hye..korang-korang..
Seperti yang di
janjikan. Aku nak share pasal satu perkara yang agak batak sikit la. Orang lain
semua dah pergi USS. Aku baru la ni nak pergi. :p. Johor dekat je dengan Singapore.
Pon tak pergi-pergi jugak.
Setelah berbincang
dengan adik beradik aku. Maka tarikh 10 Mac adalah tarikh yang sesuai untuk
pergi Uss. Sebelum ni asyik tangguh manjang.
Sebulan sebelum tu,
setelkan semua passport adik beradik aku. Aku ambil pakej dekat Tune Hotel, JB.
Dengar citer murah ambil pakej kat sini. Kurang RM 200.00. aku tak ingat berape
jumlah sebenar. Naik satu bas gerak jam 07.45. balik dari Uss nanti pon jam 7.45.
syarikat Odyssey kat Tune Hotel, JB.
jam 07.15 pagi dah terpacak depan hotel tunggu bas. dari rumah seawal sesudah subuh.
Oleh sebab
percutian kali ni di namakan percutian adik beradik. :p maka ibu dan abah kite
bagi honeymoon kat rumah. Ehehe. Ibu dengan abah aku taknak ikut.
Oh, mari aku
terangkan sedikit mengenai USS ni. *kemain panjang lagi intro ko kat atas tu azi* USS ni tempat die macam satu kawasan fun
fair yang sangat besoo. Hahah ayat fun fair jugak aku guna. Tapi lebih kurang
cengitula. Bahasa lain aku tak tahu.
Bagi penggemar
Roller Coaster, memang elokla datang sini. Sebab permainan kat sini memang
banyak spesis roller coaster. Dari tahap tinggi sampailah ke tahap rendah.
macam ni la
suasana dalam USS tu. Make sure korang pegang satu maps atau dikenali sebagai Studio Guide. Boleh rancang
perjalanan dengan bijak!. :))
pintu masuk ke USS. alhamdulillah selamat sampai sini jam 10.00 pagi cemtu. :))
Sebelum masuk uss
tu, haruslah bergambo kat sini dulu. :p.
kiteorang pergi weekdays sebab nak mengelakkan ramai orang.
Kalau weekend ramai sioot. Kakak aku la cakap. Sebab die dah pergi tahun 2012
siap tido sane lagi tau. So, kakak aku la jadi kiteorang punya tourist guide. Ehehehe
sekarang aku nak share pengalaman berada di setiap bandar dari Ancient Egypt sampai lah ke Lost World. hope korang boleh merasai dan menjiwainye sepenuh hatinyeee pun adui.. :p
ANCIENT EGYPT
kami bergerak ke Ancient Egypt.
Ni la roller coaster pertama aku naik pagi-pagi tu. *indoor roller coaster*
Berbaris pon tak panjang. Awal pagi kan…tak ramai.
*warning: Revenge of the mummy is a high-speed roller coaster that
includes sudden and dramatic acceleration, climbing, tilting, droping and
backward motion. Guest should be in good physical health to experience this
attraction*
Oleh sebab game ni
dalam kategori agak mencabar. Maka beg-beg korang elok la letak dalam loker.
Loker ni, kunci die pakai password yang kite sendiri buat. Macam spesis loker
kat Lost World Tambun kan? Kalau tak silap. Kalau lebih satu jam kene
bayar dalam 5$ ke 10$ camtu. dalam loker ni besar boleh muat 4 beg.
Game die macam
treasure hunt. Adalah rupa mummy 3D, kumbang-kumbang jatuh atas
kepala lagi sumpah macam real. Macam real
jeep langgar dinding sampai retak, macam real je semua benda dalam tu.
Bagi aku la, roller
coaster kat Ancient Egypt ni paling
mendasyatkan!!!. Satu, keadaan dalam tu macam real je. Dua, roller coaster tu
paling 'DASYAT' dalam mana-mana game kat USS tu. Dah la tinggi, melambung-lambung
terkontang kanting aku dalam jeep tu. Sekali die terjun aku mengucap
panjang, hadoii meleleh-leleh ailio aku mase tu. Aku paling kuat menjerit kot.
Eee takot lagi ape ek istilah nak aku gambar kan. Kat sinilah aku baru
tahu yang aku takut tinggi! Gayat!.
Keluar je dari game
tu, kat tepi-tepi dinding ada gambar rupa kite menjerit macam kene kejo dengan
kak limah. Ate buruk beno ghuper kome mase tu. Kalau korang nak beli gambo
korang sila la beli buat koleksi. Aku takdenye nak beli. 20 dollar tak
silap aku. Duit kita dalam RM45 cemtula.
