Saturday, September 14, 2013

SAGA KE MYVI!

hai.

lame tak update pasal kereta. traffic source aku pon ramai yang cari pasal kereta. ade sorang ni mintak aku terus update pasal kereta. hehe. sebab die pun tengah keliru nak pakai kereta ape. same la macam aku mula-mula nak beli kereta dulu. jadi entry ni untuk saudari yang bertanya yang masih keliru. hehe. ini adalah pendapat peribadi.

****

honestly, aku memang suka sangat dengan myvi dan kereta perodua. itu pilihan utama. boleh baca kat entry yang lepas betapa cintanya aku pada myvi. ekehkehkeh. lepastu aku ambil kira pandangan/pendapat orang sekeliling. memang susah nak buat keputusan. nak-nak pulak bila kita ada 2 pilihan. 


lepastu, aku bentangkan pro and cons antara keduanya. mana satu yang boleh digunakan untuk long-term. aku suka gila dengan myvi extreme kaler kuning sampai malam-malam nanges bile tak dapat. haha. atas dasar itu la aku percaya setiap apa yang berlaku bersebab. aturan Allah tu kan sangat indah.


bila pikir pada keluasan, keselesaan, aku prefer pada saga. tapi bila pikir pasal parking, pasal kecomelan aku prefer myvi. lepastu aku pikir lagi panjang. bile pikir, aku suke kehulu kehilir dengan barang-barang bisness pastu suka travel suka ke sane kesini bawak girlfrens aku. besok kalau dah nak kawen dengan barang-barang persiapan kawen kalau nak pindah rumah kang pulak semua tu nak taruk mane. tak kan nak pinjam kereta abah kot?. time tu la sedih sebab myvi takde ruang yang besar untuk mengisi semua bende-bende-bende ni. time tu la rase nyosal.


keselesaan ruang, keluasan bonet menjadi pilihan bukan?. bile tengok dari segi masa depan lagi dan lagi karang opkos aku dah kawen, dah ade anak. lepastu dah tentu aku jadi seorang mummy yang super bizi kan. bukankah kite memerlukan ruang yang lebih mase tu?. mane nak letak baju-baju lepas ambil kat dobi?. dengan seat baby lagi? stroller?. barang-barang anak? barang-barang aku? barang-barang bisness aku? aishh. penting tu nak pikir. tak kan bulat-bulat harap pade kerete laki?. kalau la laki berkereta besar. kalau die pon pakai myvi?.acaner tu?. terlalu jauh pulak aku pikir. haha. *hyper


lagi ramai yang cakap myvi kuat minyak. ye betul. kalau cc kereta lagi besar lagi kuat la minyak jalan. saga cuma 1.3cc je kot lagi jimat minyak. memang sungguh bagai di kata. saga memang super jimat minyak. aku pergi balik kampung jb-layang (40 minit) RM 20.00 je kot. sampai kampung tinggal 1 bar. 1 bar tu kau boleh pergi lagi rumah nenek dalam masa 15 minit. boleh lagi pergi ambil adik aku balik sekolah kat renggam dalam 15 minit jugak. see, aku dah cuba dah bende ni. kalau dulu duit minyak RM 350 untuk balik kampung dan pergi opis sekarang RM 250 pon dah hokeh. ade lebih siap cuci kereta lagi topup sikit-sikit untuk service etc etc. penggunaan minyak samada nak jimat ke tak bergantung pada cc kereta. tapi itu semua tak menjadi masalah kan?. bak kate abah aku. sibuk sangat nak jimat minyak pakai itu ini, asal kereta tu jalan maka minyak pon jalan la. lagi jauh kita jalan lagi banyak la minyak jalan. selagi kau pakai kereta tu selagi tu la minyak jalan. kalau tak nak minyak jalan baik duk kat rumah je kereta tu. haha..gituw pulak... :p



