Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Tuesday, July 23, 2019

Semalam Birthday aku. lepastukan..

hailu...

sepatot-patotnye semalam aku nak update something sempena hari lahir aku la kononye. haha!

lepastu entah bagaimana aku malas nak onz laptop-baru-bau-kedai tu. pasalnye aku sibuk nak ngabeskan satu novel fixi ni ha. tanak bagi judul buku sebab buku ni dah lame kot baru sibuk nak bace. aku tahan napsu tunggu cuti sem tau nak bace buku-buku fixi yang aku beli kat BBW sebelum puasa haritu. tak masalahnya tiap kali aku bergelumang dengan studies aku ade je buku-buku baru muncul ek. tak pon promo-promo beli 3 buku dengan RM 50. eh tapaham aku.

okla mehla cerita pasal birthday aku semalam. idakla sambut pon... sembang macam ade event tiup lilin siap belon-belon dengan kek nam tingkat je kan hahaha. aku nak bagitahu jek semalam birthday aku.

tu jek.

bai.


Tuesday, February 2, 2016

LEPASKAN AKU!.


Haritukan aku borak dengan bff aku. Lama tak borak dari hati ke hati. Tehehehe. Die nak kawen dah bulan 5 ni. tetibe je rasa lonely nya idup. -_-


Cembese la asal jumpe mesti die tanya aku dah ade boifren ke, tak tingin ke nak kawen. Gila ko tak tingin. Dah aku bilang azam tahun baru aku nak kawen tahun ni muehehee. Dah tu aku takot pulak nak wujudkan hubungan yang serius ntah kenape la pangai aku ni. masuk kali ni, dah dua kali aku kecewakan lelaki bhahahaha. Aku rasa ni balasan la sebab aku memain. Eh bukanla memain. Cuma aku mintak tunggu. So kenela tunggu masanya akan tiba. Tapi belum tiba lagi masanya kau dah jalan dulu. Nak buat macam mana, itu bukan hal aku bukan hal aku. Mintak mahap melerett tetibe.


Aku rasa aku ni trauma la. Eh silap! aku cakap  dengan bff aku, aku kene sumpahan lol!.
 Lupa nak google aku dalam kelompok pobia mana. Haha.

Trauma nak wujudkan hubungan serius. Tak tahula nape. Asal orang tu nak serius je mesti aku rasa macam nak tinggalkan die. Kahkahkahh sedorla nampak macam kejam. Memang kejam pun. Aku tak tahula kenapa. Aku rasa aku kene pergi berubat ni. lol


Asal cakap hubungan serius je terus dada aku berdebar-debar rasa nak gugur rasa nak lari je. rasa nak marah-marah, rasa nak menerajang je. tak tahu kenep penyakit sawan aku ni tetibe menyerang bila orang cakap nak serius-serius dengan aku. Ate cemana nak kawen nyee. Parah betul penyakit aku ni. kene buat hypnosis aku ni barangkali.


Aku pun ngadula dengan bff aku dari hati ke hati. Kenapa aku jadi lagu tu. Bff aku ni kira pakor juga la dalam hal nasehat menasehati aku rajen gak mintak nasehat die. 20 tahun berkawan tu. Hehee


Setelah menceritakan masaloh ni, Bff aku pun buat lah keputusan. Die cakapkan aku kene lepaskan. I is what?. Lepaskan ape ye. Blur konon-konon. 'kau mungkin ade simpan sedikit harapan pada seseorang'. OMG. Cemana die tahu ni. bhahaha. merah padam muka. Konon-konon la nak belakon cakap je TIDAK. Lepastu yes mengakula. Adelah sikit. Betul-betul sikit je perasaan macam tu dekat seseorang. Susah memang nak lepaskan. Samada aku atau dia yang taknak lepaskan. Aku boleh je lepaskan perasaan tu tapi die tu kene lepaskan aku kene tinggalkan semuanyaaaa, kena lupakan aku, jangan ingat langsung pasal aku. Cewahh nak salahkan die pulak. Herm. Mesti kene salahkan die sebab die selalu menghantui hidup aku. Dah bertahun ni berlalu masihla wujud dalam mimpi aku. Orang kate kalau kita mimpi orang tu, orang tu ingatkan kite. Haa Nampak tak permainan die. Aku tak pikir langsung pasal die adalah dalam dua tahun aku cuba lupakan die. Aku redho je semua ni. lepastu die tetap juga muncul di setiap malam ku. Silakan muntah. :p


Walaupun ada masa die tak datang dalam mimpi, nanti aku tetibe je jadi rindu lepastu ase nak tampar pipi tolongla berpijak dibumi yang nyata. Tak mungkin la kami akan bersama. Tsk sangat! Aku jadi bedosanye ade perasaan macam tu walhal aku sedang dalam mewujudkan hubungan dengan orang lain. Aku pun tak suka hati jadi berbelah bagi. Aku kawan dengan orang lain tapi hati dekat dia. Itu kejam sangat. itu benar-benar drama melayu!. Jadi dikesempatan ini aku menyeru kau insan yang menghantui hidup aku, supaya tinggalkanla aku lepaskanla semuanya mengenai kita. Sebab kita tak mungkin akan bersatu. Takkan aku nak tunggu kau sampai gigi ranap. Sampai kepala putih. Aku pun layak la untuk bahagia. Bahagia yang aku cipta sendiri yang penting bukan dengan kau. Sekian monolog episode 1.



Lepas dengar nasihat bff aku tu, Aku kene belajar untuk menerima yang ada didepan mata!. Aku patut menghargai apa yang ada kat depan mata!. 


kau layak untuk BAHAGIA azi!




Tuesday, December 17, 2013

DIARI 2014 DAN COLORFUL OPTICAL MOUSE.

eh, hai..


semalam kat ofice dah dapat diari untuk tahun 2014 punya. yippi! :). tahun ni kecik sikit la dari tahun lepas punya. sebab staff semua request nak yang kecik tak kecik besar tak besar. *kalau aku jadi hakak yang kene beli stationery ofice pon aku rase nak mengamuk sebab masing-masing nak yang macam tu la macam ni la. walauponn mulut cakap tak kesah. well, manusiakan. :p tahun lepas punya diari besar saiz A4. sampai kene lupakan aje hasrat untuk letak dalam handbag. dan dan dannn color juga agak merioh. idok la color hitam manjangg.


