Wednesday, June 24, 2015

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN!!

hai olzz...


gud luck kengkawan yang start exam hari ni. paper CTU. huhuu. CTU best la. aku score gila-gila subjek ni. alhamdulillah dapat A- :p. kekekeke. sebab paper CTU dalam BM. jadi tak payah la korang nak kerah otak hapal terms sejarah tu dalam BI. bunyinya aneh sekali.


paper aku start hari jumaat ni. macam tak percaya aku tak ambil cuti untuk study. kawan sekelas aku tu pun dah start cuti ko. lasyat dorang tu mesti dekan ni. aku tak cuti sebabbbb jengjengjengggg GST!!. hujung bulan ni kene submit penyata. gile ko kelam kelibut idup aku.


aku study malam je. lepas buka puasa tu, layan runningman dulu. release tension kate omak ku.


lepas isya' baring-baring jap. kadang sampai tetido :p. kol 09.30 baru start. tu pon tenung je dulu kasi naik mood. kalau mood tak naik, aku kembali ke katil. elok tido. itu menandakan aktiviti siang aku sangat memenatkan. kalau mood ade cantekk.. baru study sampailah jam 12.30 malam. tu yang kadang sahur pon tak bangun sebab tak sedor.


konsep aku study dari duluuu sampai sekarang same je. aku tak berapa bekenan study group. taklah tak suka bebeno dengan study group ni. aku sedo study group ni elok. tapi tu la aku tak boleh move on dengan cara cenggitu. kepala aku lagi pening sebab satu, pertikaian pendapat, kooo je yang betul. haa cane tu. elok aku study sendiri. kalau tak paham sebeno-beno tak paham baru aku wasep kengkawan. kalau jawapan kengkawan tu macam tak menepati kehendak aku, maka aku wasep terus lect. kebiasaannya dalam kelas tu kita dah tanya siap-siap ape yang tak clear mengenai bab yang di ajar masa tu. maklumlah pertemuan dengan lect ni 2/3 minggu sekali. sem ni lect semua very the best. pantass je jawab wasep. kekeke.



sebab kedua kenapa tak berkenan study group?. nanti aku lupa+blank ape yang aku paham. die jadi otometik loss. padahal bende tu aku dah paham. bila bincang dalam group tetibe aku jadi vodo. manusia pelik memang macam ni. heee. kadang tu member siap buat soal jawab. haaaa ni lagi aku tak boleh. aku elak tepiss kalau boleh aku lari dari aktiviti soal jawab ni. nanti aku jadi loss+blur+ilang ingatan. otometik je jadi cemtu.



tu pesen aku la. aku tahu korang suka study group. teruskanlah.. sebab benda tu bagus. cuma aku je tak boleh dengan cara macam tu. nak-nak study PJJ ni. masa very the pack. kalau study sendiri tu 100% memang kena bagi bebetul. tutup runningman, tutup radio, stop eating. lebihkan minum air kosong. heehe. tapi ade orang suka dengar music sambil study. aku tak boleh jugak buat cara macam tu. mesti korang membayangkan cara study aku yang membosankan. yes!! benarr kengkawan+housemate pon cakap cemtu. bosan tengok aku study sebab suasana sunyi gila. dulu, masa kat asrama, roomate aku siap lari pergi bilik member die bila nampak aku start bukak buku. kakakaka. sory ya bilik tak boleh bising. tapi idoklah idup aku ni membosankan. hokalohh. time study je. sebab bagi aku time study yang begitu pack banyak sangat benda kene ketchup lelaju derass. limit jam 12 kalau boleh tutup buku. aku mengambil kira waktu tidur yang berkualiti. mesti cukup 6-7 jam. kalau tidur  kurang 5 jam nanti muka jadi gelap *sila muntah



alhamdulillah lect PJJ semua sangat-sangat membantu. mereka sangat memahami student PJJ life ni cemana. full time study dan part time study 2 perkara yang berbeza. lect aku cakap cara  kita memberi jawapan pon berbeza dengan budak full time. jadi lect akan bagi je mana-mana isi yang ade point. letak je, goreng je. asal masuk dengan kehendak soalan mesti ade markah kat situ. lect aku pernah cakap, die ade mintak kawan die (lect full time) semak jawapan student part time, lect full time kate......*****  memang la jawapan kita tak seindah jawapan budak yang datang kelas hari-hari hehehehee. paham tak. bertuah student part time ni, sebab hanya lect yang mengajar student part time je yang memahami. tapi janganlah sampai ko take for granted taknak study langsung. effort tu kene hado la weii. at least la grad nanti dengan 3.00 pointer! baru lah bebaloii dengan keringat kita. ok..


gud luck once again!!








































No comments :