Friday, September 13, 2013

ENTRY UNTUK DIRI SENDIRI



nak update pasal diri sendiri je pon. hehe.

lately masa kat opis aku terbuang di hadapan PC dengan hidangan movie ect etc. sebab pertama bukan curi tulang. bukan curi baju bai ke baju abang-abang nepal sebelah opis aku ni. bukan ye bukan. sebab yang sebenarnya adelah sekarang takde projek baru. jadi aku banyak siapkan kerja-kerja partime aku kat opis. adil tak adil tak. dengan cara ini boleh la malam-malam ku diisi dengan chating. poking. etc etc selain tidur awal seawal mungkin. azan isya'-solat-tido. segera sangat.


sebab tiap pagi seawal selepas subuh. aku ade misi. misi utama gitu. well, dah masuk 2 minggu jugak aku berjogging. 2 minggu tu cume 4 kali je pon. hehee *hujan plus lambat bangun pagi* pastu tiap petang skipping+main badminton+sauna+sit-up etc etc feeling-feeling dah loss ade lah dalam 5kg++ haha. suke suke bagi tekanan pade diri sendiri. selain menjaga jumlah kalori sehari, banyak kan makan sayur+buah dan minum air masak 3 liter ++. diet secara sihat ni aku pernah buat dulu. success gituw mendapat bentuk yang di dambakan 2 tahun yang lalu. hasilnya nah kau, gastrik naik ke dada lalu pedih ulu hati. akibat tekanan yang melampau. obses gituu. jumpe dokter pon dokter tahu "awak diet ea heheheeee". lagi pun mase tu aku memang dalam keadaan stress melampau-lampau tahap abnomel. gituw. zaman-zaman jahil uolz. erk!


so, kali ni aku kene tetapkan niat. nak kurus untuk apa? petama untuk sihat! kedua dah tentu untuk lebih senang nak beramal ibadat, selain lebih kepada menjaga aurat. insyallah, Allah tahu niat kita. usaha-doa-tawakal.

"changing from bad to good is long-term adventures but it is wonderful"

maka ini tahun kasi pecah. pecah itu lemak tepu. wakaka. bagi aku nak KURUS memang senang. mungkin sebab aku senang kot nak turun berat badan. tapi nak MAINTAIN KURUS tu SUSAH. kalau ade orang cakap nak kurus tu seribu kali susah tapi nak maintain kurus tu dua puluh ribu kali enam ratos kali susah. petama kene ingat metabolisma badan setiap orang tak sama. makan kalau tak jaga kalori memang senang la nak naik balik. ni spesis-spesis macam aku la. haha. so, lepasni kene maintain BMI. ala, berat ideal aku 47kg ok. ringan sangat kot. ape kate kite sendiri buat BMI sendiri. wakaka.


dengan wujudnya entry berbaur macam-macam rasa ni. bolehlah naik kan semangat aku kot-kot aku giveup di pertengahan jalan ke boleh la bace balik. wakaka



ala bukan susah pon. sikit je lagi :p


so, ucapan kepada diri sendiri.

Dear azi, 

hope lepasni pandai la kau jaga kesihatan, maintain cun melecun evento mase tu ko dah beranak pinak sekali pon. amaran keras ni. 


sincerely, 
ur future. 





1 comment :

Mysara Ab Rahman said...

nk maintain kurus mmg payah....nak jaga mkan g payah...byasenyer asal bedal je..hee