Tuesday, July 30, 2013

REVIEW : IFTAR DI KAPTEN STEAMBOAT&GRILL JOHOR BAHRU, MALAYSIA

salam se-rakyat,


seperti yang di janji kan aku nak share tempat makan steamboat yang terletak di Bandar Baru Uda. bukan sahaja steamboat malah didatangkan khas dengan grill. kalau siap dengan aktibiti menggolek ayam+burung puyuh atau kambing sudah tentu lagi owwwsem bukan?. :p




nah kau, setepek aku letak. :p. minggu depan gaji boleh la pergi lagi bawak satu kampung. yang penting booking dulu. kalau main terjah alamat menangis kau buka tepi jalan sementara tunggu manusa-manusia yang booking tu berambus. mehehe


boleh tengok googlemaps untuk kesana. sebab driver pon pening T__T




sampai je harusla men-snap. memang niat hati nanti nak buat review. :p. tapi kali tak sungguh-sungguh pulak. sebab bila jumpe classmate yang lain-lain-lain hantu meroyan je tetibe meresap masuk. tah pape je perangai malam tu T__T. jadi watak apa harus di berikan ye.. :p


tapi aku sempat la study sikit-sikit. tempat makan KAPTEN ni belah atas. tingkat 2. jadi perlu merajinkan kaki untuk menapak satu persatu anak tangga. bagus konsep ni, lepas makan turun tangga, adalah exercise sikit. :p



design tempat ni sangat menarik hati. smart sangat lagi kemas terletak tersusun dan memang berkonsepkan orang muda belia remaja macam kami-kami ni. selesa dan memang seronok sampai berkali-kali aku beritahu kan :p.
ada dua konsep tempat makan. satu tempat berhawa dingin+bertutup dan satu lagi terbuka sambil menyaksikan langit+bintang+bulan+lampu kapal terbang. kalau ade bunga api lagi menarik. :p


kami pilih tempat terbuka. bagus pilih tempat terbuka ni. nak-nak bawak mak lampir, mak petir, mak kilat halilintar segala mak-mak dan bapak-bapak la sebab kau nak melalak+ketawa sampai tanggal pusat pon orang tak perasan. kalau perasan pon orang tak tahu datang dari mana. dari luar barangkali. :p




pilihan makanan dari laut ke darat memang banyak sangat-sangat. pilihan sos pon ade banyak. sosej+fish ball etc etc. sayuran yang segar pon banyak.  nasi goreng+nugget+fun fries+etc etc pon ade. semua best. semua dalam portion yang kecil untuk memudahkan kite men-steam dan men-grill. jadi tak la perlu tunggu lama untuk masak daging+ayam etc :p.

antara jam 06.45-7.30 petang memang padat la dengan manusia mengambil, menyepit, merembat segala bende yang ada haha. hoii memang penuh. aku pon siap lalu celahan manusia yang rakus time ni. haha rakus ye. :p. makan steamboat ramai-ramai memang best. sebab sambil makan+masak boleh la beborak tah hape-hape. sebenarnya tak tahu nak tulis ape. loss word tetibe. :p


air pula dari panas ke sejuk. aiskrim+cendol pon ade. buah aku nampak tembikai aje sedulang. 



kau tengok binatang ni semua terlalu comel. comel sangat sampai tak makan. oh lupe nak cakap. kat sini ade dua pilihan sup. satu Tomyam dan satu lagi Sup biasa. tomyam adalah pilihan terbaik!.



dan ini aku rembat kat FB kapten steamboat&grill untuk kesan yang lebih mencabar keimanan. muehehee


ini lah ruang manusia beraksi. :p


jangan membazir. kawan saiton kang :p


ini adalah seafood. 


ini bahagian daging+ayam+sotong etc etc



ini adalah proses pembersihan meja. laju betul dorang buat kerja sebab ramai dok tunggu kat luar tu nak masuk :p




menikmati tu penting. baru perasan minah tudung merah tu dimane-mane aje ade dia :p



beborak+makan :p



borak lagi+makan+dan terdampar :p


di sini jugak tempat solat bagi lelaki dan perempuan disediakan. sejadah dan telekung juga ada. so, tiada alasan untuk TIDAK menunaikan solat magrib. :)

dalam jam 9.30 macam tu la dah gerak balik ke rumah masing-masing. ade minah tu pergi pasar karat. omgee ape kejadah nye malam-malam buta tak balik rumah lagi. heheee. aku selamat beradu jam 2.00 pagi kot. sebab mate yang tak mahu lelap, banyak ketawe barangkali. insaf~

ok, hope dapat membantu rakyat jelata. yang mana nak kelainan, asyik makan nasi je kan. sesekali cuba la steamboat bbq grill. kalau yang jenis tak boleh tinggal sambal belacan, boleh la bawak dari rumah siap-siap buat cicah-cicah. :)


 ok bai~


1 comment :

sha Gegurlz said...

oiiii...npe pic buruk ak byk dlm sini...amboi...ngate i nmpk...hahaha