lagi perlu pikir ialah auto atau manual?. mase aku mula-mula nak beli kereta aku cakap siap-siap dgn abah nak kereta manual. sebab aku mengaku aku cuai kalau bawak auto. bawak auto memang sedap. tak payah pikir pape. tapi sebenarnya kita silap. *aku la kot kalau orang lain aku tak tahu la. lupa nak turunkan handbrake  ini masalah besar bagi aku. terlalu sedap tekan minyak sampai lupa nak turunkan handbrake. haha. lepastu aku tak payah pikir clutch, gear etc etc. lepastu nah kau, sampai minyak pon lupe nak tengok. hihihii tersadai kau tepi jalan. jadi aku saran kan pada diri aku sendiri supaya TIDAK membeli kereta auto. kalau pakai manual ni otometik semua bende aku nak tengok. meter, handbrake, lampu-lampu segala lampu kat dashboard tu. kihkihkihh



bawak auto memangg sedap gila. untuk jalan jauh memang seronok la. tapi bawak auto pon kene pandai. pandai bace kekdahnye tu. auto pon ade gear. macam mane nak guna P, R, N, 3D, 2, L. semua ni ade function. naik bukit pon kene tukar gear jugak. lagi kalau hujan lebat air tinggi better kita matikan aja kereta kita tu, tolak ramai-ramai. sebab apa. sebab kompom akan mati punya. hihi. kalau manual, at least boleh jalan dengan gear 1. penukaran gear di masa air tinggi pon tak bagus sebab air akan masuk ke dalam enjin tu yang menyebabkan kereta mati ditengah-tengah air sedang deras. ada teknik yang kita perlu tahu. bukan tahu BAWAK aje. kihkihkih...



dah setengah tahun kot aku pakai saga ni. so far takde pape poblem selain brake drum itu hari. aku pon dah hilang meroyan tak dapat myvi. haha. so, for those yang masih lagi keliru nak beli yang mana, pikir sedalam yang boleh.



aku tak kata myvi tu tak bagus. tapi macam statement aku ni menghentam myvi pulok kan. macam mana pon aku tetap akan beli myvi jugak one day. bagi aku myvi ni sesuai jadi second car aku in future hehe. kalau dah ade kereta besar ruang besar, bonet besar. nak beli myvi sila beli. buat jalan-jalan bersiar-siar pon sedap jugak. kalau nak balik kampung ke nak menggunakan ruang yang besar bawak je kereta besar. kan senang. 


fuh~~~~ the end


*insya Allah akan hupdate pulak function yang aku suka kat dalam saga ni nanti. see ya!





6 comments :

Mysara Ab Rahman said...

mai pn dlm proses nk beli krete ni..myvi mmg salah 1 dlm senarai

Puan Ezy said...

antara proton dan perodua, saye plih perodua.
perodua kete mmg kecik tp kualiti bgos..
proton kete besar tp kualiti kureng..
disbbkn suami dh pkai proton, saye plih perodua viva.. mmg jimat myk. sgt2..
dulu prnh wat loan saga tp xlps.. pastu tros xsuke saga.. haha..
ni pndpt saye jela ek..

agasshi zell said...

tanks a lot for ur info cik azi..nga kmpul duit nk beli kete nih..huhu..
btw, kite org smpg rgm..hehe

qai iQtech said...
This comment has been removed by the author.
qai iQtech said...

klu kita ada alasan disabkan nak simpan barang nak tukar ke kereta lebih besar lebih baik ambil van ...baru bayak barang simpanan utuk kte simpan...nak kate myvi tk boleh simpan brang banyak tak jugak..proton besar sikit jer bonetnye...myvi bole lipat kursi belakang untk tambah muatan barang..fikir2kn.

Unknown said...

Saya pun d lema nak ambik saga flx plus atau myvi . Pening nak tido pon X Lena. Last2 ambik saga jugak Dan tahap puas hati tu sangat puas hati. Ruang dia mmg luas. System audio mmg terbaik. Smooth di Jalan Raya. Handling yg mengagumkan. Cuma yg X best saga Ni macam Kereta org Skema sikit. Tp Ada aku kisah! Hahaha