Monday, August 17, 2015

PJJ/PLK LIFE : LOOKING BACK : SEMESTER 2/2015


Sem 2.

Kampus baru.

Environment cantek.

Jadual tak padat.

Lect best.


Kengkawan best.


Terpaling best kelas best.



LAW.

Memula nak kimiakan diri dengan subjek law. Feel like dying. U Better dying. Bhahaha. Berbeza masa diploma. Eh cop. Diploma dulu belajar subjek law pon rase nak mati. Aku ni siap buat pengakuan dalam iclass. Aku luahkan kat dalam grup dengan lect, aku cakap law dengan soul aku belum serasi. Memang btl pon. Aku tak tahu amende semua kejadian yang terjadi dalam subjek tu, amende sebenarnya law485 ni?!!. Until paper final pon aku masih blur. Tapi blur aku pun aku hapal je. Aku tetap study cam biasa. Tapi rasa kosong. Sampaila aku jawab paper law dalam dewan exam tu. Soalan mak aii boleh tahan mencabar. Memula aku rasa nak jugak giveup, bila tengok kekawan lain dah angkat kaki. Aku rasa nak nanges pun iya. Sebab tak boleh terima kenyataan aku tak boleh jawab langsung. Aku rasa aku dah hapal satu buku teks tu! But kenapa aku still tak boleh jawab!. Aku geram. Tahu tak ape aku buat dalam keadaan rasa nak give up tu?



Aku sandar pada kerusi. Aku tarik napas dalam-dalam. 3 kali hembus. Aku baca balik soalan satu-satu. Aku cakap kat diri sendiri, tak mungkin aku tak boleh jawab!. Sepatutnya aku boleh jawab!. Takkanlah dalam banyak-banyak perkara yang aku hafal tu tak satu pun yang keluar!! Begitu sekali aku syco diri. Alhamduillah sikit sebanyak boleh juga aku jawab.  Ko maklom je la. Kes berapa punya banyak kena ingat. Bila baca soalan satu-satu tak ke kepala ko berpinar mane satu ni, kes ape ni, bab ape ni, ko nak ape hah! Hahaha. Aku tak berapa nak ikut jawapan buku sangat. Jangankan buku, format lect aku tak berapa nak ikut sangat. Aku ikut je teknik aku sendiri. ewahh Derhaka betul. Bahahaha


STATISTIK.

Omenjey. Statistic..  kill with silence. Memang boleh jadi modus operandi kotla kalu aku mati masa tengah study statistic. Sedari dulu lagi aku memang tak minat subjek mengira ni. Aku tak pandai aku tak laju pon dalam mengira. Kalau ko letak parang kat leher suruh baca sifir 8, Sumpah aku tak boleh. Aku tak boleh jawab math dalam high pressure! Hahaha. Matematik SPM dulu stakat lepas credit je. Tu pun aku rasa dah cukup pandai sebab ape? Sebab dalam ujian ke pekse ke, even spm trial tak pernah lulus. Sila la percaya. Add math lagi la jangan cakap. Dapat 8E pon aku sujud syukur dah. Asal jangan 9G.. Harus percaya aku ni bukan asal budak bijak pandai pun. Tapi usaha nak jadi bijak tu ade. Baahahaa.







ni la kekalutan malam sebelum paper statistik berlaku. alhamdulillah lect aku best gila.  aku memang nyampah jawab bab probability. aku rase bab tu nganjeng aku. hahaha. sharing jawapan dengan kawan-kawan kat shah alam. dorang lagi sedih sebab dapat lect propesor. pepaham je ler. heee


Aku rasa sem lepas berakhir dengan sangat pantas. Mungkin aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Nak pulak GST lagi satu halnya. Lepastu nak closing account. Dengan pindah rumah sewa lagi. Haha. Haru biru betul sem lepas. Rasanya aku beria study masa 2 ke 3 hari nak final.



RESULT.

Tipula kalau aku tak target A. tapi rasa macam impossible je kau ni azi. Muehehehe. Jawab soalan pun alahai macam segan nak mintak A. mintak lulus je selayaknya.
Bedebar betul tunggu tarikh keramat 14 ogos tu!. Khamis malam tu aku tido awal lepas isyak cemtu. Sado jam 615. Nak bangun subuh. Tapi belek phone dulu. Omg bakpe banyak no noti ni. Rupa kat group dah kecor pasal result dah keluar jam 10 malam tu. Haha. Aku sedap tido. Aku pun bukak la emel. Scroll. Nampak la sipi-sipi macam 3.00. wow. Pastu eh kok kelabu mate ni. :p. berapa nombo sebelah 3 tu?. Bahaha


perasaan gembira tak terkata yang tak mungkin aku lupe!

Badan terus rasa gigilnye. Oii gila ke ape, betul ke ni. Cek no. pelajar. Cek nama pelajar. Eh ni aku ni. Nama ni milik jasadku. Ewah. 3.84?? ko gila ke ape..kenapa banyak sangat ni. Hahaha. Tula reaction pertama aku. Lebih kepada tak percaya. Lepastu baru Alhamdulillah. Tak patut betul. Terus wasep ibu. Rupanya ibu pon kurang percaya, siap boleh cakap “ko tak salah tengok ke?”. Bahaahahahaaa alahai mak aku nii ponnnnn.
Alhamdulillah.
Lepas subuh wasep lect law. Lepastu siang sikit wasep lect statistic. I is terharu.. Tak percaya sangat ni..



Kang ade yang cakap ala 2 subjek je boleh la score. Ewah. Kalau tak usaha ingat boleh score ke. Ko ni kecik ati aku tau. Hahahaha


*aku share kat sini bukan sebab nak menunjuk-nunjuk konon macam power je. tak sebenarnya, nak bagi semua geng pjj semangat!. yang nak sambung study as pjj pon boleh ambil semangat ni.. lagi satu aku pun nak mengabadikan happy momment yang amat jarang dapat! baru ni la aku merasa kegembiraan sebenar bila nama tersenarai dalam dean list!. jom berhuhuhu.




3 comments :

Han Hanni said...

saya dlu kalau subjek law, dah set awal-awal dalam kepala yang subjek ni payah..hahaha..
tu yang bengap sangat saya ni kalau bab law

Unknown said...

Tuan rumah...kalau nk let go notes n buku law dan statistic tu bgtau...sy brrminat

azi nur said...

notes ade tapi macam sambal belacan ayam penyet. bahahaha study sangatttt :p