Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

PJJ/PLK LIFE : TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

hai, hello...


biasanya bila dah habis seminar (tinggal 1 seminar je lagi) aku kene bersedia untuk bulan peperiksaan pulak. dan biasanya bila jadual dah keluar, aku akan keluarkan code subjek yang aku ambil this sem. lepastu kira gap antara subjek-subjek tu makan berapa hari.


tips yang aku nak share ni mungkin kekdah aku sorang je. orang lain aku tak sure cemana cara study mereka. sebab PJJ ni ko memang kena struggle gila. ade orang cincai boncai pandang remeh je study PJJ ni. aku tak ya. aku sangat obsesi dengan PJJ. ceewahh


1. BELAJAR AWAL


tak ramai yang tahu study awal ni boleh mengurangkan risiko kau gagap masa nak jawab paper nanti. kebanyakkan student suka study masa gap antara subjek. contoh subjek ELC dengan MGT gap 5 hari, ha time tula kau baru nak study MGT. aku rasa tak boleh kot kalau korang nak buat cemtu. MGT tu banyak gila kot ko nak kene hapal. samala macam QMT. kalau ambil masa gap 4 hari baru nak study. memag gila hebat pale otak ko hahaha.

so kalau tanya aku, aku suka study semua subjek awal. sebelum mula subjek paper pertama tu aku akan pastikan semua subjek aku sentuh. tak kira la sempat ke tidok. aku akan sempat-sempatkan jugak. so, bila gap antara subjek tu aku just buat revision semua bab. untuk subjek menghafal aku akan baca hari-hari sebelum tido. kalau boleh masa dalam dewan exam tu aku nampak sesatu mind maps yang aku buat tu kat kertas jawapan hahaha. syco gila pompuan ni. eh tapi betul tau. bende ko tengok hari-hari mesti ko boleh ingat punya. siap boleh tahu pen warna ape, bentuk ape..awan nano ke, pentagon ke. haha


2. TIDUR AWAL

aku dari dulu memang tak reti tido lambat-lambat bila esok nak exam. tak kira la paper petang ke tenghari ke. tetap jam 11/12 malam mesti kene tido. well, korang mesti paham kakak kau ni tak boleh kalau tido tak cukup nanti muka itam heeeeee. ade pulak yang tanya aku betul ke nanti muka itamm? hekeleh betul. -___-

kecuali time study week la. tu memangla kene tido lambat sikit sebab biasanya lepas subuh aku sambung membongkang bhahahahaha topap waktu tido :p. kalau time cuti lagi best. sampai 2 3 pagi masih study lagi. sebab esok kan tak kerja so bisa ajaaa membadak sampai tengahari. student life memang cemni uolss. untung belum kawen. besok dah kawen memang tak merasala nekmat cemni. tehehehee


3. TIADA PERBINCANGAN

ni pon pesen aku zaman study SPM kot. (sebab masa SPM baru serious belajo). sebelum masuk dewan exam aku memang pantang orang tanya pasal subjek yang akan dijawab nanti. pesen nervous lepastu nanti semua hilang. jem kepala masa jawab paper tau. i really damn cannot la. biasa kekawan ajak datang awal study sesama sebelum exam petang nye. aku eeish tak boleh. aku tak tahu la kenapa.

kalau sebelum bulan exam ko nak ajak bincang ke study group ke. aku boleh je. bila dah masuk minggu/bulan exam ko ajak aku datang group discussion memang aku ignore je bah. kekekee
aku rasa elok kekdah ni bagi mengurangkan kegelisahan. but, kalau ade bende kau tak paham bincangla. jangan ko blaja sendiri pastu ajaran sesat. no ya. aku banyak wasep lect terus kalau ade bende yang aku musykil..so senang!. accurate answer terus dapat. but nak tanya lect pon ade kekdahnye juga. entry lepas aku ade share. sila tengok-tengokla cara aku menanya pada lect yang mana soalan kau mesti lect akan reply punya! haa.. ade tips tau nak menanya tu!.

kekadang kalau ko datang time exam, kekawan sibuk bincang itu ini. ko pekak kan je la telinga. walaupun dalam hati rabak bagai dicarik-carik punya gelabah sebab macam kau tak study ape yang member ko bincangkan tu. padahal bende tu ko dah study dah cuma nervous tahap gaban ke tahap accident sampai lupa segala-galanya. so lets avoid people yang suka discuss seminit sebelum masuk dewan exam.

tapi kekdang kawan kau ni mendengki jugak. cakap kau mesti dan well-prepared, mesti terel ni. haaa stress juga tu. aku sengih jela. nak cakap tak bersedia macam menipu sangat. nak cakap dah bersiap..bongkak pulak. bahahaha. so, alhamdulillah.. tawakal i will do the best. good luck peeps!


