Showing posts with label tambah baik dalam kereta flx standard. Show all posts
Showing posts with label tambah baik dalam kereta flx standard. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

TEST DRIVE : PROTON SAGA FLX SV dan AKSESORIS BELIAU.

hai..

ni cerita basi lame duduk kat draft :p, tapi baru nak publish harini.


aku dah testtt drive pon saga sv. ok la same je rasenye tu. yang jadi tak same atmosphere nye je. ye la bawak kereta orang lain mane nak same macam bawak kereta sendiri ye dop?. 


ramailah yang dok tanye sini ape kekurangan sv kan kan kan. sini aku gitau dengan jujurnya. dari apa yang aku selongkar dekat kereta 'si pemilik kereta ni' *nama di rahsiakan.



Accessories yang TAK ADA

1. coil mats tu di ganti dengan carpet mat. 


yang ni kita panggil coil mats. kalau carpet mats tu die takde bulu-bulu tu. macam carpet. carpet yang biase tu. aku lupa nak ambil gambar carpet mats tu camna. ce korang google. yang gambar atas ni si pemilik kereta dah beli coil mats baru. 


2. first aid kid 

3. safety triangle 

4. luggage tray 


ha kosong cenggini kat dalam bonet tu.


5. door visor dan tinted window 


asalnya memang takde. tapi pasang sendiri la kat kedai. ni tinted tahap tak lepas JPJ. tapi ade warranty 5 years. kalau dapat saman g bagi kat kedai buat tinted ni. pepandaila die uruskan. yang penting surat saman tu simpan bagi kat kedai buat tinted tu. kite tak payah keluar sesen pon duit. katenye.  

6. trunk lid cover 


yang belah atas tu takda cover.

7. muffler cutter pun takda


dari segi Features yang ADA.

1. tilt steering

2. central door locking

3. alarm and keyless entry remote

4. front and rear power windows

5. reverse sensor

6. immobiliser 

7. audio system (radio cd, mp3 player) kalau  EXEC dan SE (radio cd, mp3, usb, aux player)

8. passenger's airbag

9. driver's airbag

yang TAK ADA pula.

1. ABS with EDB (kalau pasang dalam 1.5k tak silap) yang ni aku tak sure ade ke tak. sebab mase start enjin, aku tengok kat bahagian atas meter (dashboard) simbol ABS tu menyala. so, ade ke tak?

2. steering wheel with audio switches (button kat stereng tuuu)


macam kat stereng tu. 
ni aku gledah gambar lame pasal aku pergi mengundi tahun lepas. gambar pon tak full janji ado je la aku malas nak ambil gambar baru :p. belah kiri untuk button tukar mode kepada radio ke cd ke mp3 ke etc dan button 'next track or previous track' *sembarang je aku bagi name...janji engkorang paham. belah kanan pula button high and slow sound dan button mute
nampak tak petak 4 segi bawah stereng tu *refer gambar kabur tu.. ha tu la  electric door mirrors .  seperti gambar dibawah.


kalau kereta dari overseas bende ni kat pintu driver tu. 


3. electric door mirrors (button adjust cermin sisi)

4. rear spoiler (yang kat atas pintu bonet tu)


ni yang asal.



ni yang dah di letakan rear spoiler tu. bende ni kene tempah dalam seminggu camtu baru dapat. 

5. side protector moulding (ni yang kat pintu belah bawah)

6. front fog lamps (spotlight tu.. yang 2 ketul kat depan belah bawah)

dari segi chasis pula Tyre/Wheel size untuk SV 175/70R13-Steel sama macam FLX Standard kalau Executive 185/60E14-Alloy. kalau SE 195/50R15-Alloy

si pemilik kereta ni tukar terus semua jadi R15. haha ni kalau g service mau kau kena pasang yang asal dulu kot??



speaker depan pon takde. 'rumah' die ade tapi dalam kosong la. kene tambah sendiri. speaker belakang ado. 


ni cap dan model yang si pemilik kereta ni pakai


alang-alang semua nak di tukar. ape kate tukar sun visor jadi sun visor dvd player. gituw..