Kate tobat tak nak
naik lagi. Tapi bila tulis entry ni, roller coaster paling aku rindu ialah kat Ancent Eygpt ni. Ehehee. Aku NAK naik
lagi next time. insyaAllah!
Keluar je dari
bandar mesir tu, kiteorang terus berlari ke Sci-Fi City!. Kat sini la terletaknya Transformers the ride: the unlimited 3D Battle!. Aku cadangkan
kalau korang pergi sini, elok korang masuk dulu transformer, sebab kat sini
beratur panjang. Mase aku mula-mula sampai tu, kakak aku suruh jalan laju-laju masuk dalam transformer ni dulu. tapi sayangnye belum bukak lagi. wakakakaa
SCI-FI CITY
bederet-deret orang nak bergambar dengan Optimus Prime ni.
stall macam ni banyak. tapi tu la halal ke idok.
macam duduk dalam kereta tu kekdahnye. Autobots bertukar!!! pffft
kali ni kite tak naik jeep, kite jadi Autobots pulak. Optimus Prime dan Autobots battle dengan evil. Aku duduk baris pertame belah tepi so, sangat-sangat-sangattttt dasyat! tapi puas hati sangat! memang ishkk tak boleh nak di gambarkan tahap seronok die tu. adik adik aku naik 2 kali.. :p
sape nak bergambar kene beratur panjang. tak koser kan. so, bergambar je dari jauh. ehehee
NEW YORK
Masuk ke bandar New York, tempat pertama di tuju ialah
di Light,
Camera, Action Hosted by Stevens Spielberg. Kat sini dorang tunjuk macam mana dorang buat filem tapi uolz tak boleh merakam aksi-aksi yang di paparkan. so, aku takde la gambar nak tepek.
sebelum masuk dalam panggung tu. sibling bonding. sangat. hehehe. adik lelaki aku yang pakai cermin mata tu (Afiq) sibuk cakap kaki die dah melecet. hek elehh ingat orang pompuan je masalah kaki melecet. kecoh la ko. hahaa. kakak aku baju ijo tu (Kak Izzah) die lah paling pendek dalam keluarga walaupun die anak sulung uolz. iolz pon pendek je. adik-adik lelaki aku tinggi-tinggi. tak paham aku kenape. tapi pendek-pendek kakak aku tu semua orang takot kalau die dah naik 'antu'. haha :p
Lepastu ada B-boy dari Singapore.
kat Sesamee Street ramai sangat orang beratur sampai keluar. dah petang-petang sikit baru lenggang. masuk je terus dapat tempat. tak sempat nak ambil gambar tapi aku yakin adik aku banyak ambil gambar dalam ni! yay nanti aku update lagi!
Best dalam
ni penuh warna warni dan banyak watak macam kite tengok kat dalam tivi tu. katun ni pemes mase zaman aku sekolah rendah. cuma episod kat situ, misi Elmo dan Super Grover menyelamatkan spaghetti. Sesuai
la untuk kanank-kanak macam aku. Hehe
HOLLYWOOD
Masuk dalam satu
teater tengok pementasan dari Monster Rock secara live!. Memang
seronok. Ala-ala kite tengok teater tu. Ha cemtula. Aku ni kan jakun sikit.
Hehehe. Bestla sore dorang menyanyi. Lawak pon lawak. Overall best!! Kat sini
kite relax sikitla. Tak silap aku pementasan ni dalam 30 minit.
ramai nak bergambar dengan Mel's Drive-In waitresses. ceksi u... ambil dari jauh je ni.
harmonizing boys. besttt sangat dorang nyanyi dan kelaka jugak!. woww gitu!
The Walk of Fame
tengok la kakak aku yang sempoi ni, susah beno nak ambil gambo die. semua orang dalam femly aku tahu kakak aku ni anti-camera. gituww. tapi giler k-pop tak menahan. ko tanye je pasal k-pop semua die boleh jawab. :x cek nab tu lain la. pantangggg. haha
Ok, korang aku stop
sampai sini dulu. banyak lagi ni aku nak citer, belom masuk
bandar MADAGASCAR, FAR FAR AWAY DAN THE LOST WORLD.
aku kurang ambil gambo sebenonye. kat camera adik aku banyak gambar yang best-best nanti aku tepek ea. sebab aku rase gambar yang aku tepek ni macam takde aura pulak hahaha. semberonoh kate orang jawe!
Ok, bai!
No comments :
Post a Comment