. cube kalau orang lain yang masak or beli kat pasor, laju je pulak aku hadap. :p aku tak tahu ini harus di panggil sipat, tabiat atau penyakit?? :p



bai, selamat mencube!


1 comment :

ezy.fia said...

kek batik my pebrettttt!!!