Friday, April 11, 2014

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE PART 2

hahahaiii...


cemane cerita part 1 semalam? seronok ke idok?. aku rase macam tak berape seronok je entry semalam. tapi takpe kite maap kan beliau al maklomla part 1 kan. takde yang best sangat. kali ni aku sajikan korang dengan gambar-gambar yang best. insyallah!.

Lepas je keluar dari Hollywood tu kiteroang terus ke madagascar.


MADAGASCAR



Kat sini uolz Cuma perlu naik boat. Tak bahaya. Boleh bawak budak-budak. Basah pon sikit-sikit la. Tu pon sebab si Marty dengan Gloria dengki hehehe. Kat dalam ni adelah cerita pasal ape ek? Lupa la aku. :p



jalan masuk ke tempat bot. jauh jalan.


Kat sini best! Takde stress-stress. Tenang je. Paling best, kengkonon bot kite tu nak langgar air terjun. Sekali sampai je kat situ, air terjunye takde. Paham tak..boleh tak imagine aku citer ni. Aku rase hari ni otak aku macam kureng sikit la. Sebab semalam aku mengalami tekanan di tempat kerja tu yang pale macam tak berape ok. Hahaha


suke cek nab... 
masuk dalam tempat ni gelap. so, camera setting flash. tak berape nak lawo gambarnye. camera muroh je uolzz. :p









Semalam aku lupe nak cakap, setiap bandar or tempat yang korang masuk, ade tempat shopping. Kat dalam SG di panggil Universal Express/Universal Express Unlimited. Boleh kalau korang nak beli pape yang korang berkenan kat situ. Macam mug optimus prime ke, key-chain ke. Ha sila la beli. Aku tak beli pape kat situ. Sebab nanti kakak aku ajak shopping kat tempat murah sikit. Murah sikit jee pon. Hehehe



Lagi satu, ade beberapa tempat buat “STREET ENTERTAIMENT”. Macam kat madagascar ni ade ‘madagascar boogie!’ so, korang boleh la tengok persembahan dorang dan ambil gambar dengan mereka-mereka ni, haritu aku pergi ade penguin. Tapi nak kene beratur la pulok kalau nak ambil gambar. Tu yang malas. ehehe



kat kawasan sinilah dorang buat live show tu.



FAR FAR AWAY

 Dari madagascar kita naik ke Far Far Away city!.



panas terik mase ni uolz.... adik aku kalau ambil gambo cengginila kekdahnye. tak centre. malas aku nak crop.. grrrr. :p



 Kat sinilah castle Shrek dan princess Fiona duduk. castle ni besaaaaaaa gila. camera aku tak muat. tapi nak jugak ambil gambar penuh castle ni. jauh-jauh tak lawa. so, pakai camera adik aku baru pueh ati sikit. impian terlaksana!! tahniah! bhahahaa


nak citer la sikit. mesti korang pening. asal la nampak aku pakai seluar kejap pakai skirt. hahaa. kalau nampak aku pakai skirt tu maknenye aku round dan ambil gambar untuk kali ke dua lepas naik boat kat jurasic park tu. basah seluar aku plus muntah-muntah. hahahaa


sebelum tengok cerita shrek, kita pergi main roller coaster dulu. Tapi ni jenis junior and outdoor roller coaster. walaupun junior punya roller coaster, hoii laju kemain rase nak terbalik tau aku. :p.





Lepastu, baru masuk tengok movie shrek episod  Happly Ever After 4D. Kat dalam panggung ni, seats kita dan suasana dalam movie tu kite boleh feel. Eh betul ke ayat aku tu. Contoh macam ni, kalau Donkey tu bersin, kita ni kene tempias air lio die. Adalah air dok keluar dari celah mane tah. Ehehe. Lepastu naik kuda laju-laju, seat kite pon dok bergerak-gerak macam naik kuda. Lagi macam-macam la. Best sangat! Aku masuk 2 kali hehehee. Bestt sumpah best! Last call dorang panggil sebelum tutup Jam 6 petang.