of course la aku pilih kaler purpel.. tapi kan kalau ade kaler pink. aku sumpah taknak. betulll. tak tipu. :p


terus je update kat situ. macam kat atas tu.. hari yang sama cousin aku kawen, Mila pulak kawen. aku baru tahu tarikh cousin aku kawen ni tersame pulak dengan Mila. so, macam confirm je la aku takleh datang mejlis Mila. T__T. Wanie Kota Tinggi - Mila Pontian. atee acaner tu. fengsan haku kat tengah-tengah. :(. macam tak caye je aku tak datang mejlis Mila. mesti la aku sadis sampai tak lena tido. makan pon kompom tak kenyang. tapi kan kan kan sepupu sepapat aku ramaaiiiinye kawen tahun depan. start bulan 2, 4, 6, 8 . hoi bia betol dorang ni. banyak hari kene cuti ni. emmm emm emmm



ini adalah mouse aku yang ke-4 untuk tahun ni. ke-4 ye. orang lain 1 mouse sampai 2 3 tahun ade tu sampai 5 tahun no poblem pon. aku punya mouse tah kenape cepat beno rosaknye. aku bukan spesis pirana yang makan mouse. *pirana makan mouse k!. dah bende tu rosak cepat beno nak wat gano. aku sebenonye sengan nak buat aduan pasal mouse ni. kang of course la aku sumpah serana. haha so, sebelom haku request mouse baru, aku merembat mouse kat komputer lain. komputer tu jarang orang guna. tapikan time aku merembat mouse kat komputer tu time tu jugak la ramaaaii nak guna. tensen haku, tu yang menebalkan muka meminta mouse baru. hakak yang jaga stationery tu kan pandang semacam je kat haku. rosak lagi??T_T.


sekali die belikan aku yang cangih teros. evento bukan spesis wireless pon. perli lettew. ku sangka mouse pesen optimus prime ke bumbblebee. haha. tapi cun, aku macam nak cakap je asal tak beli kaler pink. :p. tapi lupekan aje hasrat tu. sebenarnyekan aku setuju kalau barang kat ofice ni semua canggih manggih. :)). sebelum ni aku kerja compny lain, menaip pakai mesin tapi jaman kuno, yang pakai kertas karbon tu. lepastu kan jari jemari aku semua terselit, tersepit. sekse. lepas sebulan baru terel guna. trauma haku. :p




sexy kau ni jah.




segan fulak nak pakai mouse yang lebih menawan dari bos. :p.





Friday, December 13, 2013

TERKESAN DI HATI. JAUH.

hello,


harini konon-konon nak luah perosaan sikit. dulu aku rasa macam banyak je entry luah perasaan aku. lepastu aku banyak jugak la dah delete. sebab aku rase macam geli pulak. plus si milah tu bukan boleh caye. kang jumpe kat mane-mane mesti nak citer pasal blog haku. merana hakak 24 jam dok semak satu-satu entry geli-geli. haha. ekceli banyak je entry geli-geli. maklomla dulu zaman kanak-kanak sugus ayat pon tah meraban-raban. aku pon geli. dulukan setiap kali nak bubuh tajuk entry baru mesti nak ade simbol love-love tu. :)

sebagaimana tajuk entry hari ni. TERKESAN DI HATI. mase mula-mula nak letak tajuk macam ni TERKESAN DI HATI BONA. ade Bona di situ iaitu dalam kamus bahasa melayu jilid 1 bermaksud BENAR. :p.


ape perkara yang membuatkan hati ku begitu sedih. sangat terkesan tercop di hati yang susah sebenarnya aku nak lupakan. sebenarnya ada jawapan. jawapanya bukan dragon ball ada 7 biji semuanya. jawapanya ialah pasal LELAKI. katenye, jodoh tu kene usaha doa tawakal. aku sedang usaha tapi belom berdoa belom juga tawakal. :)



selamat bertaaruf. *tetibe gambar dan caption sebegini*


aku kategorikan lelaki ini sebagai complicated. hubungan yang complicated. perangai yang complicated. semua complicated. keluh. apesal aku boleh berkawan dengan lelaki yang complicated ni ek. aku sebenarnya tak nak kawan dengan die :p. *tipu*. ulang balik ayat. aku sebenarnya NAK kawan dengan die. aku nak kawan dengan die sebab aku rasa die seorang yang sangat berbakti kepada negara *tetibe. tapi betul la. aku kawan dengan die..kawan. kawan. kawan bebetul berkawan. siap aku meletak syarat tak payah cakap by phone. maksudnya toksah la kite nak beborak by phone tengah-tengah malam etc walhal siang hari pon. atau bahasa lainya 'Gayut'. aku tak suka. zaman aku bergayutan tu dah lame berlalu. so, kalau takde bende penting nak cakap baik tak payah call kot. kalau dah jadi lakibini kang lain la. ni kawan je poon. plus suare aku ni ala-ala manjerrrr sikit :p *muntah*. bukan saje nak manjer-manjer k. tapi ramai jugak la kawan-kawan aku espaciali x-bf la ckap suare aku *&^%&*. kan. kite ni pompuan haram tau suare tu bermanjer-manjer berlemah gemalai dekat ajnabi. so, adalah lebih baik kite idok beborak by phone. nak borak kang jejumpe.


tapii tak sangka pulak. syarat aku ni diterima baik. ohohohoo. aku pon idok la gemar berbalas-balas mesej bagai. even mesej dari lelaki ni banyak sekalipun aku mesti was-was nak reply. so, ambil je jalan mudah dengan tidak mereply barang 1 dari 4 mesej tersebut. cop-cop. sekrang ni aku yang complicated atau die!. aku rasa aku pulak yang complicated. hehe.
aku tak geti tau nak cakap ape. mungkin sebab aku dah malas kottt. tapi kalau wassap tu laju je pulak. mungkin jugak die lelaki yang complicated sebab tu aku lebih suka macam ahh ignore je la. ahhh aku taknak layan sangattt. pening la die niiii. :p. hari-hari sebenarnya dapat mesej yang sama. sihat? keje? da makan? da solat? bz ke?. mesej keempat mesti 'bz ke'. sebab haram jadah 1 pon aku tak reply. opkos la aku bajet bz.. paadahallll emm bace jugak. cume TAK reply. sebenarnyekan macam tak tahu nak reply ape. :p kejam jugak aku ni. tahu tak orang yang menunggu mesej di reply tu sangat-sangattttt mengharap kita reply!. :p. SO IGNORE. malam kang aku baru reply. 'opkos la bz.' :p. aku selalu jugak cakap dekat diri sendiri. azi sila gangster sikit. haha. tu pun kalau ingat nak reply. selalu buat-buat lupa. pakse diri untuk buat-buat lupa selagi mesej baru tak masuk. hoii complicated ni...


kalau korang rasa aku ni macam banyak cakap...tapi dengan die tetibe je aku jadi bisu. tak tahu nak berborak. blank. sampai satu tahap. aku reply je mesej berbaur begini "sy tak tahu nak cakap ape". walaupun mase tu die tengah becakap(mesej) pasal kerja die. bla bla bla. aku akan reply ''sy tak tahu nak cakap ape'' untuk 2 3 mesej :p. aku tidak menyokong tidak membantah tidak menokok tambah malah tidak mendatangkan idea. jadi aku rasa aku yang complicated la ek. apesal aku nak salahkan die yang emmm tak tahu nak nak kategorikan ape. yang penting setakat ini kesabaran tu macam ilek je. macam cool je. sebenarnya macam tanak. macam nak. lepastu entah la. INGORE? tak mungkin. TERUS kan? tak mungkin. back to basic, ISTIHARAH.


so, ngakulah sekarang yang aku ni complicated. aku jadi gini mungkin sebab satu ketika duluuuuu aku dah melukakan hati sendiri. sendiri lukakan hati sendiri. mampu?. ehehe. sesuatu perkara yang tersangat terkesan di hati. deep. mungkin sebab itu aku menjadi seorang yang tidak berdaya saing dalam hubungan. berdaya saing di situ.


titik.




