hai,
BANTAL NIKAH, bantal duduk pengantin/kusyen atau nama-nama lain adalah antara yang terpenting dalam persiapan majlis pernikahan. ada yang berbentuk bulat dan empat segi tepat juga didatangkan dengan warna-warna lembut seperti warna krim, off white dan soft grey. kalau kita perasan, bantal nikah orang zaman dulu dari warna-warna yang terang seperti warna emas dan warna merah menyala sekali dengan alas tangan dan kipas leper dari jenis baldu. tu zaman makcik-makcik aku dulu la. old skul!
rata-rata yang aku perhatikan, bantal nikah hanya disediakan untuk pengantin perempuan dan lelaki sahaja. adalah lebih elok jika disediakan untuk jurunikah/kadi. sebab beliau juga seorang yang penting dalam majlis. tanpa beliau, tak menikah la kite jawabnya.
SUMBER GAMBAR : GOOGLE
bersama-sama duduk di bantal yang empuk nampak sweet kan. idok la rasa janggal. aku kurang bersetuju kalau nampak kadi duduk atas lantai/karpet masjid/karpet rumah/tikar etc sedangkan pengantin kemain sedap duduk tinggi sikit dari kadi empuk pulak tu. kalau sama-sama duduk tanpa beralas bantal aku setuju. kadi pun bukan ambil pusing pasal bantal-bantal ni. cuma perlu bagi rasa hormat pada kadi tu. tak ke nampak janggal bila sorang beralas, sorang lagi tak. tak gitu?
aku juga kurang bersetuju, bila mana semasa kadi sedang menikah kan kita, kita yang pengantin perempuan ni duduk kat atas kerusi pelamin. kadi dan bakal suami bawah-bawah kepala lutut je. yang tu aku kurang bersetuju la. nampak tak sopan. kalau jarak yang jauh sikit ok la. kalau jarak pun setakat beberapa inci, baik sama-sama duduk je bawah. kan nampak manis dan sopan kat situ.
SUMBER GAMBAR : GOOGLE
sebenarnya banyak pilihan bantal nikah. ni yang sempat aku google.
SUMBER GAMBAR : GOOGLE
bentuk bulat nampak sangat bersesuaian dengan majlis dan nampak lebih kemas. biasanya bantal nikah ni, mak andam yang akan bawa dan sediakan. tu yang kadang-kadang mak andam terlupa nak bawa untuk kadi. hehe. kalau kita nak melabur sikit untuk beli bantal nikah ni apa salahnya. kat giant/tesco/ikea pon ada rasanya. macam-macam warna ada. yang empat segi, bulat, tebal, nipis semua ada. lepas kita guna tu, boleh la kasi adik kita pulak guna, kalau tak pun buat tilam baby nanti. eh??. kalau nak lagi kesan sentimental, buat je sendiri. mokcik aku dulu gigih buat sendiri. aku tak geti nak menjahit T__T. kalau aku geti jahit opkos dengan baju-baju nikah skali haku jahit. haha
selepas sahaja slot nikah. adalah disunatkan untuk membuat solat nikah sebelum upacara membatalkan air sembahyang. aku juga tetapkan niat dalam diri aku untuk membuat solat sunat nikah ni bersama-sama suami. solat jemaah pertama selepas beberapa minit dinikahkan. :)
SUMBER GAMBAR : GOOGLE
selepas tu, bolehlah ke slot seterusnya. dan yang terkahir sekali ke slot membatalkan air sembahyang dengan bersalaman dengan suami dan menyarung cincin/gelang/rantai etc. ehehe. masa ni boleh la di lakukan dengan lebih tertib. tiada adegan tonggeng menonggeng. tak molek.
SUMBER GAMBAR : GOOGLE
sama-sama duduk atas sofa/duduk kat bawah pon ok dalam posisi yang macam kat atas ni. nampak lebih kemas. dalam gambar pon nampak berdua cengitu. :). biasanya aksi tetonggeng-tonggeng ni kita nampak masa bertunang. bakal mak mentua beria tertongengg-tonggeng dok nak nyarungkan cincin/gelang/rantai etc kat jari bakal menantu. si bakal menantu kemain duduk kat pelamin/kerusi sorang-sorang. tu nampak macam tak sopan rasanya. so, kalau boleh sama-sama duduk, atau nak berdiri, sama-sama berdiri nampak lebih kemas dan teratur juga nampak cantik dalam gambar/video/etc :).
kadang-kala, benda yang nampak renyah atau remeh ni orang memang orang tak pikir. bila majlis dah berakhir barulah perasaan satu-satu. sebab tu pentingnya dalam membuat persediaan dan komunikasi yang jelas dengan pasangan supaya sama-sama dapat menjayakan majlis yang insya Allah sekali sahaja seumur hidup. sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. insya Allah semoga majlis sahabat-sahabat aku dan tidak terkecuali aku sendiri, berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dengan izin Allah. insya Allah~

2 comments :
mase kawen aritu kite gune bantal nikah yg berat.. angkut bwk p surau.. berat.. zzzzzz
saya hari tu masa kawen, bawak 2 bantal untuk kadi dan suami. kadi pulak tak nak duduk segan katanya, so saya bangun duduk atas bantal tu.
Duduk jauh sikit sebab ramai sangat tetamu lelaki.
Suara suami akad still dengar walaupun sayup-sayup
Post a Comment