Keluar dari panggung tu, ade Ferris Wheel untuk bebudak. Kecik je orang besar takleh naik bhahaha :p



LOST WORLD

Kat sini best!. Boleh la try semua game kalau larat. Hehe. Memula sekali aku naik Canopy Flyer. yang ni naik berdua je. Sebelah-sebelah dan kedudukan ngadap depan dua, ngadap belakang dua. Aku rase bende ni ngeri. Sebab kita duduk dengan kaki tergantung. Lepastu pusing kemain laju lagi. Dahlah tinggi. 



minatang ni aku tak naik. sebab bebudak dengan mak/bapak budak yang banyak naik. 


Q untuk Canopy Flyer


bederau darah aku kalau teringat kembali. ngeee~ bergoyang-goyang kaki. :p


Turun je dari canopy flyer tu aku memang dah nak muntah. Tapi tahan. Lex dulu. Kite main kat Jurassic Park Rapids Adventure tu. Yang ni kekdahnye River Raft Ride. Ha.. naik rakit la kiter. Tapi bukan rakit bebetul tu. Ni edisi moden. Dok dalam bulatan. Satu bulatan tu ada 8 orang. Oleh sebab game ni agak membasahkan pakaian uolz, maka kat situ ade jual baju hujan. Sehelai 5$. Kakak aku dah bilang awal-awal soh bawak baju ujan sirik kalau taknak beli kat sana atau bawak baju spare kalau taknak pakai baju ujan. Hehehe. Tapi kiteorang lex je tak pakai pon baju ujan. Satu rakit tu tak pakai. Rela kene air uolz..baru adventure. Kikiki.



ni mesin beli baju hujan tu. 



sebenarnye kan, kalau pakai baju hujan pon korang akan basah jugak. ikut nasib la sape kene bayak. aku separuh lencun, kakak aku abes lencun kesionnn..hehe


Boleh tahan gayat jugak la aku. Aku ni tinggi- gayat, rendah- gayat, sampai kat air pon gayat. Haha. Best memang best. Tip-top. Cuma aku mual-mual nak muntah tang berpusing pusing, mungkin dah banyak sangat main bende yang berpusing-pusing kot tu pasal kepala aku pon dah tak centre. :p




Paling tak boleh blah masuk dalam satu hydroelectric plant tu, gelap gelita tau takot. semua diam je. Bunyi sistem rosak macam real je. Macam kite ni dah sesat dan rakit pon rosak. Gituww.. hekeleh buat cuak aku je. Part paling tak boleh blah episod dua, bila rakit kite tu tetibe kene block. Tak boleh lalu. Tetibe tu jugak la rakit kite naik kemain tinggi. :p. Naik tinggi sampai nak kene masok mulut dinosor. Pelancong korea tu dah cuak. die kate nanti air keluar dari mulut dinosor tu. Eeeee aku pon cuakk la. :p. Ngupernye idok. Rakit kite kene hempas dari ketinggian tersebut. Tu yang basah. Gituww. Memang basah kuyop. Ke kayap gituw la. Hahahaa





But uolzz dont wori ok, keluar je dari jurasic park tu ade Drying Pot. Kakak aku la paling teruk. Heheee. Drying Pot tu sekali masuk dalam 5$ ke cemtu.  Aku takdenye nak keringkan badan. Terus pergi cari toilet pasal tak tahan nak muntah. Ghuper bukan aku sorang muntah. Ade jugak yang lain muntah. Ngeee tak senonoh ek aku. Ngade-ngade kate adik aku. Eh hello aku bukan buat-buat k!. Ni seliyus ni muntah loya tahap gaban. Sampai yang keluar tu buah tembikai, anggur tengahari tadi makan. Hahahahaha



credit pic : cavinteo.blogspot.com


Dalam jam 04 ke 05 petang cemtu habis dah tawap satu USS. Cuma adik aku nak masuk main roller coaster lagi. Siap ngajak aku. Eeee tensi aku. Kalau sihat nak aje tau!!



Masa dorang masuk transformers buat kali ke dua, aku duduk lepak kat depan cafe StarBot kat Sci-Fi City tu. 


ok, aku stop dulu sampai sini. banyak lagi nak citer kat part 3. aku sangka part 2 ni aku boleh abeskan. tapi tak mampu la. banyak lagi gambar nak crop, nak letak watermark lagi. lenguh iollzz. minggu depan kite update k!


1 comment :

JESS said...

Hi. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 #LoveTravel~Lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86