4. EXAMINATION SLIP

log-in istudent portal untuk print slip examination 

ni pon ade kes banyak. slip tertinggal tah mana-mana. pulak tu duduk jauh-jauh. nak patah balik memang haram mampus tidak la dengan jem anywhere everywhere. ekekekeke. kalau ikut cara aku mudah je. aku print dua copy. satu lipat dalam matrik card holder. ade orang sayang nak lipat-lipat. aku dulu ya sayang jugak nak lipat siap laminate. bahahah SPM sangat!. tapi dah beso-beso ni lantakla. dari tertinggal kan. so lets lipat. satu lagi copy aku letak dalam dashboard kereta. misal kata la matrik kad aku tertinggal which is kat beg lain. (biasala pompuan banyak beg). so penyelamat ade, dalam kereta. walaupun sebenonye boleh je mintak Puan Syud (staff ined) print kan. kalau exam petang ok lah. kalau pagi. haa kemkabut dengan slip tak bawak, lepastu menapak pergi bangunan pentadbiran sane. eishh i tak sanggup. pernah sekali teman classmate, hahaha sakit kelengkang aku. melecet hahahahahahahaa

kalau nak selamat ikut je cara aku tu. if takde kad matrik pon takpe, janji kad pengenalan bawak. mustahil pulak kalau kad pengenalan pon kau tertinggal. kikikiki.


5. NAMA LECTURER

biasanya bila dah print slip exam, aku akan tulis sesiap nama lecturer kat sebelah subjek yang kita ambil tu. kadang lect ni pon sensitif bila nama salah potong nam markah hahaha. walaupun aku tahu lect tak macam tu pon. saje je die nak kita make sure alert benda yang kadang korang nampak remeh.

boleh ke conteng kat slip exam tu?
ye la boleh, setakat nama lecturers je pun. lainla kalau kau tulis formula ke, code rahsia ke. tu dah sah-sah kene penyepak dengan pengawas exam.


6. JAGA MAKAN

aku ni perut sensitif kalau exam. nak-nak pagi. pagi jam 9 tu memang time aku memerut. dapat pulak exam subjek pagi jam 9.15 ha amek ko. dah lettew lepas 30 minit baru boleh keluar dari dewan exam. ko bayang la 30 minit tu hazab tahan bontot nak berak. hahahaha. last sem weii, terseksa batin aku. lepas 30 minit je aku terus zapp pergi jamban. lama engko memerut sampai pengawas cari aku kat jamban. ape ke gila hazab aku mase tu. dalam kepala dah pikir mesti tak sempat ni buat essay. (subjek ELC masetu). pengawas siap tanya sakit perut ke? eh tak la saje cari ilham dalam jambann.. hahahahahaha keji noh kalau jawab cemtu. ye la puan pepagi perut saya ni memang biadap sikit. :pp

okla sampai disini sahaja la tips yang dapat aku list kan. kang ade lagi aku update dari semasa ke semasa k!. heee


bai!

credit pictures : google


Sunday, August 14, 2016

ALOVERA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING?

Hai helloo...


Sambil layan infinite challenge sambil taip entry baru. Buat mase ni aku up la story yang tengah hits kat blog aku ni untuk merancakkan lagi jumlah viewer *ambil kesempatan :p. Antara pencarian yang terpaling hits ialah TIPS MELEBATKAN BULU MATA/KENING. Boleh dikatakan hari-hari jugak orang ramai membuat pencarian tentang tips begini. Ingat aku sorang je yang ade masalah bulu kekekeke.


Last entry mengenai bulu ni, aku ade cerita kening aku dah mula bebulu dah nampak anak-anak bulu yang baru nak timbul. BUT, Tak lama lepastu bulu dah takde tambah-tambah kat hujung kening tu ha botak ahhh senang cerita. Tak tahu aku kenape. Mungkin sebab aku pakai produk-produk kulit yang boleh menjejaskan pertumbuhan bulu tersebut??


This time aku gigih balik nak buat kekdah natural je. Pakai alovera. Dulu aku pernah juga buat pakai alovera tapi tak menjadi. Now buat balik dengan harapan umur-umur cemni serasi la gamaknye hahaha.



Alovera ni aku ambil kat rumah atokwan aku. Actually atok aku yang potong hahaha. Aku mane boleh masuk kebun! :p. Balik dari rumah atokwan, ibu pulak tolong siang kan. Huntung ke tidokkk. Senang masuk dalam bekas nak guna nanti cedok sesikit. Teksture alovera ni macam yang korang tahu memang sebijik macam hing*& kenn. Hihiiii. Geli juga tapi aku seronok ah buat main bende ni liat-liat. Nak siang alovera ni ko kena hati-hati sebab licin. Aku tak berani nak buat. Tengok ibu aku buat pon aku ngeri takot tesiat tangan kang tak sedo. Lagi satu tips, kulit alovera yang hijau tu kalau boleh kasi bersih ilang terus sebab itu penyebab gatal dan miang. Lepas dah bersihkan, ko gunting-gunting je dalam bekas sampai keluar lendir die tu. Kalau pakai pisau macam susah pulak sebab licin.


