hai,
nak update lelaju. al kisah cek nab adik aku tu, dapat masuk matrikulasi kat kelantan. hoi hoi hoii brite sensasi. ko tak payah gitau aku nab cemane reaksi ibu bile dapat tahu. sebab aku dah boleh ngagak dah. opkos la ibu TAK KASI nab pergi jejauh sampai Kelantan. kalau ikut kata ibu aku suruh nab masuk U sekitar joho je. macam kat skudai ke BP ke. hekelehh tak mencabar langsung. ce ikut pale hotak aku ni, kalau orang cakap jangan mendengo sangat. well anak nombo 2 memang cengitu la pangai depa. haha.
ibu aku memang sungguh-sungguh tak bagi nab ke anak-anak yang lain p belajo jauh-jauh. hahaa tak tahu la nape. mungkin aku belom jadi emak so, aku tak paham situasi sebeno perasaan seorang emak disitu.
aku dulu belajar kat Melaka. ikut hati nak belajo kat Kedah ke Sabah / Serawak gitu...
kakak aku lepas upsr dapat masuk sogame kat Segamat tu. tah ape namenye. lepas PMR dapat pulak masuk KISAS, Selangor. lepas SPM masuk UIA kat Gombak tu. ha, kira kakak aku bebetul merantau punya orang. ni, ibu aku ok lagi. ade la part-part berlinangan air mate. bhahhaaaa. teringat dulu kakak aku kalau balik cuti asrama ke cuti sem ke. memang ibu aku bagi layanan 1st class punya. tu aku nyampah. aku dulu nak balik Melaka ilex je dari ghumah jalan kaki p bustop 20 minit punya perjalanan dengan beg galas, beg bekal, beg baju etc berjalan kaki naik bus benti kat renggam dulu, dari renggam baru naik bus lagi g kluang, kat kluang kang naik bus lagi g BP dari BP naik bas lagi g Muar dari Muar naik lagi bus ke Merlimau. dari Merlimau kang kene tunggu bas skubidu ke kete sapu masuk asrama. haha ajo gilo dulu punya trobek. sebab aku jiwa kental. :p
adik aku Faiz bawah aku pulak lepas SPM sambung blaja kat Muazam Shah, Pahang. stakat ni beliau la paling jauh. kehkehkeh. tapi die ilex je. bawak motor Pahang-Joho. ibu abah anta sekali je masa daptar sem 1. lain-lain sem pepandai ko la idup. katenye anak JANTAN. huahuahuaaa
adik aku lagi sorang Afiq tu. ha si Afiq tu lagi dasat. sekolah merata-rata. tah kenape beliau cemtu. nak aku cerita tak cukup mase ni. sebab Afiq ni len pesen sikit. pangai die dengan aku lebih kurang je ke-pelik-kan nye tu. aku ni dah cukup pelik pangai, Afiq tu lagi double pelik. begitu pelik sekali. yang pnting last die blaja kat Melaka juga.
bila nab dapat tawaran ke matrik kelantan. aku suruh die pergi----pergii---. haha sebab aku suke. aku tak kesah la ko suka ke idak. mase die memula daptar UPU aku awal-awal cakap suruh die blaja kat Penang. sebab aku nak berjalan-jalan kat Penang. memang aku memikirkan soal aku je dari soal ko nab. hahaaaha.
yang ponting, ibu aku tak akan sesekali membenarkan nab pergi jauh. ibu dah letak syarat paling jauh SELANGOR sahaja! titik!. kahkahkah. nab tu kan ikut je orang cakap die bukan kisah pon. bagus nab ni. :p
kalau tanya abah??? abah aku pon letak syarat jugak!. kalau NAK BELAJAR JEJAUH, PI JAUH-JAUH TERUS MACAM LONDON KE OSTROLIA KE!.
gitu pulak??? kriikkrikkk sangat tau abah ni!
-_-!
pendek kate, nab tak pergi pon Matrik Kelantan tu... buat tanjat-tanjat ibu je. hehee. lagi pun die nak masuk Asasi Sains under Uitm katenye. studen uitm la nab pasni. insyallah! amin.
aku.nab trobek uss, singapore
oi fololes nye!! O_O
1 comment :
selamat menjadi warga negera uitm ! hehe
Post a Comment