Tuesday, November 12, 2013

CARI RUMAH


hai..


aku sebenonya tengah cari rumah. rumah sewa je la kekdahnye. kira nak pindah dari rumah sewa A ke rumah sewa B. tapi rumah sewa B tak jumpe lagi. pening jugak nak cari rumah sewa kat JB especially area taman daya-taman molek ni. lagi pulak aku taknak dah duduk rumah pangsa. stress hakak duduk rumah cenggitu tu. :p


bukan nak pandang rendah dekat rumah pangsa ni. tapi blok aku tu kan kan kan kan kan nak citer ni...ade mat gian duduk bawah tangga yang iolz selalu naik tu. stakat duduk saje dengan khayalan die takpe, ni tak kadang-kadang mengacau jugak. dah lah tu satu-satunya tangga untuk naik ke rumah. blok lain aku tak pasti la. blok aku ni ha macam-macam drama swasta pernah wujud. yang gaduh laki bini baling-baling baju kebawah, yang gaduh berparang-parang, gaduh pakwe makwe, hoii seram kannn. aku takoott tau. majoriti yang duduk kat situ orang indonesia yang dah dapat PR kot. pastu ramai jugak perantau dari sabah sarawak. orang kelantan pon ramai sebab kalau pagi-pagi mesti dengar dikir barat hihiihii. budak-budak kecik kat situ pon aku tengok macam gangsters. aku pulak takot dengan dorang. haha


ade satu hari tu, aku dengan hosmet tengah main badminton kat court badminton. datang dua orang budak dalam lingkungan 8-10 tahun ni asyik bising je mulut maki-maki aku tak geti main la itu la ini la. coii sangat!. kalau adik ke sepupu sepapat aku lame dah aku hempuk dengan raket sekor-sekor! haha. pakal je anak orang, pakal je aku tengok budak tu macam gangster tak jadi nak hempukk..kahkahkah dasarrr pengecut!


so, misi adalah mencari rumah taman. hoi nak cari rumah taman ni pulak punya lah leceh kan. mungkin takde rezeki lagi kot nak dapat rumah taman ni. mase mula-mula aku berhijrah kat JB ni adalah cuba cari rumah taman kira rumah pangsa ni last choice. tapi rege sewanya pulak sampai RM1k. kalau ada yang murah pon dalam RM700 tapi rumahnye pulak macam nak roboh plus paip poblem etc hehe. aku dapat rumah ni pun sebab rumah ni cleaner yang keje kat ofis aku tu yang punya. die taknak duduk situ sebab ade rumah len kat masai. rejeki aku dapat rumah die. murah pun murah RM350 je sebulan. poblemnye pulak singki, lubang air kat bilik mandi tu kerap tersumbat lantas mengeluarkan bau yang kurang enak. makin lama makin teruk, dah buat aduan pun still macam ni jugak takde tindakkan. kami jugak yang tak selesa, tu baru bab tersumbat, belum yang sekian-sekian tu #urutdada. aku harap sangat segera dapat rumah sewa lain sebelum tahun baru ni. #nekad ni!! :p


BELI RUMAH dalam perancangan lagi sebenarnya. hari tu konon-konon je tengok rumah dekat Austin samada nak beli atau tak. sebab BELI RUMAH takde pulak dalam wishlist aku. tu yang aku musykil tu apasal aku tak terniat langsung nak beli rumah. kene rombak balik ni wishlist aku. haha


rumah oh rumah berdampinglah kau bersama ku!!




Wednesday, May 18, 2011

♥ Tak bisa bayangkan JADI DIRIKU... ♥

hye...malam....

mate aku bengkak...

mate aku berair...

mate aku rase sakit...

mate aku pilu....

kenape mate tak benti berair??



ini bungkusan kacang yang ke 12....


dan ini kotak tisu yang ke 18...


dan ini kali ke 21 aku ulang cerite yang same... 

pandangan aku kerap kabur..selang sesaat pasti menitik...


"tik tik tik...air mata ku...biar terjatuh..dalam hati.."-kotak: masih cinta


dah 2 hari aku duduk dalam gelap...dah 2 hari aku cube happy...dah 2 hari aku tak sikat rambut.. dah 2 hari aku cube paham kan sebaris ayat.....dah 2 hari juge aku macam sewel tapi masih dalam iman...aku masih ingat siapa TUHAN ku...mana KIBLAT ku..alhamdulillah...




aku masih aku yang dulu...lurus dan dungu...cume status nye sudah berubah...aku tak boleh lagi mcam ni...






mungkin aku akan ambil mase 3 4 5 tahoonn atau lebih untuk pulih...atau mungkin semint dua lagi aku ok...entah la..KITA HANYA MAMPU MERANCANG...ALLAH MAHA ADIL...SETIAP HAMBANYA SUDAH DITENTUKAN JALAN BAHAGIA MASING-MASING..


padan muke kau azi!




sempena meraikan hari ''azi kembali singlo'' aku nak berkabung...pakai putih...dari atas sampai bawah..tinggal mate..







Sunday, May 8, 2011

♥ RIANG RIA RAYA... ♥

haloos...12 malam baru nak publish entry baru...hahaaa...

petame-tame sekali aku nak bagi ucapan....Selamat Pengantin Baru buat junior ku mase kat SMKLL...aku rase sedikit bersalah sebab tak  pegi mejlis kawen mu atas sebab yang tak dapat dielak kan...bukan jelez...haisshh mane ade aku jelez!..aku cume makan hati je ni, mane boleh junior lebih dari senior..hahaa


ape-ape pun semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga hujung nyawa~ dapat orang melaka kau...mak andam orang melaka..pelamin sponsor dari melaka..ayoo~ Melaka-JB...pakai TNT la kot berangkut...wahh aku dah macam mak goyah tukang kepoh..hahaa


keduanye, aku rase belum terlambat nak wish Happy Mothers Day buat ibu ibu yang sedang membance ni...buat mommy lavender...semoga menjadi ibu yang cemerlang gemilang terbilang dimate anak-anak...amin~



seperti yang aku war-warkan (eh! betul ke eja) semalam, aku nak sponsor sate kan kan kan..lepastu kasel beb! sebab kedai sate semua bukak malam...mane aku nak rembat sate pagi-pagi bute weii!...aku pon satu, budus yang amat...semangat aku pagi-pagi melilau cari sate...hahaaaaa kene gelak dek ceplos je la kau azi!!



nak beli malam nati..dah pulak, sape yang nak makan..mejlis suke rie kami tengahari uke...aku keciwa tapi still lagi tersenyumm happy sikitla sebab duit aku tak luak..maka aku boleh le masuk tabung kan kan...kan lebih baik menyimpan...eh cop aku ade beli something special tok ibu..mane boleh aku share kat korang..korang nebes la dulu....kihkihkihh






kesudahnye pagi tadi bfast mee hoon goreng...