Kali ni alovera aku adun sebati dengan minyak zaitun untuk sapu dekat kening dan bulu mata-bajet nak lebat agagaga. Jadi ayuh sesama kita cuba k berjaya ke tidak kali ni. Kekdah tradisional cemni ko kene try and error tak semua jadi kat kita, kadang orang lain buat mujarab time kite yang buat jadi hampagas dan sia-sia—paham aku perasaan macam ni. Maklomla aku banyakkkk dah try and error semua kekdah tradisional dan masih lagi terus terusan mencari ape lagi kekdah yang boleh digunakan atau ditambah baikkan. So korang tak payah nak memarah aku cakap tips ni kolotla poyolah hekeleh betul. Hahaha. Kecik ati aku bace komen korang. Tapi nak buat macam mana, blogger memang salu kene hantam eh tetibe luah perasaan. ekekekekee


Selamat mencube! Baiii..



Friday, March 18, 2016

MAKE UP HARIAN.

hye hallu...



harini macam terpanggil nak story pasal daily makeup aku hehari pergi kerja. dulu tak gigih pun nak solek bagai. tipu. tehehehee


sesejak dah reti lukis kening ni rasa macam wow layak dah kau azi bukak kedai andaman. kahkahkahkah. kalau ingat la post aku yang lepas mengenai warna lipstik, aku adelah letak sipi-sipi muka aku. ecehwah malu lew lame tak tepek muku sirik dalam blog sirik *mate keatas


well harini siap awal-awal lepastu kumpul barang makeup yang wajeb tepek kat muka setiap hari isnin sampai sabtu. ahad bebas makeup bagi kulit berehat *muntah. macam hebat je cakap 'barang-barang make up' padahal bende biasa je. aku kan simple je orangnye. so, lets la tengok ape yang aku ade dan selalu guna.



tu dia, ni adalah bende biasa kau tengok kat tetepi jalan ade jual, dalam mall dalam tesco ruangan alat solek yang takde pintu kaca berkunci tu. tehehehee. aku pesen nampak lawa dan rasa layak dengan harga untuk dibeli dan diguna, aku sebat jek. tidak menitik beratkan brand etc etc. konsep aku mudah sahajorkan. aku memang peminat tegar silky girl & garnier dari zaman sekolah lagi peminat nombol 1. sehingga kini masih lagi suka. lipstik dorang pon dah banyak upgrade setanding jenama-jenama yang berjenama.



paling aku suka guna ialah eyebrow crayon takde jenama lupa beli kat mana. ade dua bahagian (2 in 1). satu untuk eyebrow/eyeliner dan satu lagi concealer. mudah, practikal dan seronok bila menggunakannya. rase nak lompat bintang je. yang kedua of course aku suka matte lipstik dari silky girl. trust me best gila oke. warna pon wow sangat. kengkawan aku suka tau ngecek lipstik aku. :p



silky white dari silky girl tu actually BB 2-way powder+foundation code 01 light. keadaanya agak berat sikit kalau sapu kat muka. tapi kau mesti suka sebab die menutup cela-cela yang tersembunyi. rasa kulit nampak gebu dan wow silky sangat. biasanya lepas aku sapu silky white aku akan ratakan balik dengan compact powder dari garnier code ivory. sapu nipis untuk menutup kepalsuan yang ketara. kahakahkah kepalsuan ayat apakah itu.



dan ini adalah hasilnya. setelah berhempas pulas selama kurang 30 minit untuk make up sahaja. pakai tudung 5 saat je dah setel. tehehehehee





belah kiri ni gambar dari rumah, siap je terus selfie tu yang rase macam bajet je muka kau azi senyum macam tu. ni kalau tunjuk kat mak aku mesti dah muntah hijau. hahaha


sebenonye bila plan nak letak gambar dalam blog terus je jadi tak reti bergambar lepastu rasa lukis kening pon macam non-jadi. kalau sebelum ni elok je pulak. penyakit betul la. setelah 50 keping maka aku pilih je la yang terbaik tu. ade yang kurang elok siap jelir lidah takot kang kene kecam. hahaha.


gambar belah kanan masa kat ofis. sampai je terus selfie dengan harapan jadila barang sekeping yang elok sikit. lawak betul la. rasa awkward nak letak gambar sirik dalam blog. muahahahahahaa. perasaan betul!





dan ini ialah barang yang wajeb bawak pergi opis untuk touch up lepas solat. beg zip tu pemberian mokde. sebelum ni buat isi earphone. mokde mesti suka ni kalau tengok aku memanfaatkan barang pemberian olehnye. kekekekee


eyebrow shadow tu wajeb la bawak uolz. aku pesen tak confident nak bercakap dengan orang kalau tak tepek bende tu. rasa botak je. maklomla kening aku tak berapa nak merimbun. nak buat kekdah yang aku pernah share dulu pun memang idok rajen la. kekdah tu pokoknye kene rajen buat baru nampak hasil.


