Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, June 28, 2020

Resepi : Begedil Johor ❤

Hye!!

Rasa sekejapnye lahai cuti dua hari. Tetibe esok dah naik kerja. Tapi bila cuti panjang rindu pulak nak pergi kerja.  😁

Lame aku tak share resepi masak masak ni kan.  Kalau orang nak tengok lagi banyak resepi yang aku share boleh tengok side bar aku bahagian "dari air tanganku" ceewahh😝


Basically resepi begedil aku ni simple giler.  Pejam mata jee haha. Tapi gambar takda step by step tau!

1. Kentang 5 biji potong kecik2 lepastu goreng.
2. Ayam goreng bahagian isi di goreng
3. Bawang goreng
4. Daun sup
5. Telur

2,3,4 tu optional kalau taknak letak pun takpe.

Lepas kau dah sesiap goreng kentang tu,  kau tumbuk pakai batu lesung sampai hancur.  Tumbukkan juga isi ayam yang dah goreng tu.. Texture tu ikut korangla nak lumat ke nak separuh lumat ke.

Satukan kentang dan isi ayam yang dah lumat tu dalam mangkuk. Letak garam,  bawang goreng,  daun sup or daun bawang.

Kepal2 kan jadi bentuk bulan camni..


Lepas tu  dalam mangkuk lain kau kocak telur sebiji. Celupkan dalam telur lepastu guring sampai jadi brown! !


SIAP! 



Sunday, August 13, 2017

SNACK : KIMBAP BALL

hi!

hujung minggu best kalau dapat makan macam ni!



ceknab ni kalau balik memang suke la buat bende-bende gini.

meh aku share ape je bahan yang die guna. sebab senang bebeno nak cari!


1. beras sushi
2. santan kotak
2. crab stick, sosej etc
3. snack seaweed ape sahaja brand
4. bijan untuk hiasan

beras sushi ni aku pernah pakai mase buat kimbap roll. ade balance so pakai la kan dari terbiar gitu. cuma kali ni masak dengan santan. macam buat nasi lemak tu. seriously sedap gila. rasa macam berlemak-lemak getew!


crab stick dengan sosej boleh la di rebus sahaja letak garam sikit lepastu potong kecik-kecik.


snack seaweed tak kisah brand ape. brand Tao Kei Noi  sedap. yang adik aku guna ni tak sure brand ape pon sedap benda tu boleh pilih nak falvour ape. ayam ke sotong ke tomyam gung ke. 


kalau jenis roasted seaweed lever tu macam tak sedapla. so kite pakai instant. instant ni selalunya sedap sesuai untuk orang yang nak cepat siap hehe


sebelum jadikan bulat, masukan crab dan sosej juga sedikit seaweed. then, golek-golekan atas seaweed yang dah di koyak-koyak (aku pakai gunting). untuk kesan kvariety boleh tabur bijan...


mudahhh bukan?!



Friday, August 26, 2016

KIMBAP KANG BABAP KANG.

hello.....


kimbap kang babap kang bukan nama resepi dari thailand ke jawa ke siam atau indonesia ya kawan-kawan. nama resepi ni baru je aku cipta sepintas sesaat dibawak angin yang memintas lalu. geteww. 

lama dah aku teringin nak buat kimbap ni. since adik aku ciknab tu suka makan bende-bende gini kan. helok bia die je la yang buat. aku tolong gulung je.

pada yang tak tahu amendekejadahkealoh kimbap kak!. here wiki explained for u..


Gimbap or kimbap is a Korean dish made from steamed white rice (bap) and various other ingredients, rolled in gim (sheets of dried laver seaweed) and served in bite-size slices. Gimbap is often eaten during picnics or outdoor events, or as a light lunch, served with danmuji or kimchi.



korang janganlah expect kimbap aku mewah dan lawo kebabom sangat hahaha. ni versi cempak-cempak jeh hewhewheww




Nasi sushi/ beras sushi ni boleh didapati dipasar-pasaraya (masak seperti biasa boleh baca di belakang paket beras tersebut)

seaweed


Goreng telur dadar lepastu potong panjang-panjang


Timun Jepun

Lobak

Mr.crab frozen (celur)

Walaupun adik aku yang sediakan semua bahan diatas. Tetap jugak aku yang menggulung dengan begitu cantik sekali kekeke. Mampuih aku kalau nab bace. Die tu dahlah suke curi-curi bukak blog aku dekat lab! :pp



Tips nak gulung cantik ni senang je. Jangan TAMAK. Letak je nasi sikit-sikit atas seaweed tu. Jangan letak banyak-banyak nanti gemok. Dahla gemok buruk plak tu ekekekeke. Tapi terpulang la korang suka gemok ke tak. Aku takut seaweed tu terkoyak haa kan tak lawa nanti.



masa menggulung ni aku tak pakai pon tikar buluh ke ape name beliau ek. Aku gulung pakai plastik alas dengan tuala. Insyallah uolzz jadi seperti ini. Lawo ke tidoookkk. mestila korang buat lagi lawa. aku punya ni macam suram sepi sekuntum mawar merah jekk. :p


Selamat mencuba!!



