Thursday, June 25, 2015

YANG PENTING ADA SEMANGAT!


Hai...



Hari ni macam ade masa sikit nak share pengalam kengkawan yang PJJ juga sama macam aku.
Ramai yang Tanya aku best ke PJJ ni. Best ke travel jejauh semata nak study. Ekekeke
Sebenarnya seronok kalau kita dapat share pengalaman PJJ, pengalaman travel untuk PJJ ni. Kita berkongsi rasa, berkongsi pendapat. Sebab sama-sama rasa kepahitan dan kemanisannye tu. Macam aku memang takde kawan sesame travel sem lepas. Search kat internet pun takde sape yang sudi reply emel-emel aku mungkin dorang dah tukar emel ke lupe password ke. Kekeke pikir baik je la bulan puasa ni.


Aku start up entry pjj life pertengahan bulan September tak silap. Ramaii kot yang emel mintak pendapat, tanya itu ini. Seronok! Sebab bukan aku sorang je yang ade semangat nak PJJ ni. Rata-rata dorang pon sama macam aku. Search kat internet takde pencerahan sangat. Actually experience kita ni sangat berharga untuk di share kan. Ramaii sebenarnya teringinn nak PJJ Cuma dorang tak dapat penjelasan lepastu macam takot nak start. Elok tanya je orang yang melalui sendiri PJJ ni macam mana. Puas hati! Gitu. Dulu aku takde experience langsung nak PJJ ni. Nangis sesorang tak sape pun tahu. Nak-nak perjalan Johor Ke Shah alam tu bukanlah satu perkara yang indah sangat :p… Sekarang bila ramai tanya aku pasal PJJ, aku sangat-sangat terbuka *tangan terbuka* untuk shareee selagi mana yang aku tahu. Aku nak dorang bersedia mental fizikal. Bersedia untuk segala-galanya. Kehidupan bakal berubah 180 darjah. Gituw. Sebab aku taknak dorang kecundang di pertengahan jalan. Separuh jalan je ambil degree. Tak habis. Sayangnya kan.. 



Kalau korang yang PJJ tu dah start ilang semangat, dan start rasa menyesal. ce borak dengan kawan-kawan atau cari geng yang sama-sama PJJ untuk berkongsi rasa. Tak kesahlah kenal di alam maya sekali pun. At least kita dalam release semua beban yang konon-konon macam masalah besar sangat tu. Kekeke. Aku dulu luahkan kat blog je. Takde kenalan lagi mase tu. Aku paham hidup PJJ ni sangatt tight!. Seriously.
Macam mana aku melalui kehidupan sebagai PJJ student?



Aku laluinya dengan enjoy!. Penat memang penat bila nak pergi Shah alam. *boleh baca entry lepas*. Tapi kita tak payah begitu memendam rasa, atau terlalu pikir yang sarat. Kita enjoy je. Sebab tu cita-cita kita. Mana ade bende dalam dunia ni senang bebeno nak dapat. Memang ade sesetengah orang macam mempertikaikan ape yang kita buat. Yele jauh tu p menuntut ilmu Johor – Shah alam. Alaa ko bia je la. Anggap je la semangat kita. Besok-besok mulut die penat la. Buat ape nak bebidas dengan orang macam tu. Hidup kita, kitalah yang corak.



Down. 

Rasa ni memang ada. Aku pun dulu pernah rasa macam tu. Masa ibu aku diagnosis kanser. Aku rasa PJJ+uitm+shah alam tu terasa beban yang sangat besar untuk aku lalui. Tapi kita kene cecepat positif. Alhamduillah orang-orang di sekeliling aku bagi semangat. Aku percaya Semua ni UJIAN. UJIAN dalam menuntut ilmu. Seberapa banyak pahit pon aku lalui dalam menuntut ilmu, aku percaya satu hari nanti aku layak dapat kemanisan yang aku mahukan!. Allah tu tak kejam untuk bagi ujian yang tak mampu kita tanggung. Cewaah ni luahan hati ni. Betul. Bila aku start buat PJJ ni, Alhamdulillah boleh aku katakan hidup aku terasa terisi dengan aktiviti yang sihat dan menjadi insan yang semakin bijak dalam membuat keputusan. Cara berfikir pun sama berubah. Nampak tak positif nya tu. Sebab ilmu yang kita dapat tentu sekali ilmu yang baru. Buat kita berfikir mengolah merumus. Etc etc. kalau sebelum ni rutin aku pergi kerja balik kerja. Otak tak berapa nak bekerja sangat.
Bukankah perkara menuntut ilmu ni sesuatu yang baik untuk meningkatkan productivity diri?


Oleh itu, *ucapan menteri :p* aku mendorong kawan-kawan yang nak sambung belajar. Pergilah menuntut ilmu. Menuntut ilmu ni bukan dengan cara macam aku lalui sekarang ni, banyak cara. Pergi kelas cupcake pon ilmu jugak tu :p


Ujian tu boleh datang dalam pelbagai cara, tapi percayalah kebahagian tu tetap akan menjadi milik kita diakhirnya. Ayuh rakan-rakan lahirkan generasi yang cemerlang!


2 comments :

nurulfzz said...

hai azi..dah 3 hari sy scroll entry2 awak time dekat ofis.hihi.jumpa sbb nak carik info psl pjj nie.terus dpt semangat nak buat pjj,walaupun banyak kali dah tertangguh..dari last year dapat kemasukan untuk bulan mac tapi terpaksa tolak.ni apply balik..harap2 dapat utk bulan mac tahun dpn.keep it up..teruskn share psl pjj ea =)

azi nur said...

tq nurulfzz. hope impian awak dan saya jadi kenyataan!