kualiti gambar agak kurang memuaskan..dek melayan napsu yang tak saboo bena nak melantak...
aku sayang ibu...sebab ibu goreng mee hoon tadak togeh!! yii~ lepastu letak udang letak sutun..lepastu tadak sayur-sayuran hijau...memang aku dah bilang awal-awal tamoo sayur hijau, putih, kuning dan lain-lain...lepastu aku buh sos cili jalen...lepastu perah limau..lepastu aku melantak 2 pinggan...fuyoooo~mabeles beb! walau kau makan kat kedai mane sekali pon..pecayela air tangan ibu kau juge kau cari...hihiii



biasala tu..kalau ade gambar sebelum mesti ade gambar selepas..ye tak..licin!!





aku ngaku aku tak tulun pon mase ibu goreng mee hoon, kecuali kakak la..dah name pun kakak, so kena perangai macam kakak..aku ade kakak, kau ade..haaaaaa





jengjengjeng...aku bancuh kan air untuk ibu 3 in 1 punye...ringkas, cepat dan senang dan sedap dan aku pun happy..

satu untuk ibu..satu untuk aku...ibu punyer MILO..aku punyer KACIP PATIMAH...ok??






lagi lagi lagi.....kakak sempat buat kek pebret ibu tau tauuuuu



apam gula hangus...korang rase jadik ke kuih kakak aku buat ni...aku rase macam pelik??atau aku dengki?!! hahaa aku dengki...aku dengkiiiii..eleh stakat kuih ni...aku pernah buat kuih baulu pekak bantat tau!...kau tau ke rahsie bantat tu..tak tau kan.....haaha!






ape lagi ape lagi.....



puding segera..siap taruk buah longan..dah siap kene letak dalam peti ais dulu dalam 8 jam lepastu dah agak sejuk makan...memang seswaii bena makan di time panas...haha giler la 8 jam...aku berdusta!




dah tak tergamak aku nak huplod makanan lagi ni....aku tak sampai hati nak kasi korang tengok..ikut hati aku nak taruk pic ikan duyung masak kicap...nanti ade yang demam malam ngigau....pengsan!








aktibiti kami sekeluarga hari ni...duduk bersembang.....main dam haji..main chess...



aku bab chess ni..perhhh wakil beb..wakill kan adik aku je...aku bukan tak tau...aku cume tau ajar je..bab main ni, aku serah je kat adik..see, aku sifu yang bertimbang rase kan...



wlaupun aku bute chess...tapi bab main dam haji, congkak, teng teng, batu seremban, acah galah, beskal lembab, getah, kompang dan segale macam mainan tradisional ni aku memaangg briliant..master..amacam ade sape brannn....jom la fight beskal lembab...tengok sape jatuh tergolek dulu..hahaaaaaa




ucapan untuk IBU TERSINTA:

ekseli aku ni penyegan sikit nak romentek2 punye bahase...aku dah wish cium peluk dah tadi..nanges-nages kau dah macam ari raye cume takde ketupat rendang je..aku kan gembeng sikit...cakap pasal ibu...tak semena-mena aku sebak...mungkin aku yang selalu jenguk ibu..yela adik beradik dulu sume ade komitmen lain.. so, aku je la yang dekat...kalau bukan aku sape..sape..sape..haa jawab-jawab...sebab tu aku memilih bekerja di negeri sendiri...sebab ape tau..sebab '''i have my own reason..''' 



ape-ape ponn...aku SAYANG IBU SANGAT!...lebih banyak dari peyal..cume kadang-kadang tergedik sikit...




p/s:  panjang sangat aku melalut kot..banyak sebenanye aku nak story...tapi tula aku besok kene la bangun awai gerak dari kampung terus ke tempat kerjo...perghh tak sabo nak jumpe 'jem'...tak boleh blah..'touch n go' pon boleh jem ape cer beb! 

Friday, March 25, 2011

♥ Sakit : tulun!! ♥

seminggu lebih dah aku sakit telinga...


berdenyut-denyut....sampai tak semena-mena air mate membasahi pipi (ceewahh...)...


tadi kat opis betul-betul sakit, nak bercakap pon dah tak boleh, ketawe apetah lagi...awal-awal aku dah bilang same opismate ''hari ni jangan cakap dengan saye, jangan buat lawak depan saye, jangan bagitau saye ape menu 'free', oh jangan korek pensel depan saye juge..."


''oh azi kenape..." - Sharul

"sakit telinga...sekian..." - Azi



ekceli dah 2 kali buat operation...tempat yang same...tapi sape sangke ianya berulang...ratusan hampir ribuan dah hilang semata menjage sepasang telinge...


selama ni aku buat-buat dengar jek..padahalll pekak badak..samar-samar....orang cakap lain aku dengar lain..kan bahaya tu...


dah tu tak mau pegi spital?? ayoo takoot la..nanti dokter bising-bising cakap telinga aku itu la ini la..siap nak masuk kan camera dalam telinga aku...ee yek sape nak tengok..kang hilang selere aku nak makan..(ceh padalah telinge sendiri!)




ape yang dokter kate, lubang telinga aku sangat la kecil macam tuan nye...(eecehcehh) lagi pulak taik telinge tu tak boleh nak keluar macam biase macam u olls slalu buat....aku siap ade alat khas nak kuarkan taik-taik tu keluar..siap ubat titik 2 kali sehari...kalau tak, tersimpan la ia didalam menjadi arang...


sekarang sakit datang balik...uhh sakit nye Ya Allah rase macam nak gigit orang...bia orang tahu rase sakitnye...


biasela bila dah sakit, mesti moody~ jadinye sepanjang hari la aku moody...moody moody moody sampai kene marah dengan sorang client india ni...perghh skali die cakap 3 bahase da....tamil ade, cina ade..malay ade...ayooo aku pun naik pusingg...diam aje la...tak cukup kene dengan client...'naib pengerusi kepoh' pulakk berbakul-bakul bagi nasehat bla bla blaaa..dah tu aku gtau la aku tak sehat....so, die tak la kijam sangat...


untuk pertame kalinye rase budus yang amat... padahal tersalah runding harge je akibat salah kefahaman almaklum pekak badak,...eeitt menci la!



lepas tu larik masuk bilik fail...nages-nages gembeng...cehh lepas tu lapar...lepas tu makan big apple En.Arip kasi....lepas tu larik lagi masuk bilik fail...nages-nages sambil makan....macam berdose...nasib baikk hari jumaat...nasib baik tengah sakit...nasib baik pakai baju lep-lep.....urhh!


uhh ceksi nye aku...siap pinjam erra pajira ramboot pelsu lagi tu...hohoo tipu-tipu



boss kasi RM100 suruh pergi klinik cek...alamak! tapi dah tergune beli cendol...tak menahan napsu nampak cendol tepi jalan nun..cendol derian lagi kau! tepi jalan pon tepi jalan le...




ok, besok pergi klinik...






p/s : 'sangat bahagie' sebab dapat saman parking pertame untuk tahun 2011 semata beli cendol...cendol baru RM3.00 saman RM30.00 wut the.......

Sunday, February 27, 2011

♥ pemilihan yang tak SERUPA PASTI!! ♥

sebarang keputusan mestilah dibuat dengan berhati-hati!

kata pepatah melayu johor (kenape johor?! huhu), terlajak perahu boleh di undur...terlajak kata badan binasa!

jangan sampai ketemu jalan BUNTU!

jangan biarkan diri berada dalam keadaan CELARU!

sebab itu sebarang kemusykilan, keraguan atau terlalu BANYAKKKKKKK (wahh banyakknye!)
sangat pilihan, kita sebagai umat islam disaran untuk melakukan SOLAT ISTIHAROH!

insyallah hati akan tenang dan sebarang keputusan yang dibuat pasti ade hikmah tersembunyi!