Monday, August 15, 2016

RESEPI : KETAM TELOQ SAMBAL HIJO


 Dalam femly aku ni, asal ketam je kene masak lomak. Tak paham aku nape. Kalau dibuat masak sup macam derhaka siap tunggu untuk di sumpah. Hahahahaa.

Tapi aku persetankan semua itu. Nak jugak try masak lain.


Untuk 5 ekor ketam

2 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
Lada kecil kampung
Lada besar hijau
Halia
Serai
Ikan bilis
Air asam
Garam
Gula
Kunyit serbuk
3 biji  telur ayam

Nisbahnye ko agak-agak je macam acah-acah terel :p. Aku tak guna bahan yang takde kat dapo ko. Semua bahan kat atas tu mestila hado kann??


Ketam tu belah ah dua nampak banyak sikit ekekeke. Lepastu lumur dengan kunyit serbuk cap adabi kalau boleh. Takut pakai cap lain nanti kekok. bhahaha ok serius!. Perapkan kejap sementara sediakan bahan tumis.

Dalam blander –bawang besar, bawang kecil, lada, halia dan ikan bilis. Rahsia sedapnye adalah ikan bilis. Take note tu. Hehee

Tumis dengan minyak. Titikkan serai dua batang. Agak dah kering, naik bau, pecah minyak masuk air asam, optional asam keping ke extrak asam jawa. Perasakan dengan garam sikit dan gula sikit. Semua sikit-sikit je. Sebab ketam dah manis. Kalau boleh jangan hilangkan rasa hero die tu. Bahan rahsia kedua, Pecahkan 3 bijik telur ayam. Agak dah setengah masak, masukkan ketam yang dah diperap dengan kunyit serbuk tu. Gaul sebati. Tutup kuali dalam 3 minit cemtu. SIAP!!


Perghhh sedappp!



Selamat mencuba........


Monday, April 11, 2016

RESEPI : LEMPENG OAT!

Woohoo!  Hello!


Lame tak pdate tetibe muncul share resepi gitu la aku selalu. Lepastu sampai 2 3 kali post share resepi muahahaha. Life aku takdela best mana nak di kongsi kan. Balik kerja seret mate balik kerja seret mate. Cuti hujung minggu seret langsir silau sehh menganggu tidurku sampai matahari terbenam. Kahkahkahkah.



LEMPENG

Aku memang penggemar makanan yang berasaskan tepung dan digoreng samada minyak banyak atau sedikit. Memang fav gegila ah lempeng atau jejemput/ cekodok ni. itulah rahsia saya sihat sepanjang zaman tanpa kesedaran untuk menjaga jantung dan mengawal kolesterol. Tetibe nak bagitau perangai buruk dah kenape ye. :p



OAT

 Aku bukan penggemar oat. Pernah sekali viral kot pasal overnight oat ni. pernah la aku buat, campur susu coklat low fat+kiwi dua malam aku peram dalam esbok. Lepastu ya robb tak mampu untuk ditelan. Dasar tekak kampong betul. Letak sambal belacan baru la boleh lalu kat tekak. Nape ehh oat tu rase die aneh semacam. Mak aku tak pernah ajar makan oat dari kecik. Kekecik dulu di baginya beskot bijan sampai kaya raya kedai apek tu. Hahahaha salahkan ibu mengandung fulak.. tapi ibu aku tu laju je makan oat. Boleh pulak ibu aku tu telan ek, siap rendam dengan kuah ikan singgang, sup ayam kampung, dengan susu kambeng bagai. Halloo hakak tak rela ya nak telan. -_-!


Oleh sebab aku dah beli sekampit oat cap Kapten Oat maka tak kan nak dibuang pulak. Soh marilah kite adjust buat menu yang aku boleh telan. Try letak kat bancuhan tepung untuk buat lempeng tu. Nah! Sedap tanpa sedikit pon rasa aneh!. Tak sangka aku Berjaya makan oat dengan kekdah sebegini rupa.


Resepi ni memang aku dah selalulalulalulalu lalang sangat buat. Asal takde mood makan nasi mesti buat ni.


Bahan-bahan

Tepung
Air
Oat
Garam
Minyak

Mudah bukan bahan yang digunakan. Campur tepung+oat+garam gaul sebati dengan air. Nisbahnya kau adjust je sendiri suka kepekatan yang sebagainama rupa. Dekat bancuhan lempeng tu kau letak la minyak sikit bagi cantek sikit kaler bila di masak nanti. Semuanya kena sikit-sikit-sikit.
Dengan menggunakan senduk saiz M selett kat pan non-stick ikutla kau nak bentuk cemana. bila pakai pan anti lekat ni seronok sikit sebab kita tak payah guna minyak kalau nak guna pun dalam kuantiti yang sedikit.



Siap! walaupun kualiti gambar tak bagus. aku tetap terliur tengok ni. :p

Macam keji je resepi lain, gambar lain kekekeke. aku terajin la letak potato. potong panjang-panjang bagi mood sikit lain pesen kononye. yang pic hujung sekali tu kosong je tak letak potato. rase tetap best!. cecah dengan sambal sardin hirup hazelnut coffee. perghh! tak hengatt..


Selamat mencuba!