si pemilik kereta ni memang nak beli 'kereta kosong' sebab die nak modified itu ini. ni spesis duit berkoyan-koyan le ni. kalau aku tak koser nak layan semua ni. aku ni spesis tak rajen nak menghias kereta dalam/luar. dalam kereta aku 3 bende wajib je yang perlu ado. ambi pur/pewangi, smart tag dan tisu ekehkehh. kalau bab mendeco rumah tu aku rajen gileeeeeee-gileeee nak touch-up.

 eh, lupa lagi satu kad bonuslink kene letak dalam kereta kalau di pindah keluar, mau aku mengamuk mencari beliau sebab aku ni pelupa :p. aku isi minyak Shell. korang? barang-barang safety semua kat bonet. hehee
*ambi pur spesis spray tu seeloknya bawak keluar dari kereta katenye boleh jadi 'roket' kalau di biarkan dalam kereta -masa parking.


si pemilik kereta ni perempuan bukan lelaki ye. tapi mampoo ko nak me-modified cengini. hebat tau. total semua belanja untuk accessories plus yang lain-lain tu dalam RM 3,000+-. 


nak cerita pro and cons pasal tambah accesories ni aku tak berani nak cakap la. ade setengah tu cakap kalau usik bab wiring, nanti insurans tak cover or else. sape berani nak fight ok la. sediakan reason yang reasonable kikiki.


cerita pasal macam mana die beli kereta ni nanti aku kongsi tau tauuuu janji ni janjjii kalau rajen. meh la berdoa supaya aku rajen di kendian hari. :p


dar~


Friday, December 13, 2013

KONGSI CERITA 1 : PROTON SAGA FLX 1.3L STD CVT

hai,


hari tu aku ade janji nak kongsi cerita kawan tu beli proton saga std auto. fyi, dulu aku pernah cakap yang kereta Saga Standard tidak lagi ditambah stoknya dalam erti kata lain diberhentikan keluarannya sementara bagi memberi laluan kereta Saga SV. kawan aku ni die nak jugak yang standard taknak beli yang SV sebab SV macam yang kita tahu banyak aksesori yang takde. insyallah aku update jugak kisah kawan aku yang dah beli SV. tapi nanti ya. sabaq bende kene korek bukan senang. hewhew aku pun jenuh jugak nak menginterbiu kawan aku ni. tapi oleh sebab aku dah janji maka harus di tunaikan. *sedang berusaha menunaikan setiap satu janji T_T


kawan aku ni lepasan graduan. baru bekerja tidak sampai setahun pun. aku rasa lepas 3 bulan die kerja die terus nak beli kereta. gaji die pun kurang RM 1,500/sebulan.


REBATE/DISKAUN/POTONGAN

macam yang kita tahu kerajaan ada bagi rebate untuk setiap pembelian kereta baru kan kan kan. jadi kawan aku ni dapat la rebate dalam RM 700.00. ekceli kata kawan aku ni. jumlah rebate ni berubah-ubah ikut tempoh masa yang di tetapkan. contohnya la kan dari  12/9-13/10 rebate berjumlah RM1,500. area bulan 11-12 camtu dalam RM 700.00. die berubah-ubah, kene selalu update pasal rebate ni kat kedai jual kereta tu. proton ke produa ke etc mesti ada kasi punya.


rebate ni pulak die bukan kasi masa kau kompom beli letak down payment or etc. rebate ni di kasi bila loan kau kat bank tu lepas!. misalnye la kan, masa kau pegi proton kau kompom nak saga std dan pulak masa tu rebate yang ada RM 1,500.00. kau tak kan dapat RM 1,500.00 tu selagi prosedur loan kau belom jalan/belom lulus. kalau loan kau dah lulus, mase tu pulak rebate yang ada RM 700.00. jadi kau hanya dapat RM 700.00 tu je. die di kira selepas loan lepas. bukan masa kau pongpangpongpang dalam kedai jual kereta tu/proton/perodua. paham tak ek. hope paham la. tak paham email aku ye. :p