**mahu atau tidak mahu kau terime aje la aziii!






 BAIKLAH





intro yang penuh 'seruan!'


sebenarnya aku yang kebuntuan...aku gemuruh, gementar, gelora, segala 'GE' la...


keputusan yang bakal aku buat pastinya memberi kesan yang sangat besar pade negara..(sile muntah!)

rajen atau malas aku gagahi jua untuk bangun di kala ayam belum berkokok berkais pagi...dipersukuan malam aku bangun...minta pertolongan minta petunjuk dari yang MAHA ESA!


tapi malam tadi aku tak mimpi 'sape-sape' pon...aku mimpi naik lif kain tersepit ado lah! apekahhhh~~~~


puas dah aku setady (study) buku-buku ilmiah, buku-buku motivasi...buku-buku pedoman...buku aku terima nikahnye...ehh?!...tapi masih lagikk kebuntuan sih!! oh! mas parjo! bawa aku ke lombok!


aku ghisaooo (risau) kalau aku dalam kebuntuan, kecelaruan...aku akan buat perkara-perkara #^&^#% (bukan perkara keji)

biasenya aku ::::-

1) MAKANN MAKANN MAKANNN ICE-CREAM SAMPAI TERASE BIBIR TEBAL DOPLAS INCI!
2) TENGOK CERITA TAMIL TANPE SARIKATE
3) PALING TERUK PON AKU BERANGAN SNAP SANE SINI...BAJET MACAM CUN *OH! ANNOYING! kau pedulik ape... wek wekk!








abess tu kadang-kadang semua orang ade tabiat masing-masing kan kan...

abess tu ape tabiat kau orang ha kalau kau orang di tempat kuh! oh my my my myyyyy GOD plezzz help me!







lagu ni best! MAHER ZAIN~

For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say







For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

 

Wednesday, February 23, 2011

♥ woiit ape hon-hon!...halamak! ♥

aku sedar...aku tak rajenn macam kau orang...rajen disini bermaksud...rajeen BW...rajeenn hupdate blog...dunia aku sekarang sudah berbeza semenjak aku di lamar untuk bekerja di salah sebuah syarikat ni (gila skema ayat!)..kira lepas abes belajar aku kerja la kan...kau orang nak aku mengganggur berape juta hari..minggu..bulan dan seterusnye tahun...hahaa


even aku BZ, aku ade juga jengah belog (2 ke 3..huhu) before aku tidur...yelah aku kene bangkit pagi-pagi nak menyiapkan diri memakan gaji....lagi pulak jalan selalu jam..nak-nak Higway Pasir Gudang nun..patah pinggang oi...dalam 'jem-jem' tu nasib baik juga la aku bawak novel...nyempat juga la menela'ah novel sebelum kenderaan depan jalan...sempat tak sempat tak...hihiii


seliyus aku tak pernah (tipu) 'Hon' orang...even orang tu cobe nak buat jahat dengan laluan aku...paling tak aku $%^#$*(bukan mencarut!) aje..mane ade aku hon (tu sebab aku lupe nak guna hon..haha)..



sedang aku khusuk seboleh-bolehnye nak ngabiskan 1 bab...dengan tak semena-mena nya aku dikejutkan dengan bunyi 'hon' yang agak lantang..serupa itu bunyi siren keretapi...gila aku terkejut tahap cipan...cipan pon lari mencicit lepas tengok aku terkejut...mane tak nye wei...'hon' die boleh menggegarkan jantong...silap hari bulan cermin kereta aku boleh retak...bukan setakat cermin kereta tulang aku pon boleh retak kau!



hangin ni hangin...oiiii marah dalam iman...dah tentu jalan jam kan berderet-deret kereta kat depan nun..kalau aku gerak belum tentu kau dapat lepas kan kan kan.....dah tu bawak-bawak la bersabar semua orang nak cepat (kalau tak tahu bersabar keluarla pukol 6 pagi!) lagi pulak lorong semakin kecil dihadapan (dari 4 lorong kepada 3 lorong dan dari 3 lorong kepada 2 lorong...kau orang bayangkan la beribu-ribu kenderaan dengan hanya menggunakan 2 lorong sahaja..ape depa tak pikir ke mase buat jalan!)..ape salah aku bagi laluan pade kenderaan yang tersangkut dibelah kiri tuh!huiit!


moga esok lebih kuat dari hari ini! chaiyok-chaiyok!! hohoo macam berjuang di medan perang!



ayat nak gangster...ballon nak pink..siap ade lep-lep bagai..blah la lu azi..haha!!


**mak pesan**
- "tolong lah jangan berangan mase bawak kereta!"

-"jangan perasan kau terel bila dapat stereng!"

**baik mak**(selalu terlupe kowt...hihi)

Saturday, February 19, 2011

♥ Ade Sesuatu buat kita Hilang SABAU!! ♥

siapa pon tak suka bekerja di hari sabtu...siape suke? siape suke? o.k fullstop


siapa pon tak suka makan dengan gopoh gapah ibarat makan di tengah pintu gol, ibarat makan dibawah hujan, ibarat makan sambil berlari o.k fullstop


realitinya itu adalah KEHIDUPAN....kadang-kadang kita mahukan semua jadi cepat....semua benda mahu sempurna...sedangkan CINTA juga mahukan yang SEMPURNA...


2011 mengajar aku banyak perkara! atau aku sedang membiasakan diri dengan usia 23 tahun?hohoho...ah lupakan! ((20 tahun di Johor bakinya di Melaka...sekarang hati separuh Johor separuh Melaka...))


"kenapa saye suke Melaka? sebab diee bessss"


my aunt ade tanye bila agak-agaknye nak bertunang? bila agaknye nak bawak "Si ehemm ehemm" datang rumah? MY GOD! aku cume diam..tutup mulut rapat-rapat...tahan napas dalam-dalam akhirnya tak tertahan jua maka terkintut la ia...tibe-tibe jadi senak perut...tibe-tibe gatal kat tapak kaki terase macam nak sepak orang..eh eh semuanya dengan tibe-tibe



BAWAK-BAWAK BERTENANG!




aku sendiri tiade jawapan...tiade kata putus...bagi aku dengan usia 23 tahun..di ulang 23 tahun! usia yang patut merasa sehabis rase dan dihabiskan dengan sesuka ria yang mungkin...kalau difikir-fikir direnung-renungkan mampu kah aku menempuh alam rumah tetangge...alam mengandung...alam bersalin...alam pantang ohhh!! mahu tak mahu...lambat atau cepat insyallah akan dilalui juga!


aku faham dan aku hormati setiap bait-bait kate yang terkeluar dari mulut mereka...positif nya mungkin mereka tak mahu aku jadi seperti ini ::://:::




alhamdulillah....'aku masih dara' best juga cerita tu...hehe di atas sejadah cinta aku berdoa semoga aku dikuatkan iman di hindar sifat sikap perangai pe'el mengarut, mencarut, ape boleh pandang-pandang jangan peygang-peygang naaa...naaa...naaaa



ekonomi, kewangaan, kestabilan hidup aku rase sangat-sangat memainkan peranan penting sebelum memulakan atau lebih tepat melangkah ke alam perkahwinan...cobe di bayangkan..dengan berbekalkan usia 23 tahun...berape aje lah saving yang haku haderr! haremmmmmm! ehh! mesti la dah banyak! ape pandang-pandang, nak sikit la 2! huahaaaa



mungkin ramai yang kate.."ala perempuann...tak payah pikir ape..lelaki yang tanggung semua!" COPP! zaman dulu mungkin...tapi untuk zaman sekarang  kita kene sama-sama ade kewangan yang kukuh...sama-sama kena stabil! tak gitu ibuk ibuk?!


jeng jeng jeng....ini budak tak pernah nak sabau!



