E-MAIL

88azinur@gmail.com

Friday, April 18, 2014

SAGA FLX : SERVICE 5: MAJOR SERVICE

haiii,


lame tak update pasal aku pergi service ek. tau-tau dah service yang ke 5 uolz. service yang ke 5 ni dipanggil major service. kat sini nanti ko akan sign satu policy notice. nanti ko bacela ape die tulis hehe. yang penting free gift tu dapat ape. kahkahkahh



aku cembiase ar pergi service tempat biase Speedway Auto Service Centre Sdn Bhd kat Jalan Rosmerah, Johor Jaya. korang kalau nak datang sini, better buat appointment dulu bagi mengelakan diri korang menunggu lama. kalau buat temujanji korang akan di layan first class...ceewahh ferasan. highly recommend kalau kawan-kawan nak service kereta kat sini. service tiptop, sekarang da ade bilik menunggu yang selesa, siap astro tivi, cikedis-cikedis, wifi, aircond majalah pon banyak yang terkini. aku kalau datang sini mesti bace majalah Ujang sampai tak boleh nak control ketawe terbahak-bahak die punya tahap lawak tu, orang pon pelik ape yang lawak beno aku bace tak la lawak mane. tu maknyenye hati keras. i is hati yang senang bergelak ketawe. tak caye tanye milah. aku ni bab melawak hebat ar. kalau aku buat lawak, orang ketawe.. aku dah mendabik dade dah. hahahaha



untuk service kali ni die tukar Engine Oil, Engine Oil Filter, Oil Pan Drain Plug Gasket, Engine Coolant, Spark Plug, Air Cleaner Element dan cembiase screen wash. untuk sekian-sekian ini harganya RM 337.90. aku siap letak harga kat sini bagi korang  rancang perbelanjaan untuk kemudian hari. ehehe. oh lupe nak cakap Odormeter Reading aku (KM) dah 22,368. korang kene rajin tengok buku service tu setiap 10km ke 20km kene tukar ape...aku tadi baru paham. ni aku nak citer balik dah tak paham. dasar otak sempit aku ni. hahaaa


jadila tepek satu gambar..buat ade-ade je. aku nak ambil gambar kat kawasan tu macam jakun la pulak... :p


cuma aku nak beritahu kat sini. tadi adelah sesi soal jawab sikit dengan budak-budak kat sane. aku tanyekan beberapa soalan yang menjadi kemusykilan aku. al maklomla aku ni penuh dengan kemusykilan. korang kalau ade soalan-soalan yang memusykilkan bak sini kasi aku, nanti next service aku tanyekan. hehe. antara soalan musykil aku :


1) ape beza kalau service kat luar? means bukan proton punya la. kedai-kedai ah kiat ah kun ah ti ke....?

::::: kalau u service kat luar, u tak dapat lah warranty. macam power window tu, selalu cust ade poblem dengan tu:::::
yang ni aku setuju, proton memang dari dulu sampai sekarang mesti power window. tak pe i ok je, i maap kan u. lagi macam-macam warranty la kite tak dapat kalau service kat luar. misal kate, ko dah service kat luar lepastu ko nak service balik kat proton, memang die tak nak la. kira minyak hitam dari luar ni die tak nak terima. die cuma ade petronas dengan shell je. jenama saloon ke fumakila ke die tak nak. haaa gitu la maksod yang aku paham. biasenye orang nak service kat luar sebab murah kan.. aku pon kalau boleh nak service kat luar. mane larat kalau tiap kali service ade je yang nak di tambah. ade sampai RM700++- melopong mulot ko. kereta proton je. matila aku kene maki. hahahaa. kate nak yang terbaik azii oii, so, terima la dengan hati yang iklooss gituww. warranty pon tinggal 2 tahun. dah pasang niat nak cont service kat sini je lepas abes warranty.


2) kenape warranty 3 tahun je? 

::::boleh kalau miss nak lanjutkan tempoh warranty dengan syarat buat dengan kite (proton service) je la, ikut schedule proton dengan berhemah bertata susila. maka tempoh warranty tu boleh lagi di lanjutkan:::: yang ni aku suka. macam pakcik aku, die maintain je buat dengan proton, pastukan die dapat je bumbung baru. bumbung tu yang kat atas pale ko tu, ape namenye? aku panggil bumbung je ar takde bahasa mekanikal yang aku tahu. kahkahkah. bende tu kan suka bertukar kaler jadi kaler hitam macam bertahi lalat tu. vurok tau. so, pakcik aku mintak tukar baru. beliau dapat yang baru uolz padahal kereta tahun 2009/2010 punya. cita-cita aku suatu hari nanti, aku nak tukar seat semua leather. wahhh verangan. cita-cita ke impian tu? gasakk la situ, janji satu hari nanti aku nak tukar seat leather. yang penting mase tu kondisi kereta kene la baik lagi. kalau tak alamatnya beli myvi la haku. hehehe. well, mayvi kan kereta idaman kelbu aku. ehh ehh saga ni pon aku sayang. jangan buat hal sudah. merajuk kang die, berjalan kaki la aku balik kampong :p



banyak juga soalan yang aku tanye. tapi tak payah la aku share kat sini. korang semua terel-terel bab kereta kan. hakak ni cuma share ape yang hakak lalui je. bukan terel poon. bajet macam terel tu hade la sikit. hahaha



sebelom aku mengakhiri cewahh mengakhiri disitu. aku nak beritahu free gift yang aku dapat ialah sebatang payung yang besar. bukan payung pasar tani. melampau la ko pikir payung cemtu. ni payung femly tu yang muat untuk 3 - 4 orang. sesuai la dengan musim hujan sekarang ni kat Johor. aku pakai sorang je payung ni. nak share boleh bayar ar 0.30$. ingat kencing je ke kene bayo. hahaha


bai!!!


No comments :