Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

RESEPI : AYAM PADPRIK

halu.....


rajin buat autopublish next resepi. amboi gila rajen kau memasakk. haha. sebenarnya ini adalah edisi sambung ayam masak kicap. dalam satu hari aku buat dua menu. 1 ayam masak kicap dan 2 ayam masak padprik.


so, harini aku nak bagi idea masak ape lunch nanti.


kebanyakkan resepi yang aku share ni ringkas dan mudah. konsepnye guna-apa-sahaja-yang-ada-dalam-dapur bujang.


kalau Su konsep die barang-dapur-kene-lengkap-baru-layan. pernah dulu die nak masak tomyam tapi takde daun limau. terus tak ade mood nak masak. hellooo takde daun limau tu tomyam kau tak jadi ke. hahaha.


lain orang, lainla citarasa ye ke tidakk..




bahan untuk 4 orang makan :-

isi ayam
sebiji bawang besar
sebiji bawang putih
halia potong panjang-panjang sedikit je dah cukup

cili kering kisar 2 sudu
sos cili cap life
sos tiram cap maggi
daun limau purut


kekdah :-

tumis bawang besar+bawang kecil+halia sampai naik bau.
masuk cili kering yang dikisar dalam 2 sudu ikut pada kuantiti ayam. kalau banyak letak la banyak. agak-agak je.

bila bahan semua dah sebati. masukan ayam tutup kuali. tujuannya bagi mempercepatkan ayam tu masak.

dah sebati dengan rencah. baru masukkan sos tiram. kuantitinya adalah banyak. ikut nak banyak mana. yang penting banyak jugak kene letak baru berasa. campakkan juga daun limau. actually kene letak serai ke?. aku baru perasan tak letak serai bhahahaha. takpe ni resepi aku. kau hingat duduk rumah bujang barang dapor lengkap la?? kekekeke

sos cili pon masuk saing. kalau ikut resepi orang lain letak sos tomato bagai. kat rumah aku tak pernah wujud sos tomato. muahahaha.

sayur tu ikut korangla nak letak ape. aku letak je yang best untuk tekak.




sedap gils ok makan dengan nasi panas-panas. tangan kiri pegang aiskrim malaysia-asam boy. perghhh sejuk campur panas nekmat mana kau mahu dustakan!


selamat mencuba!!




Tuesday, March 22, 2016

RESEPI : AYAM MASAK KICAP.

hye..


nak masak ape harini? meh aku kasi idea nak masak ape petang nanti ok!. senang, pantas setengah jam setel!.


biasenye ayam masak kicap ni orang akan goreng dulu ayamnye. kali ni aku buat edisi upgrade tak payah sesusah nak goreng ayam nanti meletup kene muka dah cacat. pastu kene berjimat guna minyak masak. walaupun harga minyak dah turun. harga minyak masak tetap jugak segitu. so, lets tengok resepi ayam masak kicap tanpa goreng dahulu ayamnye. korang mesti teruja sebab aku pun teruja gila sebab senang nak pitam. hahahaha dahla senang, sedapnya dua kali ganda daripada yang digoreng tau. isinya lebih lembut dan juicy ewahh.


bahan untuk ayam setengah ekor ye.

3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
lada kecil
cili kering

*semua bahan kat atas tu dikisar halus.


serai dititik
kicap manis
kicap masin



sedapnye tengok kaki ayam tu. fav sangat!
persoalannya.. macam nak buat sehingga jadi begini??. mari kita ke perenggan seterusnya


kekdah:-

tumis bahan kisar+campak serai tumis sampai kering dan garing

masukkan ayam - tutup kuali sampai air ayam tu keluar macam pelik ayat tu. maksudnya ayam ni akan keluarkan sejenis air bila ditumis. so, lets biarkan air yang keluar dari ayam tu kering.
bukak tudung kuali, cek ayam tu dah masak belum.

masukkan air tunggu sampai mendidih. yang ni optional kalau korang suka kering tak payah masuk air, terus letak kicap. aku suka berkuah so marilah letak air sampai banjir. tunggu didih.

mendidih sudah -masuk kicap-kicap.

siap!



mudah ke tidak??


selamat mencuba..... korang-wajeb-cube!