Friday, March 25, 2016

RATAH KAKI AYAM TU BEST TAHU??


Walaupun ade yang menganggap kaki ayam tu sejenis kotor ke? Tapi ketahuilah terbanyak sumber kologen dari kaki ayam tersebut.


Aku mengaku ah aku memang peminat tegar kaki ayam. Boleh dikatakan seminggu sekali wajeb masak kaki ayam. Wajeb ye. Kekekeke. Selalunya borong kaki ayam kat tesco sebab lawa sikit kakinye. Kalau kat econsave buruk buruk kekekekeke.



Sejak azali lagi aku memang tak tahu rupaya kaki ayam ni ade kolegon. See cetek ilmu aku. Sampailah adik aku nab bagitahu senior die buat final project aiskrim kologen dari sumber kaki ayam. I is wow. Tak sesia aku menjadi mengikut tegar kaki hayam. Kahkahkah begitula asalnya aku tahu. Sejak dari haritu, boleh dikatakan tiap kali belanja aku memang akan borong kaki ayam. Kalau sesebelum ni harapkan dua ketul kaki je la sebab beli ayam sekor dapatla kan sepasang kaki. Tu pun berebut dengan adik badik aku hahahaha.



Femly belah abah aku memang penggemar sup kaki ayam. Kalau kenduri-kenduri ke ape kan, dorang suka ambil kaki ayam dan leher ayam buat sup. Wowww sedapppppp tolonglah!. Kalau femly belah mak aku pulak dorang tak suka. Even atok aku kalau Nampak kaki ayam dalam lauk lemak cili api memang kembang tekak beliau lalu tak disentuhnya lauk tersebut. Kakakaka. See pertembungan dua budaya dalam diri aku. Ewahh budaya sangat! :p



Jadi, bila aku duduk rumah sendiri ni. aku akan pelbagaikan menu kaki ayam. Sebab aku memang beli banyak maka banyaklah menu yang aku try ikut peredaran masakini ah. Cewaah. Walaupun aku menyampah terpaksa ketip kutu kaki ayam sebab dorang tak buat kuku beliau maka aku pon gigihla gunting sesatu jari. Kalau mak aku Nampak ni mesti kembang tekak beliau. Kekekekee



Antara hidangan yang aku dah try dan best lagi sedap terangkat kening ialah.

Kaki ayam masak sup rebus


Kaki ayam masak ungkep


Kaki ayam masak kicap masin


Kaki ayam masak sos manis+pedas


Kaki ayam masak lemak cili padi


Kaki ayam goreng kunyit pedas


Kaki ayam menjerit-jerit. Hahaa


Yang paling biasa aku masak ulang-ulang ialah sup kaki ayam dan kaki ayam masak sos manis. So, aku recommend kat korang try dua masakan tu. Sebab mudah cepat dan senang.


Oh ye! Aku ni pesen ratah gitu je kaki ayam. Jarang ah buat lauk makan dengan nasik. Sesambil layang running man tu aku ratahla kaki ayam. Tak pun buat side dish makan dengan maggi kering-kering hoii sedap sangat lah!


Kaki ayam masak sos manis.




Aku terpengaruh tengok roommate season 2. Mase tu dorang tengah ratah kaki ayam kaler coklat. Aku terliur. See aku tokleh tengok orang makan kaki ayam automatic jadi sawan hahaha. So esoknye aku p peli kaki ayam kat tesco then, create resepi sendiri janji kaler coklat sama macam dalam cerita tu. Kahkahkah .


Rahsianya ABC sos manis –sila beli sedap nak pitam



Sos ni memang pekat dan likat. Rahsianya menggunakan gula Melaka. That’s why la manisnya tu luar biasa sangat ahh.

Potongkan bwang dengan 5 tangkai lada kecik. Tumis garing. 
Sebelum tu perapkan kaki ayam dengan sos manis ABC. 
Kendian dalam pada tumis bawang dengan lada tu campak sikit lada kering. 
Tumis sampai naik bau baru masuk perapan kaki ayam tu. 
Curahkan lagi sos manis dan kicap masin. 
Letak air sampai teggelam. Tutup tudung kuali.

Tunggula sampai air tu kering, maka kaki ayam pun jadi lembut. Haa mudah bukan?


wuuuu sedapnye makan dengan maggi kering-kering cemni. memang terangkat!


Sup kaki ayam




Yang ni pon mudah dua kali riban ganda. 

Kau rebus je kaki ayam dalam piuk. 
Sambil tu pecahkan bawang putih sebijik dengan halia setengah inci. 
Kasi rebus sampai lembut. Bila dah lembut elok untuk gigih, kau bancuh serbuk sup tuang dalam rebusan kaki ayam tu. 
Walaupun Nampak macam cheat pakai serbuk segera kakakaka. Tapi pecayalah sedap nak pitam. 


Aku siap potongkan kentang dengan tomato Mudah dah ringkas. Kalau ade belen untuk esok, aku pecahkan telor. Perghhhhh lagi lama rebus lagi sedap tau kuah sup tu. And. Tak lupa juga, 


kalau korang perati sup tu kalau dah sejuk. Kuah nya akan jadi macam jeli-jeli. Macam lengkong. Haaa tula kologen nye. Pecayaa tak?? Tolonglaaa pecaya hahahaa. 