KADANG-KADANG RASE MACAM TAK SABAU NAK KAWEN-KAWEN 




untuk tatapan dan peringatan diri aku...aku harus bersedia...almaklum la kita hanya mampu merancang...jap lagi ade yang bagi salam..ade yang bawak tepak sireh..ade yang bawah cincin bolah rotan....ngeee!! ngerinye bila dipikirkan...kawan-kawan ramai dah lepas FASA I dup dap dup dap menanti FASA II pulok... 


"haisyemennn dey minachi bawak bertenang boley?!"...akan tiba jua saat-saat bahagia itu!



sekiannnnnn!!

Friday, February 18, 2011

♥ kasut tumit 'size' E.N.A.M (6)! ♥


prap pap pap pap...

itu bukan bunyi kintut (kentut) ye....itu bunyi tumit kasut saiz 6 ku kaler 'Hijo Lumut'
ku melangkah dengan gagah perkasenye...haha

alorr...lamenye nye tak melayan FB tak melayan BLOG...sape rindukan kiterrr?!! oh~ta..de ke!

tak keruan 2 minggu ni....sibuk buat report, buat akaun...bekejar pergi Bank sane sini... berlari pergi Pejabat Pos...beterbangan pergi site meeting...pergi Jusco....pergi Giant...ohh! tipu tipu tipu..mane ade aku berjoli...aku simpan semua duit gaji dalam beg plastik Jusco tahu!...hahahaa


banyak sangat bende aku nak share...nak cerita kat sini....


ape kate kasi korang cuci mate dulu lame rasenye tak huplod bende-bende pink yang sempat terjamah oleh mate!...keindahan PINK yang nyata dan rata-ratanya PINK PINK belaka...



peneman setia dikala pergi kerja....kalau tak cukup aku 'kebak' air kat opis..hoho
meja ku yang teramat serabot...konon-konon tak sempat nak ngemas...pelan-pelan yang bertempiaran...abaikan saje~


bakul limau warne PINK? bukan ke sepatutnye kaler merah meyh?!
tips pilih limau yang manis,sedap...gerenti tak masam..pastikan tertera perkataan 'LOKAM' dikotak, dibakul, diplastik dan di mana saja~



 sempat juga snap mase pengantin di pelaminan...orang lain dok sebuk bergambar dengan pengantin..sedangkan haku?!



delimuffin...ermm sangat sedap!


saye+makanan=happy!



gajah pon ade kaler PINK!


sekian, lain-lain PINK untuk next entry! dar~

Thursday, January 27, 2011

♥ Oh! pleaseee!! jangan paksa saya belajar KIRI dan KANAN ♥

note : beberapa hari ni camera rosak..no pic..only leteran semasa~

oleh kerana raye cina akan menjelma tidak lame lagi...


mate aku naik semak tengok limau - limau kian membiak dengan pesat nye di office....


hidung aku dah tak boleh bau bende lain...hidu limau dah tentu bau limau....sampai aku hidu milo bau limau ape kes pulak.....hidu boss??hahaa bau apakah!!

setelah aku tambah tolak darab bahagi kuase tigo...adelah dalam 30 kotak setakat berakhir 28 Januari 2011...wahh dah macam nak tutup akaun... tu aku belum congak belum juga kira pakai sempoa...


syukur alhamdulillah....tak payah susah-susah nak keluarkan wang - wang emas...dollar - dollar amerika untuk beli limau...eh kalau korang nak beli limau kan..pastikan ada perkataan LOKAM pasti sedap!!


diteruskan dengan tajuk utama...KIRI dan KANAN...


aku tak BODOH...aku masih DARA...
filem yang tak kurang hebatnye..hehe (takde kena mengena)



aku akui aku keliru...kadang-kadang boleh jadi bengap...bila memandu aku selalu cuai...atau tak dengar arahan...aku jadi blur....kanan kiri aku bantai...bila disuruh belok kiri aku dengan bangga nya dengan hebat nye dengan drastiknya menukar gear dua memberi signal kanan lantas ke kanan lah aku belok! ye kanan! bukan kekiri seperti arahan...




mengapa hal ini sering berlaku pada haku hah?! haisyemen~~ aku banyak puuusing la...




kate Dato' Dr Fadilah Kamsah...
"...perempuan sering terkeliru antara kanan dan kiri..."


dan perempuan itu adalah aku!



betul??hye gurlz! pleasee la adekah korang seperti haku...oh malang...acapkali aku dimarah...

''kanan kiri pon kau tak tahu! ape kau makan pakai tangan belah mana? kau cebok tangan belah mana? semua kau bantai same ajeee la azii oii!''



eh copp! pleasee la aku makan, tulis even cebok aku tau la nak bezakan nak guna tangan mana....cuma kalau masa mendapat arahan ketika memandu aku jadi buntu! 



akhir sekali aku setop di bahu jalan! turun dengan muka malu lalu duduk menggigit jari jemari! 

gengam tangan kiri nampak tangan kanan...gengam tangan kanan nampak tangan kiri...boleh jadi aku patut gengam bara api...dah melecur baru aku paham mana kiri mana kanan! oh! pleaseee laa...





sumber : HD

butang rabit pon sedey~

Sunday, January 2, 2011

♥ Sunday hoho Hidup macam KUACI ♥

ini adalah entry berunsur bebelan semasa...lebih kepada peribadi kot..haha

akibat masalah kebusanan yang melampau semalam....dek cerekarama kat tv3 yang membosankan...sibuk aku menunggu siapa directoor itu cerita...adoii macam hampes...

semacam pelik ape pasal Aeron Aziz berlakon macam orang 'sakit'..spoil!...ilang sudah mood nak tengok...tapi mulut masih laju mengunyah RollbunwithSosej..tak cukup satu amek lagi satu...tak cukup dua...amek lagi ...haha tamak halobe..kat mulut belum abes sebok nak amek lagi...cebik-cebik bibir mugil bila tangan kene cepuk..baru tersedar ini Rollbun yang  ke-empat...

gila aku mkan sangat banyak! lepas tu kembung perut malam susah nak tidor terase nak muntah pun ade...cepat-cepat sapu minyak 'songkok' sebelum 'ia' meletup...nanti ade yang hiba bila 'ia' meletus...hoho 


sekejap pejam sekejap celik..celik celik pejam pejam...hurr tak boleh tidor...

puas dah paksa mata suruh tido...Give up! niat hati nak on9..tapi ternampak buku 'poems,short stories and drama' form 1 to form 3 sepupu punya terus capai...gila kentang..aku tak boleh nampak buku-buku terus aku sambar terus aku bace itu jam...aku pernah berkampung di 'popular' dan di 'MPH'..senang hati sebab aku baca secara 'free'...pandai azi berjimat puji  puji kentut! ada aku kesah!


selak-selak...poem yang mendalam inti nye...seyes mata hitam semakin 'bulat' untuk bace di muka seterusnya...