kebiasaanye jugak, pagi pakai matte lipstik. bila petang dah cuci cuci muka. pakai je lipcolor balm dari silky girl jugekk la korang dah tu je jenama fav. aku kan. tengokla nanti kalau aku dah jumpe jenama yang lain lagi serasi aku share oke~





thanks for reading this entry!! :))


Wednesday, February 17, 2016

WARNA LIPSTICK YANG SESUAI UNTUK WANITA BERUMUR.

salam and haii..


Harini mari berborak mengenai lipstick. Aku antara berjuta rakyat Malaysia yang menggemari lipstick. Kalau keluar rumah tak pakai lipstick rasa kurang confident nak bercakap dengan orang. Rasa macam muka buruk beno. Cemtu sekali.


Zaman sekolah dulu memang bangga bawak lip balm kehulu kehilir, lepas solat kat surau sekolah wajeb ni keluarkan lip balm sesambil nak tunjuk kat geng lain yang kami ni geng bibir basah. Bhahaha keji pangai zaman sekolah ye.


Bila dah bekerja dan berkerjaya lagi menginjak dewasa ni baru berani nak pakai lipstick yang berwarna merah, pink, nude etc. Tapi belum lagi tahap tergamak nak pakai lipstick kaler purple. Rasa macam bedosa dengan diri sendiri sebab bukan kategori fashionista kang kene nista dengan orang sekeliling ade yang kene pulau keluarga aku nanti.




Ni antara lipstick fav aku. Selalu pakai. Tak payah guna ‘antara’ kat situ hakikatnya memang ade 3 bijik ni je ha. Mungkin sebab aku bukan jenis kalau Nampak lipstick terus meroyan nak beli atau mungkin aku bukan jenis wajeb beli tetiap bulan selepas dapat gaji. Aku mengaku dalam kumpulan wanita yang berinovasi. Beli 3 jenis kaler lepastu kite mix and match kan, tambah blusher tambah eye shadow letak sedikit foundation haaaa tak ke jadi warna-warna baru. Aku pun baru dapat idea ni sesaat yang lepas. Boleh tahan bernas otak aku ni muaahaha. Lepasni kite sesame cuba k!. Jimat dan menjimat kan dengan keadaan ekonomi tak menentu sekarang ni. Aku merasa zaman kaya raya masa jadi full time student jek. Kaya raya dengan PTPTN, takde kelas je merayap g Melaka Parade sane, soping kasut soping baju macam hari-hari hari gaji. Kalah pak menteri olz. Zaman sekarang aku tak tahula, katanya student pun tak cukup makan. Yeke? adik aku tak minjam PTPTN jadi die kene mengemis dengan femly. Kejii ayat mengemis tu. Dulu masa belajar boleh dikatakan hehariiii makan kfc, mcd tu je nak diulang-ulang. Tetengah malam kalau tekak tingin nak kfc laju je kaki sewa kereta pergi jasin semataaa sangat!. Sekarang dah kerja baru tahu susahnya nak keluarkan duit sendiri kan. Kalau tingin kfc tetengah malam terus solat tobat. Muhaahaa. Ok dah melalut. Aku kalau melalut boleh tahan panjang lebar.



Berbalik cerita lipstick. Wanita ni bila dah menginjak ke usia semakin emas dan menawan (ayat sedap) tak lagi gemar pakai makeup yang dasyat-dasyat mereka memilih untuk solek nipis. Macam aku ni takla dalam kumpulan emas. Tapi dah hampir mencecah 30 suka solek nipis je. Lepastu kalau boleh bab lipstick tu yang paling ditekankan. Jadi warna lipstick apa yang Nampak  natural untuk wanita berumur?. Mungkin kita boleh suggestkan ibu ke makcik-makcik kita. Macam aku sendiri, risau tengok ibu tak pakai lipstick. Ibu kate leceh dan tak kena. Sapa kata wanita berusia tak layak pakai lipstick. Wanita berusia ramai kot yang bekerja. Lets tengok warna lipstick natural yang sesuai untuk mereka!







Beige / Natural
Coklat cair atau beige antara pilihan favourite ramai wanita berumur yang bekerjaya.  Sangat-sangat sesuai dipakai untuk ke pejabat nampak classy, confident bila bertemu client.





Light Peach matte
Lipstick sejenis matte sekarang memang tengah in. Aku sendiri menggunakannya. Seronok sebab  warna tahan sampai petang even malam pon. Warna light peach matte misalnya, memang nampak natural dan ceria abes sebab matte ni nampak bibir kita soft dan suci tanpa dosa. Getew.