Ce tengok kalau sop-sop ayam yang biasa tu kalau dah sejuk jadi tak macam jeli??.. haaaa ce buat experiment! Ce ce ce ceee. Tampa kangg!
 

Jadi mulai dari hari ni korang kene belajar makan kaki ayam due to ecomonic growth yang tak berape nak grow. Kekekeke ok! Bai


Wednesday, March 23, 2016

RESEPI : AYAM PADPRIK

halu.....


rajin buat autopublish next resepi. amboi gila rajen kau memasakk. haha. sebenarnya ini adalah edisi sambung ayam masak kicap. dalam satu hari aku buat dua menu. 1 ayam masak kicap dan 2 ayam masak padprik.


so, harini aku nak bagi idea masak ape lunch nanti.


kebanyakkan resepi yang aku share ni ringkas dan mudah. konsepnye guna-apa-sahaja-yang-ada-dalam-dapur bujang.


kalau Su konsep die barang-dapur-kene-lengkap-baru-layan. pernah dulu die nak masak tomyam tapi takde daun limau. terus tak ade mood nak masak. hellooo takde daun limau tu tomyam kau tak jadi ke. hahaha.


lain orang, lainla citarasa ye ke tidakk..




bahan untuk 4 orang makan :-

isi ayam
sebiji bawang besar
sebiji bawang putih
halia potong panjang-panjang sedikit je dah cukup

cili kering kisar 2 sudu
sos cili cap life
sos tiram cap maggi
daun limau purut


kekdah :-

tumis bawang besar+bawang kecil+halia sampai naik bau.
masuk cili kering yang dikisar dalam 2 sudu ikut pada kuantiti ayam. kalau banyak letak la banyak. agak-agak je.

bila bahan semua dah sebati. masukan ayam tutup kuali. tujuannya bagi mempercepatkan ayam tu masak.

dah sebati dengan rencah. baru masukkan sos tiram. kuantitinya adalah banyak. ikut nak banyak mana. yang penting banyak jugak kene letak baru berasa. campakkan juga daun limau. actually kene letak serai ke?. aku baru perasan tak letak serai bhahahaha. takpe ni resepi aku. kau hingat duduk rumah bujang barang dapor lengkap la?? kekekeke

sos cili pon masuk saing. kalau ikut resepi orang lain letak sos tomato bagai. kat rumah aku tak pernah wujud sos tomato. muahahaha.

sayur tu ikut korangla nak letak ape. aku letak je yang best untuk tekak.




sedap gils ok makan dengan nasi panas-panas. tangan kiri pegang aiskrim malaysia-asam boy. perghhh sejuk campur panas nekmat mana kau mahu dustakan!


selamat mencuba!!




Tuesday, March 22, 2016

RESEPI : AYAM MASAK KICAP.

hye..


nak masak ape harini? meh aku kasi idea nak masak ape petang nanti ok!. senang, pantas setengah jam setel!.


biasenye ayam masak kicap ni orang akan goreng dulu ayamnye. kali ni aku buat edisi upgrade tak payah sesusah nak goreng ayam nanti meletup kene muka dah cacat. pastu kene berjimat guna minyak masak. walaupun harga minyak dah turun. harga minyak masak tetap jugak segitu. so, lets tengok resepi ayam masak kicap tanpa goreng dahulu ayamnye. korang mesti teruja sebab aku pun teruja gila sebab senang nak pitam. hahahaha dahla senang, sedapnya dua kali ganda daripada yang digoreng tau. isinya lebih lembut dan juicy ewahh.


bahan untuk ayam setengah ekor ye.

3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
lada kecil
cili kering

*semua bahan kat atas tu dikisar halus.


serai dititik
kicap manis
kicap masin



sedapnye tengok kaki ayam tu. fav sangat!
persoalannya.. macam nak buat sehingga jadi begini??. mari kita ke perenggan seterusnya


kekdah:-

tumis bahan kisar+campak serai tumis sampai kering dan garing

masukkan ayam - tutup kuali sampai air ayam tu keluar macam pelik ayat tu. maksudnya ayam ni akan keluarkan sejenis air bila ditumis. so, lets biarkan air yang keluar dari ayam tu kering.
bukak tudung kuali, cek ayam tu dah masak belum.

masukkan air tunggu sampai mendidih. yang ni optional kalau korang suka kering tak payah masuk air, terus letak kicap. aku suka berkuah so marilah letak air sampai banjir. tunggu didih.

mendidih sudah -masuk kicap-kicap.

siap!



mudah ke tidak??


selamat mencuba..... korang-wajeb-cube!



Friday, March 18, 2016

RESEPI : IKAN SALMON MASAK ASAM

Hai lama tak share resipi.


Dari minggu lepas aku teringin nak makan salmon. Semalam baru masak. Kemain kat office pikir nak masak ape ye salmon memula nak goreng je. lepastu tekak terasa nak makan kari. So lets masak kari.