RUMPLESTILTSKIN...
best drama...ibarat cerita dongeng rakyat...pernah baca kan...ini cerita zaman kanak-kanak ku...zaman aku tak mengenal ABC...zaman mendengar sebelum mandi...kalau tak cerita tak mau mandi! haha freshh fresshh..cobe bayangkan rupa rumple-stilt-skin tu gaimana...


ingat tak cerita ni??aku bagi clue eh..

spin straw into gold...

aku nyanyi lgu die..

wife and family i have none,but tomorrow i'll have a king's own son.tricks and riddles are my game,rumplestiltskin is my name.



akibat kelewatan tidor...aku kelewatan juga bagun...nasib baik masih dalam subuh..kalau tidak pagi-pagi bagun dalam keadaan berdose...mesti makan tak mau...mandi apatah lagi...duduk tepi tingkap menangisi dose tinggal solat subuh..ayoo~


bangun-bagun rumah kosong.semua orang dah takda...baru teringat ari ni mereka semua hantar sepupu balik asrama..ehh sekolah dah bermula isnin ini...



laparr!
tanpa segan silu dengan rambut yang kusut masai...gigi tak gosok..seluar tidor tinggi sebelah...handset ditangan aku terus bukak tudung saji...ehh pelik! Rollbunwithsosej ade lagi! kumur cepat-cepat tanpa gosok gigi tanpa sikat rambut aku terus duduk melantak...rasa macam orang tak makan 20 hari eh 200 hari atau 2 juta hari..lapa betul azi...


abes sepinggan aku bedal...haha sepinggan tak boleh blah padalah 2 ketol jek...
terbaca aku nota kecik terselit bawah koleh air milo sejuk lagi tawar..dalam hati haii sapa la yang bancoh..master sungguh! membebel tanpa rasa bersyukur..istirfar terus ucap Alhamdulillah..untung sangat la bngun tido terus makan bukan suruh buat bfast..haha


oh! cerita itu nota...ayat yang pendek tapi mendalam maksudnya..''masak sup ayam" sengaja aku kaler kan pink...baru cantek ini entry...tanpa salam tanpa hi...itu saja?!

cube cari kat tempat lain...kot-kot tersekit kat mana - mana...try cari kat bawah botol kicap...botol sos,bawah priuk nasi, bawah peti ais, bawah kaki. seliyus tak ada! sah sah ini je nota yang ditinggalkan...

aku disuruh masak sup ayam! yeass~ sup ayam sup ayam sup ayam..jam sekarang 9.43 am...
sekarang mahu berhenti membebel...tah apa yang aku memlalut dengan mate sepet tak mandi lagi...

jap nak mandi terus nak mandikan ayam pulak...terus sembelih ayam..terus siang ayam..terus masak...dusta la kau azi! semua dah beres kau tinggal masak aja!


tulisan kecik-kecik kaler pink: entry yang bosan!azi yang membosankan!

Tuesday, December 14, 2010

♥ hyperhidrosis:: aku la mangsanya! ♥

korang pernah dgr x hyperhidrosis??name penyakit yang aku sedang bertarung nih!

ehh penyakit ni xbawa maut...cume buat diri rase xselesa dan rasa terlalu merendah diri bila berhadapan dgn orang ramai...

ape sebenarnye hyperhidrosis ni...senang ckap sindrom tangan basah!..macam aku bukan takat tangan jek, tapak kaki juga terlibat..


semenjak 2 3 menjak ni menjadi2 la tahap kebasahan die...kalau dulu masa sekolah sampaila masuk IPTA memang xleh nak ckpla...nak bersalam dgn orang pun aku malu, nak melukis n menulis n pegang kertas lama2 pun aku xberani sebb bila melukis, abes luntur warna pesel sebb tapak tangan aku basah! begitu juga bila menulis bagai tercarik2 dakwat pen..kalau pegang kertas..alamat xsampai 5 minit hancur dah kertas 2 dek terkena penangan 'tangan basah' aku ni!...nak2 kalau ade presentation makk aii banjir aku wehh!


kalau bab kasut? mesti kene cr kasut yang ade tali belakang...kalau x tengah jalan2 confirm kasut tertinggal kat belakang! pernah berlaku tau! tekad lepas ari malang 2 aku harus beli kasut atau sandal atau segala ape jenis kasut mesti ade tali belakang! kalau nk tau, kaler kat tapak kasut2 aku 2 menais dah xnampak ape cop ape jename...huhuhu


kalau makeup??eyeshadow pun dah xde warne...sume menais! sebb 2 aku jarang makeup...makeup muke orang adelah..


jijik??aku lagi jijik!...skrg ni aku menaip dgn tangan dan kaki yang basah....susah bagi aku nak gune touch pad..berjuta2 kali keje mengelap die aje...ayoyo...lagi susah nk drive...syok2 amek coner, terlepas pulak! bahaya kan...sebb 2 aku kalau memandu mesti pakai stokin dan mesti ade tuala buat lap tangan!


aku malu kalau nk buat kad bank! cukup lah dulu amek masa berjam jam jam jam lamenye buat My Kad...sebbnye cap jari xdapt dikesan! korang leh rase x penderitaan ku! susahh...dulu mase buat kad bank pun cam2...sampai dorang kate sistem rosak! sume punce dr aku...keja aku mengelap je la jari IBU sampai pijau..sampai aku rase xde air tp still juga xleh detect! senang2 cop jela pakai kaler itam ke biru ke PINK lagi cantek tp dorang xmau! ahaks..korang xrase ke aku leh jadi penyamun! hahahahaa


tp boleh jadi alasan! kuar dating zaman2 bercintan dulu xlah peygang2 tangan...hepp...aku tau...aku juga perasan...die lap tangan die pas2...ceh! xgune munyer BF hohohoo...


aku tau bukan aku sorang aje yang sedang menhadapi...ramai lagi kat luar sana sama mcm aku...bukan aku nk merungut tp sekadar berkongsi rasa....mane tau kat luar sana lagi teruk dari aku...terselit juga aku rasa bersyukur sebb jenis basah ni bukan jenis peluh yang berbau...basah aku juga bukan jenis lendir....basah aku basah sejuk...mcm ais!



 jaman2 blajo

Sunday, December 12, 2010

♥ Akulah Puteri PINK! ♥


halluu....salam sunday(malam sudah!)....
aku baru balik jalan2 sopin buang duit my dad...
hepp aku ade wet cirik tau! tp kumpul wat mase depan...
kumpul punye kumpul xkaye2 jugek! haha


 
arini aku betul2 kuatkan semangat untuk pakai baju kaler grey atau kelabu...hakikatnye jiwe meronte2 tangan gatal je nk capai baju kaler pink! saje nk buat perubahan diri sempena tahun baru ni....
STOP ADDICT PINK! ceewahh boley ke??