Pink matte
Kalau  nak nampak lebih natural warna bibir, dicadangkan menggunakan warna pink matte. Selain nampak lembut bila dipandang pun takla suram je. Adela semangat sikit bila dipandang. Hehee







Light Red + Purple
Warna ni bagi aku sesuai untuk pergi dinner dengan kawan-kawan atau dengan keluarga. Nampak elegan dan keterlaluan sangat warnanya. Dipadankan dengan pakaian dari rona hitam sudah tentu menarik lagi tertarik! Dah tentu suami semakin sayang. Tetibe.

Pengenaan lipstick yang sesuai dengan usia sering kali mudah mencuri pandangan orang sekeliling. Sesetengah wanita suka ber experimentasi dengan makeup.

Bagi aku dengan secalit lipstick mampu menaikan seri wajah bagi menampakan imej yang confident, ceria dan bahagia. Ingat bukan sahaja bibir kene Nampak lawa. Mulut pun kena wangi. Baru boleh join group pompuan mulut cantek. Kekeke.

Ok korang berjumpa lagi di lain topic!!


Tuesday, December 24, 2013

CERITA PASAL MELEBATKAN RAMBUT.

hello,


perempuan memang sangat menitik beratkan soal penjagaan rambut. ada yang sanggup berabis duit semata-mata untuk berjumpa dengan pakar, ada juga yang sanggup SMS ke Yun Nam Hair Care dek kerana terpengaruh dengan rancangan tv 'Belaian Jiwa' *haku lettew.

aku percaya ni bukan rambut sebenar...ehehee


hitam sangatkan rambut beliauuu. 

aku sangat-sangat-sangat suka dengan kelebatan, kecantikan dan kekilauan rambut Anzalna Nasir. siapa tak kenal, pelakon yang aku kategorikan SANGATTT CANTEK!!. die tu cantek gila kan. aku bekenan betui dengan pompuan tu. pompuan..... haha :p. aku ngaku la, aku antara follower Anzalna Nasir di IG. follow je komen idok. aku tak suke sebnonye nak follow-follow retis ni. aku dah cakap dah dengan jari aku jangannn...tekan button FOLLOW  ig Anzalna. tapi apakan daya, saraf-saraf dalam jari ni yang menekan button tersebut. :p


kalau korang tak caye moh terjah ig anzalnanasir88 kat situ pon ramai dok muji kecantekan rambut beliau. sekarang anzalna sedang bercuti bersama keluarga beliau. 2 hari lepas di Amsterdam. kecian si hanifzaki kena tinggal. nampak tak haku follower tegar beliau?


aku pon pompuan yang menhadapi masalah kekurangan rambut iaitu bahasa lainya gugur rambut. sampai trauma taknak sikat. beli sikat baru yang jenis 'gigi jarang' tu sebab bagi firasat aku mungkin boleh mengurangkan kuantiti rambut yang gugur. :(. ibu aku cakap kalau dah beranak nanti rambut lagi gugur banyak. aku yang tak beranak ni pon dah gugur banyak besok kalau beranak sure je botak kepale aku ni nanti. :p. banyak jugakla produk yang aku dah try. tapi semua tak jalan. syampo ni banyak bahan kimia. kadang tu kalau tak serasi kepala aku jadi gatal lepastu timbul ruam-ruam merah kat kulit kepala ade juga pimple. every week kalau balik mesti suruh ibu treatment rambut aku. sapu minyak zaitun kat kulit kepala. bila berlaku keguguran rambut, maka kuantiti rambut pon makin kurang. makin hari makin kurang. ade pulak jenis rambut baru tak nak tumbuh-tumbuh.


apa yang kita perlu jaga ialah liang rambut. bila ianya tersumbat lantas anak-anak rambut yang baru tak boleh tumbuh. sebab apa tersumbat? sebab adanya kelemumur atau plug yang menyebabkan keradangan. bukan aje gigi ade plug k. ehehe. oleh itu rajin la mencuci rambut. nak cari syampoo yang sesuai dengan kulit kepala pon satu hal kan. kadang tengok iklan model kemain sikat hari pertama sebelum pakai produk XX banyak gugur. hari ketujuh omakaiii 2 3 helai je. haku pulak day 1 - day 7 kuantiti gugur tu same je. stress. eh eh ehh stress juga penyebab rambut gugur tau. mungkin juga faktor usia?.


dulu aku rajin sapu minyak rambut herba hasil kajian bebudak UIA. minyak tu super busuk. tapi gigih juga nak letak kat rambut dek jaminan rambut kekal sihat+lebat. oleh sebab susah nak dapat produk tu maka aku berhentila pakai minyak tu. kesannya agak baik atau memang rambut aku lebat mase tu. aishh masa ibu beranak kan aku dulu rambut aku super lebat gile. lebat dan hitam. ni dah tua-tua asal macam makin sikit....kadang-kadang aku rasa aku ni kene penyakit kecelaruan hidop. ehehe


hal-hal remeh macam ni pun aku suke ngadu dengan ibu. ibu pon layan je. ibu yang sapu minyak zaitun lumur satu kepala. haha. lepastu ibu bagi idea yang pati santan juga mampu melebatkan rambut. wow! apa lagi terus la beli kelapa parut then perah sendiri. opps perah pulak kan..blander je dengan air panas sikit lepastu tuang kat tapis. tunggu 2 3 minit camtu. sudu pati santan yang kat bahagian atas tu. yang berbuih-buih tu la patinya.