Sampai rumah menu bertukar sudah. Masak je la asam rebus. Google kat internet mintak resepi. Ade ke patut keluar salmon asam pedas. Hekeleh betul. So lets la try buat resepi sendiri. Ekekeke



Sebenarnye resepi sape tah. Aku selalu jugak masak tapi pakai ikan siakap or ikan tenggiri. Kira ni first time jugak aku buat salmon masak asam. Wow sangat ni. tak sangka pandai dan berani mencuba aku ni hahaha. Kalau tak sedap macam rugi pulak sebab salmon ken mahal. Ase tak patut pulak tetibe tak menjadi. bisik kat hati takpe kalau taksedap paksa telan!



Membebel je sampai makan 3 perenggan. Ok jom tengok bahan-bahan yang tersangat mudah. Jangan risau resepi aku takde yang menggunakan bahan pepelik. Tengok membebel lagi.



Bahan-bahan untuk sekeping salmon :-

1 biji bawang besar. optional bawang Holland
1 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit *kalau tak suka takpayah letak. aku suka sebab nak kuah kaler kuning kekekeke
4 batang lada merah besar
2 batang cili padi pedas
Asam keeping/asam gelugur/asam adabi

Semua bahan diatas hendaklah di potong halus-halus.



Tumis semua bahan yang siap di potong tu. Lada je masuk last. 
Tumis sampai garing dan berbau sangat harum. 
Masukkan air asam ikut suka nak masam parat mana ah. 
Tunggu mendidih baru masuk lelada. 
Sudukan garam secukup rasa. 
Tunggu didih. 
Dengan lafaz bismillah masukkan ikan salmon yang dah siap dicuci. tutup kuali.
Tunggu sampai ikan masak. Ikan salmon ni masak tak la lama sangat. Dalam 15 minit dah oke la tu.




Tadaaa… sedappp nyumss! Licin ni aku makan sorang. :p

Korang kene try sebab sedap. Lepastu lain dari yang lain rasa masam manis lemak semua hado.


selamat mencuba!!





Tuesday, March 10, 2015

RESEPI : KARI AYAM

hai..

kari ayam ialah salah satu fav. food aku. dapat dimakan time raya setahun sekali. kalau mengharap dari ibu la. dah besar panjang ni, reti la masak sendiri. seumur hidup aku ni, baru 3 kali masak kari sendiri. yang aku paling ingat, pernah try test cube masak kari telo. sekali tak menjadi. raso togeh. tetibe rase togeh. mehehehe. lepastu terus fobia nak masak kari.


oleh sebab aku tak puas hati makan kari kat kedai, maka aku try masak sendiri untuk sekian kali nya. kari kat kedai ni time kena sedap..sedap bebeno. tapi cair tak berasa pun karinya, tak mengikut piawaian aku langsung. aku suka kari yang sedikit pekat, likat sekali sedot rasanya tertinggal di lelangit. kalau basuh tangan, bau tak hilang. kehkehkehh



bahan yang aku pakai, untuk dua orang makan. gambar kari lupa nak ambil. aku biasanya pakai kari serbuk cap adabi. fav. sangat cap adabi ni. aku masak kat rumah sewa time ni. daun kari kalau korang suka boleh la letak. aku tak suka. tamil sangat nanti. heee

1. ayam 4 ketul
2. bawang besar 1 1/2 biji (kisar)
3. bawang putih 2 biji (kisar)
4. halia 1/2 inci (kisar)
5. lada kering kisar 3 sudu makan (ikut tahap pedas mana korang suka)
6. serbuk kari 2 sudi makan. atau kalau korang beli yang pack kecik tu, semuakan je serbuk tu senang. caranya, serbuk kari ni, korang cairkan. eh macam pelik pulak ayat tu. korang bancuh dengan air masak tak sejuk tak panas. air minum tu ha. jangan banyak sangat air. cukup sekadar jadikan ianya sebagai pastee sajer.
7. santan kotak separuh
8. kentang dan tomato


memula panaskan minyak. lupe nak cakap tadi, cempak bunga lawang, cengkih, kayu manis dan ape ye lagi satu tu?. tips die, bila dah masuk 4 beradik tu, jangan lama-lama atas minyak. haa tu rahsia die..  dah masuk 4 beradik tu terus masuk rencah yang di blander tadi. make sure minyak korang tu betul-betul berasap-rasap. ha paham tak. sampai bahan bawang tu garing, masukkan lada kering kisar. lada masak je, terus masukkan serbuk kari yang dah jadi paste tu. tumis sampai naik bau. masukkan ayam dan kentang sekali. masuk air asam jawa. pun lupe nak cakap tadi air asam jawa. hehe. kalau takde, masuk asam keping tapi last bila dah masuk santan.


biasanya ayam ni akan mengeluarkan air. jadi tak payah masuk air. tunggu sampai ayam masak adalam 15-20 minit camtu. masukkan santan kotak separuh. kendian masuk air dalam 2 cawan. masuk garam. tunggu sampai didih. masuk tomato. tutup api. siap!!


ha senang ke tidak... sedapp sangattttt. puji diri sendiri takpeee. esok ade balance, buat lempeng. pergh nekmat mana lagi yang mau kau dustakan. hehehee


ok korang selamat mencuba!. gambar kari ayam siap! tak berjaya di tangkap. lupe wei nak ambil gambar masa dah siap masak. saba je la..