MARK-UP HARGA

mark-up harga ni dari segi law aku tak tahu bende ni baik ke idok. hehe. fungsi die adalah untuk mengurangkan bayaran deposit kereta selain tolak rebate tu la. tapi kawan aku ni di cadangkan oleh pihak penjual tu untuk membuat pinjaman jenis mark-up harga. eh betul ke ayat aku ni. :p. mark-up harga ni macam gini ceritanya. kawan aku ambil kereta std auto yang harga (tak ingat berapa +/-) RM 41,000. lepastu die loan kat bank harga kereta exec auto yang harganya dalam RM 44,000.

kat dalam surat perjanjian pinjaman yang bank keluarkan die cuma tulis Saga flx 1.3 auto. tidak mention std atau exec.

gitula kisah markup harga.

contoh. nak kereta SV tapi markup harga standard. nak kereta standart markup harga exec. nak kereta exec markup harga SE. erk. ada untung jugak tau buat markup harga ni. contoh macam ni lagi satu, nak kereta SV tapi markup harga kereta standard. Sv baru RM38k tapi markup sampai RM41k. siap ade baki tu duit kita dapat. tu belom campur rebate. dalam tangan adalah dalam RM4k. jadi RM4k tu boleh beli aksesori untuk SV kan kan kan. gitu la katenye si kawan.



TEMPOH PINJAMAN DAN BAYARAN BULANAN

kawan aku ikat selama 9 tahun dengan interest bank sebanyak 3.25% (Maybank). kalau korang nak pakai Affinbank interest nya 3.15%. ikut pada bank mana yang lepas la. dulu kawan aku ni loan kat cimb bank. tak lepas. lepastu loan kat maybank pakai abang die sebagai penjamin. lama juga prosedur maybank ni. siap salah tulis bagai. sebab tu seblom sign surat perjanjian kene baca elok-elok na. :)

bulanan kereta RM 48+.++ yang harus di bayar sebulan selepas pakai kereta.


ermm ape lagi tak cerita ek. ......


ohhh ok. baru teringat. oleh sebab kereta saga std takde banyak stok dah. jadi kereta kawan aku di ambil dari segamat bawak balik ke seromban. sebab paling dekat kat segamat je yang hado stoknye. kaler pon tak banyak choice. kawan aku terpakse la pilih Elegant Brown sebab pilihan yang ada Tranquility Black dan Solid White. kalau ambil kaler hitam nanti same pulak dengan aku. kalau putih pulak same dengan kawan kiteorang. hehe. so, no choice redah je..
sampai seremban die punya KM dah 400+/-. jauh kan perjalanan. aku pon tertanya-tanya jugak kenape tak bawak naik lori je. *seketol je pon nak naik lori hehe* boleh pulak dorang lenjan dari segamat to seremban. hoihh jalan segamat tu dah la. hehehe tapi takpe takde sebarang kecelakaan dan kecacatan.
masa ambil kereta tu cek KM die bebtol bagi memastikan kereta tersebut tidak di lenjan sesuka suki. kahkahkah jahat ayat aku tu. mase aku ambil kereta aku tu pun dah 12KM.




INFO!

  1. mulai tahun hadapan tempoh pinjaman kereta sehingga 7 tahun sahaja!. so, tahun ni last kalau nak pinjam sehingga 9 tahun.
  2. fyi, kereta std yang kita semua sedia maklom banyak beza dari segi features dengan exec. tapi kate kawan aku ianya tidak lagi. ada penambahbaikan dalam kereta std ni. contoh : Air-Bag 2 (driver+passenger) , ABS with EDB *UPDATE 18/12/2013: TAKDE ABS EDB, driver's seat height-adjuster. kalau dulu punya takde. kalau perasan std yang dulu bahagian dashboard ade petak kosong kan. sekarang ni dah tak lompong/kosong cengitu sebab dah letak Air-Bag. untung kan........



ok aku rasa tu je kot. kalau ade pape info lagi aku akan gigih hupdate k!!