*make sure santan yang kita dah perah tu, kita tapis berkali-kali bagi hampas kelapa tu betul-betul hilang. tak tak derita ko nak mencuci rambut. ehehe


lepastu lumur kan kulit kepala. mintak bantuan adik ke kakak ke. kalau semua taknak layan. uolz siram je atas kepala lepastu urut urut sikit kepala tu. biar masuk dalam liang-liang rambut tu.



bungkus kepala tu dengan towel dalam sejam.


kekdah tradisional ni kita sendiri kena rajin nak buat. bukan sekali buat terus lebat. kenalah konsisten buat dalam seminggu sekali ke. samada anda rajin atau tidak je. so far rambut dah makin ok lebat pon lebat cuma kene rajin lagi hari ke hari. sihat dan gemok rambutnye. kuantiti gugur pon dah kurang.


so, selamat mencuba.


Thursday, December 12, 2013

RUANG IDAMAN KELBU.

hello,


harini kita sambung ya part ruang tamu, ruang santai/istirehat dan pilihan meja makan. happy-nye nak share ruang idaman kelbu pilihan hati kononye. :p

RUANG TAMU

untuk living room atau bahagian ruang tamu aku masih lagi ingin menetapkan konsep perabut yang minimalis!. ruang tamu sudah tentu menjadi tumpuan bagi tetamu yang berkunjung ke rumah dan ofcoz menjadi pandangan pertama selepas buka pintu masuk. jadi harusla menitik beratkan ruang tamu yang tidak nampak messy yang crowded yang agak tak selesa la senang cakap.


aku tidak mengimpikan ruang tamu yang besar. sebab ruang kalu besar ni kene letak perabut. bila salah pilih perabut dah tentu ruang tu jadi macam crowded. kalau tak letak perabut pulak, nampak terlalu kosong. jadi macam mana kita nak mendeco bahagian ruang tamu yang besar tapi tak mahu sarat dengan perabut ya?



biasanya ruang tamu di gunakan time tetamu datang rumah je la. ade rumah sampai 2 3 ruang tamu kan. kalau kat rumah atok aku dulu makcik aku siap bagi nama setiap ruang tamu. ada ruang tamu theme autumn in my heart la, winter sonata la. dulu kan pemes bende-bende gini. haha jadi untuk ruang tamu aku nanti pemilihan sofa tu kalau boleh aku nak dari jenis yang macam ni. lembut dan empuk. sofa yang tidak terlalu besar. meja yang tidak terlalu besar, tapi kalau tetamu nak minum kopi kena bangun angkat sendiri la. takpe exercise sikit :p . kalau sofa macam ni boleh memuatkan 10-11 orang tetamu. ok kot?. kalau nak duduk bawah pon ok ade karpet bulu-bulu tuu. :p

 tivi pula dari jenis yang tergantung macam tu. kalau tak letak tivi pon takpe letak sejambak bunga pon dah berseri. idok la letak pokok pisang :p. yang paling penting padanan warna cat dinding dan perabut. sebab warna-warna ni mempengaruhi mood ; suasana. 


ruang tamu yang macam ni nampak lembut je kan. dari langsir ke sofa satu kaler. tapi idok bosan ke aku nanti? :x


kalau ruang tamu tak berapa nak besar. gaya macam ni pon ok dah. letak cermin besar dekat belakang sofa nampak ruang ni macam luas je. tips dekat sini, kalau ruang tamu tak cukup besar. lebih la elok pakai meja jepun macam kat atas ni. meja yang rendah menampakan ruang tu lebih relax dan tak sarat. meja untuk tivi pon jenis yang ringkas.

sofa pula dari jenis yang rendah-rendah kecik cengini. bila ada tetamu yang kena duduk bawah idok la nampak janggal. kalau sofa besar gabak tetibe ada tetamu duduk bawah macam tak kena je. yela nak letak sofa banyak-banyak ruang pulak terhad. so, langkah bijak dengan meletakan sofa yang minimalis! :)


aku ni kadang-kadang suka kalau duduk bawah je. macam jepon. hihi. aku rasa kalau duduk bawah tu macam selesa sikit kot. boleh bersila bersimpuh etc. lagi satu kalau duduk bawah ni banyak space. idok la berebut nak duduk kat sofa. 