Wednesday, January 28, 2015

RESEPI: SHEPHERD PIE *ngelat!

hai, hello...


akibat terajin kat dapur. maka terbuatlah shepherd pie pula. selepas edisi lengkong yang dibuat pada 11.30 malam hari sabtu lepas. ianya adalah lebih kurang cottage pie yang pernah aku buat dulu tu. cuma bezanya kali ini edisi pantas tak perlu bersusah payah benor. gituw. susah payah sikit je. nak senang kene susah dulu. ngerti? teheehee


ianya menjadi mudah dengan menggunakan prego je uolz. dalam sos prego tu pon dah siap sedia pelbagai rempah repek-repek italiano sangat. mehehe.





memandangkan iolz suka gilSs! dengan prego classic so pakai je la tu. aku buat pizza pon toping die pakai prego je. heheheee ngelatt!

kentang tu cembiasa la kau lenyek lenyek sampai lumat. aku tak berapa suka lumat. sebab nak bila gigit tu tergigit kentang seketoi seketoi rase woww raw nya. eh?
campuran kentang tu, letak la susu segor dalam 3 sudu besar. tabur garam tabur lada putih. pergh menyegat lidah orang melayu ni nak pedas-pedas. rase diee lemak lemak berlemak tersentil di pinggang engkorang. :pp



dalam kuali, tumiskan dengan minyak sesudu, bawang holland, bawang putih cincang halus. naik bau, cempak ayam cincang ramlee. sampai kering, baru tuang sos prego. keringkan sos die. kalau boleh kite nak inti die tu lembab just nice jew. tak basah sangat tak kering sangat. ikut tekak korang la sebetulnya.




cara melapis: 
1. based - ratakan dengan kentang.
2. tuang inti.
3. top - ratakan dengan kentang semula.
4. buatla corak suka suka dengan menggunakan gerfu.

kendian bakar dalam oven. dengan suhu 200 darjah celsius. selama 15-20 minit!


kalau korang suka cheese letak la atas masa bakar tu. wow mesti double sedap!. kenapa aku lupa nak letak ya?? buka icebox baru perasan ade cheese! kecewaaa. haha

lupa nak citer, loyang aku balut dengan aluminium foil dengan tujuan senang nak sental. kehkehkehh


nipis je iolz buat. korang boleh lihat di bahagian 'dari air tanganku' *kau perasan kau chef :p* untuk resepi yang lebih detail k!

baii


Tuesday, January 27, 2015

RESEPI : AGAR-AGAR SUNQUICK/LENGKONG SUNQUICK.

hey..

lama tak post gambar makanan. cuti-cuti sem ni elok la kalau kite merajinkan diri kat dapur.




aku post gambar ni kat wechat. adelah dua ketul manusia menanya apakah, apekebende, pebende bendealah ni. hewhewhew!

itu adalah adik beradik puding. tapi agar-agar kot korang panggil. kalau bahasa kampung-kampung aku, kami panggil lengkong!. LENG---KONG. sebutan e tanda bawah. leng leng leng caii.. erk?

aku tingin nak makan lengkong sirap rose. hoi sedappnya. sekali kau tahu? sirap dah expired! kecewa hakak. terus wasep mokde, "mokde, boleh tak ganti dengan sunquick!!!!". ahhhh parah tol laa. tekak ni tingin beno nak lengkong sirap!. aku lengkong kaler lain tak mahu!. nak-nak lengkong 2014, penuh dengan warna pelangi, buah laici, natadecoco la.. i is tak minat. i suka yang oldskul oldskul ni. mehehee

actually ni first time aku buat sendiri lengkong. memula google gak resepi acane buat. at last, mokde jugek haku cari. mehla aku share resepi mokde aku. resepi turun temurun ni dari tokwan. :p

1 paket agar-agar tali (250g)
air (nisbah air 1 mangkuk agar-agar : 3 mangkuk air) aku suka cara ni. sebab rumah aku takde jar litter tu!
*guna mangkuk yang sama*
gula (rasa sendiri nak manis tahap mana)
perasa

korang paham tak pasal nisbah air tu? tolong la paham. hehee

caranya, 

didih air, masuk agar-agar.
larut je, masuk gula.
larut gula, masuk perasa. didih. dan sampai bebetul larut semua bahan. baru tuang dalam bekas!

mudahhh!! masuk peti ais..perghh menangis makan!. hias pulak dengan kiwi. lagi cun kiwi kau. siap feeling nak masuk majalah 101 resepi. muehehehee. lengkong aku tu kalau kaler merah lagi lawaaaaa... sedihnya!! arini nak buat lagi. dah beli sirap siap-siap!

ade yang takut letak sunquick nanti lengkong jadi keras. tidak sama sekali. elok lembut je lengkong aku ni. tips die lebihkan air rebusan tu. ibu aku dulu pernah buat. lagi parah ceritanya. lengkong tak mengeras! fuhh nasib baik lengkong aku ni tak di timpa kecelakaan. dah la pestime buat! haha


oklah, selamat mencuba!!

