Thursday, December 26, 2013

RESEPI : POPIA SAYUR & POPIA NESTUM

hye,


semalam cuti sehari aku balik kampung. kalau dah kat rumah ibu tau-tau je la. aktiviti masak sendiri makan sendiri!. haha. selain masak memasak, kami memang suke bergelak sakan. nak-nak cek Nab ade kat rumah. memang keje nak bergelak aje. aku sampai muntah-muntah akibat terlalu banyak ketawe!. haha


minggu lepas cek Nab request popia nestum. aku pon gigih la cari kat google.
banyaknye resepiii...kekdahnye same, cume bahan yang dorang guna adala lain sikit. oleh sebab macam banyak je kan resepi kat google tu, maka aku hantam je ikut sendiri punye citarasa. haha


tapi aku nak jugak share aku buat popia sayur TANPA TOUGEH. sayur yang aku paling-paling-paling tak boleh nak telan ialah sayur togeh. hoii mintak jauh la.. :p.

beli kulit popia satu paket je pon. macam-macam nak buat :p



POPIA SAYUR TANPA TOUGEH




ini BAHAN yang aku gunakan untuk inti popia.

kacang panjang
lobak merah di sagat
bawang besar 1/2 biji
bawang putih di titik
udang kering
lada sulah
telur goreng yang di hancurkan


CARA :

1. kacang di potong ikut sukati uolz. aku suke pendek-pendek gitu. lobak pulak aku sagat. nak menyagat ni kene hati-hati. syok-syok menyagat lobak tersagat jari sendiri kang. ade yang jadi raje bersiung. huhu


dekat penyagat ni ada macam-macam saiz. nak yang haluuuss sedarhana halus hingga kasar. macam aku ni try je semua saiz :p. *kalau ibu ade 6 bijik penyagat, 6 6  tu aku try :p

2. goreng telur dulu. telur tu kasi hancus-ketepikan.

3. tumis bawang putih kekuningan, masuk bawang besar, masuk udang kering-garing, masuk sayur-sayur ni semua. tak payah sampai lembik sayur tu. kaup balik je pakai sudip sekejap dengan api besar. agak sayur tu dah panas masuk telor, garam, lada sulah. SIAP!



4.  untuk kulit popia ni pulak, aku sapukan sos cili. ikut pada uolz la nak letak cheese ke, mayonis ke, aku spesis manusia membajet 'jaga makan' :p


buat dengan cek Nab kite. jadi rupa bentuk popia tu ade cacat. kejap panjang kejap kontot. kejap gemok kejap kurus. haihh lantak la situ. hehe

oh oh oh ade tips sikit ni. kulit popia ni kan sensitip. kalau kita hadapkan dengan kipas angin nanti kulit popia ni jadi kering. bila dah kering nanti goreng tak ragup. kate orang tua la. aku pon ikut je nasehat. lagi satu, jangan gulung terlalu ketat nanti bila dah siap goreng jadi liat jugak. sebaiknya tutup kulit popia ni dengan kain lembab. hoih banyak pulok pantang ek. 

5. lepas letak sos. boleh la letak inti popia. aku nak letak penuh-penuhhhh sebab kalau beli kat kedai, isi sikittt oii kedekot. :p


kalau suka sos banyak, letak banyak-banyak. 


6. baru lah menggulung. baru perasan takde pic aku menggulung popia yang super comel tu :p *muntah.

7. ready untuk menggoreng!! tips kat sini. pastikan minyak tu banyak dan betul-betul panas menggelegak. goreng agak kekuningan. 



SIAP!



POPIA NESTUM



BAHAN yang di perlukan adalah seperti gambar di atas. untuk susu, aku cadangkan susu nespray atau fernleaf.


nestum pulak ambil yang paket berjimat 0.50sen walaupoon. haha aku siap letak balik paket yang same tapi takde penjimatan 0.50sen disitu. :p. tapikan kan kan ade orang suka beli yang nestum baby dalam tin. pon boleh jugak. sebab nestum tu dah hancur. kalau yang macam aku beli ni, kena kisar dulu. kita harus mengurangkan kos ye cikpuan. :p


bab gula tu, kalau nak pakai gula biasa buat air pon boleh. tapi kisar dulu. pakai pengisar kering. aku pakai gula kastor pon kisar balik. sebab nak lagi haluz.


benda paling ASAS ialah KULIT POPIA. oleh sebab baki kulit popia ni ade dalam 25+- keping, maka kuantiti untuk serbuk nestum adalah seperti berikut :


3/4  cawan susu nespray
1 1/2 cawan nestum-kisar
1/2 cawan gula kastor

*semua bahan diatas di campurkan dah digaul rata.

cara nak menggulung kulit popia :



kulit popia di bahagi 4 bahagian. ambil bahagian pertama gulung-longgar-longgar. dan gam dengan menggunakan tepung gandum dibancuh air. dah siap gulungan tu, baru gunting. macam ni



kenapa kena bahagi 4 bahagian? kalau nak bahagi lagi 6 / 8 bahagian pon boleh asalkan menjadi kepingan yang kecil. lagi kecil lagi bagus. lagi bagus lagi rangup eh?


kenapa kene gulung longgar? sebabkan kalau ketat-ketat nanti jadi liat bila dah goreng andd andd serbuk nestum tu nanti boleh masuk dalam ruang-ruang yang loggar tu. baru masyukk bila makan. yang ni kene try and error buat satu gulungan dulu lepastu try goreng, tengok ragup tak bila da sejuk. practice make perfecto!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SIAP!!







pastikan kulit popia tu dah betul-betul sejuk. minyak pon tos kan bebetol. barulah gaul dengan serbuk nestum! nommnomm~


walaupun ibu komen rupa tu ade buruk sikit. tapi SEEDAPPP!  :p


hadap depan tivi uolz. semua sukaaaa...alhamdulillah boleh buat lagi...korang patut cube!. sebab senang benooooo...



ok, bai~




update :

lupa nak beritahu : cara goreng popia nestum ni sama dengan cara menggoreng popia sayur tu.

No comments :