Monday, October 7, 2013

TINTED KERETA MENGGELEMBUNG. KENAPA YA?


hari ni nak share satu ilmu yang bermanfaat. :)


sampai ke hari ni aku tak pasang lagi tinted kereta yang gelap sikit dan security tint punya. sebab tinted sedia ada khononnye sudah memadai. bila panas bebahang baru terasa nak cepat-cepat pasang tinted gelap. :p

kalau kita perasan, kat atas jalan raya tu sana mesti ada satu atau dua kereta yang tinted cermin belakang macam mengelembung macam bubble tu. kenape kenape kenape?..otometik takut jadi kat kereta sendiri ken?.

mase aku beli kereta dulu aku ade ajukan soalan ni pada salesman proton. so, dorang pon beritahu la sebab musabab.

sebabnya, yang pertama lupa nak nak off kan rear window demister switch atau dikenali sebagai heating or heater.



kenapa kene on?.

sebab kalau jalan waktu pagi. dah mesti keadaan berembun lagi pulak wap-wap kat luar akan menyebabkan cermin kereta menjadi kelabu. kat sini la gunakan heater tu. ia akan menyahkan segala wap-wap atau air yang ada di cermin belakang kereta. baru selesa memandu untuk tengok cermin belakang. masa hujan pun bende ni sangat berguna.


bila dah on, lupa pulak nak off balik. ni keje pempuan la ni. pelupa. haha. so, kene la remind b4 keluar kereta tengok dulu ape yang harus di matikan. petama, lampu kereta, kedua heater,  ketiga air-cond, keempat radio dan seterusnya kemudian baru matikan enjin. kenapa perlu kelam kabut nak keluar dari kenderaan? kan bagus kalau relax. bila dah tengahari cuaca pulak panas berbahang tu yang terjadinya buble pada tinted cermin belakang. aku tak tahu lah dari segi sains kimia fizik nye camno terjadi. dah salesman tu cakap gitu. aku percaye je. mihmihmihh


so, u guys make sure heater dah di matikan. kalau sayang tinted la. kalau tak sayang, sebulan sekali boleh la tukar. tinted kau hingat murah?. yang biasa je RM350. yang safety punye RM700+-. aku memang mengambil kira setiap sen yang di labur. :p. sebelum pasang tinted tu kena la semak dulu dengan JPJ. berapa spec yang di luluskan. kau suka-suka pasang gelap-gelap kene saman RM300 padan muka. :p . lain la kalau kau ade penyakit kulit yang dapat surat dari doktor atau kau tu driver yang bawak kerabat atau vip.


sebab yang kedua mungkin tinted kita sendiri yang bermasalah. mungkin cara pasang atau brand sesuatu tinted tu. ada yang pakai 2 3 tahun lepastu tinted jadi menggelembung, ada yang tak. semua tu bergantung pada brand tinted dan cara pemasangan.

ok, ni je info yang bermanfaat untuk di share. next time aku share lagi. hehe

bai!




1 comment :

Major Raidenovich said...

Ni pendapat alternatif saya ek?
Tinted jadi menggelembung tu sebab dipasang dengan caca marba.Untuk cermin belakang memang leceh nk buang bubble masa pasang tinted sebab ada jaluran heater.Kat celah-celah jaluran heater ni la bubble selalu terkumpul.
Kena pulak jenis pemasangnya buat kerja cincai,confirm bergelembung macam cacar air.Bubble ni kan udara,bila kereta berjemur,udara tu kembang.makin besar la bubble yang terperangkap tu.