Tuesday, December 2, 2014

RESEPI: JUS LOBAK SUSU TAK BERAPA MUDAH.

hai. lame tak share resepi..eh bukan, lame tak tayang resepi. :p

pada suatu hari, ceknab teringin minum jus lobak susu. terasa janggal menyebut lobak susu. selalu sebut carrot susu. nampak tak malaysian die tu?

aku pun malas-malas manjer gitu nak buatkan. tapi ceknab merenggek-renggek kat telinga ni nak carrot susu nak carrot susu. miahahaa. maka aku gagahkan juga buat. lagi pun ni pestime guna shake n take pemberian mokteh ku tersayang. muahh sikit. :*

aku pun google acaner buat carrot susu ni. taipla resepi carrot susu mudah. perkataan mudah memang tak pernah tinggal bila menggunakan google ye :p. cara menjahit langsir mudah. cara nila telekung mudah. cara gosok tudung satin mudah. semua nak mudah. dasar manusia aku ni.

masalahnya mudah ke idok...

maksud mudah yang diterjemahkan oleh kamus aku. mudah semudah campak-campak maka jadi. gituw. maka, marilah kite melihat sendiri mudah ke tidak dalam menyediakan jus lobak susu ni.


potong lobak sebatang(buang kulit) ---- kisar halus dengan air masak ---- tapis. bab tapis ni tak gemar dilakukan ya. memang dasar pemalas ke ape tak tahulah aku. kena juga rajen demi ceknab. pokoknya...mudah-mudahkan lah.....

dan tapis. airnya masuk balik dalam pengisar, letak susu 2 sudu makan (tak penuh). letak ice cube 10 ketul (kira pulak ko). kisar lagi sampai ice tu hancur. kalau suke spesis coolblog. boleh lebihkan ais.


hampas lobak tu jangan dibuang. sayang sekali. nak makan memang tak tergamak kan. maka, harus dijadikan mask. nampak tak, benda mudah yang dipelbagaikan. perut kenyang muka cantek! gituww

selamat mencube awakk-awakk, :')




Tuesday, April 22, 2014

RESEPI : ROTI SOSEJ

hai, hello...


ahad lepas aku ade pojek baikk punya.... 



bukan pojek mencicah jambu batu bersama kuah rojak mak bee. :)) nyumm nyummm....


tapi pojek buat roti sosej. ibu aku tetibe teringin. aku tak boleh kalau orang teringin-teringin ni. laju je tangan nak buat. nak-nak ibu kiter kan. dulu mase aku sekolah, aku teringin nak pakai baju snow white!. pastu ibu aku bagi tau. bagi penampo sekor. ko dah kenape nak pergi skul pakai baju snow white. memang mendapat la kann.. huahuahuaaa. penceritaan yang tiada kaitan.


aku jamin, resepi aku ni paling senang dalam dunia. ko malas-malas pon tetibe boleh terajin. gituww. 


bagi pasangan pengantin baru, pengantin lame keww, boleh cuba buat minum petang nanti. laki ko balik rumah, hidangkan roti sosej bersama kopi kapal api, jangan lupa bilang sama laki ko, ini resepi aku yang punya. kahkahkahh



ko tengok bahan-bahan die. kemain senang di perolehi. :))

pilihan sosej tu, terpulang lah pada tekak korang. yang aku guna ni, sosej ayam madu.

togel kan roti rupa gitu. tepi-tepi roti tu jangan buang, simpan buat cicah dengan air milo. sekarang barang semua dah naik harga. so, jangan membazir. makan selagi boleh di buat makan. ibu aku cakap.

telor 2 biji sudah memadai.




senang je nak bungkus sosej dalam roti ni. korang mesti boleh imagine kan. seperti gambar di atas, hasil kerja tangan cek Nab kiter la tu. kalau aku buat lawaaaa sikit kelim nye. bajet!

memula, belah sosej kepada 2 bahagian. ambil satu bahagian tu letak atas roti yang telah di leyek kan. make sure kasi lenyek bebetol. kalau tak nanti menyerap minyak. 

kemudian ambil garpu. tekan keliling roti dengan garpu. 

ha, senang bukan! kalau nak lagi rare, ko letak cheese dalam roti tu. perghhhh meleleh-lelehhh! 



dalam bekas, pecahkan telur. letak garam sikit. gaul rata. celup roti sosej tadi dalam telur, kemudian goreng dalam minyak yang panas. SIAP!


dicicah bersama sos kimball thai + mayo + kewpie pon sedap + thousand island?? ponn rare jugak. :))



senangggggg sangattt. menangis Mak Mentua ko tengokk! haha


selamat mencuba!