what say u? :))


RUANG SANTAI

ruang santai dalam istilah aku ruang dimana tempat keluarga kecil bersantai berlepak-lepak. wujud pemisah antara ruang tamu dengan ruang santai. evento ruang yang ada tu kecik, aku nak jugak bahagi dua bahagian. ruang tamu dan ruang santai. wajib ade ni ruang santai. sebab kat ruang santai ni tetamu tak nampak pon apekejadah kita buat dan tetamu tak la bersuka suki duduk kat ruang santai ni. dan aku pulak idok la bersuka suki duduk kan ruang tamu tu. kira ruang tetamu adalah untuk tetamu. dan ruang santai adalah untuk diriku dan keluarga kecil ku. :p. panjang istilah aku kalah wikipedia!


ruang santai idaman kelbu sudah tentu nampak santai dan tidak penuh dengan bende-bende yang tak sepatutnya ada. nanti pening pale haku. hehee. oleh sebab kat google takde pilihan gambar yang kena dengan citarasa, maka aku gambarkan je la ek.




tapi tidak jugak. ruang santai yang aku gambarkan hanyalah satu space yang kecik sahaja. tidak la besar.
dinding ruang tersebut berwarna unggu gelap/unggu terung dan ada 3 keping frame gambar bercorak geometri berwarna kuning terang. dengan hamparan karpet berbulu dari warna unggu gelap. beberapa biji bantal empok besar dan kecik berwarna unggu dan pink. hanya ada sebijik tivi takde astro pon takpe. mungkin adalah beberapa buah buku di dalam rak meja tivi yang minimal. ni baru santai. :) kite boleh baring-baring tengok tivi. boleh makan depan tivi. boleh juga jadi sudut bermain dengan anak-anak :p etc. 


meja tivi yang minimalis.  :)


macam rasa nak ada kerusi ni sebijik la. lepastu berebut. sape dapat die punya. :p



atau ni?


MEJA MAKAN

sebenarnya meja makan idaman kelbu aku bukanlah berbentuk empat segi. aku lebih suka berbentuk bulat atau empat segi tepat. tapi bentuk empat segi juga nampak macam smart je kan.


kalau bentuk bulat tu kan firasat aku mengatakan macam senang je nak ambil lauk pauk. sebab ianya di susun secara membulat. opkos tangan tu sampai je kalau nak ambil udang yang kat depan tu ha. kalau meja berbentuk empat segi memanjang. maka lauk pauk disusun secara berbaris. lagi satu hal pulak kene buat sampai 2 hidang. bab ngambil lauk pauk ni memang aku harus titik beratkan. :p


tapi tak berdosa kalau aku nak tukar-tukar. :)





nampak macam ok la. hehee. kalau keluarga besar mari, kita bentang je saprah makan kat bawah. takpon g makan kodai. mehehehe. 

ok. tamat.

samada ruang rumah kita besar atau kecil. asal kene dengan gaya yang sesuai dan pilihan perabut betul, maka ruang tersebut menjadi ruang yang di iktiraf dunia *tetibe. pilihan dari segi perabut dan warna cat/kertas dinding adalah sangat penting juga. oleh itu marilah kita bersama-sama berangan-angan mendeco rumah idaman kelbu. ehehe.



Tuesday, June 4, 2013

TIPS : BELI KERETA PROTON SAGA 1.3 FLX EXECUTIVE PART 2

entry tanpa gambar

hye...

lame dah nak sharing pasal beli kereta ni SECARA SERIUS hurup besar disitu..haha sebelum ni aku ade share sikit kat entry ni....


KERETA PERTAMA BUKAN IDAMAN PON..


dah masuk bulan ke-3 aku pakai kereta Proton ni..meh aku share sikit pegalaman aku dari mula sampai la sekarang ni..hehee

biasanya la kan...tak tahu la kalau korang..pada aku, orang yang nak beli kereta ni sudah bersedia dari segi mental dan duit poket..yela kalau takde duit masakan dapat membeli sebijik kereta ye tak..dan kerja yang stabil..juga gaji yang mengancam..gituu..

aku start bersedia nak beli kereta baru ni bulan 12/2012..aku suarakan keinginan aku ni dekat abah la opkos..kemudian abah pulak mintak slip gaji aku...aku pon keja hampir 4 tahun kan..so, aku dah bersedia..YAKIN!! hehe

bagus sebenarnya kita bebincang dengan orang lebih berpegalaman ni.. sebab dari gaji bersih aku tu abah tolong tolakkan duit:

1) sewa rumah
2) belanja rumah (makan minum air api etc etc)
3) belanja diri sendiri
4) bil tepon 
5) PTPTN
6) mintak kereta (kereta lama)

kemudian abah tolakkan bajet berapa kene tolak untuk kereta . contoh :

anggaran duit kereta bulanan
anggaran duit insurans dan roadtax setahun 
maintanance (service )

untuk aku yang memang zero dalam bab beli kereta ni..aku banyak tanya pendapat dekat Forum..mane-mane forum yang berkaitan dengan kereta aku tanya..sebab lagi bayak input yang kita dapat lagi bagus dan sangat berguna nanti tak la kita buta sangat pasal kereta ni..hehe..nak-nak aku beli kereta baru fresh dari kilang..mihmihmih

lepas selesai perbincangan..baru la abah bawak aku pergi kedai PROTON dekat kulai besar..dekat je dgn rumah. senang sikit.

alhamdulillah layanan sangat puas hati..step by step salesman bagi terang..sebelum sampai dekat proton tu, aku kat opis dah ready dengan soalan-soalan yang bebuku-buku..haha..yela aku kan zero...elak kene tipu je..konon laa...mane ade PROTON menipu ken..

see, orang yang zero tanye..tah pape je aku mase tu...yang penting memang banyak la aku tanye..xpe, kite tanyeeeeee jeeee ape yang berbuke dalam kepala otak kita ni...at least, puas hatiii sangat! hehe

lepas soal siasat dan bedah siasat atas kereta saga tersebut kami pon berbincang balik dengan slow..sebab penat..salesman siap lap penuh jantan merembes-rembes dek melayan aku punya soalan macam jawab pekse SPA katenye..tapi dorang sporting...atau terpakse??..haha

aku jugak mintak salesman tu kirakan anggaan bajet aku yang bulanan aku hanya mahu RM 500.00 sahaja...so, salesman tu pon keluarkan la jadual bayaran...untuk 5 tahun, 7 tahun dan 9 tahun..

oleh sebab kerakusan aku mase tu nak sangat amek yang full spec, aku pon suruh die kirakan untuk full loan...berbekalkan diploma. hehe beli kereta pakai sijil diploma ok..sebab nak buat full loan. aku pon tak paham apa perkaitannya...lupe sudah.

abes je perbincangan, kami sepakat la untuk ikat perjanjian selama 9 tahun. ada sebab kenapa aku ikat 9 tahun..ade untung ade rugi ade baik ade buruk..kita kene yakin dengan keputusan yang kita buat...sepanjang perbincangan harusla banyak berselawat moga urusan kita di mudahkan dan yang penting diberkati...

alhamdulillah sepanjang proses aku beli kereta ni ...mudah dan smooth..hehe..aku ikat 9 tahun sebab aku nak sehidup semati pakai hok tu je..aku ni pulak jenis setia..ceewah...lagipon bayaran bulalan lebih rendah..

kalau ikutkan nak amek 7 tahun, tapi bajet tak mengizin kan pulak untuk bayar bulan-bulan tu..bajet aku kan tadi RM 500.00 maximum..padahal kalau 7 tahun cuma RM 517.00 sahaja..tapi RM 17.00 tu tak dalam bajet aku..hahaaa

segala urusan dokumen semua aku dah bagi dan dimudahkan sangat-sangat walaupon ade kelam kabut sikit..hehe..apa yang kita perlu beri untuk urusan loan (Bank) ialah :

1) kad pengenalan
2) lesen memandu 
3) sijil diploma
4) slip gaji 3 bulan 
5) penyata KWSP
6) surat pengesahan kerja
7) dokumen penjamin - jika perlu (slip gaji/penyata bank 3 bulan penjamin)


oh ya, lupa nak bagitahu..mase aku beli SAGA FLX 1.3 Executive ni, salesman tak mintak deposit, sebab kita buat full loan kan..tapi, lepas tu HQ PROTON keluarkan arahan untuk mintak deposit RM 3,000.00 dekat semua branch-branch Proton untuk saga flx executive sahaja..kalau standart tak perlu...jadi secara tak langsung aku tak buat full loan. sebab perlu keluarkan deposit ye dok?

alhamdulillah, simpanan aku yang memang bertujuan untuk beli kereta dah sangat mencukupi...jadi tiada masalah dalam pembayaran deposit tersebut...aku nasihat kan kawan-kawan yang nak beli kereta ni, kene betul-betul bersedia..akaun simpanan yang perlu lebih dari cukup...aku nasihat kan diri aku supaya, 'jangan ada duit cukup-cukup'...sangat bahaya...sebab kereta memerlukan pelaburan yang besar. abah aku kata, selalu orang-orang yang ade kereta ni sangkut bila nak bayar roadtax dan insurans..insyallah aku pegang kata-kata abah supaya aku tak jadi orang-orang yang dimaksudkan...

ok, aku share sampai sini dulu....part yang akan datang aku nak share pulak pengalaman aku buat loan kat Bank Islam dan Public Bank Islamic..eh kenape ade 2 bank pulak?...tungguuuu part seterusnya...