hahaa...tajuk n3 yang gatal bubuh pink dibelakang....ekceli ni tajuk buku cerita kanak2 yang berlatar belakang warne pink!...ape ingat aku xbace ke buku2 mcm ni??aku bace semuuaa jenis buku...semuaa aku balun bace...dulik ape ade brader pandang2...ape pandang2??nk aku stoly la 2...
ke nk ngurat??oh! azi stop it! jgn perasan ukie die nk tegur ade lade kat celah gigi ko! kihkihkih





satu lagi....beli tau jgn xbeli! bace sebelum titun...msti mimpi best2 mcm cerite Azi di Alam Fantasi...ehh?? mate dinasor 2 leh gerak2 tau...soo cute! teruje ko! seyes...dulu aku kecik2 xde ni buku mcm ni...


see.....aku dah katekan aku bace buku2 camni juge...beli2...elok ni untuk kita2 yang berimpian untuk kaye...ingat! bukan kaye duit je tau...haruslah kaye ilmu agame juge! barula idup happy~~



TARGET yang tercapai!

jeans baru >>>>>> dapat! hooyeii
t-shirt kaler hijau! >>>>>> xjadi sebb nampak warne PINK
shawl warne purple >>>>>> xjadi jugek sebb dalam dilema antara pink ngn purple last2 aku tinggal pergi...sakit pale buat keputusan besar ni!
jeans je yang tercapai...

nampak gaye my dad n my mom yang lebih2 sopin...beli set periuk belange stainless steel...beli penapis air...beli dapur elektrik (sedang berangan 2..)...wahh bukan men lagi pasangan 2 sejoli 2...
 adik pun banyk beli...tudung, baju bajan, buku, kasut, sandal...sedangkan aku??huaaa

aku memang cerewet bab2 membeli ni...kadang2 bende yang same, warne yang same cume corak die lain cikit jek..itu pun amek mase berjam2 nak buat keputusan! ayoyo~~ even nk order air ape pun pale aku leh haru biru xtau nk pilih ape!
 lepak jap..



tgk si dagu lekuk...huhu




my nasuha




tulisan kecik : sesetengah pic kurang memuaskan..hal ini kerana masalah teknikal yang seyes xdpt den nk nulung....

Wednesday, November 17, 2010

♥ Aidil Adha 1 ♥

tetbe pgi raye ni gatal tgn nak update blog nak huplod pic gedix mengedix sekeping dua posing amek cirik (sukati aku laa!).huahuahuaaa...sedang masing2 sibuk nak bersiap g sembahyang raye aku sibuk jugak...sibuk berangan..huhu xmandi agi ni...bu siap ngemas2 dapur! hahaa..juadah raye tahun ni ade nasi empit, rendang, lodeh, sambal goreng jawa, ayam engkong (mesti xpenh dgr kan kan kan....emmm ceedappp) ade kek wane warni aku lupe namenye ape mals nk pikir berat2 xsuke pagi2 dah kene pikir! huhuhu...kakak ngn ibu yang buat..aku tolong juge tolong kacau! hahaa....buuubaiii camat arii layerrr.....adiooss~~





Sunday, November 7, 2010

♥ kempen Aurat Saya Maruah Saya ♥

Mari Bersama Menjaga Aurat! 
Aurat Kita Maruah Kita! 
Maruah Kita, Maruah Islam! 
Maruah Islam, Perjuangan Kita!


ini adalh unkapan atau slogan bagi kempen menutup aurat 2010...aku jumpe page KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA kat laman FB....hurmm ape pandangan msing2 mengenai kempen tersebut....
  bagi aku kempen ni sgt baik...sebb mendidik kita agar lebih pandai menjaga diri terutama aurat perempuan sekarg yang semakin hari dianggap remeh...erkk betul ke??

aku post kempen ni kat entry aku bukan berniat nk memerli...tp sama2 kita ingat mengigati..aku pun kadang kala leka dngan tuntutan menutup aurat antara sebb aku leka myb aku kuat berfesyen....suke melaram....

islam tidak melarat umatnye berfesyen...tp haruslah menjaga tatasusila dan adab dalam berpakaian...aku juga sering mengingatkan diri supaya menjaga2 setiap penampilan agar tidak terlalu menjolok mata....aku juga akui kadang2 aku ade DEGIL sikit bab2 berpakaian ni...hihi 

aku slalu berdoa agar suatu hari nanti pintu hati aku terbuka untuk menjadi muslimah terbaik bukan setkat dimata manusia tetapi di mata islam juga....sekarg bukan xsopan...myb kurang sopan....setiap orang ade tanggapan masing2...bagi aku ini satu isu yang sensitif btl x...jadi perlu berlembut dalam menutur kata...aku juga xlayak menasihati orang mengenai aurat sebb aku sendiri masih lagi tidak sempurna untuk melahirkan satu bentuk nasihat...insyallah janjiku aku akan berubah menjadi yang terbaik...

kalu nk bercerita mengenai aurat...slalu yg 'bising2' mengenai aurat ni ialah IBU ku...ialah mak mana yg xrisau lau tgk anak die berpakaian xsopan pulak 2 tergedik2 bila jalan...(cam aku je) huhu...alhamdulillah aku mendapt keluarga yg boley dikatakan sgt mengikut adab dan tataterbit berpakaian dalam islam...aku?? aku masih lgi dengan cara aku tp tetap sopan cuma kadang2 suke pakai tudung singkat2 n bajut agak fit...walaupun dah bayak nasihat dorang bg....bg aku la...blum sedia~~ ha 2la slalu jawapan aku...

aku percaya bahawa ramai wanita diluar sana pun xmau ketinggalan dunia fesyen...setiap hari ade saja fesyen2 terbarukan...geram x? mestilah geram...hahaa....tp aku xlah sampai lupe daratan dalam berfesyen aku masih lagi menutup aurat tp tidak la sesempurnah adik beradik n IBU ku...aku msih lagi waras dalam mahu menjaga maruah ku bukan setakat maruah ku semata2 malah maruah keluarga terutama ABAH dan IBU...aku xmau orang mengumpat bahawa...''wah2 anak pak haji pak bilal n hajah pakai baju ketat2 mcm ni ke didik anak?!" aku xmau ayat2 ni menjengah telinga mereka...maklumlah mulut periuk leh ditutup, mulut manusia boleh??...sebagai contoh...IBU ku slalu kate IBU xnak tegur2 anak org berpakaian mcm mana sekalipun sebb IBU tau anak2 IBU pun pakai baju 2X5...hihihi...(akulah yg paling terase...) 




panjang lak aku berleter kat entry kalini.....sebgai menutup tirai...(wahh g2!) aku support kempen sebegini...dan diharapkan agar dimasa2 akan datg kempen ni jadi gilang gemilang dan dapt mnarik sume serata dunia mengenai pentingnya menutup aurat dengan sempurnah semstinya....

aku ade bg link KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA  untuk maklumat lanjut lau rajin2 leh la view~~ adioss ~~