Tuesday, April 15, 2014

CARA MENGGORENG CUCUR UDANG.

hai, hello..


aku memang penggemar cucur. orang johor panggil jempot-jempot. tapi kalau cucur udang yang jual kat pasar terutamanya, banyak sangat letak togeh dengan daun kucai. i tak suka ok.


satu hari tu ibu aku nak buat cucur udang. pestime ni ibu aku buat. :)) aku memula curious gak la cemana dorang boleh buat cucur udang beso kedabak tu. bulat pulak tu. lembut. udang terletak je kat tengah. plus nyumm nyumm!.



cengginila buatnye. pakai senduk. ibu aku tahu pon sebab tengok orang buat kat pasar. kahkahkah. tu yang ibu aku try buat kat ghumahh. adunan tepung cucur ni senang je macam buat jemput-jemput tu tapi letak mauripan setengah paket. tunggu dalam sejam bagi die naik. barulah mulakan aktiviti seperti gambar di atas dan di bawah ni. hehe



sampai benkong senduk ibu aku dikerjakan. haha. dalam adunan tepung tu aku cuma potongkan bawang besar je. taknak letak togeh. if uolz nak letak jugak gaul je sekali. gituww. 



goreng dalam minyak yang banyak. make sure minyak tu betul-betul panas menggelegak. nak goreng ni agak mencabar sikit la. minyak terpercik terpercik kene tangan uolz. penyebabnye adalah udang. hahaaa



 bila udang tu dah bertukar warna keemasan, baru senyap. 


bab ni paling rumit ar. kalau tengok kat pasar orang dah propesional kott, goyang-goyang je senduk tu dah senang cucur tu nak longkah/keluar dari senduk tu. oleh sebab tak propesional maka kene la korek sikit pakai sudip. ekceli aku try dengan chopstick, sudu, garfu, pisau makan segala benda aku try hihiii. kalau nak senang senduk tu ko panaskan sekali dengan minyak. baru senang kot. ce try!. 

rajin-rajin menggolek cucur ni depan belakang. bagi masak samarata. 


siap!!! nampak tak dalam cucur ni macam bersarang? maknenye cucur ku menjadi!. yihiiii... 



udang masak tak lama. sejenis seafood ni tak payah masak lelame. nanti terover cook jadi liat cemtu.

 z


di cicah bersama sos. 
cara buat sos paling mudah dan senang abad ini!!. letak sos cili apa-apa brand kemudian letak air panas dan sedikit gula!. mudah ke idok?. :p 


selamat mencuba!




Tuesday, January 28, 2014

RESEPI : COTTAGE PIE

hello..

kongsi lagi resepi. pasal macam takde bende sangat nak update pasal life. :p kikikii


hi-tea kita cottage pie. meh la cuba resepi aku ni, jenuh study resepi dari jamie oliver, martha stewart, cik epal, si datin etc maka terhasil la resepi sendiri gitu.... hehee. aku bet resepi aku ni paling senang. kahkahkah mendabik dade fulakk. keji tau!


COTTAGE PIE

lapisan 1 kentang lecek
lapisan 2 sos ayam
lapisan 3 kentang lecek


BAHAN 

sos prego tomato
sos cili
daging ayam kisar
cendawan butang
bawang besar dan bawang putih
buttercup
susu segar
kentang 9 biji (besar, kalau kecik-kecik 15 biji ke sekilo terus senang. hehe)

CARA MELENYEK KENTANG


1. kentang di potong dadu. rebus sampai kentang lembut. toskan air rebusan dengan menggunakan tapis. kemudian letak balik dalam periuk, hidupkan api dapur paling kecik /api tengah. hancurkan kentang.



ha macam ni. paham?

tujuan kita mash kan kentang ni dalam periuk panas sebab, kita nak adunan kentang tu kering betul. :?

2. kentang dah lumat masukan 3 sudu besar butter dan 4 sudu besar susu segar. gaul rata. tutup api.


CARA UNTUK BUAT SOS AYAM


1. tumis bawang besar dan bawang putih. dah naik bau, masuk daging ayam kisar. tunggu sampai warna bertukar menjadi putih. tu tandanya dah masak. air yang keluar dari daging ayam kisar tu pon dah kering.


2. masukkan sos prego, dan 3 sudu besar sos cili. kemudian, masuk sekali cendawan butang dan sedikit garam.
sos prego ni kalau nak beli yang sos cendawan pon ok je sebab dalam sos ni ade serpihan-serpihan cendawan/tomato. *serpihan?? tetibe lupe perkataan yang sesuai tu*


cendawan butang yang dalam tin tu potong bulat-bulat cengini. omei ngat! :p


3. tunggu sos ni kering sikit. lepastu rasa! kot-kot kurang masin, masam, manis, pedas. boleh la tambah ikut lidah memasing. :)


4. lapisan pertama, letak sikit adunan kentang lecek tadi. 


5. lapisan kedua, letak semua sekali sos ayam yang kite dah peluh-peluh masak tu.


6. lapisan ketiga, kentang lecek. 
kalau korang nak kentang ni lagi lumat pakai je mixer or blander lumat lah ia. kalau nak lagi lembut boleh tambah susu segar lebih sikit nanti adunan tu macam suci je.
aku suke kasar-kasar sikit........ *sebnonye malas :p


7. siap bakar!!. 

bahagian atas tu kalau nak kaler kuning-kuning sikit sapukan kuning telur.

bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20-30 minit. 


adalah rupa garisan buku muzik ek. :x


macam ni la rupa bahagian dalam. texture cottage pie memang macam ni. lembut luar dalam. sebab kita bukan pakai pastry pie crust tu. :)) 


zoom sikit.





ok. 
selamat mencuba~